bukan sebarang tajuk
trilogi cinta ya
hehe
harap maaf
tiada kaitan dengan yang masih hidup
mahupun yang sudah meninggal dunia
ni tajuk drama melayu yang aku dok ikut skarang ni
(semua drama melayu aku layan kan..hehe)
ada tak sesiapa yang tengok crita ni wei?
best :)
ok sedikit info
pelakon utama : rosyam nor, fauziah gous, amyza adnan
waktu tayangan : 10-11 malam
hari tayangan : ahad,isnin,selasa
episod terkini : episod 19
stesen tv : RTM 1 (sila jgn kondem ak sbb layan crita rtm..hehe)
sebelum2 ni aku layan gelora di hati sara..gelora di hati sara ada sampai season 2..
pelakon utama dia rosyam nor, fauziah latiff dan watie elite.
kadang2 aku sedikit pelik lah..asal cerita rosyam nor ja..mesti dia akan untung..sbb akan ada dua heroin yang bercinta dengan dia..BoOoo..hahah..tapi cerita dia best.
kalau gelora di hati sara watie elite as second wife yang psiko asyik nak berebut ngan gee sbb cemburu..terbalik dengan trilogi cinta..dalam crita ni fauziah gous (nurgina) terpaksa kawin dengan rosyam nor (razif) sbb isteri pertama dia yang suruh..amyza adnan (salmi) adalah isteri pertama rosyam nor..dan nurgina pun syok jugak sikit2 ngan razif aku rasa!!hehe..tengok..korang nampak x betapa rosyam nor untung..slalu dapat dua isteri dalam drama..haha..tak aci kan?? hehe
sebenarnya salmi ni sebelum dia lumpuh dia pernah curang dengan razif...so rumah tangga diorang ni terabai la..dia nak lari tinggalkan anak2..tapi razif sabar ja..maka datanglah nurgina dari kampung bekerja sbg pembantu rumah sambil tunggu result stpm keluar...nurgina ni baik dia xpenah amik kesempatan..tapi salmi dah salah sangka..dia sangka nurgina n razif ada hubungan sulit...bila razif dah mengamuk sbb kena tuduh n nurgina pun lari keluar rumah sampai anak2 razif sakit rindukan nurgina..barulah salmi sedar yang dia dah buat salah besar..xlama lepas tu dia ambil keputusan suruh razif kawin je dengan nurgina..
makanya episod malam ni diorang akan kawin...mengikut firasat aku dah nama pun trilogi cinta..mesti dia akan jadi cinta tiga penjuru nant..pastu ada yang cemburu la..ada yang nangis2 lah nant (akulah tu..haha)..ending dia nant salah sorang akan mati..hmm alahai crita melayu...tapi layan gak..sapa suruh kan??hehe jadi kalo korang nak tau apa
kesudahannya nant boleh la cuba layan trilogi cinta..hehe
tapi sebenarnya aku rasa salmi lebih kepada rasa bersalah dengan apa yang dia dah lakukan dekat razif dan anak2...dia insaf dan rasa inilah salah satu cara untuk dia dapatkan semula kasih sayang dari anak2 dia..dan tebus kesalahan dia...bagi aku semua orang layak untuk mendapat peluang kedua..asalkan dia berusaha membaiki kesalahan yang lampau..betul tak? mana ada manusia yang tak pernah lakukan kesalahan..kecuali lah nabi Muhammad..baginda adalah maksum..terlindung dari kesalahan..dan sebaik2 manusia yang telah melakukan kesalahan adalah mereka yang sentiasa bertaubat kepada Allah dan berusaha jadi yang lebih baik..maka renung-renungkan dan selamat beramal..:)
pilih kasih : anda bukan pelakon yang saya cari..haha
6 comments:
hehe..nenek kami layan cita ni..
aduiii, mak n bapak aku jer duk layan cter melayu rtm ni...aku bila dorg tgk cter2 gini, aku sibukkan diri wat bnda lain..kahkahkah
baiklah, nnt aku cuba ler tgk cter ni...maner tahu kalah kuch2 hota hai tu leleh lentok dia...hahhaha..
kdee..haha!!ni cara lain nak kata eja geng nenek2 lah ni kan..hahah
cheda...ko jgn layan la crita ni..kang mesti ko nyesal..heheh..ni crita melayu..biasalah..jalan crita semua dah boleh di duga..then on the way tengok..xabis2 mengutuk..ishkk..ni lah crita melayu..ni lah crita melayu..(tapi tgk gak)..heheh
kak, nie adaptasi dr novel la..
nama die norjinah bukan norgina..
buku 1st: tak seindah mimpi
buku 2nd: tak semanis impian
watak sama, sambungan jer.. hehe
haha..mumun ak xtau ejaan nama dia..hehe ak dengar je..ko tengok x crita ni??ke ko just baca novel?ak xpenah pulak baca novel dia + ak xminat ngan novel..huhuhu..
Post a Comment