Friday, December 9, 2016

Laporan Jamuan Akhir Tahun Geng Hello Kitty #shabushabu

Pada tanggal 29 November yang lalu, telah berlangsung sebuah jamuan ringkas bertemakan santai #makansampailebam oleh geng hello kitty. Jamuan yang julung2 kalinya diadakan sempena meraikan salah seorang ahli geng hello kitty yang akan berpindah mengikut suaminya ke batu pahat johor ( sedihnyaaaa) iaitu puan Norafzalinda Bani.

Jamuan telah dihadiri oleh kesemua ahli geng hello kitty termasuk ahchot yang mai dari jauh. Terharu. Dan juga tidak ketinggalan aan and the baby harraz. Mak lengkaplah jamuan kali ni dengan kehadiran yang paling ramai stakat ni. Cuma kak awin je yg xmai sbb kak awin macam silent reader ja dalam grup. Xpasti sbb apa dia x mai. Kehadiran ahli seramai 9 orang telah memeriahkan lagi suasana kat restoran shabu2 tu. Nasib pilih duduk belakang and kat luar. Kalo x mau runtuh shabu2 tu dengar kitorang gelak. Heheh.

Turut diadakan majlis bertukar2 hadiah sebagai kenangan. Masing2 telah membeli hadiah dan ada diantaranya yang dah tau pun hadiah apa yg kawan tu beli sbb p beli sama sama..hahah last2 dapat hadiah tu..padan muka hampa kak paah n achot :p

Mula makan jam 6.30 ptg, habis jamuan pukul 11 malam, tiada sesi karoke and mabuk2 hehe..balik rumah kak ila perut dah sengkak. Tq kak ila sediakan penginapan yang sangat2 selesa. Rumah kak ila power, dapur cantik..hihi


Disini saya ingin mengucapkan selamat maju jaya untuk linda di tempat baru. Mesti lepas ni aku rindu ko linda......huuu..harap dapat jumpa lagi. See u and take care.

Berikut saya lampirkan beberapa keping gambar sebagai kenangan di masa hadapan.

Sekian terima kasih

Yang benar,
♡♥♡♥
NORROHANIZA ABDUL RAHIM
(Setiausaha kelab Hello Kitty)

Makan tak bangun2..hehe

Ucapan wakil ahli hello kitty to linda yg disayangi

Kitorang belikan linda hadiah ni..tak payah lama malam tu jugak rasmi kat umah kak ila..hehe

Norfarniza & Siti Fatimah

Harmila & Nur'ainsham

Aziehan & Norrohaniza

Rina Fariza & Farahdila

Azihan & Norafzalinda

Norrohaniza & Norafzalinda

Norfarniza & Nur'ainsham

Siti Fatimah & Farahdila

Nur Harmila & Rina Fariza

Masing2 kalut nak cek dapat hadiah apa..haha

Haha..nama geng pun hello kitty..tak sah la kalo hadiah xde hello kitty kan ;p


Kereta pun ada cop hello kitty..haha xtau kereta siapa ni..kebetulan ada kat situ

Nak balik dah sebab kedai dah nak tutup..hehe

Best hadiah yg achot dapat ni. Suwittt ♥

Sehingga jumpa lagi. Semoga persahabatan ni kekal hingga ke syurga 
Terima kasih kawan kawan :)