Thursday, August 25, 2016

home made kuih raya

baru la hari ni ada kesempatan nak update pasal raya..selamat hari raya semua..hihi ketinggalan sungguh..
so tahun ni cik norro decided xnak beli kuih raya sebab saja la nak feeling2 nak makan home made punya kuih raya
bukanlah ada banyak masa sangat tapi bila beli kuih raya ni rasa tak puas hati nak makan sebab kadang2 rasa dia memang ke laut laaa..huhu
daripada bazirkan duit beli kuih raya yang tak pasti lagi sedap ke tidak tu 
baiklah buat sendiri hehe in other words nak kata kuih raya home made tahun ni sedap lah..kihkih
proses buat kuih raya ni selalunya hari sabtu ahad and malam2 yang tak p terawih..faham2 la eh bila masa tak p terawih tu..hehe
alhamdulillah berjaya buat 10 jenis kuih raya wei..kagum dengan pencapaian ni..haha
taniah maksu, opah and of kos mak teh.. Good JOB!!! hihi :p

ada beberapa jenis kuih raya yang telah disenaraikan and hasilnya adalah seperti di bawah



1. pengaruh FB : biskut ala2 chipsmore


2. Biskut Butter ramlah ram <3


3. pengaruh FB : Popiah Coklat bersalut nestum *laku keras nih 


4. Mini Popia Serunding 
(plan asal nak buat simpul kasih, tak jadi sebab kekasih dah bercerai tak jadi bersimpul hihi)


5. Biskut Cornflakes Madu *laku keras kuih ni

6. pengaruh FB: biskut ala2 Famos Amos 
(serius sedap)


7. Tart Nenas Mak kau Hijau hehe


8. Biskut Almond London bridge is falling Down hehe


9. pengaruh FB : Popia nestum *Laku keras

 10. Tart Epal tapi inti Nenas hihi obviously nama ja lain bancuhan tetap sama macam tart nenas tu..in fact bancuhan tu bahagi dua,...haha cuma bezanya satu bentuk bulat and cucuk bunga cengkih dan satu lg picit pakai acuan tart gulung..hehe


 so sapa yang tak mai beraya kat rumah cik norro tahun ni memang rugi la sebab xdapat rasa kuih raya yang sedap ni..sebab xtau la tahun bila pulak nak buat lagi..hihi..sehingga itu, sambutlah salam sayang salam rindu salam kemaafan dari cik Norro. 



maafkanlah saya insan yang lemah ini. 
huuuu....
hei don't you miss me??! (>_<)

Thursday, July 14, 2016

sambut birthday and iftar kat restoran shabu shabu yang best :)

Masa start cuti raya hari tu, dapat text dari kawan baik kite.. Nama dia nurul-al-zahratul laila sarip. Panjang betul name die. Nama bapak die pendek je 'sarip'..kan? Nama dia siap ada sengkang kot?? Hahah lela.. Lela.. Suke nyakat lela ni sbb dia x marah gelak je. So lela adalah antara kawan yang paling rapat dgn cik norro..kawan masa zaman kat UMS dulu..ada sorang g nama yana tapi lama dah xjumpa yana sbb semua dah keje jauh jauh. Ni je la dua kerat sohabat susah senang aku. Ok so xmau flashback pasai tu hee.. Sebenarnya nak cerita lela text aku ajak kuar berbuka puasa memandangkan masa cuti skolah start tu masih dalam bulan ramadan dan aku pun dah lama x jumpa lela so keluarla aku lela and Lan. Lan ni pun kawan kitorang masa kat UMS satu kos lagi pulak tu.

Pendekkan cerita ni je la aktiviti kitorang(gambar) masa berbuka puasa tu ari. Tq lela siap buat suprise lagi sambut birthday aku 😝 Tekejut makkkkkk.. Dah la masa tu tengah syok begossip dengan Lan heheh.. Tq lela and tq jugak Lan 😊

tunggu nak berbuka 

 masih gambar yang sama cuma bezanya ak angkat like Lan angkat peace Lela..errrr xtau..haha

 pun sama...ni kena selfie sendiri sebab waiter busy malas nak layankan kitorang yang gila gambar hehe


so ni antara menu untuk lapik perut masa berbuka..pas semayang maghrib baruuu laaaa start makan btol btol hehe sampai kena halau balik la eh? :p

terharu bukan sebab dapat kek..terharu sebab suke dorang je boh lilin tanda umo 30..come on lela kita sebaya aku masih 29 tawunnnnnn okeh!hehe gurau je la Tq lela..kek sedap sangat sampai ak tak boleh tahan untuk syer dengan semua tetamu kat keliling meja kite kan nak bagitau kek birthday aku sodappp hihi.. EJA @ NORRO *eja ni family and kawan2 panggil masa skolah ren,sek men,matriks,universiti norro ni zaman2 dah keje..kalau jumpa tengah jalan ada org pekik norro!!!
so aku tau la ni mst kawan zaman keja ni :p

selfie lagi sebab waiter malas nak layan kerenah kitorang..hehe


sama tapi versi terang..bueekkk haha

 manusia nama paling panjang stakat ni aku kenal..hehe

 TQ lela and lan

 saje la amik gambar kenangan (paksa manager restoran ni amik gambar kitorang)

 gambar kat tempat yang sama cuma bezanya aku angkat peace Lan konon2 nak bgtau tu air terjun lela masihhhh errkkk ada kemajuan peace..hihih :p

 nak balik dah...driver kasi tukarrrr..aku kat blakang rileksss jadi bos ;p


**********************
SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN
**************************************************************






Thursday, June 30, 2016

Laporan cuti nuzul Quran #happybirthdayciknorro

Pada tanggal 21 Jun 2016 yang lalu (which is on my birthday) cik norro dan rakan rakan geng hello kitty telah mengadakan suatu perjumpaan majlis berbuka puasa setelah beberapa kali plan tapi korum x cukup..hehe

So kali ni punya perjumpaan iftar berpusat di rumah kak farah. Antara ahli yang berjaya menghadirkan diri ialah harmila, 'ainsham, farniza, farahdila, rina fariza, norafzalinda dan cik norro. Seramai 7 orang ahli grup daripada 10 orang telah menghadirkan diri dengan membawa menu masing2..hehe

Kak farah selaku tuan rumah telah menyediakan cucur udang mabeless, kak ila tokeh ketam sotong and udang, kak aja paling berjasa sbb kalau xde kuali dia x merasa la kitorang kuah shellout yg power, kak ain pulak tokeh air abis sume jenis jus diborongnye hehe, linda tokeh kek and buah2an, kak rina tokeh ape ehhhhh..hehe dia tokeh kuih sepit and aku buat keputusan bawak roti jala kuah durian and of course maksuhomelecious cheesetart..hehe

Ok so 21 jun tu masing2 keje lagi, lepas habis keje je semua berpusu pusu ke rumah kak paah. Menu utama malam tu nasik putih and home made shellout. Kalau nak ikut ni lah perjumpaan paling ramai yg dapat hadir. Seingat aku last kitorang dapat bekumpul ramai2 macam ni masa iftar tahun 2012..oi 4 taun yang lepas kot..lama tuuu. So Alhamdulillah taun ni ada rezeki kite bekumpul ye kawan2...

maka ini antara menu yang sempat disediakan untuk majlis iftor tahunan geng hello kitty..hehe dah la menaip bulan bulan posa ni..aishhhhhh....

the cucur udang by kak farah

the fruits by Linda

the fruits by Linda

the cheesetarts by cik Norro credit to maksuhomelecious 

the roti jala by Cik Norro credit to maksuhomelicious 

the cake buah by Linda

the juices by kak ain

the kopi kopi for kak aja (very the 'orang tua' sangat)

bahan utama shellout kita ketam udang sotong etc by kak ila 

kuah utama shellout by kak aja and kak ila

dengan tudung instant masing masing haha

dengan tudung dan aksesori kepala masing masing hehe nasib la kome ye.. :p


so lepas berbuka puasa tu kak ain cakap nak blanje aiskrim...semua pun happy mengalahkan budak2 dapat aiskrim..haha ntah ape2 ntah..so kitorang decided nak p mcD sbb tu ja tempat yang boleh makan ais krim and lepak2..tapiiiiiii tak sangka pulak dorang ni nak buat suprise sambut bday cik Norro....haha malu ai (lempang pipi laju laju). 


the cake yang jenuh nak dihabiskan walaupun sepotong. sebab masing masing perut dah sengkak makan banyak time berbuka..hehe


kak aja,kak ain, cik norro, kak farah, kak rina, kak ila, linda terima kasih <3


nah..kak aja xtau la dia nak buat pose cium kepala aku ke ape..hikkhikk

so balik dari mcD suma dah mamai2 je. kemain mengantuknye mata otw balik tu. tapi macam biasala bila sampai ja umah kak paah segar bugar mata. apa lagi la kan besembang sampai pukul brapa pagi sedor2 dah tertido je..

so esoknya lepas zohor semua kembali ke tempat asal. sekian sajalah laporan cuti nuzul Quran #iftar #genghellokitty #birthdayciknorro


tapi sebelum balik ke tempat asal tu..sempat la nyinggah soping hehe




sekian, terima kasih.
lots of love
-cik norro-
(NORROHANIZA BT ABDUL RAHIM)
Setiausaha kelab Geng Hello Kitty


Monday, February 15, 2016

Cara Membuat Tart Telur yang sangat senang



saja nak tunjuk gambar ni duluuu...hehe
nampak sedap dan menyelerakan kan?kan? ehh bukan nampak saje..tapi memang sedap okeh :p


so cuti raya cina kemarin, cik norro dengan tak sengajanya telah membuat tart telur..heheh..rasa kagum dengan diri sendiri sebab berjaya hasilkan tart telur yang sedap...haha lempang laju2 plisss!!! ;p

ok so kat sini cik norro nak kongsikan step buat tart telur yang mabelissssssiuoosss 

ok pertama sekali sediakan bahan2. Nak buat kulit tart ni pakai tepung 2 cawan, unslated butter dalam 250g, gula 1/4 cawan, kuning telur yang dah dipukul 2 sudu, secubit garam and sedikit esen vanila. gaul2 dan rehatkan dalam peti sejuk doh ni. 

Memandangkan dalam peti sejuk dah ada doh yang dah siap yanie buat. kira senang keje terus kuarkan and bg lembut sket then tekan masuk acuan tart macam ni



dah settle yang tu kena sediakan filling dia pulak. 
bahan yang diperlukan kuning telur 4 biji, gula 6 sudu, air suam 3/4 cawan, secubit garam, susu cair 1/4 cawan (aku guna susu kotak kecik dutch lady yg ada jual budak2 suka minum tu je-separuh kotak), esen vanila sket



ok caranya air suam ngan gula tu campur theh kacau sampai gula hancur. Then masukkan kuning telur yang dah pukul tadi, tuang susu, kacau  then masukkan essen vanila, then masuk garam kacau lagi sket then tapis masuk dalam jug bg senang nak tuang dalam kulit tart. nak cantik sket kaler dia tambah pewarna kuning sket bg filling dia kuning lbey sket. sambil tu boleh panaskan oven suhu 180 darjah Celcius


ok dah settle boleh la masukkan dalam oven and bakar 20 minit. deme kate kalo nak tau dah masak cucuk lidi kat tengah2 filling kalau lidi tak jatuh dah masak le tu..hehe
senang bukan..dan sedapp..




 tuang xpayah penuh sangat nanti dia melimpah. Tapi jangan tuang sikit sangat pulak..nanti mendap



tadaaaa..dah masak



selamat mencuba dan harap2 jadi la tart telur korang. aku panggil tart ni TART TULUL....hehe 




Friday, February 12, 2016

Panduan persediaan umrah

So aku xboleh tido..ak rasa macm nak syer sesuatu yang aku harap bermanfaat untuk korang semua. Dah nak dekat seminggu mak ngan abah balik dari umrah. Mak ngan abah aku p umrah 25 Jan sampai la 6 Feb 2016. Alhamdulillah diberi kesempatan selamat pergi selamat balik selamat beribadat. Cumanya skang ni dorang banyak berehat nampak penat. Makan pun xlalu batuk and xde suara sama..harap2 cepat la sihat..kesian aku tgk...mungkin jugak ni cubaan kan?siapa yg tau..wallahualam...

Ok semua ni bermula bila pak tam bgtau dia nak p buat umrah, pak tam adik kepada mak aku..so kami adik beradik bincang elok la mak ngan abah join sama2 pergi dengan pak tam and mak tam. Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar. Mak ngan abah aku amik pakej umrah dari andalusia travel. Nak cerita sikit, dengan andalusia ni setiap hari sabtu dia open kusus umrah. Mak ngan abah aku setiap minggu p kelas kot. Semangat kan. Masa kat kursus ni mak aku cakap dia ajar benda yang sama cuma cara penyampaian penceramah tu xsama la..bagus jugak..lain ustaz lain cerita dia kan..dan paling syok bila dah nak sampai tarikh fly, dorang akan tolonb kita tukarkan duit dinar. Masa hari tu boleh tukar dalam 2k duit dinar. Bukan ape kalo tukar kat andalusia ni dia bg tinggi sket nilai tukaran tu banding kita p tukar sendiri kat money changer.

1. Kusus umrah- kena p la..kalau ada banyak masa p la tetiap minggu dengar apa yg ustaz tu cerita tanya kalau xpaham

2. Duit nak tukar tukar dari malaysia pun boleh. Ni sbb mak ngan abah aku nanti kat sana aku risau dorang xtau or xsempat nak p tukar.

3.sebelum p bayar habis kat agensi andalusia tu ada beberapa perkara yang kena settlekan dulu
*Pasport rm 100 sbb parents ak warga emas kalau x buat pasport rm 200 ye seorang 5tahun pakai tudung itam. If not nanti kat pjbt imigresen tu dia ada sdiakan tudung sarung je

*Then gambar pasport 4 keping seorang rm15 dpt skali cd

*Last skali cucuk p umrah. Bleh p mana2 klinik rm145 seorang. Kalau mahai dr 150 jgn p cucuk p klinik lain sbb range harga dia antara rm130 ke rm150 ja 

Abah

Mak

4. Dah settlekan 3 perkara tu bg kat agensi umrah then dah mula kena p beli pakaian dan persiapan lain. Kain ihram ,stokin, baju yg ada zip yg ni untuk mak pun kitorang belikan sbb ustazah kat skolah aku pesan nanti senang mak nak simpan beg duit dia dalam tu. Ustazah pesan jubah tu buat butang labuh sket and pakai baju yg ada zip ni. Dia ada khas untuk pompuan. Mcm singlet sleveless.. tq ustazah memang memudahkan. Xkalut nak bawag beg besor2 kan. Nanti nak pakai duit seluk je dalam baju..hehe org bukan nampak pun pakai telekung. Pastu ape lagi ek...senarai selalunya travel agency akan bagi. Dont worry

5. Download la video kat utube atau beli cd umrah(pengalaman aku agak payah cari cd umrah, alhamdulillah jumpa satu and tokeh kedai bg free pulak tu! Murah la rezeki pak cik tu hendaknya. Tapi zaman skang ni utube je macam2 jenis panduan keluar) supaya x blur sangat bila sampai sana nanti. Aku pun terbelajar sama padahal bukan aku yg pegi umrah kan. Tapi nak buat cemana ni mak ngan abah aku yg nak p..bukan orang lain. So kena la aku baca gak mana yang patut and buat persediaan untuk parents aku..hehe.. mana tau satu hari nanti rezeki Allah jemput p sana...hanimun.....papppppppp!!! Lempang diri sendiri!hehe maafkan akuuuu...

6.ok pastu beg mak ngan abah aku, aku boh tagged nama..yela mak ngan abah aku dah berusia sapa tak risau mak ngan abah nak travel jauh2 ni. Aku memang doa siang malam mintak Allah lindungi mak ngan abah aku. Supaya sihat dan dapat beribadat dengan sempurna sepanjang berada kat sana. Alhamdullillah. Oh pasal tag nama kat beg tu, ak just tulis dalam microsoft words nama, alamat, no hp and nama mutawwif. Then ak print and p liminate. Tebuk lobang and ikat kat beg mak ngan abah. Bukan ape satu lagi alasan yg sama risau. Ye..aku adalah seorang yg perisau. Ntah apa la yg ak risau sgt kan??mak ngan abah nak p rumah Allah kot...ak bukan ape..cuma nak memudahkan mak ngan abah je..huhu

7. Xde la apa sangat persediaannya kena sedia dari segi mental dan fizikal la..jaga kesihatan dan banyak2 solat taubat n tahajjud. Doa semoga Allah permudahkan. Yang ni bukan je org yg nak pegi tapi jugak untuk kita yg tak p ni..kena doa semoga dipermudahkan segalanya.

8. P la airport awal. Macam mak abah aku ni flight dorang pagi pukul 10. So sblm subuh dalam 4.30pg kitorang dah gerak dah dari rumah p klia. Dan aku nak bgatu parking kat klia mahal gilaaaaaa....tapi xpela p antar org p umrah..pahala. nanti insyaAllah tuhan ganti balik..hehe.. so kitorang subuh kat klia sbb xnak kalut dan abah pun pakai kain ihram kat klia lepas smayang subuh. Mak ngan abah aku p mekah dulu buat umrah tu la kena pakai kain ihram siap2 dari sini.

AwaL bukan??pukul 5.30 dah ada kat airport..hehe

9. Beg pulak kalau boleh asingkan sepersalinan baju dalam beg yg nak bawak naik atas..bukan ape nanti senang buat spare.sepersalinan je cukup la. Yg lain2 bleh masuk dalam bagasi kat bawah perut kapal tebang..hehe sbb ada org pesan in case kalo beg bagasi kat bawah perut plane tu ada masalah xla kita tekontang kanting xde baju kan..incase laaa...

10. Bersiap sedia la dengan ujian yg kita tak tau. Allah nak duga kita xtau kan. Macam pak tam aku sebelum p lagi dah dapat ujian. Dia basuh kain ihram, rendam2 elok ja...xsangka masa nagkat nak sidai tu air yg dia rendam tu air karat paip xtau datang dari mana....kain ihram putih pun dah betukar kaler coklat..haaaa ken la rendam ngan klorox bg hilang. Sabarrrrrrr dugaannnn. Macam mak aku pulak dia cerita masa kat madinah dia jatuh langgar roda tong sampah. Nasib ada abah tolong picitkan kaki dia. Mak cerita dia demam dua hari lepas jatuh tu. Lepas abah urut baru ok sket. Dan dugaan jugak mak cerita dia ngan abah sesat xjumpa jalan masa kat sana...huu memang masa kat sana orang cerita kena banyak bertawakkal and berserah kat Allah.. sebenarnya bukan kat sana je..kat mana2 pun dalam apa keadaan pun memang pada Allah je la tempat kite bergantung. Bukan manusia bukan harta benda. Ingat tu cik norro! Dan paling dugaan bila dah sampai Malaysia pasport abah hilang. Dia p smayang subuh then lupa nak amik balik beg dia tu..berjam2 mencari. Nasib ada sorang uncle cina ni jumpa and dia pulangkan kat abah. Kebetulan dia nampak abah ngan pegawai2 kastam yg lain kalut cari kesana ke mari...lega...... tq uncle!! Tu je la antara cerita dugaan sebenarnya banyak lagi tapi mak abah pakmtam n mak tam x abis cerita lagi. Tu je la yg dapat aku syer. Oh dugaan tu bukan untuk org yg p umrah je, dekat org yg tinggal kat malaysia ni pun. Antaranya aku la..balik hantar mak ngan abah dari air port tu esoknya skolah, tdo mcm biasa...bgn tu yg luar biasaa sbb bila ko celik mata dah 7.08minit pg ko rase??? Ak melompat bgn then termenung kejap..ya ampun cemana nak p keje ni..mana sempat 7.20 guard dah tutop pagor xbg masuk skolah...adehh..kalau x mandi p skolah pun memg xdan punya la..pejam mata je la tepon pejbt ckp xsht..mc..wuwu kira xsht la jugak xcukup rehat kan??hehe sapa suruh kalo guard x lorat tutup pagor xbg masuk ak memg p jugak skolah sbb penah je sblm ni ak sampai skolah pukul 8 kot punya semangat nak mengajar tp dah jd mcm ni..malas nak betekak dgn guard..kira ni pun dugaan gak la...lepas dari tu 2 mggu pesan dgn along miskol telepon umah sbb bunyi telepon umah bingit sket..bunyi tepon dulu2 trettt trettt..hehe

Aku cerita ni macam iye2 je aku yg pegi. Bukan aku yg pegi cuma kongsi la sikit2 mana yg ak tau..aku sebenarnya happy sangat bila mak ngan abah diberi kesempatan oleh Allah jadi tetamunya....rasa sangat happy xtau nak gambarkan macam mana.Semoga diberi kesempatan dimurahkan rezeki melimpah ruah supaya dapat hantar mak ngan abah p haji pulak. InsyaAllah. Rezeki Allah nak bagi sapa nak tau kan.

Aku jugak nak ucapkan trima kasih kat pak tam and mak tam sebab sama2 tlg tgk2kan mak ngan abah kat sana. Sama2 uruskan urusan p umrah ni. Alhamdulillah. Jugak aku nak ucapkan terima kasih kat sedara mara yg melawat bg kata2 semangat and nasihat yg berguna untuk parents aku dan yg mendoakan kesejahteraan dorang. Semoga Allah sajelah yg dapat membalasnya. Trima kasih semua.

So macam biasa la ni ada beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama...hehe beberapa lah sangat kan....hehe...harap bahan bacaan ni sedikit sebanyak dapat memberi manfaat. Sekian terima kasih ♡♥♡