Monday, July 3, 2017

Cara memasak rendang ayam

Dah habis raya baru nak kongsi resipi rendang ek?hihi..
Rendang ayam antara masakan yang popular masa hari raya
Ibarat kalau xde rendang...raya tak de makna la kan..hehe..
Hari ni cik norro nak kongsi gambar macam mana sebelum kejadian rendang yang mak cik norro masak


Ok..nampak macam ada ayam (kerat 12) , then cili kering yg di blander dengan bawang besar, bawang putih, garam sikit and gula sikit kot ? (Xsure sebab xnampak garam and gula), pastu ada bawang yg tak kena potong, bawang besar and bawang putih, then nampak mak letak kerisik...ini may b 2 sudu besar.


Ok lepas tu nampak mak masukkan santan, serai, daun kunyit hmmm ape lagi ek.... ohh ada lengkuas jugak hari tu seruas..
Rasanya itu je la kot..hehe

So nanti bila dah masuk semua bahan ni dalam kuali, baru nampak mak pasang api dapur and biar saje..guna api kecik..sekali sekala kacau sebab xnak hangus kat bahagian bawah dia.

Semua bahan ni ikut suka sukatan dia...main agak agak je..memasak ni kena ada instinct..hihi ayat cover ok..

Saja nak syer gambar ni untuk rujukan akan datang..
nanti mana la tahu one day kena masak rendang..at least nanti ada la bayangan macam mana rupa kejadian rendang tu sebelum jadi rendang..
Nak pastikan cik norro berada di landasan yang benarrrrr...
Hihih.. ^_^

Ok sekian terima kasih.
Itu sajela..
Cara memasak sangat..sorryla ek kalo entry ni tak banyak membantu..


Sunday, June 25, 2017

We planned...Allah deliver...

We planned, Allah deliver.. cik mie selalu pesan kat aku macam tu...sesungguhnya..kita merancang..Allah adalah sebaik baik perancang..apa yang kita dapat..itulah yang terbaik untuk kita..dan aku? Aku selalu sebut dalam setiap doa supaya Allah letakkan aku dalam keadaan dan situasi terbaik. Nampaknya minggu ni macam macam perkara jadi. Dan aku sendiri hampir tak boleh nak kawal perasaan dan setiap perbuatan aku. Semua jadi serba tak kena..huhu..rasa stress, down, kecewa, menyesal.semua ada...tapi apa boleh buat..boleh jadi sesuatu yang kita betul betul suka mungkin itu bukan yang terbaik untuk kita..dan boleh jadi jugak benda yang kita tak suka sangat..sebenarnya itulah yang terbaik untuk kita.. bila dalam setiap doa aku mintak Allah bagi yang terbaik untuk aku..ak kena yakin dan terima dengan redha keadaan sekarang ni adalah keadaan dan situasi yang paling baik yang Allah dah tetapkan untuk aku..semoga Allah beri pembalasan yang setimpal dengan orang yang ada kuasa dan tak punyai sedikit pun budi bicara untuk memudahkan urusan orang lain. Hukum alam ni mudah ja..kalau kau mudahkan urusan orang..berjuta kali Allah akan mudahkan urusan kau...tapi kalau kau sulitkan...sesuatu yang lebih sulit Allah akan balas...ak akan ingat tu. Ok stop cakap pasal tu. Walaupun  kecewa di awalnya..namun Aku bersyukur sebab Allah hadirkan insan insan yang sangat baik di sekeliling aku yang selalu ada dan bagi sokongan.

Alhamdulillah...21 jun hari tu ak dah pun masuk ke fasa 30 tahun. Dah 30 tahun hidup..dan di usia 30 tahun ni ak harap and doa supaya Allah kurniakan lebih banyak kegembiraan, ketenangan dan kejayaan untuk hidup yang akan datang..dah guna 30 tahun...tak tahu la berapa lagi baki umur yang ada...sempat ke ak nak kumpul pahala banyak banyak ni...huhu...

Tak sangka masih ada yang sayang rupanya...pergi sekolah ada anak murid bagi hadiah. Agak terkejut sebab di tempat baru, suasana baru, pelajar baru, rupanya mereka tak la seteruk yang aku sangka. Rupanya nakal merekalah yang menghiburkan aku..cik Norro mintak maaf ok..sebab selalh marah dalam kelas..korang tu bising...cik Norro susah nak kawal and kadang2 buat cik Norro pening kepala nak layan kerenah sorang sorang..huhu


Happy birthday to cikgu Norrohaniza..tq anak anak..dah 7 tahun cik norro mengajar..ni la first time ada sambutan dalam kelas..budak budak ni..nampak je cik norro datang jalan dari koridor depan..belum sempat masuk kelas..diorang dah nyanyi...malu ai...blushing ok..tapi cik norro happy la...walaupun nakal..tapi budak2 ni bagi pengalaman yang cik norro xdapat kat tempat lain..terima kasih banyak banyak..


Tengokla..nak ajak bergambar kemain payah..can u imagine cemana cik norro nak control diorang? Sometimes..headache ok! Huhu


Haa ini adalah sikit proper gambarnya..berjenis la jugak..sebab sempat la nak senyum ;) hehe


Siap bagi cik norro hadiah..terima kasih banyak banyak. Cik norro suka sangat and happy sangat..walaupun hanyalah frame..tapi frame ni cantik dan istimewa..harap satu hari nanti cik norro boleh pegi melawat menara tu..mana tau rezeki kan..hadiah ni bukan kira nilai harga dia mahal atau murah..tapi nilai keikhlasan tu yang paling bermakna..tq anak anak.


Then tak sangka jugaklah dapat video call dari abah kudat. Haha..habis satu bilik guru dengar noi sembang ngan abah ek..ni abah jamlie..buat video call sebab nak wish happy birthday..kata dia..rasa macam noi ada di sebelah abah saja ni..hihi..tq abah..insyaAllah nanti noi pegi melawat abah, umie and adik adik ye.


So the next day..cik norro terima bungkusan ni..berdebar debar nak bukak sebab dia dah tampal sticker diterima dalam keadaan rosak. ROSAK ok...dalam hati..habislah....dapat tgk kotak je la ni..benda dah hancur..huuu


But...surprisingly..bila bukak...cantiknyaaaa...cik norro suka sangat.. ♥♥♥


♥♡♥Cantik♥♡♥
Terima kasih uncle..these gift realy made my day :)
Happy sangat :) :) :)

So malam tu..apa la lagi kan..lepas je terawih..terus masuk bilik and tak sabar nak try selendang baru ni..maksue sibuk suruh mak teh try style itu try style ini..sambil tengok tutorial kat youtube...then suddenly


Ada kek! Happynya! Hehe..pandai korang ek..terima kasih yanie..along and kak ana...terharu..sebab walaupun family tau yang cik norro dalam keadaan yang masih kecewa dan sedih..diorang usaha untuk ceriakan cik norro..thank you so much...
Keluarga...adalah...penawar..yang..paling..berkesan...
Xtau nak gambarkan macam mana..

Bila mak cakap..xpela..bukan rezeki kita...insyaAllah ada yang lebih baik Allah nak beri and ganti...terubat rasanya duka lara ni..perkataan yang keluar dari mulut mak..selalu buat kita rasa tenang kan?betul tak?

Cik norro bersyukur dan happy sebab Allah hadirkan insan2 yang hebat dan baik belaka. Sentiasa ada and support cik norro dalam apa keadaan pun..Alhamdulillah.

So if korang ada masalah, mengadulah pada Allah dan keluarga adalah tempat yang paling menenangkan. Jangan hiraukan orang yang saitkan hati kita..biar Allah sajelah yang membalasnya...

Terima kasih family, terima kasih kawan kawan yang dengar luahan cik norro, terima kasih yang sudi membaca dan terima kasih sangat uncle♥..sebab sentiasa sabar and ada when i need u...hey..u know who u are... :)

Last but not least, selamat hari raya semua..cik norro nak mintak maaf salah dan silap. Semoga semuanya baik baik saja dan semoga happy happy selalu...

Hidup ini indah..namun carilah keindahan dalam kehidupan yang abadi kelak :)

So what did i learn? 
1. Nakal tak semestinya jahat. Ada kelembutan hati dalam setiap anak anak ni
2. Jangan buta bila ada kuasa. Sampai xnampak ada penyelesaian yang baik sebenarnya
3. Hidup ni bukan nya xde budi bicara. Ni semua undang2 dunia..boleh dibawa berbincang what?
4. Jangan hirau orang yang buat kita sedih. Sebab kita ada beribu lagi alasan untuk terus tersenyum
5. Good people are hard to find. Bila dah jumpa..sila hargai :)
6. Sebarkan kasih sayang..hidup dengan penuh kasih sayang
7. Buat jahat dibalas jahat.

Ok cukup la setakat tu.


Friday, June 9, 2017

Resipi kuih buah melaka (onde onde)

Rajin bukan? Hihi hari ni cik norro nak syer macam mana cara nak masak kuih buah melaka atau pun ada orang panggil kuih onde onde. Paling nikmat makan kuih ni bila masuk mulut...popppp dia meletup kat dalam mulut..hehe sedap okeh.. Dulu masa study kat sabah kawan baik cik norro suka makan kuih ni. Bila tanya sebab apa? Dia cakap sebab awek dia rajin buatkan kuih ni and sedap..hihi wandy harap2 wife ko sampai sekarang la rajin buatkan kuih ni untuk ko ek ;p

Bahan nak buat Kuih buah melaka ni sangat simple. Cumanya dia agak renyah sebab kena gentel satu satu. Kesabaran okeh..kalo nak ikut boleh je beli kat bazar ramadhan..in fact..dah beli pun last week...namun macam biasela..rasanya mengecewakan...heishhh cuba la ikhlas sket bejuai kat bazar tu...ni dah la xde rasa...yang ada rasa teraniaya je sebab beli wuu...so disebabkan itu...terpaksalah merajinkan diri buat sendiri kuih ni. So dekat bawah ni antara bahan utama yang diperlukan dan cara nak buat buah melaka.


Bahan utama tepung pulut, gula kabung, daun pandan dalam 10 helai macam tu.
Cik norro guna daun pandan sebab rasa dia lebih sedap dan lebih asli. Tapi kalau korang xde daun pandan boleh la guna pencelup hijau..cuma rasa dia x asli la and tak wangi.

So mula mula gunting daun pandan and then masuk dalam blender. Letak air sikit supaya mudah nak blend. Pastu tapis and amik air pandan yang dah di blend tadi.
Tuang tepung dalam bekas and masukkan air pandan yg dah diblend tadi. Gaul sampai dah tak melekat kat tangan. Semua ni agak2 saje. Ikut instinct..hehe...jangan keras sangat jangan lembik sangat..again...agak agak saje. Hehe...
Dalam masa yg sama kerat gula kabung tu kecik2 supaya nanti muat nak letak dalam buat melaka.

Bahan yang terakhir ialah kelapa parut. Kelapa parut ni nanti gaulkan dengan garam supaya dia ada rasa lemak. Lemak kelapa parut ni la yg menjadikan buah melaka korang tu sedap atau tak nanti. Selalu kalo beli kat kedai jarang dapat jumpa yg lemak dan sedap sebab diorang akan guna yg recycle punya kelapa parut..hampas kelapa....hampehh btoi...huhu tapi bukan semua..ada je peniaga yg jujur juai yg sedap..tapi jarang dapat jumpa yg juai dengan ikhlas..betul tak?


Ok dah gentel gentel macam tu...gula melaka dah isi kat dalam. Then panaskan air sampai mendidih and masukkan tepung yg dah digentel ni. Macam mana nak tau dah masak? Ye soalan yang bijak..hehe buah melaka ni akan terapung dalam air mendidih tu..tu tandanya kuih ni dah masak. Then angkat and gaulkan dalam kelapa yg dah diparut tadi...


Tadaaaaa...dah siap...hebat bukan?hihi ok sebab apa kaler dia hijau slow xmacam kaler kat bazar? Ini sebab cik norro guna bahan asli warna dari daun pandan tu semata mata. Tak campur pewarna hijau atau pencelup. So kalau lepas ni korang nak pilih kuih..nak tau dia asli ke tidak....korang tau la..tgk la yang warna slow sikit ek.



Abang arsyad pelanggan pertama..hehe sedap kan mak teh masak kuih buah melaka ni arsyad?tengok muka arsyad pun dah tau dahhhh...sedap..(paksaan) hihi :p

Ok la selamat mencuba.. and selamat berbuka puasa. Semoga entry ni bermanfaat okeh :)


Monday, June 5, 2017

Telekung siti khadijah dari go shop #demisayangbelibarang

Hihi..kemain hashtag tu kan...demi sayang beli barang...tak agak agak..assalamualaikum semua...semoga sihat sejahtera ok..hari ni cik norro excited sebabbbbb..pagi2 lagi org tu dah call...hilang sekejap rindu ♥♥♥....(hehe lempang pipi laju laju kang cik norro!)...xdela...bila dapat cakap ngan org yg kite rindu mestila kite happy btol tak? :p

Ok yang keduanya..happy sebab abang GDEX call bagitau hari ni dia nak datang hantar barang yang cik norro beli kat rancangan tv go shop last week..suke ok! Xsampai 5 hari bekerja barang dah nak sampai.. ni first time beli barang kat go shop...tawakkal je sebenarnya..hehe

Last week bangun2 tido bukak la tv..tgk2 kat go shop ada jual telekung siti khadijah..ada offer..beli telekung..dapat satu set telekung....kain, beg telekung and anak tudung dia bagi free..best kan? Harga pun tgh promosi..sbb kalau nak p beli kat butik atau online harga dia agak mahal dah selaunya kalau dengan kain dia ada xtra harga..belum campur postage lagi..so memandangka cik norro pun memang dah lama nak beli telekung ni...call terus and beli dua terus..satu nak bagi kat mak..hadiah untuk birthday mak..and satu lagi hadiah kat diri sendiri la...sedih je bunyi ek..belikan hadiah untuk diri sendiri..hihi..

Ok..pendek cerita..servis untuk pembelian telekung dari go shop ni sangat bagus..operator bagus..bagi penjelasan yang jelas dan info yang berguna..sabar dah jugak tabah melayan soalan soalan merepek cik norro...contohnya seperti...betul ke org gdex tau rumah saya?haha..nasib abang gdex hebat cari umah cik norro siang tadi ek..bayar bila barang dah sampai depan mata..ada dua cara pembayaran sebenarnya..sama ada nak bayar online pakai kad debit atau bayar cash...operator tu cadangkan bayar cash bila dapat barang sebab kalau nak bayar online agak tak selamat and banyak step kena buat akaun segala mak nenek..leceh ok..so tunggu barang sampai and bayar cash lebih mudah la rasanya...agaknya sebab tu la abang gdex usaha gak cari umah cik norro ek..kalau tak..sape plak yang nak pakai telekung tu?xkan abang gdex semayang pakai telekung..heheh..tq abg gdex..susah payah cari umah saya..semoga abg gdex dimurahkan dan dipermudahkan urusan ok..sebab kerja dengan bersungguh sungguh..hee ;p

So kat sini cik norro kongsikan beberapa keping gambar kalau ada yg nak buat rujukan..barang sampai dengan sangat elok dan selamat..Alhamdulillah..cik norro sangat berpuas hati...sampai terpaksa order sekali lagi untuk along and yanie...hebat kan cik norro pengaruh and meracun mereka supaya beli...hehehe...

Sape nak beli boleh call terus go shop 1800820088
Ni kalo go shop baca entry ni...sila bagi diskaun lepas ni kat cik norro sbb dah tolong promotekan go shop ek ;)

 Ni mak punya telekung..yang kaler merah tu beg dia bagi free..boleh simpan telekung dalam tu..
siap dapat sampul raya ok..best kan..nanti boleh la mak guna nak bagi duit raya kat cucu cucu..hehe


Ini cik norro punya...anak kepala kaler hitam..hehe
Nampak tak tagline dia..
♥Lambang cinta abadi ♥ 
Sila bagi hadiah kat mak korang okeh...
atau cinta abadi korang yang lain selepas emak..
isteri ke...isteri ke....isteri ke...hee..

Haaa ni laa sampul duit raya go shop bagi..harap pas ni go shop sila isi sampul tu dengan duit raya sekali..baru laaa sesuai ngan tagline sampul raya tu
'Demi sayang beli barang'
Haha..adei..baca tu sayang...demi sayang beli barang okeh...
nanti tetiap ari korang kena baca ni kat telinga sayang sayang korang okeh..hehe


Haa ni sebab dah x menyempat sangat nak try pakai...
Happy advance birthday mak...
Bday mak and cik norro dekat dekat
Cik norro 21 Jun..mak cik norro 28 Jun..
Kami baby of june okeh..hehe...
Harap harap mak suka la dengan hadiah ni...sebenarnya memang nampak muka mak teruja tadi masa bagi hadiah ni kat dia...alhamdulillah..happy ok.
semoga mak lebih selesa nak beribadat bila pakai telekung ni nanti ok :)


Friday, June 2, 2017

Resipi roti puri

Salam Jumaat semua...semoga korang semua sihat sejahtera la hendaknye okeh...cuti2 skolah ni cik norro xtau apa nak buat..update blog la ek..nak kacau orang tu...die keje mencari nafkah..hee..hadehhhh...hari pun hujan dari lepas subuh tadi...cuaca sejuk macam ni...hoiii memang bantal tilam katil selimut semuaaanya macam memanggil2 je...heee...

Bulan2 puasa ni, mesti dah banyak menu yang ada dalam fikiran korang kan? Terutama menu juadah untuk berbuka puasa..tahun ni cik norro rasa nak buat kelainan sikit la..kalau tahun lepas cik norro syer biskut2 raya yang cik norro ngan adik (yanie a.k.a maksu) buat..taun ni nak syer kitorang masak ape untuk berbuka..hehe walaupun semua org tau sebenarnya dalam 100% masakan tu 70% maksu yang buat...cik norro 30% je..haha eh tapi peduli apa..still menyumbang sesuatu ok..without that 30% tak mungkin jadi masakan tu..haha (usaha untuk mencover diri sendiri ;p )

So resipi kedua yang nak dikongsi hari ni ialah resipi roti puri. Xtau la korang panggil ape..ada yg panggil roti arab, ada yang panggil kuih perak perak. Yang ini serius first time dengar..kuih perak perak.. ape pun nama kuih ni..tak kisahla ek.. roti puri ni agak plain la rasa dia dan lebih ringkas resipi dia..kalau roti arab dia macam berlemak sikit. Ikut kata mak n yanie, sebab roti arab ada guna minyak sapi atau majerin sikit. Dan selalunya roti arab atau puri ni kita makan atau cicah dengan sardin atau kari.

Kat sini cik norro kongsikan resipi roti puri dan sedikit gambar untuk rujukan korang semua...harap bermanfaat okeh.

2 cawan tepung gandum, 1 sudu besar yis, 1 sudu besar gula, 1 sudu kecil garam, 2 sudu besar minyak masak dan 3/4 cawan air panas. Senangkan bahan dia? Tepung, yis, gula, garam, minyak masak and air panas. Petua dia, guna ukuran cawan yang sama and sudu yang sama. Kalau cawan tu guna sukat tepung..cawan tu jugakla guna sukat air..hehe..

Ok campur semua bahan dalam mangkuk, gaul sampai tak melekat kat tangan and rehatkan sekejap 15 ke 30 minit. Hasil dia macam dalam gambar kak bawah ni


Ada Tepung, yg kaler kuning tu yis, yang dalam mangkuk dah siap uli 



Yang ni dah dileperkan dan dan di 'gelek' hehe dah ready untuk digoreng. Dua cawan tepung punya resipi boleh dapat dalam 15 keping. Gelek nipis nipis doh tu...barulah bila goreng nanti dia akan mengembung elok.


Hasilnya...macam biasa la..cik norro punya sumbangan 30% tu termasukla amik gambar..haha..goreng2 belum mahir lagi..ni yanie yg buat..boleh la cicah ngan kuah sardin...sedap okeh...tq maksu sebab selalu merealisasikan selera tekak mak teh ni..hehe..

So stakat tu je dulu..kepada sesiapa yang nak mencuba silakan dan semoga berjaya okeh :)

P/s: resipi masak sardin cik norro xtau..nanti cik norro dah try masak baru cik norro kongsi ok..

Selamat berpuasa semua..and thank you for reading.

Wednesday, May 31, 2017

Cara menyediakan air mojito #resipimojito


Assalamualaikum semua...selamat menjalani ibadah puasa..so macam mana puasa uolls? Berjalan dengan lancar tak? Semoga dapat banyak pahala ok untuk ramadhan kali ni..semoga ramadhan ini adalah ramadhan yang lebih baik bagi kita semua daripada yang lepas..ameen :)

Ok, jadi hari ni cik norro nak kongsi satu resipi. Air Mojito. Kalo g kedai cik norro selalu la jugak order air ni..tu pun kalo kedai tu ada juai la..hehe..bahan yang dia gunakan sangat sikit, mudah dan cara nak sediakan pun sangat la senang..pejam mata dah siap...hehe berlagak bukan?haha maafkan saya...

So untuk tidak merapu lebih lagi..kat sini cik norro bg gambar je la ek..bahan bahan yang diperlukan seperti di bawah


Simple je bahan dia kan? Air soda, lemon, daun pudina, asam masin, serai, ais batu dan sedikit kasih sayang..hihi



Campur je semua masuk jug air..ikut sesedap rasa. Cik norro xde specific ukuran, masuk ikut sedap rasa je. Serai kena ketuk dulu, of course laici kena bawak keluar dari tin dulu, daun pudina mesti la kena basuh dulu, asam masin kalau rajin carik2 sket bagi dia ada rasa bila dah tuang air soda masuk jug ( kalau terlebih asam masin nanti air jadi manis..so letak 3 ke 4 biji ok la), lemon hiris dan perah masuk dalam jug tu dan last skali boh la air batu..huuu minuman ni sangat menyegarkan dan sangat lahhh terasa rasa kat tekak skang ni...sedapnya.....heheh


Tadaaaa..dan hasilnya..nampak sedap kan? Sorry sket...bukan nampak je..tapi memang sedap okeh! Hehe..xnampak tu dah nak habis satu jug? :p semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan selamat mencuba uolsss... :)


Friday, May 19, 2017

Lalalalalalalalala... #aisyah


Lalalalalalalalala..
Mula mula ku happy
Tiba tiba dia sakitkan hatiku
Tak apalah terima kasihlah jadi kekasihkuuuu

1,2,3 kucintamu
Kau hanya satu menjadi kekasihku
Tak apalah padamu sayangku 
Ku akan setiaaaa

Aisyah jangan ragu ragu dengan cinta ini
Jangan gurau gurau ku jadi kekasihmu
Percaya padaku 
ku akan jadi yang terbaik untuk cintamu

Aisyah aku sayang kamu aku rindu kamu
Tidur malam ku sentiasaku mimpikan kamu
Kau hanya milikku untuk selamanya
Aku sayang kamu
Aku cinta kamuuuuuu
Lalalalalalalalala.. (Klik untuk tonton video)

Hmmmmmm..breathe in..breathe out...repeat...

P/s : boleh nyanyi sama sama and ubahlah nama aisyah tu ikut nama org yang hampa nak
Have a good day everyone :)

Wednesday, May 17, 2017

Selamat Hari Guru

16 mei merupakan tarikh yang begitu sinonim dengan kita semua..hari ni merupakan hari guru dan disambut bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia! Best kan jadi cikgu? Hehe..walaupun kadang2 rasa macam syok sendiri..eh peduli ape..ade aku kisah? Hehe..

Berbeza dengan tahun tahun sebelum ni, cik norro terasa sedikit kehilangan dan kekurangan tahun ni sbenarnya..huhu..persekitaran baru, kawan kawan baru, semuanya baru..kadang kadang masih rasa tak percaya and tak boleh nak terima hakikat dengan keadaan sekarang ni since cik norro pun bukanla seorang yang boleh terima dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dengan cepat. It takes time..huhu

Berada di tempat baru, kita akan rasa lebih kosong dan 'lonely'. Tapi macam mana pun cik norro bersyukur la sebab sentiasa dapat sokongan dari insan2 istimewa yang cik norro sayang. Ye awak lah insan tu! Hehe..dan paling bersyukur sebab keluarga sentiasa ada dan memberi sokongan juga bantuan. Itu je la kekuatan yang cik norro ada..tak boleh bayang kalau suatu hari nanti cik norro kena berpisah dari keluarga..mesti rasa lebih kosong...huhu..

Hari ni sambutan hari guru bermula seawal jam 7.20 pagi. Cikgu cikgu ada sesi bergambar, then bergambar and bergambar lagi..berapa banyak kali bergambar deeeer..masa ni agak rasa kesian dengan students abb diorang tercongok je tengok and tunggu cikgu cikgu bergambar. Kalau ada kesempatan dan ruang, ini adalah perkara yang perlu diperbaiki di masa hadapan.

After bergambar semua students and cikgu cikgu diberi masa untuk rehat sehingga pukul 9pg dan kemudian acara pun bermula. Dimulakan dengan perarakan cikgu2 dan kemudiannya perutusan and so on. Macam kata pepatah, lain padang lain lah belalang kan? So tahun ni rasa berbeza laa, masa pengetua bagi ucapan, tibe tibe ada gimik kononnya budak2 kidnap pengetua..cuak satu skolah tetibe budak2 samseng datang heret pengetua..siap ada polis bagai..heheh..pengetua muka paling pucat masa tu..hihi tapi power la lakonan budak budak tu. Real okeh..hehe

Sebenarnya not that bad laa sambut hari guru kat tempat baru, cuma rasa macam ada yang kurang..dan cik norro tak boleh nak ungkapkan macam mana perasaan tu..tapi kot mana pun..layan je laa..sampai tahap nak lap air mata laa bila tengah tengah sambutan kita dok fikir, kalau kat sekolah lama mesti macam ni..mesti macam tu..blaa blaa blaa...lempang nak? (Monolog dalaman) huu harapannya perasaan ni akan cepat pulih dan semoga Allah bagi keceriaan dan keseronokan untuk cik norro sambung perjuangan  dan dapat lebih banyak ilmu kat tempat baru ni. I do really hope the situation will be better for me. Sementara nak dapatkan roh dan jiwa di tempat baru ni..kena sabar and usaha lebih lagi la nampaknye. So itu je la pengalaman sambut hari guru di tempat baru. Bukanlah teruk sangat, lagipun cik norro dapat hadiah okeh..itu sangat sangat tak sangka..masih ada yang sayang hehe. Terima kasih yang bagi hadiah kat cik norro, its realy made my day :)
Kat sini ada la beberapa keping gambar yang cik norro nak syer untuk tatapan di masa hadapan.


kalau terer cari cik Norro kat mana? hehe..cik Norro xde blazer..kesian btoi..terpaksa laa 'curi curi pinjam' pengawas punya ;p 

layan je laaa..orang soh posing..hehe

dengan ustazah jamaliah..geng sama sama curik blazer pengawas..hehe muka suci g masa ni awal pagi..sebelum belemoihhh hehe
dengan cikgu cikgu petang
comel je budak budak ni..tapi cikgu comel lagi kan? :p 
semorang dapat ais krim..kreatif kan guna sarung telur ni tempat letak ais krim? harap bekas ni bersih laa..bukan yang recycle punya sarung telur...fikir tak apa yg cik norro fikir??hahah...sorry i dont eat the ice cream..cik norro sedekah je laaa kat sapa yg tak was was..hehe
fuuuhh...penuh pinggan..ini feveret..ayam goreng berempah..haruslah makan banyak2 kan..hehe #LUNCH


not that bad laa...sebenarnya xde mood sangat nak p skolah mengenangkan cemana laaa sambutan kat tempat baru ni..mesti rasa macam alien sorang2 terasing.. eh..rupanya..ok la jugak..

paling tak sangka budak paling nakal dalam kelas yang bagi cik norro hadiah..terus rasa bersalah ek sebab selalu marah dia..wuu..terima kasih...

ini paling tak boleh blahh..ada budak mai..cikgu...ni hadiah untuk cikgu..buah langsat!! haha kelakar..xsampai ati nak gelak depan budak tu....ni buah mata kucing laaaaaa...haha..sabor je la..
dah lama tak main...lepas 'gian' sat...bila rasa tak de arah, tak tentu perasaan..ini la satu benda yang boleh buat cik norro tenang dan kembali fokus.. (>_<)''...

stay focus Cik Norro..insyaAllah you can handle this!!


Selamat Menyambut Hari Guru Kali ke 7 Cik Norro!
Semoga semuanya akan lebih baik lepas ni dan semoga semuanya baik baik saje. Ameen.




Tuesday, April 18, 2017

My BFF's wedding

Hai semua..tak sangka sekejap je dah 18 April kan..dah sebulan Lela punya majlis. Dalam masa sebulan ni jugak laa hidup Cik Norro dah berubah..huuu..persekitaran yang baru, kawan kawan baru, anak-anak murid yang baru.......boyfriend je xde yang baru..eh (-_-)''...haha

ok la ni ari cik norro nak cerita pasal kenduri kawin kawan baik cik norro. nama dia Nurul Al Zahratul Laila Sarip. Lela kawin 17 Mac yang lepas. secara jujurnya memang sedih sebab bestfriend dah kawin. dah xde kawan nak lepak2 bila cuti skolah, xde jugak kawan nak kongsi cerita lepas ni..sape nak sembang ngan aku sampai tetido dah lepas ni lela??huhu..Lela and Yana dua sahabat yang tak mungkin boleh jumpa atau ganti tempat diorang..susah senang sama sama..gaduh jangan cakap laa...tetiap ari masa study dulu mesti ada je benda yang nak digaduhkan..hihi..tapi gaduh2 pastu baik balik..gaduh2 tapi last2 saling tolong menolong..alaa biaselaa pompuan banyak drama..hehe..

lela sesungguhnya ko kena tau, walaupun aku sedih ko dah kawin tapi aku happy dan besyukur sebenarnya sebab ko dah pun jumpa imam ko..doakan aku pun ada jodoh and rezeki untuk dapat imam yang terbaik dalam hidup aku ni wehhhh... :) 

so beza dengan yana, lela kawin ni kami(cik norro and yana) xsempat nak datang awal sblm majlis..masing2 sekolah..sibuk dengan hal dunia..huhu sorry lela..masa yana kawin dulu masa tu masing2 belum ada komitmen..ingat lagi masa tu cik norro ngan lela laa yg paling kalut..ikut p make up, malam berinai, layan tetamu..semua laaa..macam kitorang punya majlis..hehe tapi kenduri lela ni nikah dia pun xdapat nak datang huu so sad sebab xberada bersama sama..hari kenduri kawin dia baru la ada kesempatan nak datang..yana lagi syok esoknya lepas kenduri baru sampai..adehh apa boleh buat..yana and family jauh nun di saaaaaanaaaaaa.

so ini antara gambar yang sempat di ambil untuk diabadikan dan untuk tatapan di masa hadapan. Selamat Pengantin Baru Laila dan Pasangan. semoga bahagia and cepat2 dapat baby hehe :-*


sampai sampai haruslah makan dulu hehe..kang jadi pengapit nak makan pun xtentu

cantik kan lela <3

 arsyad sibuk nak buat peace macam mak teh ek!


kasi chance laa cik norro nak poyo sekejap..feeling2.. ;p

the day after...yana baru sampai..


nasib pelamin belum bukak ek..sempat la begambar tanpa husben masing2..hehe

nasib ada taqiuddin jadi pasangan acik norro ek..hehe



nak g umah belah laki masa ni..posing la sket..

kemain lela..xpayah ajor posing dah..

ikut dan je masa ni..payung pun sebat apa yg ada dalam kereta ja..

paling best makan..dengan pengantin, pengapit, bapak pengantin, semua makan betul2..sudu? campak tepi..hehe makan sedap gila


ni gambar masa yana kawin...ohh cepatnya masa berlalu..semoga persahabatan ni kekal untuk 1000 tahun lagi..insyaAllah hingga ke syurga :)