Tuesday, March 10, 2020

IKHLAS...

Bila keikhlasan seseorang itu akan hilang...? 
Apabila dia terasa seperti dipergunakan...
apabila beban yg ditanggung itu bukan kewajipannya...
apabila tanggungjawab yg dipikulnya melebihi yg sepatutnya...

Apa akibat bila keikhlasan itu hilang? 
Dia akan nilaikan semula apa yg dahulu dibuatnya...
berbaloi atau tidak utk terus melakukannya...
dia akan kembalikan semula kewajipan dan tanggungjawab itu kepada org yg sepatutnya menggalasnya...
dia akan mempersoal, merungut dan mengungkit apa yg sedang dilakukannya...

Walaupun ikhlas itu adalah perbuatan tanpa mengharapkan balasan, tapi sekiranya ianya dah melebihi batasan yg ditetapkan, maka agak susah utk terus "ikhlas"... 

Ikhlas itu sifat hati...
org yg ikhlas selalunya hatinya lapang dan dia rela melakukan sesuatu itu tanpa sebarang rungutan atau ungkitan di kemudian hari...

TAPI, 
apabila perbuatan itu menyiksa diri dan hati sekiranya dia terus berlaku "ikhlas", maka saat itu keikhlasannya akan menjadi satu keraguan... 

Perlukah dia terus ikhlas utk keadaan sebegini...?
Ikhlas kah dia? Ikhlas kah aku?...

Wallahualam...
Renung - renungkan...

Kredit:Firdaus shakirin . .