Monday, February 28, 2011

fantasi cinta teruna dah habis..huhu

hari ni last episod fantasi cinta teruna...
last2 dania kawin ngan hussin kekasih lama dia
kesian umar...xpelah umar dania xnak..cikgu norro kan ade..hehe



maka hari ni berakhirlah bulan february 2011
besok bulan kedua menjadi seorang guru
masih ada banyak bulan lagi
sangat tidak ada kesinambungan dengan tajuk huu



pendapat setakat ni : bukan senang nak jadi cikgu yang bagus (=_='')



Sunday, February 27, 2011

dapur ada sempadan..hehe



oh..oh..oh..
harap bertenang
jangan tukaq channel
jangan tekan cancel

anda berada pada page yang betul
hehe..jangan lah konfius
ini bukan dapur tanpa sempadan ya

cuma nak berkongsi gambar ja
hehe..tu nama dia
pengat ubi + nangka madu
memang sedap

sedap tu bukan sebab ape
sebab mak yang masak
hehe :)

try kalau aku yang masak
nama pengat akan bertukar menjadi
..pungut kot..hee


tunjuk ajar ku seepot!


pernah x korang menyampah tengok rancangan TV?
haha menyampah pulak aku tengok pemilihan peserta2 rancangan realiti tv ni
terlampau banyak drama
sikit2 nangis
sikit2 nangis
lempang kang...nak jadi penyanyi ja pun

saya berusaha gigih la..
pas tu mula la kait dengan hidup susah la
adik beradik ramai la
semua lah dia nak kait
kadang2 rasa macam nak meraih simpati pulak
ishk..ishk..ishk..

yang aku ni pulak
apasal nak emosi xtentu hala?
pelempang nak?
haha bukan lah ape
semualah nak jadi artis..
yela sape xnak popular kan

cuma kadang-kadang terfikir
tak ke membimbangkan
bila artis pulak yang jadi idola budak2 zaman skarang ni?
rasanya bukanlah budak2 je
mak budak pun same je
termasuklah aku..huhu
eh tapi aku bukan mak budak ye :)

korang x risau ke?
atau korang rasa
ahh biarlah..xde kaitan dengan aku pun
janji gaji aku tetiap bulan masuk
kan?

apa2 hal pun
tak salah berhibur sebenarnya
tapi perlulah dengan cara yang betul
bak kata lirik lagu kumpulan raihan ni

Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah


senyum semua nak amik gambar ni! ;p


Wednesday, February 23, 2011

muka blog :)

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Sunday, February 20, 2011

senyum xnampak gigi

saya telah di tagged oleh atina
iaitu sahabat se-DE FIFA
tajuk taggednya adalah
contest senyum xnampak gigi

contest ni telah di anjurkan oleh klik sini
siapa nak join bleh la klik kat sana
syarat xsusah
cuma buat simple entry and tag lagi 5 orang kawan

maka saya mempertaruhkan gambar ni

tajuk: saya harap saya menang :)

kenapa saya pertaruhkan gambar ini?
1.sebab memang xnampak gigi langsung
2.sebab memang susah nak buat senyum xnampak gigi
3.sebab muka saya nampak luar biasa bila senyum xnampak gigi
4.sebab saya nak menang..hehe

haha...sumpah sapa tgk senyuman aku ni xlalu makan seminggu..

saya memutuskan untuk tag
4. lynn
5. zoi

selamat ber-contest

Wednesday, February 16, 2011

al-fatihah

bangun pagi nak cek email
terkejut dapat berita
cikgu khairuddin meninggal dunia
innalillah

arwah merupakan cikgu bahasa melayu penulis blog
semasa menuntut di sekolah menengah sains pokok sena
beliau ajar komsas dan bahasa melayu
seorang guru yang baik dan berdedikasi
masih teringat lagi cerita keluarga gerila
beliau lebih dikenali sbg cikgu rangga

dulu masa sekolah kami selalu mengelat ajak dia p makmal bahasa
bukan apa blajaq dalam kelas panas
lepas tu cikgu kalau xmo bawak kami p makmal bahasa
dia akan bagi alasan..biasalah pelajar..
malaysia ni beriklim khatulistiwa..memang panas sikit..
huhuh..sempoi kan alasan dia??


difahamkan beliau sakit menderita
akibat kanser mulut
semoga roh cikgu di letakkan di kalangan mereka yang beriman
al-fatihah


cikgu khairuddin dalam kenangan
Ya Allah sedihnya wei
apapun setiap yang hidup pasti akan kembali
kepada penciptanya
semoga arwah mendapat yang terbaik di alam sana
amin.

Tuesday, February 15, 2011

salam maulidul rasul

memetik daripada penulisan dalam sebuah blog yang saya baca
penulis menyatakan bahawa
menyedihkan apabila ada segelintir di antara umat Islam
yang lebih mengingati kelahiran paderi St. Valentino
malahan lebih mengingati biodata artis
daripada mengingati sejarah rasulullullah SAW
.
.
.
.
beristighfar...dan melihat kepada diri sendiri
ada betulnya kata2 itu

nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
tarikh lahir : 12 Rabiulawal tahun Gajah, subuh hari Isnin
tempat lahir : di rumah Abu Talib, Makkah al Mukarramah
nama bapa : Abdullah Bin Abdul Muttalib bin Hashim
nama ibu : Aminah binti Wahab binti Abdul Manaf
baginda wafat pada usia 63 tahun pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11 hijrah di Madinah Al-Munawwarah


menyeru kepada diri sendiri dan rakan2, marilah kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW

selamat menyambut maulidul rasul :)


Sunday, February 13, 2011

trilogi cinta


bukan sebarang tajuk
trilogi cinta ya
hehe

harap maaf
tiada kaitan dengan yang masih hidup
mahupun yang sudah meninggal dunia

ni tajuk drama melayu yang aku dok ikut skarang ni
(semua drama melayu aku layan kan..hehe)
ada tak sesiapa yang tengok crita ni wei?
best :)

ok sedikit info
pelakon utama : rosyam nor, fauziah gous, amyza adnan
waktu tayangan : 10-11 malam
hari tayangan : ahad,isnin,selasa
episod terkini : episod 19
stesen tv : RTM 1 (sila jgn kondem ak sbb layan crita rtm..hehe)

sebelum2 ni aku layan gelora di hati sara..gelora di hati sara ada sampai season 2..
pelakon utama dia rosyam nor, fauziah latiff dan watie elite.

kadang2 aku sedikit pelik lah..asal cerita rosyam nor ja..mesti dia akan untung..sbb akan ada dua heroin yang bercinta dengan dia..BoOoo..hahah..tapi cerita dia best.

kalau gelora di hati sara watie elite as second wife yang psiko asyik nak berebut ngan gee sbb cemburu..terbalik dengan trilogi cinta..dalam crita ni fauziah gous (nurgina) terpaksa kawin dengan rosyam nor (razif) sbb isteri pertama dia yang suruh..amyza adnan (salmi) adalah isteri pertama rosyam nor..dan nurgina pun syok jugak sikit2 ngan razif aku rasa!!hehe..tengok..korang nampak x betapa rosyam nor untung..slalu dapat dua isteri dalam drama..haha..tak aci kan?? hehe

sebenarnya salmi ni sebelum dia lumpuh dia pernah curang dengan razif...so rumah tangga diorang ni terabai la..dia nak lari tinggalkan anak2..tapi razif sabar ja..maka datanglah nurgina dari kampung bekerja sbg pembantu rumah sambil tunggu result stpm keluar...nurgina ni baik dia xpenah amik kesempatan..tapi salmi dah salah sangka..dia sangka nurgina n razif ada hubungan sulit...bila razif dah mengamuk sbb kena tuduh n nurgina pun lari keluar rumah sampai anak2 razif sakit rindukan nurgina..barulah salmi sedar yang dia dah buat salah besar..xlama lepas tu dia ambil keputusan suruh razif kawin je dengan nurgina..

makanya episod malam ni diorang akan kawin...mengikut firasat aku dah nama pun trilogi cinta..mesti dia akan jadi cinta tiga penjuru nant..pastu ada yang cemburu la..ada yang nangis2 lah nant (akulah tu..haha)..ending dia nant salah sorang akan mati..hmm alahai crita melayu...tapi layan gak..sapa suruh kan??hehe jadi kalo korang nak tau apa
kesudahannya nant boleh la cuba layan trilogi cinta..hehe

tapi sebenarnya aku rasa salmi lebih kepada rasa bersalah dengan apa yang dia dah lakukan dekat razif dan anak2...dia insaf dan rasa inilah salah satu cara untuk dia dapatkan semula kasih sayang dari anak2 dia..dan tebus kesalahan dia...bagi aku semua orang layak untuk mendapat peluang kedua..asalkan dia berusaha membaiki kesalahan yang lampau..betul tak? mana ada manusia yang tak pernah lakukan kesalahan..kecuali lah nabi Muhammad..baginda adalah maksum..terlindung dari kesalahan..dan sebaik2 manusia yang telah melakukan kesalahan adalah mereka yang sentiasa bertaubat kepada Allah dan berusaha jadi yang lebih baik..maka renung-renungkan dan selamat beramal..:)


pilih kasih : anda bukan pelakon yang saya cari..haha



selamat mencuba


..pernahkah anda merasa..
..nafsu makan yang meluap-luap..
..tapi..
..dalam mulut ada ulser??

haha..hampa tau dak ulser dalam mulut??
pedih wei..nak makan pun xsenang
nak minum air xboleh..
kalau satu ja xpa..
ni aku ada tiga ulser tu..

mengikut beberapa petua..
nak sembuhkan ulser ni..

1. boleh guna garam..letak garam dekat ulser tu..yang ni memang cara paling perit ak rasa..pedihhh gila.
2. boleh letak mejerin kat ulser tu..yang ni ak xpenah try..nant korang try ok?hehe
3.letak ubat.nama ubat tu bonjela ka..yang ni pun ak xpenah try..hehe
4. boleh la biarkan aja mcm apa yang aku buat skarang..kesannya tahan nafsu ja la nak makan macam2..kesan sampingan dia berat anda akan turun sebanyak 23kg..hehe
5. tambahan ya..mengikut sumber yang boleh dipercayai iaitu dr.zoi anda bolehlah cuba menggunakan listerin..kumur dengan listerin..mengikut beliau sakit yang dirasakan adalah kurang sikit nak banding pakai garam..sbb kita akan rasa berangin dan bukan menyucuk..wahh seperti rasa ditiup angin sepoi2 bahasa gitu..hehe..arigatou zoi sensei..;P

tapi masa ak matrik dulu..aku ada sorang kawan ni..bila ulser ja dalam mulut dia..dia suka gigit dekat tempat luka tu..dia cakap dia suka rasa sakit tu...wuUu...sakit weih..hasilnya ulser dia memang bertambah besar dan parah :(


bukan ulser mulut..hehe


Thursday, February 10, 2011

semalam..itu semalam..


..bangun pagi..
..iron baju..
..iron tudung..
..mandi..
..solat subuh..
..pakai baju..
..pakai tudung..
..p sekolah dengan yakinnya..




semua aktiviti diatas dilakukan dalam keadaan mengantuk sebab 8bulan bangun lewat
8bulan boleh kira dengan jari tak tidor lepas subuh
8bulan boleh kira dengan jari iron baju n tudung


hasilnya
berada dalam keadaan yakin semasa mengantuk
.
.
.
.
.
.
.
sedang duduk membuat kerja di bilik guru
eh eja..ko pakai tudung terbalik eah??


sekarang aku dah tahu kenapa abang pejabat tengok aku senyum2 kambing T_T





nasihat aku : jangan curi-curi tidor semasa bersiap ke sekolah



Tuesday, February 8, 2011

senyumlah ahai cek mek molek


..ohhooiiiiihoii..
senyumlah..
senyumlah..
ahaii cek mek molek..


haha..gelek..gelek..boleh bayang tak gelekan dato' M Daud Kilau??ngehehe

ok makanya hari ni kita akan berbicara tentang senyuman...
dimaklumkan bahawa senyumam ada tiga jenis...

satu. senyuman SATU
dua. senyuman DUA
tiga. senyuman TIGA

janganlah ingat saya bergurau ya..mungkin bunyi nama senyuman tu nampak mcm aku main2 kan??tapi tidak sama sekali..

okeh dalam tiga2 senyuman ni...yang paling bagus ialah senyuman tiga..nak tau sebab apa??
sebab


jenis : senyuman SATU
cara senyum : sebut SA-TU..mulut akan ditarik dari senyum kepada muncung
konfius??rujuk gambar di atas




jenis : senyuman DUA
cara senyum : sebut DU-A..mulut akan ditarik dari muncung kepada senyum
konfius??rujuk gambar di atas




jenis : senyuman TIGA
cara senyum : sebut TI-GA...mulut kekal senyum kan?xde muncung2..comel je nampaknya
konfius?? rujuk gambar di atas


haha..makanya..cara senyuman yang ketiga adalah senyuman yang paling bagus...setiap kali anda tertekan ataupun tak tahu cara senyuman yang terbaik?bolehlah cuba senyum dengan cara menyebut tiga..prektis..prektis..sebuttt sama2 semua..TI-GA..hehe..

tapi jgn sebut kuat2 pulak..sebut dalam hati je okeh??senyuman TIGA adalah senyuman yang paling mujarab kalau kita terpaksa senyum..tambah2 bila terjumpa pengetua dan tak tahu nak buat reaksi apa...atau pun apabila terjumpa org yang kita meluat..tapi terpaksa gak senyum..maka sedekahkanlah mereka dengan senyuman TIGA...

awas ya..jangan sesekali cuba senyuman SATU dengan subjek yang tak dikenali...terutama yang berlainan jantina..BAHAYA..ngehehe..




jangan cuba senyuman ini...nescaya anda akan gagal semasa sesi temuduga..haha







Monday, February 7, 2011

pesanan berguna :)


pesan sahabat seperguruanku laila :

...bila ko masuk sekolah nanti...
...buka dada terima ja...
...tapi jangan simpan...
...takut nanti terbeban...

mula2 aku baca...apa?!!buka dada..terima ja??haipp!!jangan fikir bukan2..noty2..haha...trima kasih laila..bagus kan..nasihat ni berguna owhh..takut kang ak dok tension tak tentu hala pulak..yelah mula2 nak masuk mengajar...ni kira persiapan mental lah ni..hahah

pesan mak :

..pasang je niat elok2..
..insyaAllah elok lah nanti..

baiklah emak...sahaja aku niat nak mengajar anak bangsa dan mencari rezeki yang halal serta diberkati tunai kerana Allah taala...perlukan ditulis di sini??hahah..tulis je la..kang aku lupa nak pasang niat...ni kira ak dah baca niat lah ni...hmm kena tampal niat ni dalam bilik ak rasa...heheh


7hb Feb 2011
pagi2 besok kena mendaftar dah
maka berakhirlah zaman bepoya2 di rumah
terpaksalah meletak jawatan sebagai pengerusi kelab penganggur
doakan semoga semuanya berjalan lancar dan semoga saya seronok di persekitaran yang baru ya..
insyaAllah dan terima kasih :)


muka separuh teruja..haha


Sunday, February 6, 2011

bed time stories


haha..tajuk nak BI kan...konon nak buktikan ngan cheda lah ni...
yang kite pun bleh buat entry BI lah...hehe..mimpilah ya..ada sesapa x tengok cerita kat tv3 kemarin..mega movie tajuk dia bedtime stories..crita dia lebih kurang mcm ni lah..
ada sorang pak cik kena jaga anak menakan dia..dua orang..
sebelum tidor...dia akan ceritakan sesuatu untuk budak2 tu...lepas tu dia mendapati setiap apa yang dia ceritakan ngan anak2 menakan dia ni..esoknya akan jadi kenyataan..heheh

haha..apa kaitan??hehe xdelah smalam sebelum tido buatlah satu entry cakap pasal..kan best kalo hari2 bangun ja dari tido dapat duit..ngee...bangun ja pagi tadi..


eja..bangun2..along dah nak balik ni..
salam2..peluk2..cium2 sket..
ehh along kasik duitlah..^_^
hehe..kira dah jadi kenyataan lah ni??
haha..alhamdulillah..terima kasih along... :)


excited kan muka along??haha

p/s: ini hanyalah kebetulan semata-mata ya..hehe..semoga dimurahkan rezeki along :)

Saturday, February 5, 2011

duit oh duit :p


bangun2 pagi ja...
along cakap..eja..nah mak long bagi..
alhamdulillah..siapa sangka..bangun2 tido dapat duit??..
kan best kalo setiap hari macam ni...(^_^)
xsangka..dah besar2 mcm ni pun...
ada orang nak sedekah duit..
malulah pulak..
ingatkan time budak2 je..
bila mak cik ke pak cik nak balik dah..
mesti ulur duit..(syok2)
hahah...dah besar panjang...nak keje dah pun..
masih dapat lagi..inilah rezeki namanya..hehe
trima kasih mak long :)


tolong sepupu kira duit raya..heheh

Friday, February 4, 2011

pagi jumaat

bangun2 pagi je..lepas subuh..terus cek..dah siap ke belum download hantu kak limah balik rumah..hehe...sebenarnya tuan blog dah tengok dah filem ni kat sandakan tu ari...mengejutkan bila tengok kat sandakan tajuk dia dah berubah jadi





hahah...sukati diorang je nak ubah tajuk..memang bunyi sabah la...hantu kak limah balik kampung...hehe..pastu 12.30Nn..adeehh..apaka itu?...ikut sedap die je..haha tapi ok la jugak...at least sandakan ada pawagam ..hehe..boleh ditingkatkan lagi..mana tau next tym dapat 3D pulak?? ;p

Thursday, February 3, 2011

haiya cik siti

..haiya cik siti..
..pelempuan manyak muda..
..ana manyak susah jalan tutup mata..
..wang dan ringgit..ana tatak heran...
..ente tutup mata..ana tak tintu jalan...

haha..sila nyanyi dalam 'pelat2' apek cina jual sayor kat pasar ye..
wahhh dah masuk tahun baru cina kan ari ni...kang aku wish slamat tahun baru cina kat blog ni kang..aku pun kurang pasti lah ak ada pembaca yang berbangsa cina ke tak.. xpelah ak wish lah jugak.. slamat tahun baru cina..amacam??ikhlas tak bunyinye??hehe..

dulu masa kat matrik ak ada ramai gak kawan2 cina ni..masa skolah ada sorang ja..nama dia chan wan yee..wan yee ni kira amoi paling cun dan hot lah kat SAINA dulu..comel..fasih cakap melayu..ramah pulak tu..dia ni dormmate aku masa form 5..biasalah..sekolah asrama kan..katil mestilah double decker..pastu ak dapat yg katil atas..kira jiran katil aku ni wan yee lah..yee pun katil atas gak..bila malam ja nak tidur..sembang dulu..ntah pape je yang kami sembangkan..bila time baca al-mulk kubra..wan yee duduk diam ja la atas katil..abis ja baca al-mulk..sembang balik...sampai lah telelap..kami paling suka sembang pasal leng zai..wan yee ni orang peneng.. haha biasalah pompuan kan..xde lah topik lain..sampai ada satu tahap tu..ak pesan ngan wan yee carikan ak sorang bf cina..haha ak memg suka yang chinese2 look ni..ngee..tapi tu dulu laa..time tak matang lagi...eh mcm lah skang ni dah matang kan..hehe..

naik matrik kawan cina ak ni dah bertambah..ada nama yao dong, fong, lee, su mei, jing je, ishk ramai gak lebih spuloh orang ak rasa..fong dgn lee ni slalu main basketball ngan ak n che da.. hehe..lagi pun court basketball dekat je ngan blok asrama ak ngan che da..slalu tengok je dari tingkap..kalo nampak dorang kat court tu..mencecet2 lari turun main sama2..hmm apa yang ak suka main ngan dorang ni..sbb dorang pandai hormat muslim tau..ada penah skali tu kitorang lawan suka2..kawan fong nak tepis bola..terkena la tangan ak..terus dia cakap..aiyyaa..sory2..kita tak kena kawin kan??haha muka dia cuak jugak masa tu...ak cakap lah..eh xla..mana ada..tak sengaja ma..huhu..ak rasa mesti dia ingat kalo dah tersentuh ngan pompuan muslim terus kena hukum kawin ni..hmm ataupun dia risau kawin ngan aku je kot..ce kalo tersentuh yang muka ala2 lisa surihani...tunggu lagi...ni muka cam aku...dah mcm lisa surihani kena langgar lori 18 kali je..sape yang nak kan??hahah...tapi memg syoklah..dorang pandai main basketball n pandai hormatkan kita :)

naik universiti..sah2 la kawan cina aku bertambah ramai..ada suki, yee mei, sky, ah meng, uihh ramai lah..kadang2 cam muka tapi xingat nama...konfius kadang2 nak ingat nama dorang ni..ramai yang ak kenal dekat court basketball dan ramai juga coursemate ak cina..biaselah course pun matematik..sah2 la ramai budak cina..pandai2 dorang ni..buat keje pun bagus je..kenkadang bagus lagi group ngan diorang ni..keje cepat siap..xbanyak melencong2..tau2 keje dah siap je..bukanlah maksudnya dorang yang buatkan keje..tapi sama2 lah..lebih teratur lah ak rasa...bagus kan??tapi tu pengalaman ak je..pengalaman kawan2 yang lain xtau la kan..dah kalo nama manusia ni..perangai sama ja..xkira lah melayu ke..cina ke..india ke..sama ja..kalau kita buat baik..baiklah yang kita dapat kan..kalau buat baik dapat jahat tu..sabor je lah banyak2 ye..orang kalau dah jahat sesama bangsa pun dia boleh buat jahat..adik beradik pun dia tak kira kan..huhu..dah macam semangat 1 malaysia lah pulak..hehe


ni gambar team basketball masa dekat U

kami p selebret makan2 sbb dah siap asignment..hehe


seronok kawan dengan berbeza bangsa ni..aku xcerita pasal india bukan sbb ak xpenah kawan ngan india..ramai gak kawan ak india..cuma ni sebab raya cina ak ceritalah pasal kawan cina ak..kalo deepavali nant ak critalah pulak pasal kawan india aku..hehe..


budak ni basketballer dari UIA kot..aku sengaja black n whitekan gambar supaya tak nampak sangat kulit kami nak hampir sama kaler dah..heheh maafkan aku.


ucapan ikhlas ni : gong xi fa cai..hong pau nar lai...hehe dulu masa ak kat U aku amik bahasa mandarin :)

Wednesday, February 2, 2011

abang ipar sulung :)

happy birthday abanglong a.k.a abang ipar penulis..hehe..mimpilah abglong nak baca kan..haha..alkisahnya suami isteri ni balik kg cuti raya cina..kebetulan birthday abglong 1 Feb... jadi, malam tadi kitorang p lah makan2 kat kedai chicken chop mak cik syikin kat chemor..chicken chop mak cik syikin ni memg sedap..skali makan nak makan lagi..hehe promote gila..tapi btol..serius xtipu...sedaaapp..nant kalo korang g restoran 3dara kat chemor..menu yang harus di cuba ialah chicken chop koboi..hehe ok cukup lah tu...


nama : abang long
nama isteri : along
tarikh lahir : 1 Feb 19**
status : berkahwin dgn along
hubungan : abang ipar penulis blog
ucapan : happy birthday abang long..semoga berjaya, bahagia di dunia dan akhirat ya..mekasih blanja chicken chop (kaedahnya sape yg birthday dia yg blanja..haha)


Tuesday, February 1, 2011

rusuhan di mesir

baiklah..sejauh manakah anda tahu tentang isu rusuhan di mesir? penulis pun tidak berapa arif namun marilah sama2 kita baca artikel ni ya :)

  • Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang masih tidak tahu..(termasuklah saya..T_T)

APA YANG DAH BERLAKU??

1.huru hara dan rusushan di hampir semua tempat di mesir

huru hara di mesir



Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.


2. INTERNET, KOMUNIKASI TELEFON BIMBIT DISEKAT
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 BANDUAN TERLEPAS DARI PENJARA

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.
sumber: http://goo.gl/KDkfI

4. PELAJAR MALAYSIA DIROGOL, DIROMPAK

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga
http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI

5. DARURAT, KRISIS TEMPAT TINGGAL DAN MAKANAN

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. AIRPORT, BALAI POLIS, KERETA DISERANG, DIBAKAR

airport di bakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. BLOGGERS SELURUH MALAYSIA, TAKE NOTE!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

8. SEBAR-SEBARKAN BERITA MENGENAI INI

Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. BACAAN BERGUNA

Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt
3. What’s happening in Egypt
4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita
5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesir

baiklah..sumber artikel ni saya peroleh dari : http://cikmimmie206.blogspot.com