Thursday, December 8, 2011

menukar tayar kereta.


hmm
apa nak tulis ni ea
rasa mcm nak menulis sesuatu
tapi takut pulak kang hasilkan sampah je
ok fikirfikirfikir

ting!(bunyi dapat idea hehe)
ok nak tulis pasal....

pengalaman tayar kereta pecah

tersebutlah alkisah
minggu yg cikgu norro kena p jaga muet tu
aku ditigaskan sbg pembantu ketua pengawas
hampeh btol alasan sbb aku muda.
nak bg pengalaman.
tp xpe bukan buat keja sgt pun.
p amik ketas xam muet ja

pg2 lg dah kuar rumah
amik paper xam
teruskan pejalanan


elok lepas je trafik lite
pommmmm!!!tokojot den
tapi terus gak jalan
dah lama jalan rasa pelik la
apsal kete ni dah bunyi mcm motobot nih
skali benti tgk2 alamak tayar pecah


the pecah tyre

the spare tyre

xjauh dari tempah tayar kereta kami pecah..xsangka ada org yg senasib..haha kebetulan.


hero di hari sabtu,syukur ada abah..kalau tak..memang pakai x p jaga muet la aku..mana reti tukaq tayar weihh!dengan adanya abah..15minit dah siap..trima kasih abah :)


ok.sekian terima kasih...ni la untungnya jalan ngan abah..hehe
adakah ini entry sampah?




Monday, December 5, 2011

mencari tempahan wajid a.k.a pulut kacau di ipoh?


heheh
mcm biasalah
tajuk propa!!!

okeh
penah dengaq wajid?
kalau belah utara org panggil pulut kacau
dah nama pun pulut kan
of kos lah bahan utama dia terdiri daripada pulut
selebihnya bahan2 dia adalah gula merah and gula pasir
jangan pulak p tambah serbuk perasa
x ori okeh
dan xmacho lah masak pakai serbuk perasa hehe :D

baiklah ni ari cikgu norro nak cerita pasal wajid
wajid ni sangatlah sedap
dia rasa manis and lembut
tapi dia depends kat org la
ada yg suka wajid yg keras2 sket pulut dia
ada yg suka lembut senang nak gigit kan tp nant leceh
sapa gigi lobang melekat kot celah2 gigi..
heheh

pilihan cikgu norro
wajid yg lembut2 sket n manis
sebab apa??
sebab cikgu norro manis dan jugak lembut orgnya..bueekkk
hahah!!!

okeh xmau merapu.
wajid ni sedap dimakan begitu sahaja ataupun letak atas roti paun tindih dua n makan ngap ngap
selalunya org buat wajid ni untuk majlis2 istimewa mcm
majlis betunang ka
majlis nikah kawin ka
majlis berendoi ka
majlis khatam Quran pun boleh
dan yg sama waktu dengannya
asalkan istimewa
kira jaranglah org nak saja2 buat wajid ni
sebab leceh gak nak sediakan wajid
perlukan kesabaran dan kekuatan mental dan fizikan yg tinggi!!
okeh jom tengok sket gambar wajid in the making


lepas gula pasir n gula merah dan masak sepenuhnya masukkan pulut yg dah dimasak


then kacau sampai dia likat

then kacau lagi sampai dia melekit2 mcm ni
then sejukkan
dah siap
nampak mcm mudah kan?
tapi memang xsemudah yg disangka
sebab nak kacau gula tu kena kerap n xboleh tinggai
kalau x..pakat hanguslah gula
makan wajid hangit lah jawabnya heheh

kot siapa yang teringin nak tempah wajid
bleh la tempah wajid buatan mak ngah
area ipoh boleh yg bukan dari ipoh pun boleh
buatan insyaAllah dijamin bersih
dan rasa sedap sehingga menjilat jari
serius xtipu :D

petua nak bg wajid sedap: masak skali dengan daun pandan dua tiga helai dan masaklah dengan kasih sayang ;p


Wednesday, November 30, 2011

liyana shazwani mohamad kawin sudah ^_^


cikgu norro datang lagikhhh
apa punya ejaan la kan
ok xmau story merapu
kali ni nak straight to the puuuintt
hehe

kira jumaat lepas cikgu norro dah habag dah nak p peneng kan
p kawan cikgu norro kawin
haruslah speaking utara sket

aku p satu kereta ngan lela
berkurun lama menunggu sampai pun lela kat umah aku
semenjak subuh ak dah bersemangat nak p peneng nih
tunggu..punya tunggu punya tunggu punya tunggu
naik pudar dah semangat nak p peneng
maka tepat jam 4.57 petang..kami gerak dari gopeng..hehe (hyperbola sat)
maklumlah lela ni orang penting kat umah dia..
settle kan suma urusan baru dia dapat keluaq rumah dengan aman jayanya..huhu

sampai peneng dalam pukul 7.30 malam..
boleh tahan laju gak cik lela ni drive..
alhamdulillah selamat sampai :)
keluaq tol ja masing2 xtau alamat rumah pengantin..terpaksalah menyusahkan pengantin mai jemput kat tepi highway kan..huru hara btoi kami ni..hishhh

oklah tadi banyak idea nak cerita..
tup2 xtau nak tulis apa..
boh gambag cukup la..

makanan kena atuq mcm ni.senang sapa2 nak makan.sebenarnya makanan ni sgtlah membantu.dua2 ekoq mengantuk tym otw p peneng tu.tau2 la travel pas asar ni.so singgah R&R mana tah beli jajan nak kunyah.dia kalau co-pilot ngantuk xpa lagik.nih skali dengan driver dia ngantuk.bahaya okeh.so makanan kena ada.senaman mulut.hehe

ni malam berinai.kesian yana.dah la kalut kena p jemput kami kat tepi high way lagi..seb bek sempat dan seb bek mamiiiiii dia xhingaq..hehe

okeh.ni la dia pengantin lelaki.nama manja dia din.haha.rilek ja.tapi dalam hati sapa yg tau kan..debor.debor.


ni pulak yana.lagi rilek.lepas ja slamat menikah.baru lah dia cerita.masa nak akad tu tangan kaki dia sejuk2..haha nasib ko xpengsan yana.

alhamdulillah.selamat sudah.sah sudah si yana jadi isteri..uhuuuu terharu..(tiba2)

okeh.hat dua orang ni xpayah cerita la kan..haha ak xtau pasai pa ak tunjuk like!!


nampak?menyibuk kan aku.org dok solat sunat pas nikah.aku plak??ishk..

perasaan yg xtau.masa ni rasa sedih pun ada sbb lepas ni dah xboleh nak merapu sgt ngan yana.tapi of kos la sangat gembira sbb yana dah jadi isteri org.namun objek kaler purple kat blakang tu.kami anti!!mulut mcm longkang.dalam masjid pun jadik.huhu

ahhh..syoknya yana..kawin sudah..
mak cik coklat.mulut longkang 2. terpaksa sound dia direct.sbb xboleh tahan dah. haha..lepas tu memang aku puas hati >_<

tadaaa...cantik kan? :)

ni dah sampai tempat sanding

pandai ko tepung tawar kan lela!haha mcm menakutkan je gaya ko tu weh.

ok time aku.control la..haha padahal sama ja ngan lela.bukan reti pun.main tabur ja.

ok ni antara suasana tempat kenduri

ok.kami ni memanglah sangat huru hara.haha buat malu btoi.

dekat jambatan yg menghubungkan antara tempat makan pengantin ngan tempat sanding.bestlah.pandai mak yana pilih tempat. :)


oklah cukup stakat tu.tahniah buat yana n din. semoga berbahagia sehingga akhir hayat.dan dimurahkan rezeki diorang.dan kepada izwan...xsempat nak amik gambaq ngan dia.sbb dia cepat sgt nak balik..maklumle...datang ngan ehem3..hehe hg hutang aku satu cereta weh..ngee..trima kasih kepada yg sudi membaca entry ni.last but not least..aku sgt2 bersyukur dikurniakan sahabat yang sangat2 baik dan selalu ada dengan aku tym aku susah dan senang..alhamdulillah..
sebak pulak tetibah..hishhh
.
.
.
.
dan tiba2 entry ni jadi panjang.huhukk..padahal mula2 td aku xtau nak tulis hapa..ishk3.



Friday, November 25, 2011

peneng..here i come!!



okeh
pagi2 buta cikgu norro dah on9
huhu

baiklah
kalau ikut perancangan pagi ni nak bertolak p
penang!!!!!
hehe nak p kawan cikgu norro kawin
nama dia liyana shazwani mohamad

excited ni
kawan susah dan senang saya nak kawin dah besok
syukur alhamdulillah

selamat hari jumaat semua


kali terakhir kami tidoq sama2 (huhu pas ni xdapat dah la)..kami gedik suruh yana try baju nikah dia..hehe


p/s: hmm bilalah agaknya turn cikgu norro pulak kan ;p



Friday, November 18, 2011

bila mula cuti sekolah?


ok sangatlah penuh tajuk aku tu kan
so ari ni 18/11/2011
last day skolah
yang budak sangatlah happy sebabbbbbbbb nak dapat duit rm100
yeahhh trimas kerajaan dan syukur kepada Allah
yela banyak tu seratos.banyak benda boleh beli
buku kasut pensil pemadam baju dan lain2

bayangkan la..satu family ada anak sekolah 5 orang
dah dapat 500 kan..kalo ada 8 org anak
mau dekat seribu kan
memang banyak dapat bantu kewangan keluarga
kayo pacik kayo
tu la untung anak ramai2 ni..
apa lagi beranak la weihh!!
heheh ;p

tapiiiiii
haruslah diingat mak bapak jangan dok amik duit tu p buat modal nega plak
xpun anak2 murid p blanja kawan2 makan k-ep-si plak
baikkkk punya blanja...
orang bagi duit tu soh p beli buku lahh
xbaik tau
xamanah tu
ingattt! (gaya upin ipin hehe)

oke..cikgu2 plak paling happy la
mana yang jauh nak balik kg
xsesabor dah nak jumpa pamily
nak jumpa marka
nak jumpa kawan2
ada yang nak kawin
ada yang dapat pindah ikut suami
wahhhh happy nya la dorang ni
yang paling penting dapat rehat sekejap dari kerja2 sekolah yang dah sepanjang tahun berhempas pulas nak siapkan
mana nak buat laporan lagi,jaga kelas lagi, performance students lagi
pening hoooo...nak jawab soalan2 pengetua yang memeningkan kepala lagi..duhhh
rasanya macam xbaloi gaji yg dibayar nak dibandingkan keja yang sangatlahhh banyak..
tapi cikgu sejati xpandang sangat sume tu
yang penting happy dapat ajar anak murid..and dapat sampaikan ilmu dengan baik :)
walaupun anak murid kenkadang..hmmm paham2 la..korang penah jd murid2 kan dulu?
hehe dengan degilnya..yg dah ajar beratus kali pun..dok ulang silap yg sama..dok lompat sana
lompat sini jerit sana jerit sini..ingat ni zoo ka??haha emosi.emosi.

tapi xpa..tetap sayang kat depa2 ni
kadang2 tu la yg buat kita tersenyum.
cuti sebulan lebih ni
mesti rindu kat diorang ni nant
tambah form 5
taun depan xjumpa dah..
huhukk
T____T

so esok mula la cuti sekolah
tapi aku xcuti!!
huwargghhh
kena p jaga MUET
tahniah untuk aku!

see!!the cikgu verylahh happy
haha sungguh2 dorang main terompah gergasi ni ^_^


Friday, November 11, 2011

nini cokolat celop!




cuba teka..apakah objek di atas
haha
memula masa lepas tangkap gambar ni
students cakap
ishh macam t**k je cikgu!!
hahah

xbaik..xbaik..
makanan kot..
tu sebenarnya coklat
bentuk bunga ros
tapi sebabkan kamera hp aku tu cap zaman kuno dulu kala
maka xberapa nak clear la gambornye

apa yang penting
coklat ni sangatlah sedap
dalam dia ada badam
rangup xhangus coklat dia pun rasa sedap
pendek kata memang sedaplah
heheh

coklat ni student kasik
masa dok ajaq addmaths kat bilik prep
dia bagi
dia cakap kakak dia amik tempahan buat coklat untuk orang betunang/kawin
pandai kakak awak buat coklat ni!!!
trima kasih hehe nanti bawak lagi okeh :)

Tuesday, November 1, 2011

perangai pelajar asrama siri 1


hammboiii
siri SATU
maksudnya ada siri DUA TIGA EMPAT LIMA ka??
hisshhh

tak la..saja gedik boh tajuk macam tu
heheh

ok2 selalu melalut!!
hari ni cikgu norro nak kongsi satu cerita
pasal harta rampasan
heheh

ok..macam ni
sedia maklumlah..ak ni warden asrama
jadi dah menjadi tugas dan tanggungjawab aku
untuk mempastikan anak2 pelajar (perghh muda2 belum kawin comel2 dah ada anak..aiseh!) datang ke asrama dengan tidak membawa barang larangan.

tapi jadi lumrah la..
budak2 ni lagi kita larang..lagi la depa nak bawak kan
dah orang kata jangan bawak tu jangan la
kalau nak jugak
bungkuih kain baju
p balik umah dok ngan mak ayah!
huhuh

geram gak kadang2..
kalau susah sangat nak ikut peraturan asrama
tak payah la dok kat asrama kan?
degil sangat p la berasmara jgn dok berasrama!
uishh emosi pulak..sory2

ok sambung
sebenarnya ada sebab2nya kenapa kita xbenarkan pelajar2 bawak barang2 larangan ni
mari kita kenali dulu apa antara barang larangan utama yang tak dibenarkan bawak ke asrama

1.handphone a.k.a telefon bimbit
2.earphone/headphone
3.mp3/mp4 dan sama waktu dgnnya
4.novel picisan/cinta cintun/majalah hiburan
5.pakaian yang mencolok mata

ok itu hanyalah antara barang yang dilarang.sebenarnya banyak lagi.tapi nak fokus dekat yang tu dulu..barang2 ni..kalau dibawa ke asrama memang dapat melalaikan pelajar. selain itu bahaya jugak untuk pelajar. selalu budak2 tu tanya..cikgu apasal rampas mp3 saya..
earphone bla bla bla..
ok reason dia..katalah ada sorang pelajar ni dengar lagu pakai earphone cantik punya begolek atas katil sambil telinga disumbat dgn earphone..skali terlena la pulak..dah terlena tu terlupa la pulak dia nak padamkan mp3 yang lagu tengah dok syok berdendang volume plak kuat..suddenly kebakaran!dia pulak dok tidoq kat tempat terpencil katil atas paling ujung selang beberapa katil xdak orang..kawan2 dok lari bertempiaran panic xteringat nak kejut dia...sedap punya lena..xsedar ada kebakaran...last2..terbakar..terentung..tertamatlah riwayat hidupnya dia..cek2 balik..mayat rentung dijumpai telinga tersumbat dengan benda yang disyakki earphone..pas tu mak pak mai skolah..saman cikgu sebab biarkan anak dia pakai eaphone..adil?pikir sendiri.

ok selain tu hp memang sah2 xbagi bawak sebab budak2 la ni memang lain macam
kalau kita dulu bawak hp curi2 sebab nak balik jauh nant mak nak kol senang kan ni dak..dok msg bf/gf dok B ma B ma..nak temuntah...spender pun mak belikan ada hati nak B ma B ma..pelempang nak?geram je..pastu baca bukunya tidak..aku kalau budak yang buat hal ni..budak yang A penuh dalam buku rekod aku xkisah g..ni yang dok merosakkan rekod kelas ja..pastu xsedar diari..jap2 g mak pak mai skolah..serang cikgu..ni cikgu pasaipa anak saya result teruk?cikgu ni xpandai mengajaq ka?ahahhh...patutlah umuq baru doplohpat..muda g..cikgu baru ka??..xdak banyak ilmu nak ajaq ni..kemahiran pun xdak..ilmu pun cetek!!!

homboiihhh pak cik..hellooo..try pakcik ajaq anak pak cik yg benak ni!kira untung la saya x kerat 14 anak pak cik ni..seribu kali ajaq pun..xpaham2..makan semut apa dia ni. pastu jap g bila bgtau anak dia bawak hp dan barang2 larangan yg lain..xmau caya..mana ada cikgu..anak saya ni baik..xpernah lawan cakap saya..bla..bla..bla..adil?pikir sendiri

ok emosi pulak..bukan apa..sebagai cikgu kita xbenarkan bawak benda2 gini sebab dia memang akan merugikan pelajar balik. Pelajar zaman sekarang ni..sorry to say la..memang xsedar di untung..yela nak apa mintak je mak ayah bg..boleh beli..tak pandai mengaji pun xpe..nant mak masukkan kolej swasta..pastu boleh grad..pastu xde keje.. p apply jadi cikgu..pastu dok meramaikan cikgu..pastu barulah mak ayah komplen cikgu xdak kualiti..kesian..kerana nila setitik rosak habis susu sebelanga..

tapi x dinafikan la..bukan semua orang macam ni..tapi tu la..kerana nila setitik rosak susu sebelanga..tetiba entry aku ni dah jadi entry lain pulak..huraian lari dari tajuk..huhukk T___T


surface of barang rampasan..kat bawah2 tu memacam g ado


peace

Friday, October 28, 2011

tarik nafas dalam...dalammmmm


kita xmungkin boleh ceria hari -hari
lumrahnya kita manusia
ada hati perasaan
kadang2 kita happy
kadang2 sedih
kadang2 rasa nak marah

tapi itu tak boleh di jadikan alasan untuk kita bermuram kan
azam aku selalu nak ceriakan orang yang ada dekat dengan aku
even aku tengah sedih sakit hati kecewa tekanan
aku mesti usaha untuk cari ketenangan dan keceriaan

ak selalu azam nak tulis yang happy2 saje




tapi kembali kepada hakikat
hidup tidak selalunya indah
langit tak selalu cerah
suram malam tak berbintang
itulah lukisan alam
begitu aturan tuhan



skarang
tarik nafas dalam2
pejam mata
pajam lagi
sabar la hati
esok pasti semua akan kembali ceria
seperti dahulu
Allah datangkan hujan yang lebat petir kilat sabung menyabung
sebelum didatangkan pelangi yang indah
sabarlah eja :)

peace

Thursday, October 27, 2011

habit students



okeh.
hari ni aku tekad nak berpoya2 kat laman sosial
al maklumla dekat 2 minggu menggila buat keja data
betulkan ralat emis betulkan ralat opmen
prepare mesyuarat jmps..ya mesyuarat JMPS
memang macam nak gila aku mikir
apa ak nak kena buat..gila kau
kalau xprepare bebetul mau kena kerat doblas ngan pengetua..huhuh T__T

ok2 xmau crita yang tu
ari ni cikgu norro nak cerita pasal students
mula2 nak cerita pasal students yang ada habit
asal aku masuk kelas ja dia mesti akan passing kat aku seketul gula2
haha sweet kan?nampak macam sweettttt sangattttt
tapi dia bg kat aku gula2 yang mula2 isap masam dan kemdian baru gula2 tu akan turn jadi manis..
bekerut2 muka aku tahan masam gula2 tu
tq :P

ada jugak yang bg biskut
yang ni slalu waktu jadi warden
bila aku pusing2 bilik prep
masuk jap pusing2 cek bebudak ni prep ke x
cikgu..cikgu nak biskut?
aku ni tolak batu ngan kayu je
yela org cakap rezki jgn ditolak kan
xbaik..hehe
setin bisku abis kami kerjakan..
ok tipu je
sepaket je okeh :P
ada yang bg coklat
duduk2 ajar addmaths kat asrama
jap g budak ni datang
cikgu nah coklat.. :)
dalam hati
gemuk la aku macam ni
heheh
tapi sedap coklah tu
tq2

ada yang lebih sweeeetttt
kasi aku gula2 asam jawa!!
nama aku nak beli gula2 asam jawa ni
memang tak la
pegang asam jawa pun ak geli
hehe
tapi aku amik gak la
orang bagi xelok buat muka
students ni masa aku masuk kelas last week
bawak ketas jawapan addmaths dorang
sajokkk je datang depan...
cikgu..nah..perisa asam jawa
muka cekgu macam tension je cek jawapan kitorang..
hahah memang tensionnnnn pun!hehe
arigatou sedap gak asam jawa!!
hehe :)

aku bersyukur dan rasa beruntung students aku semua baik2 dan dengar kata
walaupun kenkadang diorang ni macam2 perangai dia
tapi menyenangkan hati
rasa macam hari2 nak masuk kelas
wahhh over gitewww!hehe

tapi biasala budak2 baru nak besar
memang macam tu la perangai dia
even aku dulu kat skolah perangai lagi teruk dari ni..hehe
peace!

the sweets..asam jawa xsempat nak amik gambar dah abis aku telan


Monday, October 24, 2011

Friday, October 7, 2011

alhamdulillah rezeki :)


alhamdulillah
hari ni
penuh dengan rezeki
makan je keje
ari ni cikgu2 buat pot luck
makan ramai2 masing2 bawak lauk masing2
ada yang bawak nasi,rendang,kuih muih, muffin, buah2an, macam2 lagi la
aku ni dah dasar perut tong
sumbat la semua
makan la norro..makan
pastu baru ko merungut perut dah belipat2!

xpela orang kata
rezki jangan ditolak
musuh jangan di cari kan
dah orang ajak makan..
makan je la
rezeki..rezeki..

aku pulak bawak sambal udang masak tempoyak...
nyummm..sempat merasa sekor ja udang tu
mula2 letak kat pondok pot luck sambil2 nak p kelas
kang balik kelas la singgah makan
pastu patah balik..eishhh xleh jadi ni
kang kempunan aku..last2 rasa la sekor
auuupppp!sumbat sekor masuk mulut terus jalan p kelas
sambil dok kunyah udang!settle!
sungguh xsopan!!
balik kelas singgah pondok..mak eihhh tinggal tapaware je
hahah nasib sempat makan sekor udang tadi!!

naik tengah hari pulak..
sebelum balik kak lela ajak p makan sate
heheh dia blanja sate...makan lagi...bertambah la lemak kat perut
baik btol kak lela ni..asyik blanja makan je..semoga Allah murahkan rezeki dia :)
ntah bila la pulak aku nak blanja dia!!heheh
yang best tu
siap kasi ak sate lagi tapau bawak balik ;p
alhamdulillah..rezeki :)



hidup ni ada naik..ada turun
kadang2 kita sedih..kadang2 kita gembira
apapun bersyukurlah dengan apa yang kita ada
sesungguhnya Allah suka akan kepada hambanya yang bersyukur
syukur Alhamdulillah :)

Thursday, October 6, 2011

tegang urat tengkok


arghhhh!
tegang gila urat tengkok aku ni
skarang ni aku tengah siapkan data2 emis
emis tu data2 guru semua kena ada kat dalam sistem emis ni
so kementerian akan pantau dari emis je la
kalau dorang nak tau maklumat2 cikgu
p korek kat emis
so skarang ni dorang ppd dah bg info
sila kemas kini emis untuk bulan 10 ni..

dan akulah orang yang bertanggung jawab nak kemas kini emis ni
dah jadi macam kerani pulak....huuuu T____T
sedihnya
disaat2 orang lain dah balik rumah makan nasik lauk ayam masak merah
bermain2 bersama2 anak2 mereka yang comel..dan suami mereka yang hemsem
aku dok kat skolah lagi buat benda ni semua.....huwarhhhhhh
mentang2 la aku belum ada anak2 yang comel dan suami yang hemsem
depa bagi aku buat kerja ni...

apakah!
huhuh

syoknya jadi budak2..tak payah tagang2 urat tengkok T__T

Monday, October 3, 2011

mulut besaq!


huwarhhhhh!!! ('o')//
amboi besaqnya mulut menguap!!!
hahah..mengantuk kot.
busy btol nampaknya cikgu norro kebelakangan ni..huhukkk
apa yang cikgu norro busykan sgt ni?

1. siapkan video persaraan pn.chooi n hajah azidah
perghh macam nak gila buat video ni...sangat2 lah tensi..mintak biodata awal lagi dari cikgu yg incharge bahagian tu..xdapat2 sampai la a day before majlis baru dapat..mana xtekanan kan..mana nak susun lagu lagi..nak padankan dengan gambar lagi..nak sesuaikan gambar dengan lagu lagi...kena la kasi ngam2 kan..dah la nak buat selang2 biodata dorang dua orang tu..kalau xseragam dengan lagu..nampak sangatlah xteratur buat keje..xpasal je jap g kena cop buat keje cincai...fuhhhhhhhh lega dah lepas.alhamdulillah video tayangan berjalaan lancar..sangat2 berharap xkena bahagian ni dah next time

2. siapkan enrolmen pelajar dan opmen
yang ni memang keja wajib tetiap hujung bulan..enrolmen pelajar dari form1-form6..siapa cikgu bersalin..sapa yang dah balik dari bersalin..sapa yang pindah..sapa bersara..semua laaa...ni la antara tugas cikgu data..huhukkk

3.warden lagi
last week kena bertugas dua hari berturut2 jd warden..penat hoooihhh...walaupun mai tidoq ja..tp penat gak la..nak kena turun naik tangga..heee..biasala sendi dah longgar..hehe..tapi sebenarnya enjoy jugak jd warden ni..sebab dapat ajaq addmaths malam2...tambah2 ajaq form 5...rasa puas hati bila dengar ada yang dapat markah dari 9 markah p 40 markah...walaupun bukan dapat A tapi budak tu sangat lah happy..dia bgtau..cikgu!ni first tym saya lulus...mcm nak lompat ja..hehe..yela kalau budak tu happy lulus..cikgu mestilah berganda2 happy :)

4. yang tu busy sepanjang minggu lepas...minggu ni double busy!!!..huhuh


makan kepek lagi bagus!huhu

Friday, September 23, 2011

lapar makan..kenyang tido!


dear blog,

ciwahh..feeling2 tulis diary la kan..dah lama xtulis diary..ehh jap..penah ke ak ada diary?haha..last ada diary time skolah menengah dulu kot..tu pun hanya di updat di awal tahun..dan diakhir tahu..teruk!oklah bukan nak tulis yang tu sbenarnye...huhukk

ari ni cikgu norro nak cakap pasal 'respect'..atau dalam kata lain 'hormat'...kenapa cikgu norro pilih tajuk ni?sebab geram.
first lesson: if u dont respect other people,so jgn la nak mengharapkan org lain respect u kan?betul tak?

macam kat skolah ni..one day, adalah sorang cikgu A ni..datang ngadu la..cikgu ni mcm ni..dia marah n jeling2 cikgu A ni..sentap..bla..bla..bla..what-so-ever..mula2 ak dengar..mcm kesian la kan..xpasal cikgu A kena marah..benda2 suma..
then selepas beberapa bulan pernama..sifat sebenar mula la terserlah kan
bila kena kat batang idung sendiri..baru padan muka aku..
cikgu A dok ngacom itu ini tu ari..sebenarnya dia pun sama ja..

bagi aku..sentap gak la..tapi diam aja dong..biasalah org baru kan..enjin xboleh panas terus..pelan2 kayuh la kan..and dalam kepala otak asyik fikir n macam nak ja cakap kat kakak tu
kak..kalau akak pun cakap mulut xtapis..lancar je berkata2..akak jgn aspect la org lain nak jaga ati akak kan!huhu
tapi mcm biasa berani cakap dalam hati ja la..enjin xpanas lagi kan..huhu

tapi niat aku bukan la nak memburukkan cikgu A..cuma biar jadi pengajaran..
dah kalau kita pun x respect orang jgn la nak harapkan orang nak respect kita
pastu xpuas hati dok mengutuk sana sini.geram tau x!



jadi ieman paling rilek..lapar makan..kenyang tido (>_<)//

Tuesday, September 20, 2011

bukan wordless wednesday..



banyak persoalan yang berada di minda

banyak tanda tanya dan juga kata-kata

banyak soalan banyak juga jawapnnya

kata hati dan rasa tak dibiar saja

otak kata jangan tapi hati pula kata ya

setiap yang berlaku ada jawapannya

harus pejam mata dan cuba apa saja


ohh data..data..data..T_T



Monday, September 19, 2011

i just dont like...



hadoiiii
i just dont like n will never love
the new look of my yahoo mail..
huhukkkk

boOOoooooo!!
xmalu ka paksa orang tukaq
p yahoo mail new version!





Sunday, September 18, 2011

siapa tau macam mana nak tukaq jadi yahoo mail classic balik?


aduhainyepunnnn
bangun pagi tadi nak la cek email
skali keluaq

xpa la yang tu
slalunya dia akan tanya samada kita nak teruskan atau x pakai new version tu
skali cari2 button nak klik no thanks, continue to mail classic tu
xdak!!!
geramnya
huhuh

ive never like the new version of yahoo mail ni
bagi aku dia xbest dan serabut

kalau la yahoo bleh baca apa yang ak tulis ni kan bagus
yang nyampahnya tu
once kita dah tukar p new version
xbleh nak tukaq jadi mail classic balik
jenuh ak cari xjumpa2

sebab tu la ak xmau tukaq p new version
sebab ada email kakak kat skolah ak ni dia dah p klik kat new version
sklai dia pun xsuka version new tu
mintak tolong kat aku tukaq balik jadi classic mail
jenuh cari..xjumpa2
tolongla sapa yang tau nak tukaq p mail classic balik bgtau ak cemana cara dia
huhu

depa ni sukati ja paksa org tukaq jugak p new version
org xmau..xmau la
xyah la dok paksa..
huhuh T_T

skang ni
mau ka xmau ka
kena la jugak pakai new version
xmau kawan yahoo mail new version!!
merajuk seminit!


Monday, September 12, 2011

tudung saji dengan muka



haishhhhh..
ak teringin nak buat entry pasal makanan
contohnya kangkong goreng belachannn
tapi aku risau la
kang orang baca
then follow resipi yang aku bagi and last skali resipi yang dorang try tu turns out jadi
KONGKANG goreng BERACUN

mampus la aku kena saman
dah la gaji pun cukup makan ja
pening ngan keja data g
ada satu hal pulak lagi nak pikir mana nak cari duit bayaq saman kan
ditambah pulak nak pikir mana nak cari boyfriend lagik!
serabutttt!!heheh

so baiklah aku rilek2
tenangkan pikiran
ajar addmaths
ada gak pekdah

xpun duduk kat bilik guru semak buku murid yang dah setimbun
xbersemak semenjak tahun 2345 abad masihi yang dulu
huhukk T___T

oklah
nak p masuk kelas ni
saja teringat nak hupdate blog
ok babai

p/s: entry frust xtau pasai pa rasa bebai (#_#)''



tudung saji ngan muka : macam xdapat nak beza kan? sama macam nak serupa..hehe :

Friday, September 9, 2011

penyakit tak berjangkit


skarang ni dapat penyakit suka tukar background

okeh nak hupdate tu saja

babai

(^_^)//



Monday, August 29, 2011

saya insan tak sempurna.

salam semua..malam ni malam raya..rasa upset sgt...pernah x korang rasa..org yang kita sayang makin jauh dengan kita?sedih la..rasanya semua org balik raya nak jumpa dengan family..tapi ni dah jd sebaliknya..bila kasih sayang tu dah terbahagi kepada beberapa siri pecahan..kita rasa mcam kasih sayang antara kita dah terbahagi banyak...terasa macam family bukan lagi keutamaan..sangat sedih bila terpaksa berkongsi kakak dengan orang lain...slamat hari raya semua..mintak maaf banyak2..saya hanyalah insan yang xsempurna.

Friday, August 26, 2011

teruja

wahaha..
setelah sekian lama
hari ni aku blaja cemana nak tukar background blog ni..
bukan pertukaran biasa tapi kali ni aku blaja cemana nak tukar kalau kita ada image yang menjadi pilihan hati kita
heheh

trima kasih kepada kakak blog ini
sebab boh tutorial yang sangat mudah lagi lengkap

macam biasala
kalau dah nama pun tengah teruja
apa lagi
kasi tukar!!!
heheh


pada yang ingin mencuba bleh p kat blog kakak tu
baca arahan
dan jangan lupa ucap
terima kasih :)


Tuesday, August 23, 2011

puasa atau puas??


pagi tadi otw nak p skolah bukak lah radio. dengarlah tazkirah ni..puasa atau puas?

ustaz dalam radio tu bagi tazkirah..dia kata..sebenarnya kita ni dah terdidik berpuasa setiap hari dalam hidup kita.

1. Solat 5 waktu- kalau nak diikutkan dalam bersolat kita berpuasa..betul x? yelah mana bleh makan n minum tym solat betul x? katalah purata kita waktu kita solat 5 minit satu waktu..so darablah dengan 5 waktu kita wajib bersolat sehari semalam kan..haa darab lagi dengan setahun ada brapa hari..banyak tu..xcampur lagi dengan amalan2 solat2 sunat yang korang buat tu kan?

2. selain itu, berpuasa ni dapat merehatkan perut kita..tau2 la kan..perut kita umpama mesin beroperasi setiap waktu..ada ja benda yang nak di makan..jadi dengan berpuasa ni..ibadah ni dapat merehatkan perut kita..sekali lagi..bayangkan kalau kita xpuasa perut kita terpaksa bekerja 24 jam sehari. 168 jam seminggu..setahun??mau tau la kan..24jam kali dengan 366 hari…8784 jam tu perut xrehat…cuba bayangkan mesin apa yang boleh berfungsi sampai lama macam tu skali??makanya..berpuasa ni sangat penting. sebab dapat merehatkan perut. bak kata pepatah pujangga..ciwahhh perut adalah punca segala penyakit manakala berpantang adalah penawar segala penyakit J

3. eh dah point ketiga..ak ingat 2 point ja..pas tu x ingat dah..teruk sungguh!huhukk..almaklumla..short term memori aku ni…apa pun..kepada semua..ni dah penghujung ramadhan..masih belum terlambat..semoga kepada mereka yang masih gagal berpuasa mendapat petunjuk hidayah dan taufik daripada Allah S.W.T..amin

4. nak p kelas..sat lagi ada kelas addmaths.heheh..tiba2 ak terfikir mcm apa kaitan dengan puas tu kan?


babai.