Monday, August 29, 2011

saya insan tak sempurna.

salam semua..malam ni malam raya..rasa upset sgt...pernah x korang rasa..org yang kita sayang makin jauh dengan kita?sedih la..rasanya semua org balik raya nak jumpa dengan family..tapi ni dah jd sebaliknya..bila kasih sayang tu dah terbahagi kepada beberapa siri pecahan..kita rasa mcam kasih sayang antara kita dah terbahagi banyak...terasa macam family bukan lagi keutamaan..sangat sedih bila terpaksa berkongsi kakak dengan orang lain...slamat hari raya semua..mintak maaf banyak2..saya hanyalah insan yang xsempurna.

Friday, August 26, 2011

teruja

wahaha..
setelah sekian lama
hari ni aku blaja cemana nak tukar background blog ni..
bukan pertukaran biasa tapi kali ni aku blaja cemana nak tukar kalau kita ada image yang menjadi pilihan hati kita
heheh

trima kasih kepada kakak blog ini
sebab boh tutorial yang sangat mudah lagi lengkap

macam biasala
kalau dah nama pun tengah teruja
apa lagi
kasi tukar!!!
heheh


pada yang ingin mencuba bleh p kat blog kakak tu
baca arahan
dan jangan lupa ucap
terima kasih :)


Tuesday, August 23, 2011

puasa atau puas??


pagi tadi otw nak p skolah bukak lah radio. dengarlah tazkirah ni..puasa atau puas?

ustaz dalam radio tu bagi tazkirah..dia kata..sebenarnya kita ni dah terdidik berpuasa setiap hari dalam hidup kita.

1. Solat 5 waktu- kalau nak diikutkan dalam bersolat kita berpuasa..betul x? yelah mana bleh makan n minum tym solat betul x? katalah purata kita waktu kita solat 5 minit satu waktu..so darablah dengan 5 waktu kita wajib bersolat sehari semalam kan..haa darab lagi dengan setahun ada brapa hari..banyak tu..xcampur lagi dengan amalan2 solat2 sunat yang korang buat tu kan?

2. selain itu, berpuasa ni dapat merehatkan perut kita..tau2 la kan..perut kita umpama mesin beroperasi setiap waktu..ada ja benda yang nak di makan..jadi dengan berpuasa ni..ibadah ni dapat merehatkan perut kita..sekali lagi..bayangkan kalau kita xpuasa perut kita terpaksa bekerja 24 jam sehari. 168 jam seminggu..setahun??mau tau la kan..24jam kali dengan 366 hari…8784 jam tu perut xrehat…cuba bayangkan mesin apa yang boleh berfungsi sampai lama macam tu skali??makanya..berpuasa ni sangat penting. sebab dapat merehatkan perut. bak kata pepatah pujangga..ciwahhh perut adalah punca segala penyakit manakala berpantang adalah penawar segala penyakit J

3. eh dah point ketiga..ak ingat 2 point ja..pas tu x ingat dah..teruk sungguh!huhukk..almaklumla..short term memori aku ni…apa pun..kepada semua..ni dah penghujung ramadhan..masih belum terlambat..semoga kepada mereka yang masih gagal berpuasa mendapat petunjuk hidayah dan taufik daripada Allah S.W.T..amin

4. nak p kelas..sat lagi ada kelas addmaths.heheh..tiba2 ak terfikir mcm apa kaitan dengan puas tu kan?


babai.

Tuesday, August 16, 2011

ubat sakit hati

gggrrrr...
sakit hati btol
huhukk

sebaik2 ubat sakit hati
istighfar lah banyak2 cikgu norro ye
astaghfirullahalazim..
sebut skali g
astaghfirullahalazim..
saborrrr je la
huhuh T_T

sapa rasa sakit hati?
jom lah kita istighfar banyak2 okeh!

entry : geram gaban

Thursday, August 11, 2011

slot ini kisahku...

lagu dia tajuk surga cinta..segmen ini kisahku pun best jugak try la tgk ptg2 kat tv9 pukul 6.30.

nak lagu dia? boleh klik kat sini

slamat berbuka puasa :)

Wednesday, August 10, 2011

happy birthday along




happy birthday along!
intan zuri azna abdul rahim
panjang kan nama dia?



Tuesday, August 9, 2011

mencari tukang urut di ipoh??



nampak gambar di atas?
xkan la xnampak pulak kan
dah sebesar tu gambar aku boh
heheh

ok
rasa tegang leher?
badan rasa berat?
rasa tertekan?
baru lepas bersalin?
suram?
muram?

haaa
kali ni nak bgtau
sesiapa yang nak ber-urut
kat ipoh ni
xpun kat chemor ke
kat mana2 pun xpe
bgtau je

tu pakar urut tu
heheh
nama dia mak cik syikin
selain mengurut orang lepas bersalin
boleh jugak skali gus urut nenek2 yang sakit pinggang
heee


ehem..ehemm..
ok2 serius ni
sapa nak ber-urut boleh bgtau
dijamin..insyaAllah legaa...
sekian terima kasih :)


Monday, August 8, 2011

wanita dan emosi

tajuk mcm apa ja kan
tapi memang betol pun
wanita penuh dengan emosi
mcm2 emosi ada

mcm skarang emosi aku ni memang xstabil
terlampau banyak benda yang berlegar2 dalam fikiran ni
xtahu nak mulakan dari mana
dan xtahu nak selesaikan macam mana

akibatnya
terhasillah aura2 emosi yang turun naik
dari satu satu ujian yang datang
apapun aku redha dan pasrah

setiap hari aku mohon
agar setiap ujian dan masalah yang datang
Allah iringkan sekali dengan penyelesaian
kadang2 kesian dengan orang sekeliling aku
xpasal2 jd mangsa

almaklumla bila emosi xstabil
pantang salah sikit
silap sikit
mood pun swing la terus

bersalah
memang rasa bersalah sebenarnya
cuma kadang2 terfikir nak lari ke dunia yang lain
supaya berjumpa dengan orang yang lebih faham diri kita
tapi bila difikirkan balik
hanya kita sendiri je yang boleh faham diri sendiri
ingat org lain ada masa ka nak faham kita??
in ur dream la..

manusia penuh dengan sifat hipokrit,pentingkan diri, tamak,dengki
semua dia nak
kan?

hmm sekiranya ada yang membaca
trima kasih sudi membaca dan meluangkan masa
dan sekiranya ada yang juga mengalami masalah emosi yang turun naik
xkiralah apa pun puncanya

sentiasa ingat
ALLAH sentiasa ada
mohonlah pada Allah
mintalah apa sahaja
mengadulah dengan Allah
sesungguhnya ALLAH maha mendengar
lagi maha mengetahui
INSYALLAH ada penyelesaiannya


aku doakan untuk mereka2 yang juga sedang menghadapi masalah
janganlah berputus asa dan semoga semuanya akan kembali baik gembira dan ceria seperti sedia kala
aminnnn


p/s: betul kan...kawan ketawa mudah dicari..tapi kawan menangis....wallahualam..


Sunday, August 7, 2011

ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna


Bismillahirrahmanirrahim
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”



diucapkan
slamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan yang mulia ini kepada semua
saya nak mintak maaf banyak2 jika ada salah dan silap yang saya lakukan secara sedar mahupun tidak