Saturday, July 25, 2020

Jadilah yang terbaik

Isteri renunglah wajah suami ketika dia sedang tidur. Segala kesusahan dan kepayahan disimpan sendiri demi keluarga tercinta.

Ramai isteri yang tidak sedar betapa susah payah suami mencari nafkah untuk anak dan isterinya, suami menangis sendirian, berpeluh sendirian, bermonolog merenung diri sendirian. Dan ada yang ditengking oleh bos, proposalnya ditolak, dicaci maki oleh majikan dan macam-macam lagi episod kesusahan kehidupan suami dalam mencari nafkah.

Kadang-kadang duit dalam akaun tinggal RM10 je. Nak bagi anak isteri makan. Dia terpaksa tebal muka hutang dengan kawan demi untuk kebahagiaan anak dan isteri.

Dan semua keperitan itu, suami tak ceritakan pada isterinya, sebab dia tak nak isterinya masuk dalam cerita kepayahan hidupnya. 

Yang dia ingin lihat anak dan isterinya tersenyum. Biarlah dia seorang saja yang tahu kepayahan hidupnya.

Mungkin faktor ini menjadi punca kebanyakan suami umurnya lebih pendek dari isteri, senang kena serangan jantung, darah tinggi, kencing manis sebab dia simpan kesusahan dalam dirinya.

Semua itu tidak dirasai oleh si isteri. 

Menjadi seorang isteri tidak mudah, tetapi menjadi seorang suami lebih sukar. 
Banyak perkara yang perlu diberikan perhatian sehingga terlupa tentang diri sendiri. 

Seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab akan sentiasa meletakkan keluarganya di hadapan sebelum perkara yang lain.

Mereka jarang berkongsi dan bercerita, mereka lebih selesa simpan sendirian. 

Akibatnya, mungkin kerana isteri tidak memahami kepayahan suami ditambah pula dengan kerenah anak-anak yang sedang membesar memberi tekanan pada mereka dalam diam. Mungkin sebab itulah akhirnya tekanan itu memakan dirinya lalu meruntuhkan kebahagiaan dalam rumah tangganya.

Wahai isteri, mungkin kalian susah memaafkan, tapi cubalah memaafkan suami kerana Allah. Mungkin dengan cara itu boleh merawat hati. Kerana doa isteri sangat penting untuk suami.

Sayangi isteri kerana Allah

Tulisan : Hassan Adli
...nota untuk diri sendiri...

No comments: