Assalamualaikum semua, lamanya tak menulis kat sini. Maafkan aku atas kesibukan menguruskan hal dunia yang tak pernah habis..hehe
Sedikit update, alhamdulillah aku skarang dah mengandung 8 bulan..hehe insyaAllah tak lama lagi dah nak jadi ibu kepada putera sulung aku ni.. :)
Memang teruja nak jadi ibu, tapi dalam masa yang sama ada jugak rasa gentar sebab aku sentiasa tertanya tanya, boleh ke aku jadi ibu yang terbaik untuk anak ni nanti. Boleh ke sentiasa bagi contoh yang baik baik untuk permata hati aku ni nanti..boleh ke anak ni hidup gembira dengan aku nanti..semuanya terpulang pada aku dan macam mana aku corakkan anak aku nanti. Korang tolong doakan aku ye..
Pengalaman mengandung setakat 8 bulan ni, memang betol2 mencabar. Banyak suka duka yang aku lalui. Tak perlulah cerita yang dukanya, bukan semua orang bernasib baik boleh dapat jalan cerita hidup yang dia suka kan?..tapi tak ape, ini semua percaturan dan perancangan Allah. Macam mana ujian yang datang pun aku tetap bersyukur sebab Alhamdulillah dalam duka yang aku lalui ni keluarga sentiasa bagi sokongan.
Dalam suka ada tangisan..biasela ibu mengandung..barulah skarang aku faham apa yang selalu orang cakap, ibu mengandung memang lain emosinya. Mungkin kata kata tu kecil bagi sesetengah orang, tapi tak bagi ibu mengadung. Salah cakap, hati cepat terusik. Harap harap anak ni nanti cekal dan tabah. Sebab aku dah latih dari dalam perut lagi supaya jadi orang yang kuat dan tabah..hehe
Saje la nak aku coretkan kat sini, pesanan dan peringatan untuk anak aku suatu hari nanti. Jangan sakiti hati wanita, jadi lelaki mesti jadi contoh yang baik. Ketua yang baik dan berbuatlah baik pada semua orang. Harap anak ibu nanti sentiasa ingat pesan ibu, pesan Allah dan pesan nabi wanita bukan untuk disakiti tapi untuk dilindungi dan disayangai :)
Anak ibu kan anak lelaki, mesti jadi contoh yang baik dan banggakan ibu selalu. Anak ibu kebanggaan ibu :)
Ibu counting days nak jumpa anak ibu ni. InsyaAllah tak lama dah sayang nanti kite boleh jumpa. Nanti ibu bawak jalan2, makan2, teman ibu pegi jogging setiap hujung minggu..hehe bestnya. Semoga Allah permudahkan urusan kite nanti ye sayang ibu :)
Jika satu hari nanti anak ibu baca tulisan ibu ni, ketahuilah sayang, ibu sayang anak ibu, penghuni pertama rahim ibu dan yang sentiasa ada menjadi pendegar setia bila ibu mengadu dan bercerita. Terima kasih sayang. Ibu tak akan lupa semua ni. Sama sama kite lalui kehidupan kite ni nanti ye sayang. Together we are strong baby :)
Sunday, December 9, 2018
Monday, July 30, 2018
lelaki teristimewa
abah
gambar ni membawa maksud seribu satu makna
gambar ni masa aku akad nikah hari tu
sebak pulak rasa...
bertahun tahun abah jaga kami adik beradik dengan sebaik mungkin
mesti dengan harapan yang ambil alih tugas dia dapat pikul tanggungjawab menjaga puteri puteri dia dengan baik...malah lebih baik daripada dia...
mungkin itu lah harapan abah..
supaya puteri puterinya tak disakiti dan sentiasa di lindungi...
abah, nampak tegas tapi lembut dan cepat terusik hatinya
semoga Allah sentiasa lindungi dan panjangkan umur abah
dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur..
aku kongsikan satu artikel dipetik daripada facebook Da'i Wan
semoga bermanfaat
.
.
.
.
Tahu pasal gambar ni?
Saya teringat, dulu
Ustazah Isfadiah pernah bagitahu sesuatu yang mahal tentang ni.
Tolak tepi air mata tu.
Kerana air mata tu, yg
merasa hanya si ayah itu sebenarnya.
Gambar ini, tersimpul 1
pengajaran buat 'Lelaki' sebenarnya, yg mana yg akan bersalam dgn si ayah
perempuan itu. Gambar ini, sepatutnya fokus yg betul adalah pada si suami.
Jangan ingat mudah
melalui bahtera rumah tangga.
Macam mana dengan
kewibawaanmu, wahai lelaki.
Kematanganmu dalam
memberi keputusan.
Kebijaksanaanmu dalam
mendidik isteri.
Kesabaran dan
kerajinanmu mencari rezeki dalam menyara hidup dengan si dia.
Hidup x selalu indah.
Cuaca x selalu cerah.
X ramai pasangan tahan
hidup susah, sebab itu bila payah, bercerai x sudah, lihat sahaja dimahkamah,
baru dikau tahu erti sebenar lelah.
Gambar ini patutnya
menanamkan rasa gerun pada laki2.
Menjadi suami tu x
sewenangnya, air mata ayah itu air mata pengalaman membesarkan anak daranya,
air mata itu air mata melihat dia berjaya, air mata itu air mata memeluk erat
anaknya bila gagal sementara, air mata itu air mata penat x kesudahan menyara,
darilah kecil hingga dewasa.
Apakah kamu, wahai
lelaki.
Apakah kamu sedia
menggalas semua harapan dan bebanan ayahandanya?
Kahwin itu blh jdi
indah, jika bahtera itu dikemudi, dengan seorang yg betul2 layaknya bergelar
Nakhoda, merentasi lautan gelora pun dia bawa kita x terasa, itulah tempat yg
sebenar-benarnya, tempat pergantungan si bunga, mengganti teduhan ayahandanya
setelah sekian lama.
Ikhlas, Da'i Wan.
jangan tanya aku, sebab aku pun masih terkial kial...nak dayung bahtera rumahtangga ni
semoga Allah bagi petunjuk dan permudahkan urusan dan kurniakan persefahaman buat aku dan suami..ameen.
Thursday, April 12, 2018
Resipi tradisional kuih sri ayu
Gadis ayuuu..lesung pipit di pipi
Ayuuuuu
Sungguh ayuuu
Hehe
Hai semua..hari ni cikgu norro teruja nak kongsi satu resipi istimewa..kuih sri ayu..haha istimewa lah sangat kan?
Bagi cikgu norro, istimewa lah sebab ni resipi dari mak mertua..hehe..bukan senang nak korek petua dari orang tua supaya masakan jadi sedap..hehe..eleh korang pun kalau dapat korek petua dari orang orang lama sure korang pun sama teruja nak try macam cikgu norro kan?
Seminggu berkampung kat umah mak mertua dapat lah korek satu resipi and cikgu sharekan resipi ni supaya bermanfaat untuk lebih ramai orang lagi. Dapat la jugak pahala kan? Hihi.. motip nak cakap kat sini kena slalu berkampung lah kat umah mak mertua ek? Dapat banyak sket resipi nanti..hihi
Ok ni resipi buat kuih sri ayu yang lembut dan sedap. Boleh cuba sebab bila skali try je cikgu norro punya kuih tu memang hasil dia sangat memuaskan..haha puji diri sendir ek :p
Bahan yg diperlukan mudah dan simple aje
Gula satu cawan
Telur 2 biji
Overlaid 1 sudu kecik
Perasa pandan/ daun pandan
Santan/susu cair satu cawan
Tepung gandum 2 cawan
*Petua dia, mak mertua pesan santan atau susu tu jangan lebih dari satu cawan. Kalau nak guna daun pandan asli, blend skali dengan santan atau kelapa tu, yg penting hasil dia nak guna nanti satu cawan aje.
Ok ni bahan dia.
Mula mula pukul gula ngan telur sampai kembang, masukkan overlaid, masuk santan(yang dah dicampur dengan air daun pandan yg dah di blend) separuh, pukul lagi sampai kembang then masukkan separuh lagi santan ingat eh...(santan campur pandan ni jangan lebih satu cawan),
Last skali masukkan tepung sikit sikit. Jangan lebih dari sukatan (2 cawan)
Sukatan macam biasalah, petua dia guna cawan yg sama untuk sukat semua bahan..hehe
Tadaaa..dah siap pukul, nampak tak berapa hijau
Tambah sikit pewarna hijau bagi warna dia cantik lagi bila dah masak
Ni cikgu norro tapis dulu sebab nak hasil yang lagi halus..hehe
Kelapa parut, campur dengan gula and garam sikit bagi lemak
Dah ready nak masuk acuan, tekan sikit kelapa ni bagi mampat..kalau xnak guna kelapa..sapu dulu acuan ni dengan minyak ke mentega xnak bagi dia melekat
Boleh tuang dah bahan yang dah di tapis tadi, tuang jangan sampai penuh sangat, nanti dah masak melimpah pulak
Then kukus lebih kurang 10 ke 15 minit
Taaaaaadaaaaaaaa..dah siap..
Bau dia wangi gila sbb pakai daun pandan asli
Lembut sungguh xtau sebab apa tapi mungkin sbb ikut petua yang mak mertua ajar kot? Haha
Ammar assyifa makan tak boleh stop nampaknye
Sedap sungguh ek?
Hihi
Paling best sebabbbbb
Tiba tiba ada pelanggan ek..baru first time buat ada pelanggan dah..hebat kan? :P
Hihi
So itu sajelah yang dapat cikgu norro share untuk kali ni..semoga bermanfaat dan boleh jadi rujukan di masa akan datang..hehe :)
Terima kasih mak, share resipi ^_^
#doneKuihsriayu
Wednesday, March 28, 2018
S.E.T.A.H.U.N
assalamualaikum..saje la cikgu norro post entry ni, nak simpan sebagai kenangan di masa hadapan. kenapa tajuk entry ni setahun? sebab dalam masa setahun ni macam macam yang jadi, suka, duka, keliru dan macam macam lagi perasaan yang susah untuk cikgu gambarkan. hidup ni penuh dengan kejutan dan tak boleh nak kita jangka apa yang Allah dah pun aturkan untuk kita. keputusan dah pun dibuat, dan jugak dah pun dilaksanakan. dah tak boleh patah balik. apa yang boleh dan kena buat sekarang ni ialah...amanah yang Allah bagi ni kena la jaga baik baik, usaha untuk jaga baik baik, doa semoga Allah jadikan ini pengalaman yang terbaik dan boleh dijadikan bekalan yang terbaik untuk bawak jumpa DIA nanti di masa perhitungan amalan kelak.
sedikit personal entry ni, tapi tak ape lah..cikgu share la sikit :)
bermula dengan ini..28 mac 2017
masa ni, aku cuma niat nak tolong sepupu yang tengah bercuti cari kereta sewa untuk adik ipar dia
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
3.3.2018
dalam masa tak sampai setahun, ini la hasil dia.
dalam masa tak sampai setahun tu jugak banyak perkara yang kami gaduhkan
ntahla ini sesuatu yang normal atau pun tidak..huhu
ini la suami saya :)
korang tolong doakan
semoga Allah panjangkan jodoh kami, kurniakan zuiat yang soleh dan solehah, dimurahkan rezeki, dikurniakan kehidupan yang bahagia dan mendapat redha Allah di dunia dan akhiat.
hidup bahagia hingga ke syurga
ini imam yang saya pilih, dan yang paling penting, ini imam yang saya selalu doakan supaya Allah pilih dan anugerahkan kepada saya supaya dapat bimbing saya dan anak anak ke jalan yang Allah redhai.
hubby,
together, we can get through anything
sayang love you so much :)
-happy anniversary hubby-
Monday, March 12, 2018
AZALEA :)
assalamualaikum semua...busy betul rasanya lately sampai tak sempat nak menulis..hehe busy tentang ape?nanti kite update ek..hehe
hari ni 12 mac maksudnya dah setahun la tinggalkan kanak kanak azalea..tapi kenangan tu masih lagi terasa rasa..rasanya baru semalam masuk kelas and irdina mengadu dia tak dapat nak selesaikan soalan addmaths and dia cakap atuk dia yang tolong ajarkan..hihi..
rasanya macam baru semalam jugak la sama sama kami bergossip pasal cikgu2 lelaki yang poyo tambah2 cikgu prektikal..oh maafkaan kami..hihi..macam baru semalam jugak rasanya kami bergosip pasal drama drama melayu terutama drama patah aming ngan nelopak..kaw kaw kena kutuk masa dalam kelas sebab ramainya kaki drama...
macam masih segar dalam ingatan ni, masuk kelas tengok anak anak ni mengomel komplen pasal kejamnya diorang rasa pentadbiran sekolah..tapi sebagai cikgu kena la rasionalkan diorang, ni semua untuk kebaikan mereka dan tugas mereka cuma perlu fokus pada pelajaran dan masa depan..
cikgu rindu korang sangat lah, boleh bayang muka nakal irdina, arina, alya, rusydina, haziana, fakhira, annmarie..muka pendiam linda, aini, betapa talkativenya abirami dan jugak geng dia nintiya and sharmila.. dalam kelas ada dua shamila, sorang sharmila sorang lagi syamila..sorang syamila ulat buku..baik je rupanya..hehe muka seronok bila dapat cheesetart..berebut rebut..hehe
rasa macam semalam anak anak ni mengadu guru kelas diorang garang, nasib baik dapat mentor sporting macam cikgu norro..hehe siap praktis nak buat pose ala ala model untuk majalah sekolah..seronoknya..ini pengalaman yang paling menyeronokkan..terima kasih kelas azalea..
hmm tapi rasa macam semalam jugak lah terima surat terpaksa berpisah and tinggalkan kanak kanak ni..rasanya sakit sampai sekarang, rasa bersalah and rasa tak selesai tanggung jawab yang ada..huu cikgu mintak maaf..
tapi kenangan dengan korang cikgu simpan kat dalam hati, fikiran dan dalam doa cikgu setiap masa. semoga semua anak anak cikgu ni berjaya di dunia dan akhirat :)
saje lah cikgu nak abadikan kenangan dengan korang kat blog cikgu ni supaya satu hari nanti anak cucu cikgu tau yang korang adalah antara kenangan terindah sepanjang cikgu berkhidmat. terima kasih azalea :)
muka nakal sorang sorang
membodek cikgu..drama sangat pegang buku addmaths tu
last day..so sad :'(
:)
dengan kak syimee, cikgu feveret azalea jugak hehe
muka nakal tu..hmm..hmm..hehe
comel kan hadiah dari azalea ni
hadiah dari kawan kawan
pun sama hadiah dari kawan kawan
anak murid bagi sajak..touching oohh
kesemua hadiah hadiah...terima kasih banyak2..
ini dari semua anak2 tingkatan 4..terima kasih..ramai puji lawa hand bag ni..hehe :)
sampai jumpa lagi, semoga semua berjaya menjadi insan berguna..
i miss you all girls (T_T)..
sedih pulak tengok video ni...nampak sangat lah cikgu kesayangan kan :p
terima kasih azalea, xdapat la cikgu nak senaraikan nama sorang sorang..tapi semuanya selalu ada dalam hati dan fikiran cikgu ni..selamanya..love you all :)
Wednesday, February 7, 2018
Happy 7th anniversary cik norro!
Happy new year everibodeyhhhh (tak berapa nak new sangatlah) hehe
Macam biasalah..7 feb setiap tahun, cik norro mestilah akan ingat
Sebab ni tarikh mula mula cik norro bertugas sebagai pendidik secara rasmi
Kejap je dah 7 tahun jadi pendidik
Baru setahun jangung, ada banyak lagi ilmu yang nak kena cari, pengalaman yang nak kena rasa and lalui.
Dalam masa 7 tahun ni memang ada banyak kenangan manis and pahit
Biaselah asam garam nak jadi seorang pendidik
So far, alhamdulillah banyak yang manis dari yang pahit.
Yang mana yang pahit tu pasti cik norro akan simpan rapat rapat dalam memori supaya boleh dijadikan telafan untuk masa akan datang. Kalau pun bukan untuk cik norro mungkin untuk panduan rakan rakan di masa akan datang.
Masa depan siapa yang tau kan? Ni semua rahsia Allah
Alhamdulillah dalam tempoh 7 tahun jadi pendidik ni banyak sangat dah rasanya yang cik norro lalui
Dapat join banyak program kebangsaan
Dapat join banyak program negeri
Dapat join program daerah
Banyaklah! Semuanya manis manis belaka
Tak lupa jugak anak murid
Anak murid semuanyaa baik baik
Semuanya menyenangkan hati
Walaupun pada mulanya awal tahun 2017 cik norro diuji sikit
Tapi alhamdulillah
Semunya dah jadi makin baik.
Allah permudahkan
Sama juga rakan sekerja, ketua sekolah (pentadbir)
Semuanya baik2 belaka
Banyak bagi tunjuk ajar
Cik norro tak pernah lupa, walaupun diuji sikit awal tahun 2017, tapi tak ape
Allah knows better
Apa yang cik norro dapat belajar, jadi pentadbir atau ketua bukan sesuatu yang mudah
Jangan salah guna kuasa
Tapi xpelah, sebab seorang dua xkan nak banned semua pentadbir kan?
Banyak yang baik dan hebat banding yang lemah dan ego
Abaikan aje la yang mana tak berkenan di hati tu
Utamakan client kita sebagai pendidik which is our students
Sepanjang 7 tahun menjadi pendidik ni cik norro dah
Berjaya uruskan data sekolah dengan baik
Dah dapat anugerah perkhidmatan cemerlang(APC) seawal 26 bulan perkhidmatan
Dah berjaya siapkan sarjana pendidikan matematik
Dah ada banyak kemahiran ict
Dah ada kemahiran and ilmu untuk menguruskan dan mentadbir sekolah
Dah boleh drive sendiri pegi sekolah..hehe
Dah ada ramaiiiiiii sahabat sahabat yang baik baik belaka
Dah ada la sikit ilmu dan kemahiran mengajar matematik tambahan
Dah dilantik jadi pemeriksa kertas SPM Matematik Tambahan
Alhamdulillah looking forward for more success
Alhamdulillah, semoga Allah terus permudahkan urusan cik norro untuk mendidik dan menjadi kesayangan kepada anak anak pelajar and warga sekolah. Cik norro nak cari banyak lagi ilmu and kemahiran dan nak jadi sesorang yang berguna untuk dunia pendidikan ni suatu hari nanti, insyaAllah.
Korang tolong doakan ye?
Last but not least terima kasih keluarga tulang belakang yang paling hebat di setiap kejayaan yang cik norro dapat, xlupa jugak sahabat yang selalu kongsi ilmu dan maklumat, jugak anak anak murid sentiasa menghiburkan hati.
Tapi sekarang lebih istimewa, untuk awak yang bakal jadi antara orang yang paling penting dalam hidup saya nanti, semoga awak pun akan sama sama sokong kerjaya saya dan jadi tulang belakang kejayaan saya satu hari nanti..:)
Awaklah! Siape lagi..hehe
Happy 7th anniversary cik norro!
May Allah ease everything
And may 2018 be good to me!
Ameen :))
Subscribe to:
Posts (Atom)