Tuesday, October 24, 2017

Segala Perasaan


Ketika cinta
Telah bersarang
Taklukkan dua manusia
Untuk hanyut dalam rasa

Dan rindu datang
Setiap saat
Seolah tak mengizinkan
Sedetik untuk berpisah

Dan kini
Aku di sini
Merasakan segala keindahan dirimu
Menutup mata atas semua kelemahanmu
Ku melihatmu sempurna tak terungkap kata

Hilanglah kenangan luka
Tergantikan cerita yang berkisahkan cinta
Dan memberi harapan untuk kita berdua
Saling menjaga dan setia untuk selamanya

Tak sanggup aku
Melawan rasa segala perasaan
Memangku jatuh cinta

Dan ini hanyalah untuk dirimu
Persembahan untukmu
Dirimu kekasihku

Saling menjaga dan setia......selamanya... 
♥♥♥♥♥

Sunday, October 22, 2017

Pesta Sukan & Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan 2017 (PSKPP)

Dah hampir sebulan berakhir PSKPP ni...punya la dah dekat 7 tahun service, tahun ni la baru diberi kesempatan dapat join PSKPP. Apa dia PSKPP ni? Sapa yg keje cikgu mesti tau punya..ni sukan orang2 dalam bidang pendidikan..staf pejabat, pembantu makmal, cikgu, pemandu dan siapa2 la yang ada dalam bidang pendidikan ni..ni la masa dia nak kongsi kemahiran, jumpa kawan kawan, sembang sembang, cari pengalaman, hilangkan tekanan, cuci mata cari jodoh...ehhh...silap taip pulak..hehe..

So taun ni cik norro di ajak oleh cikgu rizal join team memanah. Memanah ok....kate ajis..lengan besar ranting..larat ka hang nak tarik panah tu? Hampehh...helloo.. ak tarik panah elok je kena target 9, 10 okeh....hihi tapi masa training laa yg kena..masa pertandingan nerves..kelaut peginye..

Untuk first timer macam ak ni..kira not bad laa...ada tempat la jugak..and yang penting ada point la jugak ak kutip..xdela kosong je mata ak tu...berlatih 3 hari ja kat latihan pusat then terus p bertanding..what do you aspect la kan...nak target juara memang mimpi la...kakak yang menang johan tu..7 tahun wooo berlatih...aku baru 3 hari...tu pun lebam2 tangan..muka xpayah cerita la..kulit dah kaler arang dah ni..kalah arang hitam..boleh bayang x kulit ak yg lebih hitam dari arang? Bayang sorang2 je la ek..yang menghadapi ni ni sedang bertabah..google sana sini cara nak pulihkan sunburn ni haaa...adehhh..dah rasa macam bayang2 berguerak...sebab dah sama kaler ngan bayang2 ni..legam wooo...

Secara keseluruhan memanah ni sebenarnya seronok dan menarik. Cuma aktiviti memanah ni agak makan modal la sebab peralatan dia mahal. Ada satu peserta tu dia punya set memanah harga rm7000 ye...second hand...picit kepala jap dengar..tapi sebab minat punya pasal...dia layan je...minat kite kan berbeza beza..may b tu kepuasan untuk dia..btol tak? Macam korang laa..mesti ada minat masing masing..kumpul kereta ke..kumpul lego ke...kumpul kasut ke..kumpul tudung ke...ehh silap taip lagi..hihi..

So kat sini ak cerita sikit la pasal asas memanah ni. Pertama setakat pengetahuan aku ni ada tiga jenis panah. Tradisional, recurve dan jugak compound. Tradisional ni ko tembak anak panah ikut gerak hati..tarik anak panah, set target, agak2 gerak hati kata kena, then ko lepas je anakmpanah tu. Kalo firasat ko tepat, hati ko tenang, kene la anak panah tu ke sasaran..hehe. So untuk recurve ada sikit up lah. Dia ada ukuran dia, then ada pengiraan dia nak tarik berapa kuat bergantung kat tali n saiz bow yg korang guna. Banyak bergantung kat setting sight la bagi aku kalau guna set memanah recurve ni. Salah setting sight..ke laut le peginye. Kecuali kalo korang pandai adjust ikut gerak hati atau korang pandai baca haluan angin dan sebagainya. Macam aku hari tu pagi main ok cerah elok..mai petang hujan angin sepoi sepoi bahasa mai..memang mencabar la ye. Pengalaman dan pendedahan yang bagus sebenarnya untuk first timer macam aku ni..hehe..tembak saje laa..kate nak cari pengalaman kan. So satu lagi memanah compound. Set ni paling lengkap bagi aku. Siap anak panah tu ada tempat rest. Tinggal ko aim and lepaskan anak panah je. Laju peginye..menusuk ke hati..hihi.. tapi serius memang laju..sebab tu kalau nak berlatih memanah kena dok kat padang yang ada jarak jauh kebelakang. Supaya tak tembus kena siapa siapa. Bahaya woi. Syok jugak tgk org main compound ni. Lagi canggih alat ko..lagi tepat la kena sasaran. Lagi canggih maksudnya lagi apa? Of course la lagi mahai wei..kawan yang satu team dengan aku tu..second hand dia beli..teka berapa? Rm7000 ok? Boleh buat belanja kawin kot...hihih...


So kat sini aku tunjukla sikit fizikal bagi satu set memanah dan ak syer la sikit (sikit la sangat..hehe) gambar ak masa pegi PSKPP baru2 ni. Ada jugak gambar masa ak and team pegi bertanding combat archery hari tu. Memanah ni sukan sunnah..tak rugi korang cuba. Harap korang boleh la syer pengalaman korang memanah dengan aku..hehe mana tau satu hari nanti kita boleh buat team?hehe..


jangan risau..nampak macam complicated kan? yang penting ada bow, anak panah and target ja..yang lain lain tu aksesori sahaja..hehe

longbow(tradisional), recuve dan compound. Ni jenis jenis panah


ni nama dia dillas team. masa ni mula mula main memanah. alhamdulillah team kitorang johan ok..
jenis panah : tadisional.

ini sejurus kemenangan..muka pun tercungap lagi ni mintak nyawa..hehe

piala kemenangan..hebat kan??haha maafkan saya

perasan tak depan anak panah tu letak span? kena letak laa kalo x mati la kitorang kena anak panah..tajam woo

cuba teka siapa ni? hehe

dengan team rizal..diorang dapat naib johan..hehe cuba lagi okeh..

tak sangka boleh menang..hehe

abang kat blakang tu..nak panah siapa?? hehe 

ini masa latihan pusat sebelum PSKPP..muka serius je semua..first day la katekan..

nampak x anak panah cik noro..kuning ok

kuning lagi

ini pencapaian paling baik..kena X..paling hebat..syabas cik norro..hihi

ni dah hari ketiga training..semua dah bawak keluar perangai gila masing2..hehe

hari pertandingan..kena merah..dapat la 8 mata..hehe happy okay

menang begambor aje la ek..

rizal..power ni..tq rizal sabar banyak nak mengajar pelajar linus macam cik noro ni..hehe

team PSKPP daerah kitoang
dari blakang: rizal, abg jamil, ust fadzly, shakirin (baby shark..hehe), janggut, kak rina, cik Norro, azrul (abah)
duduk depan: angah, ust syukri and syed 

abg jamil ngan rizal..ni jurulatih kitorang ni..nampak x teropong tu? nak tgk anak panah tembak kena point berapa

khemah kitorang. asal hujan je kena adjust bagi rendah..satu keje pulak kan..hihi

set memanah peserta

jangan kacau..tengan bincang strategi ngan izal nih..hihi

nampak x langit gelap? nak hujan dah masa ni...ni la keadaan padang memanah masa pskpp hari tu.. 
so next time kalo koang nak masuk bertanding ni la keadaan dia. 
jarak 50 meter. satu lane ada dua orang penembak and ikut sequence
AB, CD,EF ikut jumlah ramai peserta.


secara keseluuhan aku berpuas hati la dengan prestasi sendiri
yang aku belajar memanah ni ajar kita untuk sabar, fokus dan kawal emosi
bila emosi kita tak ok, anak panah tak kan pegi elok.
kawal dan belai emosi tu penting
nak memanah kena fikir yang happy2 ja and fokus.
punca anak panah aku kelaut masa pertandingan adalah nerves
jadi setakat tu je la yang boleh cik norro kongsikan :)






Thursday, October 19, 2017

Bersyukur, tabah dan sabar

Hidup kite ni tak kan pernah berhenti daripada di uji kan? 

Dalam hidup ni mesti ada satu ketika yang kite rasa kite diuji dari segala sudut. Masa tu la ada masalah dekat tempat keje, masalah keluarga, masalah dengan pasangan, masalah dengan kawan kawan, msalah kesihatan, semua berlaku serentak. Korang penah rasa tak? Rasa macam semua bertimpa timpa. Lepas satu satu dugaan yang datang. Pernah tak korang rasa macam tu? Sebab sekarang ni cik norro rasa macam tu. 

Semua berlaku serentak and it happen back to back. Tak tahu nak selesaikan yang mana dulu. Nak mulakan dari mana, pening, rungsing, rasa tak tentu arah, rasa hopeless sangat bila fikir dugaan yang datang tak ade penyelesaian. 

Masa ni la syaitan akan datang bisik macam macam kat telinga kita. Bisik yang bukan bukan. Supaya kita fikir yang bukan bukan, sangka yang bukan bukan, mula la fikir kan bagus kalau aku tak buat itu, kalau aku buat macam ni, kalau, kalau, kalau dan kalau. Tahukah anda perkataan dan pemikiran 'kalau' adalah tidak bagus? 

Kita ni hidup ada takdir kita masing masing yang Allah dah atur. Bila kita dalam keadaan yang bertimpa timpa dugaan macam ni, xpayah la kite nak harapkan orang faham dengan situasi kita. Sebab kadang kadang kite sendiri pun x boleh nak faham kenapa benda jadi macam tu. Kan? Bukan semua yang kita nak jadi akan jadi mengikut seperti apa yang kita inginkan. When things turn to be out of our control, perkara terbaik yang kita boleh buat adalah 'biarkan saje'. Kita tak boleh nak kawal apa yang nak jadi, as long as kita dah cuba untuk bagi yang terbaik, cukuplah. Yang lain lain serah kat tuhan.

Hukum alam ni, xpayah la lawan. Tak payah nak paksa. Lagi kuat kita lawan, lagi jauh dia pegi. Lagi sakit nanti. Kalau nak jadi, biar jadi secara semula jadi. Orang kata ikut hati mati, ikut rasa binasa. 

Xde siape yang xde masalah dalam dunia ni. Kucing pun ada masalah...batu kat tepi jalan tu pun ada masalah. Kenapa? Sebab masalah adalah sesuatu yang normal. Tuhan nak tengok sejauh mana ko boleh menerima dan sabar dengan ujian yang dia bagi. Kalau ko tak de masalah..haaa itu masalah besar..there must be something wrong somewhere..

Hadapi masalah, jangan lari dari masalah, cuba selesaikan kalau boleh, kalau dah cuba tapi tak berjaya...maka serahkan saja pada tuhan..sesungguhnya dia maha mengetahui segala apa yang di langit juga di bumi. hadapi, hayati dan nikmati betapa nikmatnya ujian yang Allah bagi ni cik norro. dont worry, you can surely survive this!!

Tarik nafasssss...hembussss...ulang. 
Good luck Cik Norro! 






Thursday, October 5, 2017

Souvenir

Alhamdulillah. Syukur sebab dikurniakan insan insan yang baik di sekeliling cik norro. Termasuklah sahabat yang baik baik semuanya. Ini adalah salah satu nikmat dan rezeki yang Allah bagi. Sahabat Yang sentiasa ada di saat susah dan senang. Yang memahami setiap kesedihan dan kedukaan yang cik Norro lalui..huhu..TQ guys for these lovely souvenir. Walaupun xde rezeki ak nak p sana dengan hampa, insyaAllah next time harap harap ada kesempatan lain. Dan jugak tq sebab sudi pastikan baju baju yang dah ak beli dipakai kat sana..hehe at least walaupun tuan baju x sampai, baju sampai ke sana pun jadi la ek. Xdela membazir ak beli baju tu...lap ayaq mata oi...

♡♥♡♥♡Terima kasih ♡♥♡♥♡

Aku tau hampa tuju kat aku kan gambaq ni..nasib baik la baju2 aku ni sampai..walaupun tuan dia x sampai ek..
Satu hari nanti ak mesti sampai gak kat sini..hampa tunggu okeh! ;)