Monday, December 25, 2017

selamat pengantin baru hanim :)



assalamualaikum...apa khabar semua? hehe.. semoga sihat sejahtera la ek..buat ape tu? busy ke? terima kasih sebab walaupun busy masih sempat melawat blog cik norro ni ek..hihi..
ok lah hari ni cik norro nak kongsi beberapa keping gambar dan video masa kenduri hanim hari tu.

semua orang mesti ada kisah zaman sekolah menengah yang terlampau manis dan menyimpan banyak kenangan kan?..kenangan dengan kawan kawan, kenangan dengan cikgu cikgu, kenangan dengan acah2 boyfriend tak jadi..hihi cinta monyetlah lebih kurang kan..hihi tapi tu zaman sekolah dulu la..so sama lah jugak dengan cik norro ada kenangan manis masa zaman sekolah dulu. tambahan pulak cik norro ni sekolah asrama penuh, dari tingkatan satu, bayangkan umur 13 tahun dah tinggal jauh dari family, so kawan kawan lah pengganti keluarga. tempat mengadu, susah senang sama sama. bergurau, belajar, tido, makan, ponteng surau..opppss..hehe..pendek kata kehidupan seharian tu dikelilingi kawan kawan, dah jadi macam adik beradik...banyak lagi lah.. sampai terlampau banyak nak diceritakan tapi hari ni cik norro cerita satu je lah dulu ye.

korang dulu masa sekolah walaupun baik dengan semua orang tapi mesti ada satu geng yang korang pegi mana mana pun nak sama sama kan? pegi sekolah sama sama, riadah sama sama, study sama sama, buat nakal sama sama..kena denda sama sama..hihi..semualah sama sama..pegi mandi pun sama sama..hihi  macam tu lah jugak cik Norro..dulu dulu masa zaman remaja(sekarang pun masih remaja tau!!!) hehe..cik norro ada beberapa orang sahabat rapat lah. kami ni dulu semua satu kelas dari zaman tingkatan satu sampai lah tingkatan 3. maksudnya dari zaman belemoih orang utara cakap..sampai lah zaman perasan jelita..hihi..after PMR bila form 4 and form 5 kelas kena streaming so pecah kelas la sekejap..tapi benda benda lagho tetap buat sama sama..hehe kami terpecah ke tiga kelas..hanim and najwa satu kelas, cik norro and syarie satu kelas, amy and kiah dok satu kelas. selalunya bila nak balik dari prep petang and prep malam..najwa and hanim akan lalu setiap kelas untuk kutip geng2..menandakan ok guyss jom balik..prep dah habis..hehe GENGGROUP..tak pasti siapa yang gelarkan nama geng kami ni 'geng group'..atas apa sebab xtaulah..so lekatlah nama group kami tu geng group..

dari kiri: hanim, najwa, amy, kiah, cik norro, syarie.
masa ni ada kem motivasi tingkatan 5 dekat pulau langkawi.
ni pulak baju batch kitoang..bangga masing masing pakai baju koporat batch
padahal sebijik rasa macam baju kilang..
haha..merasa la sekejap jadi minah kilang ek! tak apelah macam baju kilang pun tetap bangga hihi:p

ini pulak time riadah petang. acah acah jogging..kemain lagi..zaman ni slim melimmm semua..
almaklumla..sekolah asrama..riadah petang ni wajib turun. pukul 5.00 sampai 6.30 ptg.
semua students wajib turun riadah. tak kisahlah nak buat apa time tu asalkan tak duduk tido kat dalam dorm..hehe

ntahla ape yg kitorang buat time ni..masa ni baru habis SPM, ada jamuan..rasanya cucuk lidi sate kat pokok ni..ke buang sisa makan kat pokok2..perangai ntah ape2..jangan tanya kenapa buat macam tu..tak matang..haha

ini lepas spm ke zaman matrikulasi rasanya. Najwa baru balik dari UK xsilap..dia cuti semester.
so kami pun decided nak buat gathering and melepak kat umah syarie. hanim xde time ni..xingat kenapa.
 masa ni kiah baru dapat lesen memandu.dia lah yang drive naik kereta mak syarie.
nyaris2 xcident time ni..sebab langgar tarfic light ke ape ntah..baru dapat lesen dah samseng ek langgar trafic light..huhu
kami punya menjerit dalam kereta masa tu..masyaAllah...kuat gila..
kiah..kiah..sampai ke sekarang bawak kereta laju kalah F1.

ini pulak zaman dah masuk U. tak pasti lah dah semester berapa. semua pakat berkumpul kat KL.
lagipun masa ni dah pandai sikit nak gunakan kemudahan awam naik train kat KL
ini rasanya kami saja saja jumpa and menghabiskan masa cuti semester
masa zaman ni syarie kat uitm buat medic, hanim kat ukm buat medic, najwa kat UK buat medic, amy kat maktab perguruan Melaka buat TESL, cik Norro kat ums buat pendidikan Maths, kiah kat uum buat kos multimedia rasanya.
macam tu lah..jarang dapat boleh berkumpul cukup 6 orang.  

kat escalator pun jadi kan..hehe masa ni kiah dah start keje
kami bertiga tak habis study lagi
so masa ni kiah nak keluar dating..alang2 dia kat KL kami semua pun kumpul la kat KL..ni kat SOGO rasanya
ini mungkin sekitar tahun 2009 ke 2010 hehe
 
after habis sekolah menengah, masing masing bawak haluan masing masing. jarang jarang dapat jumpa. kalau jumpa pun masa cuti semeste. dan bila dah masuk alam pekerjaan lagilahhhhh jarang jumpa sebab masing masing dah busy dengan komitmen kerja. ada lah jumpa sekali sekala time kenduri kawin kawan kawan tapi sekejap sangatlah dapat jumpa. dan bila dah berkeluarga lagilahhhhhhhhh jarang dapat sembang and jumpa. kalau ada pun bila ada gossip2 terkini barulah sembang dalam group whatsapp. hehe.. so bila hanim whatsapp kad jemputan kawin dia..semuaaa lah excited...masing2 nak pegi sebab dah lama gila tak jumpa and banyak cerita yang perlu di update..hihi

dan memandangkan hanim kawin masa cuti sekolah hujung2 tahun ni, ada banyak sikitlah masa nak plan perjumpaan tu kan..hehe setelah merancang dengan amy, cik norro amik ets je lah senang sikit. rumah amy pun xjauh dari stesen KTM tu. sampai arau, pusing2 skejap bandar arau, makan2 skejap ngan amy then balik umah amy untuk sambung bergossip and update cerita2 yang sepatutnya..hehe biaselah perempuan kan..banyak cerita yang pelu digossipkan..hihih

ni dalam ets. selesa naik ets ni, siap ada meja..boleh la buat keje. cik norro pun sempatlah buat jawapan matematik tambahan SPM kertas 2. sebabnya next week tu dah mula mesyuarat and menanda kertas SPM matematik tambahan kertas 2. nampak x? saya seorang yang tak suka buang masa..hihi
ni dah nak sampai Arau. tunggu siap2 lah kat pintu keluar. sebab dah lenguh bontot duduk lama lama oi. dekat tiga jam lebih jugaklah baru sampai Arau..sebelah seat pulak pelancong dari negara mana ntah..kesian dia badan panjang nak tido pun tak berapa senang..hehe so bagi chance la dia lunjur kaki sekejap kat seat cik Norro..hehe
malam tu amy and anwar bawak p makan malam kat kedai ikan bakar. ramaaaaaaaaiiiii gila orang
tapi tak rasa masa cepat berlalu. tau tau makanan dah sampai..hehe
amy dah kawin, nama suami dia anwar. jiran depan taman. haha
gambar ni anwar yang tangkap. so tak de la anwar dalam gambar. anwar pun boleh tahan gak sebab rajin melayan aku and amy bergossip..haha kadang2 xtau siapa yg lebih kuat bergossip amy atau anwar? opppss..hehe
terima kasih amy and anwar sebab susah payah melayan aku sebagai tetamu.
nanti hampa mai umah aku, aku bawak hampa p jalan jalan nah :)

so balik dari makan malam tu, anwar keluar sekejap sebab nak bagi laluan kat aku and amy sambung bersembang kat umah pulak..banyak gila cerita yang kena update..hehe tq lah anwar..agaknya sampai anwar pun pelik ape je lahhhh yg budak2 berdua ni gossipkan..heheh


ni antara kawan kawan zaman sekolah menengah dulu.
buat rumah hanim macam umah sendiri. kecoh gila.
mesti tetamu lain geleng kepala
hihi dah jadi mak mak dah semuanya masing masing kendong anak ek
tapi perangai mantain tak senonoh ;p

ni nak buat boomeang sebenarnya..tak jadi..selfie je lahh..hehe


acah acah remaja..boomerang p lahhh..hihi

masa ni syarie baru sampai. punya lama tunggu dia nak sampai. hehe
muka tetap dalam gambar aku, kiah, amy, marlini, fizoh hihi

tunggu syarie kami bergambar lah dulu
dari kiri: fizoh, marlini, cik norro, amy, kiah (anak kiah medina), zatil and najla -anak zatil- nampak rambut aje..maafkan aunty zoi najla..dia amik tak full frame..hehe
cik norro, hanim, hafiz..cantiknyaaa hanim :)
ini bagi chance lah cik norro nak feeling2 kat pelamin orang..hehe (^_^)''

selamat pengantin baru hanim dan pasangan. semoga bahagia hingga syurga :)

ni masa study group. kem akademik sebab masa ni nak dekat SPM dah. masa ni semua pulun study. kami ditempatkan kat dewan and belajar sama sama. nampak tak muka masing masing? suci murni...haha..adehhh muka tu..stress nak SPM ye kak?? hihi...senyumlah sikit...rindunyaaaa..

versi disember 2004
atas: Zakiah Razak, Syarifatul Nadiah Md Latif
bawah: Najwa Salleh, Nur Hanim Yahya, Aimi Izdihar Rusli, Norrohaniza Abdul Rahim
gambar ni masa last day SPM. ada jamuan. ni lah last gambar lengkap berenam. kenangan wei. xdapat kat tempat lain.
semoga persahabatan ni kekal hingga jannah kawan kawan :)

alhamdulillah
versi disemeber 2017
and looking for 100000000 more years to go
cik norrohaniza abdul rahim
puan aimi izdihar rusli
puan nur hanim yahya
puan zakiah razak & anaknya hanna medina 
puan syarifatul nadiah md latif & anaknya mikail 
*tiada dalam gambar cik najwa salleh..we miss you najwa..huhu

so itu je lah yang boleh cik norro update..aktiviti cuti bulan 12..kenduri kawin je yang banyak..
insyaAllah ada rezeki nanti sampai masa cik Norro update kenduri kawin cik norro pulak ek?? ehhhh..hihi 
asyik update kenduri orang je ek ^_^

thanks for reading guys :)
 walaupun tak de ape sangat, tapi itu lah, bersahabat dan menjaga hubungan persahabatan tu dengan baik pun dapat pahala..macam kami ni, gaduh macam mana pun, mesti selesaikan dengan baik..sebab kite ni kalau boleh bersahabat dan bersilaturrahim kerana Allah..dapat pahala. barulah diberkati..boleh bergaduh sebab bergaduh dan berselisih faham tu sesuatu yang normal, tapi wajib doa supaya Allah bagi petunjuk dan selamatkan hubungan persahatan tu supaya jadi baik semula and bertambah rapat ikatan tuu..sekian terima kasih..hihi

....true friends are never apart, maybe in distance but never in heart...

Thursday, November 16, 2017

Resipi Kek butter orang dulu dulu

Pernah tak korang makan satu makanan ni and korang cakap..eh sedapnyaaaa rasa macam opah masak la..atau korang cakap rasa macam mak masak lah..atau dalam erti kata lain rasa makanan tu macam rasa orang dulu dulu masak. Sedap dia tu, masyaAllah..jarang nak dapat zaman skang ni..hihi sebab apa? Sebab orang dulu dulu masak bahan dia suma cukup, tak kedekut, masak dengan ikhlas. Bukan la nak cakap zaman skang ni orang masak tak ikhlas tapi zaman skang ni kalo masak nak cepat aje, nampak cantik n menyelerakan makanan tu tapi rasa out sebab apa? Sebab nak jimat kos dia kurangkan beberapa bahan and ganti guna bahan yang tak berkualiti. Bak kata orang asal jadi je benda tu.

Panjang kan mukadimah cik norro. Sebenarnya hari ni cik norro nak kongsi resipi kek. Resipi ni dapat dari kak julia. Dah banyak kali dia bawak bagi kitorang makan. Rasa tak puas hati awat sedap sangat kek ni rasa macam kek orang tua dulu dulu buat. So cik norro pun dengan tak malunya mintak la resipi sebab nak try buat and masakkan bagi orang lain pulak makan. Prinsip cik norro Benda sedap kena share..haha

Ok terus kepada resipi nya, ini original resipi dari kak julia. Cik norro terus tampal kat sini. Tak de ubah ape ape.

Resepi Kek Kampong Org tua 😂😘

1 cwn planta
1 cwn buttercup
2 cawan gula pasir

Pukul sampai kembang n masukkn

8 biji telur n pukul hgga sebati

Masukkn

3 cwn tpg kek n kacau hgga sebati.

Klau nak buat corak buat 2 warna atau lbih.

Bakar suhu 180  55 minit.
*******************************
Tindankan bahan2 TDI dlm loyang

Asingkan bahan2 yg dah siap dipukul, kpd 3 warna..

Loyang mesti disapu planta dgn rata supaya tak melekat nanti
***************************************
Tips dia
Klau nak Kek Tu gebu, butter dn telur, kuarkn dulu dr  peti ais..Jgn sejuk..Udah xde rasa aisnya, bru buat Kek..Klau buat, jadi juga, Tpi xgebu

Kalo warna Tu nak bg beralun, letak ler beralun kn..Klau nak susun mcm Kek batik, Usah tindih dr atas, Tpi susun tepi2 satu persatu atau setonggok setonggok (bahasa perak dia pekat btoi haha)


Sebenarnya ni resipi kek butter je pun. Tapi payah nak dapat yang betul betul sedap zaman skang ni. So cik norro pun try la buat. Hasil seperti gambar di bawah. Serius memang sedap dan jugak senang dibuat. Nanti boleh la masakkan untuk orang tersayang ye. Tak sayang pun xpe, masakkan jugak la. Kalau makan mesti lama lama akan jadi sayang. Hihih selamat mencuba dan harap resipi ni bermanfaat la ye. 🤗


bahan bahan. mudah ja. nampak x? cuma cik norro xde majerin jadi cik norro ganti guna butter 2 cawan.
tips paling berguna pastikan sukatan tu guna cawan yang sama untuk ukur semua bahan. bukan saja saja cik norro letak gambar cawan okeh..hehe


pukul sampai kembang. then masukkan tepung sikit sikit

dah siap letak pewarna. ikut suka nak kaler ape ek. 

ni kak jue siap lukiskan tutorial nak tindankan lapisan kek tu. hihi tips lagi bila dah tindankan lapisan adunan jangan hentak kuat2, goyang2 je bagi adunan rata.


 macam gini hasil dia sebelum dibakar. boleh amik lidi and tarik campur2kan warna tu macam dalam loyang kecik tu. atau nak biar aje dia bulat2 macam loyang besar.

perghhh hasilnya.....sedap wei..serius tak tipu...
 selamat mencuba



Tuesday, October 24, 2017

Segala Perasaan


Ketika cinta
Telah bersarang
Taklukkan dua manusia
Untuk hanyut dalam rasa

Dan rindu datang
Setiap saat
Seolah tak mengizinkan
Sedetik untuk berpisah

Dan kini
Aku di sini
Merasakan segala keindahan dirimu
Menutup mata atas semua kelemahanmu
Ku melihatmu sempurna tak terungkap kata

Hilanglah kenangan luka
Tergantikan cerita yang berkisahkan cinta
Dan memberi harapan untuk kita berdua
Saling menjaga dan setia untuk selamanya

Tak sanggup aku
Melawan rasa segala perasaan
Memangku jatuh cinta

Dan ini hanyalah untuk dirimu
Persembahan untukmu
Dirimu kekasihku

Saling menjaga dan setia......selamanya... 
♥♥♥♥♥

Sunday, October 22, 2017

Pesta Sukan & Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan 2017 (PSKPP)

Dah hampir sebulan berakhir PSKPP ni...punya la dah dekat 7 tahun service, tahun ni la baru diberi kesempatan dapat join PSKPP. Apa dia PSKPP ni? Sapa yg keje cikgu mesti tau punya..ni sukan orang2 dalam bidang pendidikan..staf pejabat, pembantu makmal, cikgu, pemandu dan siapa2 la yang ada dalam bidang pendidikan ni..ni la masa dia nak kongsi kemahiran, jumpa kawan kawan, sembang sembang, cari pengalaman, hilangkan tekanan, cuci mata cari jodoh...ehhh...silap taip pulak..hehe..

So taun ni cik norro di ajak oleh cikgu rizal join team memanah. Memanah ok....kate ajis..lengan besar ranting..larat ka hang nak tarik panah tu? Hampehh...helloo.. ak tarik panah elok je kena target 9, 10 okeh....hihi tapi masa training laa yg kena..masa pertandingan nerves..kelaut peginye..

Untuk first timer macam ak ni..kira not bad laa...ada tempat la jugak..and yang penting ada point la jugak ak kutip..xdela kosong je mata ak tu...berlatih 3 hari ja kat latihan pusat then terus p bertanding..what do you aspect la kan...nak target juara memang mimpi la...kakak yang menang johan tu..7 tahun wooo berlatih...aku baru 3 hari...tu pun lebam2 tangan..muka xpayah cerita la..kulit dah kaler arang dah ni..kalah arang hitam..boleh bayang x kulit ak yg lebih hitam dari arang? Bayang sorang2 je la ek..yang menghadapi ni ni sedang bertabah..google sana sini cara nak pulihkan sunburn ni haaa...adehhh..dah rasa macam bayang2 berguerak...sebab dah sama kaler ngan bayang2 ni..legam wooo...

Secara keseluruhan memanah ni sebenarnya seronok dan menarik. Cuma aktiviti memanah ni agak makan modal la sebab peralatan dia mahal. Ada satu peserta tu dia punya set memanah harga rm7000 ye...second hand...picit kepala jap dengar..tapi sebab minat punya pasal...dia layan je...minat kite kan berbeza beza..may b tu kepuasan untuk dia..btol tak? Macam korang laa..mesti ada minat masing masing..kumpul kereta ke..kumpul lego ke...kumpul kasut ke..kumpul tudung ke...ehh silap taip lagi..hihi..

So kat sini ak cerita sikit la pasal asas memanah ni. Pertama setakat pengetahuan aku ni ada tiga jenis panah. Tradisional, recurve dan jugak compound. Tradisional ni ko tembak anak panah ikut gerak hati..tarik anak panah, set target, agak2 gerak hati kata kena, then ko lepas je anakmpanah tu. Kalo firasat ko tepat, hati ko tenang, kene la anak panah tu ke sasaran..hehe. So untuk recurve ada sikit up lah. Dia ada ukuran dia, then ada pengiraan dia nak tarik berapa kuat bergantung kat tali n saiz bow yg korang guna. Banyak bergantung kat setting sight la bagi aku kalau guna set memanah recurve ni. Salah setting sight..ke laut le peginye. Kecuali kalo korang pandai adjust ikut gerak hati atau korang pandai baca haluan angin dan sebagainya. Macam aku hari tu pagi main ok cerah elok..mai petang hujan angin sepoi sepoi bahasa mai..memang mencabar la ye. Pengalaman dan pendedahan yang bagus sebenarnya untuk first timer macam aku ni..hehe..tembak saje laa..kate nak cari pengalaman kan. So satu lagi memanah compound. Set ni paling lengkap bagi aku. Siap anak panah tu ada tempat rest. Tinggal ko aim and lepaskan anak panah je. Laju peginye..menusuk ke hati..hihi.. tapi serius memang laju..sebab tu kalau nak berlatih memanah kena dok kat padang yang ada jarak jauh kebelakang. Supaya tak tembus kena siapa siapa. Bahaya woi. Syok jugak tgk org main compound ni. Lagi canggih alat ko..lagi tepat la kena sasaran. Lagi canggih maksudnya lagi apa? Of course la lagi mahai wei..kawan yang satu team dengan aku tu..second hand dia beli..teka berapa? Rm7000 ok? Boleh buat belanja kawin kot...hihih...


So kat sini aku tunjukla sikit fizikal bagi satu set memanah dan ak syer la sikit (sikit la sangat..hehe) gambar ak masa pegi PSKPP baru2 ni. Ada jugak gambar masa ak and team pegi bertanding combat archery hari tu. Memanah ni sukan sunnah..tak rugi korang cuba. Harap korang boleh la syer pengalaman korang memanah dengan aku..hehe mana tau satu hari nanti kita boleh buat team?hehe..


jangan risau..nampak macam complicated kan? yang penting ada bow, anak panah and target ja..yang lain lain tu aksesori sahaja..hehe

longbow(tradisional), recuve dan compound. Ni jenis jenis panah


ni nama dia dillas team. masa ni mula mula main memanah. alhamdulillah team kitorang johan ok..
jenis panah : tadisional.

ini sejurus kemenangan..muka pun tercungap lagi ni mintak nyawa..hehe

piala kemenangan..hebat kan??haha maafkan saya

perasan tak depan anak panah tu letak span? kena letak laa kalo x mati la kitorang kena anak panah..tajam woo

cuba teka siapa ni? hehe

dengan team rizal..diorang dapat naib johan..hehe cuba lagi okeh..

tak sangka boleh menang..hehe

abang kat blakang tu..nak panah siapa?? hehe 

ini masa latihan pusat sebelum PSKPP..muka serius je semua..first day la katekan..

nampak x anak panah cik noro..kuning ok

kuning lagi

ini pencapaian paling baik..kena X..paling hebat..syabas cik norro..hihi

ni dah hari ketiga training..semua dah bawak keluar perangai gila masing2..hehe

hari pertandingan..kena merah..dapat la 8 mata..hehe happy okay

menang begambor aje la ek..

rizal..power ni..tq rizal sabar banyak nak mengajar pelajar linus macam cik noro ni..hehe

team PSKPP daerah kitoang
dari blakang: rizal, abg jamil, ust fadzly, shakirin (baby shark..hehe), janggut, kak rina, cik Norro, azrul (abah)
duduk depan: angah, ust syukri and syed 

abg jamil ngan rizal..ni jurulatih kitorang ni..nampak x teropong tu? nak tgk anak panah tembak kena point berapa

khemah kitorang. asal hujan je kena adjust bagi rendah..satu keje pulak kan..hihi

set memanah peserta

jangan kacau..tengan bincang strategi ngan izal nih..hihi

nampak x langit gelap? nak hujan dah masa ni...ni la keadaan padang memanah masa pskpp hari tu.. 
so next time kalo koang nak masuk bertanding ni la keadaan dia. 
jarak 50 meter. satu lane ada dua orang penembak and ikut sequence
AB, CD,EF ikut jumlah ramai peserta.


secara keseluuhan aku berpuas hati la dengan prestasi sendiri
yang aku belajar memanah ni ajar kita untuk sabar, fokus dan kawal emosi
bila emosi kita tak ok, anak panah tak kan pegi elok.
kawal dan belai emosi tu penting
nak memanah kena fikir yang happy2 ja and fokus.
punca anak panah aku kelaut masa pertandingan adalah nerves
jadi setakat tu je la yang boleh cik norro kongsikan :)






Thursday, October 19, 2017

Bersyukur, tabah dan sabar

Hidup kite ni tak kan pernah berhenti daripada di uji kan? 

Dalam hidup ni mesti ada satu ketika yang kite rasa kite diuji dari segala sudut. Masa tu la ada masalah dekat tempat keje, masalah keluarga, masalah dengan pasangan, masalah dengan kawan kawan, msalah kesihatan, semua berlaku serentak. Korang penah rasa tak? Rasa macam semua bertimpa timpa. Lepas satu satu dugaan yang datang. Pernah tak korang rasa macam tu? Sebab sekarang ni cik norro rasa macam tu. 

Semua berlaku serentak and it happen back to back. Tak tahu nak selesaikan yang mana dulu. Nak mulakan dari mana, pening, rungsing, rasa tak tentu arah, rasa hopeless sangat bila fikir dugaan yang datang tak ade penyelesaian. 

Masa ni la syaitan akan datang bisik macam macam kat telinga kita. Bisik yang bukan bukan. Supaya kita fikir yang bukan bukan, sangka yang bukan bukan, mula la fikir kan bagus kalau aku tak buat itu, kalau aku buat macam ni, kalau, kalau, kalau dan kalau. Tahukah anda perkataan dan pemikiran 'kalau' adalah tidak bagus? 

Kita ni hidup ada takdir kita masing masing yang Allah dah atur. Bila kita dalam keadaan yang bertimpa timpa dugaan macam ni, xpayah la kite nak harapkan orang faham dengan situasi kita. Sebab kadang kadang kite sendiri pun x boleh nak faham kenapa benda jadi macam tu. Kan? Bukan semua yang kita nak jadi akan jadi mengikut seperti apa yang kita inginkan. When things turn to be out of our control, perkara terbaik yang kita boleh buat adalah 'biarkan saje'. Kita tak boleh nak kawal apa yang nak jadi, as long as kita dah cuba untuk bagi yang terbaik, cukuplah. Yang lain lain serah kat tuhan.

Hukum alam ni, xpayah la lawan. Tak payah nak paksa. Lagi kuat kita lawan, lagi jauh dia pegi. Lagi sakit nanti. Kalau nak jadi, biar jadi secara semula jadi. Orang kata ikut hati mati, ikut rasa binasa. 

Xde siape yang xde masalah dalam dunia ni. Kucing pun ada masalah...batu kat tepi jalan tu pun ada masalah. Kenapa? Sebab masalah adalah sesuatu yang normal. Tuhan nak tengok sejauh mana ko boleh menerima dan sabar dengan ujian yang dia bagi. Kalau ko tak de masalah..haaa itu masalah besar..there must be something wrong somewhere..

Hadapi masalah, jangan lari dari masalah, cuba selesaikan kalau boleh, kalau dah cuba tapi tak berjaya...maka serahkan saja pada tuhan..sesungguhnya dia maha mengetahui segala apa yang di langit juga di bumi. hadapi, hayati dan nikmati betapa nikmatnya ujian yang Allah bagi ni cik norro. dont worry, you can surely survive this!!

Tarik nafasssss...hembussss...ulang. 
Good luck Cik Norro! 






Thursday, October 5, 2017

Souvenir

Alhamdulillah. Syukur sebab dikurniakan insan insan yang baik di sekeliling cik norro. Termasuklah sahabat yang baik baik semuanya. Ini adalah salah satu nikmat dan rezeki yang Allah bagi. Sahabat Yang sentiasa ada di saat susah dan senang. Yang memahami setiap kesedihan dan kedukaan yang cik Norro lalui..huhu..TQ guys for these lovely souvenir. Walaupun xde rezeki ak nak p sana dengan hampa, insyaAllah next time harap harap ada kesempatan lain. Dan jugak tq sebab sudi pastikan baju baju yang dah ak beli dipakai kat sana..hehe at least walaupun tuan baju x sampai, baju sampai ke sana pun jadi la ek. Xdela membazir ak beli baju tu...lap ayaq mata oi...

♡♥♡♥♡Terima kasih ♡♥♡♥♡

Aku tau hampa tuju kat aku kan gambaq ni..nasib baik la baju2 aku ni sampai..walaupun tuan dia x sampai ek..
Satu hari nanti ak mesti sampai gak kat sini..hampa tunggu okeh! ;)