Wednesday, July 27, 2011

manusia mudah terpengaruh!



sapa setuju manusia ni mudah terpengaruh?
angkat kening belah kanan!!
heheh

mengikut kajian aku terhadap
DIRI SENDIRI selama beberapa tahun remaja ni
aku telah mendapati
aku a.k.a manusia sejagat
sangatlah mudah terpengaruh

okeh
sebagai contoh
aku pakai simply siti dengan penuh harapan yang aku akan ada iras2 persis dato siti nurhaliza
hasilnya..hampeh kerana aku masih kelitan comot dan belemuihh mengalahkan bibik siti nurhaliza(padahal aku pakai skali ja pastu pakai pun pencuci muka saja toner segala krim aku tak tepek...pastu..nak salahkan produk kan??..huu)


contoh lain
aku minum innershine
agar muka aku akan kelihatan berseri
bak maya karin
yang ni memang berkesan
dorang keliru aku dengan maya karin
tapi maya karin versi
yang dah kena langgar lori 18 kali la
hehe
tapi minum innershine prune tu memang berkesan
malangnya aku dah stop minum
sebab setiap kali aku minum
mesti aku terbayangkan yang aku tengah minum kicap pekat manis
euuwwww...sebulan aku amal
pastu aku stop..ada lagi baki 3 botol dalam esbox..huhu


contoh lain
skang aku pakai safi balqis perfect 10 pulak
kali ni aku nekad nk seiiras dengan shiela amzah
yang juara OIAM tu
so langkah yang aku ambil ialah
dengan membeli set krim siang torner dan pencuci muka
hehe
stakat ni baru pakai skali ja pun
harap2 berkesan la =D


macam2 la yang aku try
semua nak try
asal tgk iklan ja
terpengaruh
dalam masa yang sama duit pun melayang la
dok beli macam2
huhuh
tapi sebenaqnya yang paling penting adalah istiqamah dalam berbuat sesuatu
kalau tak istiqamah memanglah xnampak hasil
contohnya stakat dok pakai seminggu dua ja
pas tu nak harap muka secantik shiela amzah memang tak laaa.
hehe
macam jugaklah kita beristiqamah dalam melakukan ibadat
sebenarnya itulah yang paling penting ye anak2
istiqamah dalam beribadah kepada Allah s.w.t =D

kesimpulannya manusia bernama Norrohaniza memang kuat terpengaruh T______T

p/s: product yang belum try lagi adalah polident..heheh


Friday, July 22, 2011

salahkah kita menangis? T______T

hello semua..iv just read something good to share with all of u..yang i rasa when i baca..hmm btol lah apa yg tertulis kat blog kawan ni..so i would like to share it with all of you guys out there..ok lah actually its not because i dah xde idea nak tulis apa..cuma nak berkongsi saja..oleh itu selamat membaca :P
.
.
.
.


Ada lelaki pernah tanya pada aku, "eh, kenapa perempuan ni sikit-sikit nangis, sikit-sikit tacing, asal ek?" Well, kau datang pada seorang perempuan, tanya soalan macam ni, gerenti jawapan yang dia bagi panjang lebar, and at the end, satu habuk pun kau tak faham =____=''

Tapi, kalau kau tanya pada lelaki pulak, jawapan dia maybe sesimple ini,
"ala, nama pun perempuan, biasalah nangis tanpa alasan".
Fuhh, sentap hati mak nak! 'Sweeeeet' gitu jawapannya :)


Meniti kembali sejarah penciptaan seorang perempuan, Allah ciptakan perempuan menjadi makhluk yang sangat penting. Tercipta bahunya itu untuk agar kuat menahan beban dunia, bahkan seluruh isinya, dan pada yang sama, bahu itu tersedia lembut agar seorang bayi rasa nyaman dan lembut sewaktu tertidur beralaskannya. Ya, bahu seorang perempuan yang katanya mudah menangis.

Allah berikan seorang perempuan kekuatan untuk menahan sakitnya sewaktu melahirkan seorang bayi daripada rahimnya, walaupun perempuan itu sendiri belum pasti, adakah cercaan atau pujian yang akan diterima daripada bayi itu kelak. Allah berikan keperkasaan yang membuatnya terus teguh, walaupun saat itu orang lain mungkin sudah menyerah kalah. Ya, kekuatan seorang perempuan yang mudah menangis itu.

Allah berikan kesabaran yang tinggi, untuk merawat setiap jiwa dalam keluarga, walaupun semua jiwa itu belum tentu dapat merawat dirinya. Kasih sayang yang terbentang luas, dihamparkan pada insan-insan disisi seorang perempuan, walaupun insan-insan itu melukainya. Sentuhan yang menenangkan dan menyamankan apabila didakap lembut olehnya. Ya, semuanya ada pada perempuan yang mudah menangis itu.

Allah berikan kebijaksanaan, kemampuan untuk menjadi sandaran seorang lelaki. Pengertian mengalir dalam hatinya agar sentiasa mahu menyedarkan seorang lelaki yang baik, yang tidak melukai hatinya. Menjadi pelindung dan teman yang setia, kerana posisinya sebagai tulang rusuk untuk sentiasa melindungi hati agar tidak terkoyak.

Diakhirnya, Allah berikan airmata, sebagai pelengkap kepada semua di atas. Khusus untuk seorang perempuan mencurahkan perasaannya, agar dapat dia gunakan apabila dia menginginkannya. Tiada keegoan yang tinggi tertanam di sudut hati untuk mengalirkannya, apatah lagi menganggap airmata suatu kehinaan. Mungkin, dilihat sebagai satu kelemahan, tetapi itulah yang membangkitkan kekuatan, airmata kehidupan.

So, lelaki boleh ke jadi macam ini, seorang yang mengalirkan air mata ini?

Apa yang Allah ciptakan, itulah yang terbaik, pasti ada hikmah tersembunyi.



the moral of the story..just cry if u wanted to do so...tiada salahnya :)


Thursday, July 14, 2011

guru data baru angkat tangan!

huhuh...

ya..saya lah tu

guru data sekolah yang baru


ada tak sesiapa yang kenal guru data sekolah yang boleh bg tution kat saya ni pasal data2

huhuh

nak nangis rasa

suruh ak jd guru data

tapi ak xtau nak rujuk kat mana

and siapa

h

u

h

u

h

u


kehidupan yang sadisssss

sadissssssnyaaa

huwarghhhhhhh (T_T)

ya Allah bantulah hambamu yang lemah lagi tak berdaya lagi xmengetahui satu benda pun pasal data2 ni

huhuh


Sunday, July 3, 2011

larian 1 murid 1 sukan



wallaaaaweiii...
3 minggu xhupdate blog dah rupanya
rasa macam baru sat td ja update
huhukk
*
*
*
aku sangat2lah nak update blog
tapi memang xsempat
kerja yang menimbun2 tu..ishkkk
yeke?? xla menimbun sangat
tapi busy tu yela
xsempat nak bersoaial pun
sadisss

so hari ni aku mulakan dengan cerita
cikgu norro yang daif lagi naif

bermulanya kisah
larian 1 murid 1 sukan (1m1s) serentak seluruh malaysia
*
*
*
naik2 kat pejabat nak punch kad
eh ada pemberitahuan la
baca punya baca
lekat la nama aku jadi hakim penamat
untuk acara balapan pra-sukantara selepas larian 1m1s
aisehhhhh..hakim la pulak..('',)


xpala..cek2 lagi nama ketua kak.J******
wallamak cantikla..keje ngan akak ni (cakap dalam hati)
cepat2 lari p padang cari kak ketua

tekedek2 lari..kak..kak
saya bawah akak tau jd hakim penamat
apa keje kite nanti ea??
kak.J****** : ohh..xde ape..nant kite bg CAKE dengan students
wahhh..ak pulak dalam hati..syoknya budak lari kalau menang dapat CAKE
mcm ni aku pun nak lari
dah la lapar ni..sedap gak kalau dapat menang CAKE
pastu xpuas hati aku tanya lagi
*
*
*
aik..dapat CAKE ke kak??syoknya..
muka kak.J senyum kelat ja ak tgk..
ak ingatkan dia begurau ka apa..cakap dapat CAKE
xpalah
end of discussion nak p lari 1m1s
*
*
*
selesai suma sudah
kak.J datang bawak tapaware
ni dalam ada isi CAKE
senyum2 pasing benda tu kat ak
ok..comel gak CAKE ni..
last2
bila aku bukak tapaware
ak rasa betapa bengap dan ak baru sedar yang ak memang slalu blur
inilah CAKE yang dimaksudkan



so this is tha 'CAKE'


apasal la xcakap nombor lepas lari ja
kan senang..hahah