Tuesday, May 31, 2011

restoran steamboat

.
.
.
baru baru ni
mak abah yanie dan cikgu norro
telah p makan steamboat kat ipoh

sebenarnya dah lama nak makan steamboat ni
dulu masa kat sabah selalu pegi dekat
kampung nelayan nama tempat tu
di penampang sanaaa
iya bha di sanaa kampung stacy n adam tu
butul2 depan bukit padang
hehe bukit padang??
tempat orang mental baitu ;p

ok..ok..
tu cerita kat sabah kan
if dekat ipoh ni
kami xjumpa tempat steamboat mcm kat sabah
last ak p makan steamboat dengan geng2 assabiah kami la hehe
sapa lagi kalo bukan ngan budak2 SAINA kan
kat JJ Ipoh dengan zoi ainna onon rosta dan ramai lagi

ok lah bukan nak crita yang tu sebenarnya
nak crita yang kami p makan steamboat
dan susah nak cari kat sini tempat steamboat macam kat sabah T_T
serius..serius..serius..tak tipu..huhu

compare to sabah..
kat sini dorang ada pakej tapi xmacam sabah
if makan steamboat kat sabah
ada pakej ni
kita bayar rm19.90
dah boleh ambik apa saja yang kita nak
n makan sampai rasa terputus urat saraf makan dah baru stop
(melampau x perumpamaan tu?? hehe tapi memang btol pun)
dan yang paling syoknya makan dengan hanya rm19.90
hehe syok kan??

tapi terimalah hakikat
mu xdok sabah dah mek oii
heheh
apapun tetap bersyukur sebab dapat jugak makan steamboat ni
dan lebih bersyukur sebab dapat makan dengan family tercinta :)

oklah xmau cakap banyak
ni antara gambar yang sempat di-tarik

abah n mak

tangan yanie si pemasak handalan

sayap ayam : kami xtau apa kaitan ayam ni dengan steamboat tapi sedap! hehe

ini tiger prawn..auummm ;p

ini dia ramuan steamboat kami...nyum..nyum heheh

ok lah setakat tu ja nak cerita..kalau nak p makan steamboat kat ipoh..bleh la masuk johnnys dalam JJ sebelah kedai VINCCI..agak2 tumit kasut tepatah bleh masuk vincci pulak alasan untuk shopping..huhu tadak kaitan langsung!


p/s: tiada tempat yang lebih membahagiakan selain daripada bersama-sama keluarga kan?? hehe alhamdulillah ;p

Saturday, May 21, 2011

tak perlu kata apa-apa

.
.
.

.syaqir.mohd thahir.abror.ieman.
.
.
.
kehidupan kanak-kanak
memang menyeronokkan
xperlu fikir apa-apa
xperlu kata apa-apa
senyum
.
.
.
hmmphhh ('',)



Saturday, May 14, 2011

old newspaper..old newspaper



(sila klik untuk gambar yang lebih besar ;p)



hehe amacam
pulun x?
pulun x?
xpayah lah aku ulang sampai 3 kali kan
ngee
sekian terima kasehhh




Sunday, May 8, 2011

senyum kambing siri dua :D


tengah khusyuk jaga exam
tiba-tiba ada cikgu ketuk pintu
.
.
.
cik norro
boleh saya nak jumpa dengan
pelajar *** ni sekejap?
.
.
.
boleh
boleh
tapi dia tengah exam
.
.
.
xpe sekejap je
ok
.
.
.
tiba2 aku senyum kambing sensorang
hahah
xsangka bukan aku ja yang penah g sekolah pakai tudung tebalik rupanya
hihih
.
.
.

(T_T)//


Saturday, May 7, 2011

jangan tegakkan BENANG yang basah..hehe


masa aku tulis entry ni
still dok tersengih sensorang
haha
ok mcm ni cerita dia
.
.
.
tersebutlah al-kisah
ada la sorang cikgu ni
hidung tersumbat
badan rasa panas
kena masuk kelas pulak
sebab nak jaga exam
memang xde mood lahhhhhh
.
.
.
.
assalamualaikum dan selamat sejahtera cik norrohaniza
wsalam,selamat sejahtera
duduk semua
masa ni baru lepas rehat,
budak2 ni dok kalut n bising2 study last minute la kononnya
.
.
.
ok kelas awak lambat duduk
awak lambat sedia
awak lambat exam
awak lambat balik!
.
.
.
cewaahhh arahan aku tu
dengan muka yang paling bengis dan kerek
hahaha biasalah bila badan rasa xsihat
mulalah xsenang tengok suasana bising tu
padahal xde bende pun biasalah budak2 kan huhu dulu2 aku pun mcm tu jugak ;p
.
.
.
ok exam pun bermula
cikgu dah passing ketas soalan apa semua
ok pelajar, boleh mula menjawab sekarang
.
.
.
dengan suara yang sengau
.
.
.
ok awak ada lagi 15 minit je lagi
sambil dok round2 kelas
tiba2 ada budak ni
teacher,teacher ada benang x?
masa dia mintak benang tu
serius aku sangatlah blur + dengan kereknya aku jawab
eh mana la saya bawak benang g skolah! xde keje btol
aku pun blah dengan rasa xbersalahnya jalan p depan kelas
.
.
.
xlama pas tu
beberapa orang angkat tangan
teacher,teacher..
nak benang
aku ni masih lah lagi blur sampailah
budak2 angkat kertas
cikgu kami nak IKAT kertas ni
ada BENANG tak??
.
.
.
haha masa ni memang aku dah tergelak besar
spontan aku jawab
Ya ALLAH!!
sorry2 patutlah harnani mintak benang tadi
saya pelik la mula2 tu
apasal la si harnani ni mintak benang
ingatkan dia nak pinjam buat jahit baju kat asrama!!
hahahaha (harnani gelak paling kuat)
bising satu kelas tu dok gelakkan aku huhu
ishk..ishk..ishk..
budak2 ni xtau exam ke!!??
(padahal dalam hati dok tahan malu hahah)
.
.
.
hahah sambil dok tergelak2 aku passing lah benang tu
on the way balik
keje aku tergelak sensorang je
geli hati haha
tu lah padan muka dok kerek xtentu pasal sapa suruh


inilah rupa asal benang yang dimaksudkan..hehe

pengajarannya : kesian harnani xpasal2 kena marah..heheh sorry harnani nanti teacher blanja k ;p





Monday, May 2, 2011

please teacher, may i go to the toilet??


.
.
.
teacher2 izinkan saya ke tandas
xboleh..siapkan dulu ketas yang saya bagi tu
dengan muka hampa budak tu p la balik tempat dia
.
.
.
.
tak lama pas tu dalam 10 minit la lbey kurang
(eh lama gak kan 10 minit tu huhu )
.
.
.
teacher2
tengok ni
ui mak dah siap keja budak ni
ok2 boleh p tandas dah
.
.
.
yeayyyy!!! (muka dia memang happy gila)
sambil tekepit2 dia jalan keluar kelas
xtahan sangat la tu
nak buang air
.
.
.
huhu rasa bersalah gak sebenarnya
ingatkan budak tu main2 ja
yelah alasan nak belegar2 buang masa
buat2 nak p toilet kan
macam korang slalu buat masa kat skolah dulu (hehe cakap orang kan!!)
.
.
.
lepas ni xboleh buat mcm ni dah
mujur la budak tu x melepas dalam kelas
kalau takkkk
nayooooo den heee....
.
.
.
p/s : aku harap budak tu xkena batu karang la..ngeee ;p


adik izatti @ hantu kak limah tunjuk perasaan hehe ;p