Tuesday, May 19, 2020

Panduan untuk anak membaca atau bercakap dulu?


Di antara membaca,bercakap dan menulis,mana satu nak dimulakan dulu?

1. Bercakap. 
Usia KRITIKAL : 0-2 tahun.
Inilah elemen paling penting dlm kehidupan seorang manusia. Bercakap penting utk kita berkomunikasi tentang pemikiran dan perasaan kita supaya org sekeliling tahu apa yg hendak kita sampaikan supaya tiada salah faham.
Mulakan sejak anak anda baru saja menjengah keluar melihat dunia,iaitu dlm masa 24 jam selepas dilahirkan. Greet anak,bagi salam... say 'hi',cium.... peluk,cakap apa saja nak cakap. Sembang saja. Memang nampak mcm tak betul sikit bila duduk dekat ward,kita sorang2 dok sembang sambil bagi eye contact kat baby. Tapi itulah benda pertama kena buat sejak anak kita lahir. Dan konsistenlah bercakap dengan mereka sehingga mereka meningkat usia,nak2 dlm dua tahun pertama.
Seringkali saya tanya pada parents,'anak sudah boleh bercakap atau belum?' Kebanyakannya jawab 'dah,ada cakap... ABC,123 tu semua dia kenal. Huruf jawi pun.' Saya cakap,itu bukan bercakap. Mana sama bercakap dengan mengenal huruf tu semua!
Bercakap adalah berkomunikasi. Kena ada eye contact,kena ada anak menjawab balik pertanyaan,sahut panggilan nama dari mak ayah,memanggil,bukan menyebut saja.
Pernah semasa anak saya admit di hospital,ada seorang ibu 'bercakap' dengan anaknya yg setahun 6 bulan dalam keadaan mengeja. Kuat pulak tu! 'B.U.K.U... BUKU!' Agaknya dia target anak dia utk pandai mengeja sambil dapat bercakap. Selebihnya masa,saya lihat anaknya diberi gadget sahaja dan 'belajar' melalui gadget. Mengamuk toksah cakaplah. Asal ada yg tak kena je,mengamuk saja anaknya. Bising satu ward dengar!
Rimas saya tengok! 
MENGEJA bukan bercakap!
MEMBACA bukan bercakap!
MENGIRA bukan bercakap!
Bercakap kena ada eye contact.
Bercakap kena ada persefahaman di antara dua pihak. 
Bercakap kena ada ekspresi dan intonasinya.
Bercakap adalah komunikasi,ada org yg mendengar,ada org yg membalas balik. 
Bercakap kena ada peniruan,baik meniru dari segi gaya atau bunyi bunyian.
Pemberian gadget dan belajar di usia ini? 
Kalau boleh,elakkan!

2. Menconteng & Melukis
Usia KRITIKAL: 1-3 tahun. 
Penting utk anak anda belajar memegang pensel atau crayon atau berus lukisan yg besar pada ketika ini utk sesi menconteng.
Kalau risau anak conteng dinding,belikan kertas mahjong besar2,tampal kat dinding rumah. Kalau ada bajet lebih,catkan dinding dengan cat mudah padam. Kalau susah sangat nak buat,redha je la dinding rumah kena conteng.
Menconteng membantu anak mengekspresikan mindanya. 
Menconteng membantu anak menguatkan otot tangan. 
Menconteng ada elemen visual perceptual (ni bab lain). 
Menconteng mewujudkan midline crossing abilities.
Menconteng membantu pembentukan jari memegang pensel (pencil grip).
Tak kesah nak conteng kat mana. Atas kertas,atas lantai,dekat dinding,buku... kita dah dewasa ni,tolonglah fikirkan cara terbaik utk menggalakkan anak2 menconteng. Ikutlah masing2 nak kawal hati dan perasaan tengok rumah bersepah ke apa ke.... yg penting,fikirkan cara!
Boleh wujudkan elemen menconteng atas pasir,atas tanah,guna batu... guna ranting kayu... tak kesah apa pun,asal anak boleh conteng.
Waktu usia ni,janganlah force anak utk menulis sangat. Asyik2 nak suruh tulis ABC,nombor,huruf jawi...
Ajarlah anak MELUKIS selepas MENCONTENG. 
Lukislah bentuk2 yg ada di sekeliling kita. 
Lukislah haiwan,tumbuhan,rumah,atau apa saja. 
Layankan anak melukis. 
Gunalah water colour,crayon atau apa saja alatan melukis. 
Tak rugi spend duit beli benda2 ni semua. Tak rugi!

3. Mewarna. 
Usia KRITIKAL: 1-3 tahun. 
Ajarlah warna di usia ini. 
Aktiviti mewarna membantu anak2 membentuk garisan lurus,menegak,menyerong,membulat dan sebagainya.
Warna lukisan yg diwarnakan biarlah padan dengan usia anak. 
Janganlah disuruh mewarna lukisan yg complex. Kalau boleh,elakkan mewarna lukisan yg di dalam gadget.
Mewarna di dalam gadget tidak membawa apa2 makna kepada otot tangan. Mcm mana nak develop motor memory terhadap garisan?
Di usia ini,tak payahlah risau kalau anak2 masih lagi tak pandai warna dlm garisan. Masih lagi warna terkeluar garisan itu biasa. Tiada masalah. Yg penting,dia tahu nak warna kat mana.
Wujudkan konsep mewarna seawal mungkin. Tak payah tunggu sampai masuk sekolah baru nak mewarna. 
Tak payah bawak pergi mall,mewarna kat bahagian2 yg ada lukisan2 utk diwarnakan,lepas tu kena bayar. Baik warna kat rumah je. Lebih baik kita lukis gambar kita satu family,suruh anak usia ni warnakan. Simple. Menjimatkan yg amat.

4. Menulis dan membaca. 
Usia KRITIKAL menulis: 4 tahun
Usia PERMULAAN mengenal huruf dan nombor: 4 tahun
Usia Permulaan membaca: 5 tahun ke atas. 
Usia yg dikira LEWAT utk boleh membaca: 11 tahun.
Logically,bila anak dah belajar garisan yg banyak2 melalui menconteng dan mewarna,persiapkanlah dirinya utk menulis. Waktu nilah baru senang nak tulis huruf dan nombor walaupun mereka BELUM KENAL huruf dan nombor lagi. Tiada masalah.
Boleh ajar menulis di satu sesi,kemudian ajar mengenal huruf di sesi yg kemudiannya.... pada USIA 4 TAHUN! Ini usia yg paling awal! Belum terlewat lagi.
Tak perlu risau kerana once anak dan belajar huruf,bunyi2 huruf... mulakan ke arah membaca pada usia 5 tahun.
Jika kita follow semua proses ni secara berperingkat,insyaAllah anak tiada masalah! Tak payah risau sangat.
Kalau kita 'terbalikkan' semua proses ni,akan ada akibatnya kerana telah melanggar fitrah perkembangan seorang manusia.
Kalau terasa ada kesannya,jangan segan nak bawa jumpa therapist utk betulkan masalah yg ada.
Sekian.

Sumber: Liyana Raya

P/s: ini adalah panduan untuk ibu. Kena banyak bercakap & bersembang dengan ian haikal nampaknye ni..kena bersembang lama lama mesti dia faham yang ibu nak pegi berak je..bukan pegi manaπŸ˜‚πŸ˜‚ haha skarang ni fasa ian haikal nak melekat je dengan ibu, pantang ibu hilang dari pandangan mata..dia punya menangissss πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ tak boleh bawak bincang..hihi kena mula dari skarang. Cakap dengan haikal lama lama mesti dia faham πŸ˜†

Thursday, May 14, 2020

Tolong habiskan duit suami...


Dah 4 tahun isteri saya menghabiskan duit suaminya... 

Dulu, isteri seorang wanita yg bekerjaya, ada pendapatan tetap...gaji bersihnya hampir 3k setiap bulan...hidup mewah bila suami isteri dua2 bekerja...dari anak seorang, sehinggalah lahir yg ketiga...
Selesa, tak rasa langsung sesak tgh bulan...

Bila isteri ada pendapatan, maka apa yg ada dlm fikiran saya? Kalau duit saya tak cukup, saya bleh mintak kat dia...then hadirlah nafsu utk tukar HP, tukar sport rim, modified kereta dan sebagainya...
Tak tanya isteri dah, terus buat keputusan sendiri...
Balik rumah dgn HP baru, sport rim baru...isteri berleter la kejap, pastu dia cool...bulan yg spend duit utk beli mcm2 tu mesti bajet lari, maka mintak duit isteri...isteri bagi jgak la, tapi siap dgn pakej berleter...

Bila pengasuh tiba2 xbleh jaga anak ketiga yg masih baby tu, isteri ambik cuti utk jaga sementara nk cari pengasuh baru...kami dduk berbincang, bersembang hati ke hati...saya tak bersedia lagi utk dia berhenti sbb komitmen bulanan tu masih sama, plan atas gaji 2 org...tapi bila difikirkan ttg anak2, maka isteri kata keputusan yg terbaik adalah berhenti keje, dduk rumah, uruskan anak2 sbb anak2 dah nak start sekolah...

Apa perkara pertama yg terlintas di fikiran saya? Cukup ka gaji seorang saja ni...
Alhamdulillah, tahun ni dah tahun keempat isteri menjadi suri rumah sepenuh masa tanpa sebarang punca pendapatan...komitmen masih sama, hutang masih sama, dan ditambah plak dgn yuran sekolah utk setiap anak...sepanjang 4 tahun dia menghabiskan duit suaminya, duit suaminya TAK PERNAH HABIS...

Ajaibkan aturan Allah...semuanya suami beli, semuanya suami sediakan, semuanya suami bagi, tapi rezeki suami makin murah, makin mencurah2...Tiap2 tahun gaji asyik naik sahaja...bonus suami pun byk...

Rupa-rupanya, tak miskin si suami yg tanggung isteri sepenuhnya...tak susah si suami yg memudahkan urusan isteri dan tak berkira dgn isteri...sepanjang 4 tahun ni jugak, Allah berikan kesihatan yg cukup2 baik kpd saya... jarang sakit utk keluar mencari rezeki utk keluarga...

Setiap urusan tu rasa mudah dan setiap kali bekerja tu hati rasa tenang...walaupun gaji dihabiskan utk keluarga, tapi ianya tak menyebabkan diri rasa serabut dan DUIT TAK CUKUP...

Setiap bulan sentiasa ja cukup...Allah s.w.t tak pernah kedekut dan kejam pada hamba-Nya yg menjalankan tanggungjawab serta kewajipan yg diamanahkan kepadanya utk DITUNAIKAN...
Semoga bermanfaat...😊

Copy & paste dari fb Firdaus Shakirin

P/s: tetiba rasa macam nak berhenti keje pulak πŸ˜‚ haha tajuk asal artikel ni tolong habiskan duit suami supaya rezekinya makin murah. Saje aku kongsi artikel ni..mana la tau satu hari nanti ian haikal baca blog ibu..ini la ilmu yang ibu boleh kongsi. InsyaAllah ibu & ayah akan didik haikal jadi insan & lelaki yang soleh serta hebat dunia akhirat😊

Tuesday, March 10, 2020

IKHLAS...

Bila keikhlasan seseorang itu akan hilang...? 
Apabila dia terasa seperti dipergunakan...
apabila beban yg ditanggung itu bukan kewajipannya...
apabila tanggungjawab yg dipikulnya melebihi yg sepatutnya...

Apa akibat bila keikhlasan itu hilang? 
Dia akan nilaikan semula apa yg dahulu dibuatnya...
berbaloi atau tidak utk terus melakukannya...
dia akan kembalikan semula kewajipan dan tanggungjawab itu kepada org yg sepatutnya menggalasnya...
dia akan mempersoal, merungut dan mengungkit apa yg sedang dilakukannya...

Walaupun ikhlas itu adalah perbuatan tanpa mengharapkan balasan, tapi sekiranya ianya dah melebihi batasan yg ditetapkan, maka agak susah utk terus "ikhlas"... 

Ikhlas itu sifat hati...
org yg ikhlas selalunya hatinya lapang dan dia rela melakukan sesuatu itu tanpa sebarang rungutan atau ungkitan di kemudian hari...

TAPI, 
apabila perbuatan itu menyiksa diri dan hati sekiranya dia terus berlaku "ikhlas", maka saat itu keikhlasannya akan menjadi satu keraguan... 

Perlukah dia terus ikhlas utk keadaan sebegini...?
Ikhlas kah dia? Ikhlas kah aku?...

Wallahualam...
Renung - renungkan...

Kredit:Firdaus shakirin . .

Saturday, February 8, 2020

Happy 9th anniversary cikgu norro!!!

Tudia dah masuk tahun ke 9 jadi cikguπŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»
Alhamdulillah ada kerja
Walaupun tak banyak mana pendapatan ni bila dah tolak sana sini, bersyukur la ye dengan rezeki yang Allah kurniakan ni
Yang penting rezeki walau sikit, biar berkat kawan kawan
Semoga rezeki kita semua diberkati Allah

Semoga tahun ni lebih produktif cikgu norro!
Keje rajin rajin, keje baik baik..

A verry happy 9th anniversary to me 😊

Xde gambor nak up..hehe

Sunday, February 2, 2020

Buat apa nak kahwin?

Kita berkahwin kerana Allah. 
Tapi, betul kerana Allah? 
Belum! 
Sebab kita tak melalui namanya di uji. 

Kita hidup kerana Allah. 
Tapi, betul kerana Allah?
Belum!
Malah jauh lagi nak di katakan hidup sehari-hari kerana Allah ini.
Maka, 
Untuk menjadikan setiap hidup ini kerana Allah, 
kita perlu di uji. Kita wajib di uji. Kita layak di uji.

Seorang penyanyi yang memenangi satu juta ringgit, belum layak menerima duit itu jika tidak di uji dengan 20 episod setiap minggu yang menguji vokalnya, persembahannya, dan segala-galanya.

 "Abang, saya nak ke syurga dengan abang!
" Sweet! 
Memang manis.
"Abang akan tunggu sayang dalam syurga. Kita akan sama-sama terbang!" 
Sembang!
Gedegang!

Bila anak berak, masing-masing mengelak.
Bila duit habis, masing-masing mengamuk dan mengais.
Bila rumah bersepah, masing-masing salah menyalah.

Maka, Berusahalah berdua. Usahakan rumahtangga bersama. Suami pun. Isteri pun.
Nak ke syurga, jangan santai-santai di dunia. 

Penulis asal: Abu Hurairah

#muhasabahdiri

Friday, January 24, 2020

ian haikal turns 1

Assalamualaikum haikal...anak ibu..yang tengah baring..tido lena diulit mimpi bawah ketiak ibu ni..heheπŸ˜†

ian haikal, setahun yang lepas 23 januari waktu macam ni pukul 11 malam ni ibu dah masuk wad ibu & anak dah..sambil melayan contarction tunggu masa haikal nak keluar dari rahim ibu..masa tu tunggu ayah sampai sebab ayah balik keje terus drive pegi hospital..sampai sesat lah ayah nak ke hospital besar ipoh tu..hehe

Ayah sampai je hospital..terus naik atas jumpa ibu..masa tu mula mula ibu ok..bila nampak ayah je terus ibu nak nangis..sebab takut..hihi ntah pape je ibu ni kan..ibu ni memang kuat nangis..sebab tu la haikal pun kuat nangis..hehe

Haikal nak tau tak, masa ibu turun tanda nak bersalin dah..waktu tu 23 januari 2019..pagi tu sebelum pegi work ibu rasa dah ada tanda nak bersalin sebab dah keluar darah tapi ibu tak rasa sakit. So ibu tanya mak ngah haikal, dia cakap lambat lagi baru nak bersalin tu..lagipun ibu tak ade rasa sakit. Ibu pun bagitau ayah and ibu pergi work macam biasa sebab ada banyak kerje ibu kena settlekan sebelum ibu bercuti panjang..hehe rajin kan ibu haikal ni? Ibu work macam biase, jalan sana sini dengan harapan dapat cepatkan bukaan laluan untuk haikal keluar nanti..

Pukul 4 petang ibu masih tak rasa sakit, tapi dah mula risau kot kot la ibu je yang tak perasan jalan dah bukak besar, ibu pun pegi klinik cek..tapi misi pulak  cakap kena naik ambulans pergi hospital..gaduh la sekejap ibu dengan misi tu sebab ibu nak cek je..(perangai ibu yg kuat bergaduh ni haikal jangan ikut ok hehe) dah selesai cek semua ibu jumpa dokter, then doctor cakap pegi hospital & tunggu masa nak bersalin je ni.

Masa ni ibu dah start nervous..tapi dalam masa yang sama ibu teruja sebab nak jumpa haikal dah tak lama lagi..so ibu pun admited la satu malam dalam ward sampai la esoknya baru ibu btol btol rasa sakitnya contarction nak bersalin πŸ˜‚

24 januari
Ayah datang bawak majalah pa&ma hihi ibu pun tak pasti kenapa ayah beli majalah tu..mungkin ayah pun sama sama nak hilangkan rasa berdebar dia pun baca la majalah pa&ma tu..hehe lepas hantar sarapan ayah pun keluar sebab bukan waktu melawat. Kesian ayah tido dalam kereta..banyak nyamuk katenye..hehe waktu tengah hari ayah datang melawat masa ni contarction ibu dah makin kerap. Ibu tau..masa untuk haikal keluar dah makin dekat..sakitnya..tak dapat ibu nak gambarkan. Ibu genggam tangan ayah..sampai ibu terlena..& masa melawat tamat ayah pun terpaksa la keluar..

Tinggallah ibu & haikal menahan rasa sakit. Pukul 3 petang ibu dah tak tahan, ibu panggil nurse cek bukaan..dah boleh bersalin. Nurse pun tolak ibu masuk labour room..ibu sempat bgtau ayah..alhamdulillah..ayah sempat sama sama teman ibu masa ibu lahirkan haikal..

24 januri 2019, 4.02 petang haikal selamat dilahirkan..alhamdulillah..haikal kurniaan terindah buat ibu & ayah..terima kasih haikal jadikan kami sebagai ibu & ayah 😊

Selamat hari lahir haikal sayang. Di usia setahun ni haikal dah ada 6 batang gigi, dah pandai merangak, dah nak berjalan, dah pandai sebut ibu, ayah, opah, gigi, lori..ibu bangga n happy sangat. Terus membesar dengan baik & jadi anak yang soleh ye sayang. Ibu & ayah sayang haikal 😍