Friday, June 26, 2020

Kisah Rumah Tangga

Terima kasihlah follower IG yang DM aku screenshot ni 👆.
Pagi-pagi Subuh mood aku dah blow baca 'aduan' di atas.
Tapi to be fair, sebab aku pun tak tahu cerita sebenar dua-dua pihak, tak adil pulak rasanya nak judge based on status beberapa kerat ni [walaupun mendidih juga baca].

Adakah semua suami layak ditaati isteri?
Takpe, kita bincang slow-slow dulu...

Dia senang cerita ginilah.
Perkahwinan umpama pintu masuk syurga untuk perempuan, at the same time menjadi ladang amal untuk lelaki mendapat syurga.
Allah penuh dengan sifat keadilan.
Dia takkan bagi one-way. Both ways kena bergerak smaa-smaa.
Syurga hanya boleh didapatkan kalau kedua-dua suami dan isteri buat semua yang menjadi kewajiban dan tanggungjawab.
Takde de maknanya isteri kena buat SEMUA benda yang suami suruh.
Allah bagi akal, guna.
Bukan makna kau kawen je maka akal campak tepi. Tak.
Common sense tu bawak sampai mati.

Rasulullah saw kata, "Setiap dari kamu adalah pemimpin dan masing-masing akan diminta untuk bertanggungjawab ke atas apa yang dipimpinnya. Seorang Imam adalah pemimpin dan ia akan diminta bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang lelaki adalah pemimpin dalam keluarganya dan akan diminta untuk bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya, dan dia akan diminta untuk berrtanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang khadam [pembantu] adalah pemimpin pada harta tuannya [majikannya], dan dia bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya." [Bukhari dan Muslim].

Nak sangat jadi ketua?
Ingat Allah bagi jawatan ketua tu untuk bermegah-megah semata-mata?
Alangkan khadam pun kena bersoal-jawab atas apa yang dia buat, lagikan kita yang ketua ni.
Macam-macam nak kena bersoal-jawab nanti.
Nak bersoal-jawab tentang orang bawahan, samada kita adil atau tak, samada kebajikan orang bawahan terjaga atau tak, itu belum lagi nak bersoal-jawab dengan rasa ujub dan sombong kita dengan jawatan yang kita pegang.
Hat tu satu hak lagi nak kena bersoal-jawab.
Jadi, jangan buat sesuka hati bila dapat pegang ranking tinggi. Lama hisabnya esok.

Bagi seorang isteri, salah satu yang dituntut adalah mentaati suami.
Tetapi, suami juga ada peranannya supaya isteri boleh taat kepada dirinya.
Kerana ketaatan terhadap suami bukan bersifat mutlak, tetapi BERSYARAT.
Ketaatan mutlak Hanya pada Allah dan Rasul, sedangkan terhadap manusia selalu ada syarat, termasuklah taat terhadap suami. 

"Wajib bagi seseorang untuk dengar dan taat dalam apa yang dia suka dan benci, kecuali dia diperintahkan berbuat maksiat. Maka bila dia diperintahkan berbuat maksiat, dia tidak boleh taat." [Al-Bukhari, 2955 & Muslim 1839].

Maksudnya, Tuhan bagi akal tu silakan gunakan.
Jangan main taat dan patuh tak tentu hala. Itu namanya bodoh.
Dalam erti kata lain, sekiranya ada percanggahan dengan apa yang kita percaya/mahu, duduklah berbincang. 
Kalau dengan majikan pun kita boleh duduk berbincang, takkanlah dengan pasangan hidup tak boleh.
Patut dengan pasangan hidup lagi senang nak berbincang.
Kadang-kadang tu, isteri yang taat tak bertempat.
Nak jadi mithali sangat kekdahnya sampai dah jadi hamba dalam rumah sendiri.
Ujung-ujung stress and depress bila suami keras hati katanya.
Dah kau yang memanjakan suami sampai dia naik lemak, lepas tu kau nak acah-acah stress.

Memang isteri yang baik adalah isteri yang menyejukkan hati suami.
Yang patuh, yang membahagiakan, yang bila memandangnya hati suami jadi tenang.
Tetapi, Rasulullah saw juga bersabda"Sebaik-baik suami adalah yang sikapnya paling baik terhadap isteri" [Tirmidzi)].

Maksudnya apa, guys?

Seorang suami yang mengharapkan memiliki isteri yang taat, selain suami perlu memenuhi kewajibannya sebagai seorang suami seperti bagi nafkah, suami juga perlu ada ketauladan yang baik untuk keluarganya [isteri dan anak-anak].
Standardlah kan, kita nak orang baik pada kita, kita kenalah jadi baik dulu pada orang.
Mana nak dapat baik kalau kita sendiri tak reti buat baik.
Sikap, perbuatan dan kata-kata tu biar isteri merasa diterima, dihormati dan dicintai.
Walaupun kita suami yang ada hak ke atas isteri, kot ye pun nak mintak isteri buatkan air secawan, perlu ke bagi arahan macamkan isteri ada hutang dengan kau? Cakap baik-baik tak boleh?

Allah tak bagi jawatan sebagai ketua keluarga tu untuk dibuat sesuka hati pada orang yang dipimpin.
Suami kena pandai create interaksi dan komunikasi yang menyenangkan, barulah isteri rasa seronok dan tenang bersama suami.  
Bila isteri seronok, kau tak payah mintak tolong pun dia buat.

Kita ni kalau jadi ipar yang nak mintak tolong adik ipar jagakan anak kita, takkan pakai modal air liur je.
No, ini bukan berkira, tapi soal budi bahasa.
Nak mintak tolong orang tak reti ke hulur coklat Cadbury barang 2-3 bar atau hulur se--packet biskut Love Letter untuk anak-anak sedara?
Mintak tolong orang pandai, tapi common sense takde.
Pastu bila adik ipar buat muka, cakap adik ipar tu berkira.
Yang kita berkira nak free service jaga anak, takpe pulak?

Cubalah sambil-sambil hantar anak tu, hulur sekali apa-apa yang patut.
Tukang jaga pun tak berkira nak menjaga anak kita.
Toksah questionlah ikhlas tak ikhlas.
Bukannya dia yang offer diri nak jaga anak kita, kita yang mintak dia jagakan, so nak expect orang tu ikhlas?
Bawak keluar kita punya adab mintak tolong tu dulu baru bincang pasal ikhlas.

Aku pernah tulis dulu, kebanyakkan punca suami isteri bertengkar adalah kerana "orang ketiga", bukan kerana masalah suami dan isteri tu sendiri.
Disebabkab mak bapak, bergaduh.
Disebabkan adik-beradik, bergaduh.
Disebabkan babi sondol, yang ni lagi la boleh kiamat dunia kalau bergaduh.

Suami, please berusaha faham condition and perasaan isteri.
Aku tahulah itu adik-beradik kau, mak bapak kau, tapi jangan kerana kau kena taat pada mak and adik-beradik, maka kau hambakan isteri sendiri.
Oh pandai cakap "mak tu syurga aku". 
Dah tu, apesal bukan kau je picit badan mak kau tu? Kau punya syurga kan, kau jagalah. Pandai sangat bercakap!

Tahun ni, aku jadi isteri untuk tahun yang ke 19.
Sebagai isteri, aku rasa perasaan isteri ni sangat mudah dijaga.
Jiwa perempuan ni sangat lembut, tak keras mana pun.
Kalau suami pandai berinteraksi dengan baik, isteri mudah lembut hati.
Kalau suami memahami, that is already "something" untuk isteri.
Isteri ni kalau nampak suami tolong cuci pinggan mangkuk, dia ada rasa bersalah sikit dalam hati.
Hati dia tak semena-mena jadi lembut, jadi semakin sayang suami.
Tau-tau je karang dia buatkan kopi. Dia buatkan breakfast sedap-sedap esok pagi.

Isteri yang menghentak-hentak bila suami mintak tolong picit mak mertua ni, salahnya pada suami.
Mana ada orang nak bengkek tak tentu pasal? Mesti ada sebab.
Maybe cara suami mintak tolong macam memberi arahan.
Atau isteri sedang kepenatan buat kerja sorang-sorang [sebab mak mertua sakit of cos dia tak tolong, kan?], tak dan nak berehat kau suruh picit mak kau pulak.

Suami yang bijak memahami situasi dan perasaan isteri akan buatkan isteri merasa diterima dan dihormati.
Situasi ini yang akan buat isteri mudah jadi taat pada suami sebab dia yakin suaminya sangat memahami.
Bila isteri seronok dengan suami, apa yang suami nak tak perlu diluahkan dalam bentuk perintah.
Isteri dengan senang hati buat apa yang suami mahukan.
Senang cakap, apa-apa pun akan berbalik pada adab.
Kalau bahasa kita menyenangkan, tutur kata lembut, percayalah, ayat perintah pun tak nampak macam perintah.

Credit to kak diana ishak. Betul la tu..nak orang layan kita baik..kita sendiri dulu yang kena layan orang dengan baik..pernah tak kita fikir kita dapat layanan buruk salah satu sebab dia tu la..cara kita sendiri treat orang tak kena..jangan asyik nampak salah orang lain..😁pesanan untuk diri sendiri sebenarnya..terima kasih kak D sebab sedarkan saya😍

Monday, June 15, 2020

Panduan hidup suami isteri

Setiap hari bangun pagi,
Aku buka lampu, dia tutup aircond.
Aku masuk tandas, dia ironkan baju.
Aku solat subuh, dia sediakan sarapan.
Aku sarapan, dia masuk tandas dan solat subuh.

Masuk kereta,
Aku drive, dia bukakan makanan dan air,
Aku buka bluetooth, dia bukakan lagu,
Aku tengok kanan nak lintas, dia tengokkan kiri,
Aku menguap ngantuk, dia urutkan bahu.

Ada extra gaji,
Aku belikan hadiah utk dia,
Dia dapat job, ajak makan Seoul Garden.
Pergi ambil exam takaful, dia teman.
Pergi jalan TAR cari barang, aku teman.
Aku short duit, dia topup kan.
Aku buat investment, dia execute kan.

Dekat rumah,
Dia masak, aku potongkan bawang.
Aku masakkan maggi, dia buatkan ayam masak lemak.
Aku sapu lantai, dia mop kan lantai,
Aku belikan makanan kucing, dia mandikan kucing.
Aku ambilkan keropok, dia buatkan kopi.
Aku basuhkan baju, dia lipatkan baju.

Bila sakit, 
Aku accident motor, dia bersihkan luka.
Dia operate apendiks, aku pimpin tangan ke tandas.
Aku demam, dia sediakan ubat.
Dia demam, aku sediakan kain basah dahi.
Aku sakit kepala, dia bawakan panadol.
Dia sakit gastrik, aku bawakan minyak panas. 

Yang sebenarnya, dia boleh je buat semua benda sendiri, but of course bila dah kahwin ada give and take. Teammates macam Keluang Man dengan Tiong Man, Batman dengan Robin, Tom dengan Jerry. To have someone who got your back.

Bukannya dia tak boleh buat semua tu, tahun 2020 ni, Perdana Menteri perempuan pun byk dah ada cuma setelah selesai akad nikah, walaupun suami masih ada tanggungjawab lain-lain, tapi untuk seorang isteri, tanggungjawab kpd suami adalah segala-galanya untuk dia, hidup dia.

Lets just appreciate them and give them more & more setiap hari. Beri masa, perhatian, kasih sayang walaupun dah bertitle pengantin tua/veteran/lama. Because they deserved it, and we owe them that.g
Sebab kalau bukan kita, siapa lagi?

Credit to: farhad hassan

P/s: betul la tu..hidup berumahtangga kena la ada give and take..saling melengkapi..jangan la pentingkan diri sendiri je..pasangan mengadu sakit..carikanlah ubat..bukannha buat xtau je..kalau tak boleh tolong kurangkan sakit...jangan tambahkan sakit yang ada..ye dak? Sakit hati semua nak luah..banyak sudu sampai tak cukup kuah..hati hitam boleh tutup dengan jubah..kecam orang lain sendiri tak nak ubah..eh!eh!eh!la la la la 😆

Tuesday, June 2, 2020

Upah susu


Suami tak layak untuk kata isteri yg menyusu badan ni kuat tidur.

Sebab menyusu badan ni sepatutnya ada upah khusus. Tp ramai isteri tutup mata, dan tetap gigih menyusukan. Walhal tugas lunas nafkah anak ni adalah tugas suami. Tetapi memandangkan bayi dibawah 2 tahun makanan mereka adalah susu badan, maka isteri kena bantu lunaskan.

Lama kelamaan dah jadi trend dan kebiasaan isteri sahaja sibuk gigih menyusukan. Dan ada yg bekerja membantu suami. Si suami cuma pandai sound isteri kuat makan,kuat tidur. Bila isteri balik kg suami, dgn mentaati suami, si suami membuli emosi isteri dgn membuka hal2 rumahtangga depan ahli keluarganya.

Lelaki spesis ni, kalau nasihat biasanya tak jalan. Sebab ego dia besar. Selagi takde masalah timbul, dia akan buat bodoh jer.
Sehinggalah isteri tu sakit terlantar baru dia menyesal dan ada akal. 

Bang...
Bila menyusu badan ni, memg penat bang. Menyusukan anak ni membakar kalori bang. Bila proses pembakaran tu berlaku, maka ada la tenaga yg digunakan. Bila ada tenaga digunakan maknanya letih, lapar tu akan dirasai isteri yg menyusukan.

Tak payah bg direct feed la bang.. Bini pam susu tu 20 minit diorg akan letih, penat, lapar. Sbb tu diorg kena makan banyak. Leaps pam susu kena sambung wat kerja rumah pulak. Yg kerja kena sambung bekerja pulak.
Letih. Mcm pergi gym.

Ko bang boleh laa.. Pergi gym, balik, mandi. Makanan siap terhidang. Pastu dah makan ko tido terkangkang. Anak melalak, ko nampak binu terlelap sambil susukan anak ko kata dia kuat tido.

Meh sini bang... 
Dalam susu badan ada 2 jenis hormon yg utama dirembeskan plg banyak.

Apa dia?
Hormon oxytocin dan prolaktin. Oxytocin ni hormon happy2, tenang2, riang2. Bila hormon ni dirembeskan, automatik badan akan relaks. Tenang, cool. Dan susu kurg disbbkan hormon ni kurg. Hormon ni kurg sebab isteri menyusukan anak dlm keadaan tekanan, ketakutan, penat, lapar atau marah.
Sebab apa isteri rasa gitu? Sbb faktor sekeliling lah. Salah satunya sbb suami asyik sound bini kuat tido.

Bila hormon ni keluar badan akan rest automatik mata akan nak lelap. Sbb otak akan suruh body rest. Barulah susu banyak dan kualiti power.
Ditambah prolaktin. Hormon ni yg menguatkan bonding ikatan emak dan anak. Hormon ni yg meningkatkan rasa keibuan supaya ibu lebih tenang bila tgk anak depan mata.

Hormon2 ni semua dirembeskan atas satu matlamat. Utk hasilkan susu yg banyak dan berkualiti.
Dan pembunuh hormon ni ada satu jer.

TEKANAN.
So punca ramai ibu tak berjaya susukan smpai 2 tahun hanya disebabkan 1 benda jer. Tekanan. Kurgnya sokongan.
Dah la susukan anak x dpt upah. Lagi ko sound dia kuat tido. Ehh.. Apa punya binawe la perangai... 

Dah dpt jimat duit kot. Just hormat bini sket pun susah ker?
Bila dia tertido masa susukan anak. Jgn kacau. Jgn kejut. Biarkan sekejap. Bg dia rehat sbb dia penat menyusukan.

Jgn risau, direct feed anak takkan tersedak susu. Sebab Allah dh cipta satu lg hormon CCK. Hormon ni ada pd manusia. Dia akan dirembeskan pd otak manusia supaya manusia tu merasa kenyang. Bila kenyang automatik baby akan lelap dan lepaskan puting ibunya. Hormon cck ni mcm suis off utk had makan manusia.

Yg selalu tersedak tu sbb menyusu guna botol susu. Haa... Ni special beb directfeed.

So tlg ea.. Kita org lelaki sepatutnya tanggungjawab kita lunas nafkah anak. Susu badan tu nafkah laa.. Sbb tu kalau isteri xnk susukan pun, wajib suami cari ibu susuan. Xleh paksa2 depa. Dah la upah khas xde.

Ni bini bantu bg susu free pun dh bagus. Tetiba sound dia kuat tido. Tu suruh blajo. Bila blajo ko akan faham. Xdelah jadi isu melabel mcm ni.

Siap mengata isteri mengada. Ko yg mengada. Kalo terer sgt pergi cari ibu susuan. Kalo xde ko jawab la depan Allah esok2. Tu nafkah tu. Susu anak bukan tanggunjawab emak. Tu tanggungjawab bapak.

Sbb tu sesetengah kebudayaan diorg memg akan carikan ibu susuan utk anak mereka. Supaya isteri x teruk sgt buat sorg2. Tp zaman ni wanita kena kerja, kena bg susu badanz suami lak x support. 

Sebab tu slps nama anak ialah nama bapak. Sbb anak tu tanggungjawab bapak. Bukannya emak. Bapak mati, keluarga bapak kena handle anak tu. Pun tetap bukan tanggungjawab emak. Paham?

Babai 
Sumber Abu Hannah

P/s : ini bukan sembang kari..ada dalam al Quran surah At Talaq ayat 6. Alhamdulillah..rezeki ian haikal dah 1 tahun 4 bulan susu badan. InsyaAllah Ibu can do this sampai haikal 2 tahun..tak de sokongan tak de hal..ini kisah perjalanan hidup seorang ibu. Allah ada..semoga Allah permudahkan 🤗