Assalamualaikum semua, lamanya tak menulis kat sini. Maafkan aku atas kesibukan menguruskan hal dunia yang tak pernah habis..hehe
Sedikit update, alhamdulillah aku skarang dah mengandung 8 bulan..hehe insyaAllah tak lama lagi dah nak jadi ibu kepada putera sulung aku ni.. :)
Memang teruja nak jadi ibu, tapi dalam masa yang sama ada jugak rasa gentar sebab aku sentiasa tertanya tanya, boleh ke aku jadi ibu yang terbaik untuk anak ni nanti. Boleh ke sentiasa bagi contoh yang baik baik untuk permata hati aku ni nanti..boleh ke anak ni hidup gembira dengan aku nanti..semuanya terpulang pada aku dan macam mana aku corakkan anak aku nanti. Korang tolong doakan aku ye..
Pengalaman mengandung setakat 8 bulan ni, memang betol2 mencabar. Banyak suka duka yang aku lalui. Tak perlulah cerita yang dukanya, bukan semua orang bernasib baik boleh dapat jalan cerita hidup yang dia suka kan?..tapi tak ape, ini semua percaturan dan perancangan Allah. Macam mana ujian yang datang pun aku tetap bersyukur sebab Alhamdulillah dalam duka yang aku lalui ni keluarga sentiasa bagi sokongan.
Dalam suka ada tangisan..biasela ibu mengandung..barulah skarang aku faham apa yang selalu orang cakap, ibu mengandung memang lain emosinya. Mungkin kata kata tu kecil bagi sesetengah orang, tapi tak bagi ibu mengadung. Salah cakap, hati cepat terusik. Harap harap anak ni nanti cekal dan tabah. Sebab aku dah latih dari dalam perut lagi supaya jadi orang yang kuat dan tabah..hehe
Saje la nak aku coretkan kat sini, pesanan dan peringatan untuk anak aku suatu hari nanti. Jangan sakiti hati wanita, jadi lelaki mesti jadi contoh yang baik. Ketua yang baik dan berbuatlah baik pada semua orang. Harap anak ibu nanti sentiasa ingat pesan ibu, pesan Allah dan pesan nabi wanita bukan untuk disakiti tapi untuk dilindungi dan disayangai :)
Anak ibu kan anak lelaki, mesti jadi contoh yang baik dan banggakan ibu selalu. Anak ibu kebanggaan ibu :)
Ibu counting days nak jumpa anak ibu ni. InsyaAllah tak lama dah sayang nanti kite boleh jumpa. Nanti ibu bawak jalan2, makan2, teman ibu pegi jogging setiap hujung minggu..hehe bestnya. Semoga Allah permudahkan urusan kite nanti ye sayang ibu :)
Jika satu hari nanti anak ibu baca tulisan ibu ni, ketahuilah sayang, ibu sayang anak ibu, penghuni pertama rahim ibu dan yang sentiasa ada menjadi pendegar setia bila ibu mengadu dan bercerita. Terima kasih sayang. Ibu tak akan lupa semua ni. Sama sama kite lalui kehidupan kite ni nanti ye sayang. Together we are strong baby :)