abah
gambar ni membawa maksud seribu satu makna
gambar ni masa aku akad nikah hari tu
sebak pulak rasa...
bertahun tahun abah jaga kami adik beradik dengan sebaik mungkin
mesti dengan harapan yang ambil alih tugas dia dapat pikul tanggungjawab menjaga puteri puteri dia dengan baik...malah lebih baik daripada dia...
mungkin itu lah harapan abah..
supaya puteri puterinya tak disakiti dan sentiasa di lindungi...
abah, nampak tegas tapi lembut dan cepat terusik hatinya
semoga Allah sentiasa lindungi dan panjangkan umur abah
dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur..
aku kongsikan satu artikel dipetik daripada facebook Da'i Wan
semoga bermanfaat
.
.
.
.
Tahu pasal gambar ni?
Saya teringat, dulu
Ustazah Isfadiah pernah bagitahu sesuatu yang mahal tentang ni.
Tolak tepi air mata tu.
Kerana air mata tu, yg
merasa hanya si ayah itu sebenarnya.
Gambar ini, tersimpul 1
pengajaran buat 'Lelaki' sebenarnya, yg mana yg akan bersalam dgn si ayah
perempuan itu. Gambar ini, sepatutnya fokus yg betul adalah pada si suami.
Jangan ingat mudah
melalui bahtera rumah tangga.
Macam mana dengan
kewibawaanmu, wahai lelaki.
Kematanganmu dalam
memberi keputusan.
Kebijaksanaanmu dalam
mendidik isteri.
Kesabaran dan
kerajinanmu mencari rezeki dalam menyara hidup dengan si dia.
Hidup x selalu indah.
Cuaca x selalu cerah.
X ramai pasangan tahan
hidup susah, sebab itu bila payah, bercerai x sudah, lihat sahaja dimahkamah,
baru dikau tahu erti sebenar lelah.
Gambar ini patutnya
menanamkan rasa gerun pada laki2.
Menjadi suami tu x
sewenangnya, air mata ayah itu air mata pengalaman membesarkan anak daranya,
air mata itu air mata melihat dia berjaya, air mata itu air mata memeluk erat
anaknya bila gagal sementara, air mata itu air mata penat x kesudahan menyara,
darilah kecil hingga dewasa.
Apakah kamu, wahai
lelaki.
Apakah kamu sedia
menggalas semua harapan dan bebanan ayahandanya?
Kahwin itu blh jdi
indah, jika bahtera itu dikemudi, dengan seorang yg betul2 layaknya bergelar
Nakhoda, merentasi lautan gelora pun dia bawa kita x terasa, itulah tempat yg
sebenar-benarnya, tempat pergantungan si bunga, mengganti teduhan ayahandanya
setelah sekian lama.
Ikhlas, Da'i Wan.
jangan tanya aku, sebab aku pun masih terkial kial...nak dayung bahtera rumahtangga ni
semoga Allah bagi petunjuk dan permudahkan urusan dan kurniakan persefahaman buat aku dan suami..ameen.