Happy new year everibodeyhhhh (tak berapa nak new sangatlah) hehe
Macam biasalah..7 feb setiap tahun, cik norro mestilah akan ingat
Sebab ni tarikh mula mula cik norro bertugas sebagai pendidik secara rasmi
Kejap je dah 7 tahun jadi pendidik
Baru setahun jangung, ada banyak lagi ilmu yang nak kena cari, pengalaman yang nak kena rasa and lalui.
Dalam masa 7 tahun ni memang ada banyak kenangan manis and pahit
Biaselah asam garam nak jadi seorang pendidik
So far, alhamdulillah banyak yang manis dari yang pahit.
Yang mana yang pahit tu pasti cik norro akan simpan rapat rapat dalam memori supaya boleh dijadikan telafan untuk masa akan datang. Kalau pun bukan untuk cik norro mungkin untuk panduan rakan rakan di masa akan datang.
Masa depan siapa yang tau kan? Ni semua rahsia Allah
Alhamdulillah dalam tempoh 7 tahun jadi pendidik ni banyak sangat dah rasanya yang cik norro lalui
Dapat join banyak program kebangsaan
Dapat join banyak program negeri
Dapat join program daerah
Banyaklah! Semuanya manis manis belaka
Tak lupa jugak anak murid
Anak murid semuanyaa baik baik
Semuanya menyenangkan hati
Walaupun pada mulanya awal tahun 2017 cik norro diuji sikit
Tapi alhamdulillah
Semunya dah jadi makin baik.
Allah permudahkan
Sama juga rakan sekerja, ketua sekolah (pentadbir)
Semuanya baik2 belaka
Banyak bagi tunjuk ajar
Cik norro tak pernah lupa, walaupun diuji sikit awal tahun 2017, tapi tak ape
Allah knows better
Apa yang cik norro dapat belajar, jadi pentadbir atau ketua bukan sesuatu yang mudah
Jangan salah guna kuasa
Tapi xpelah, sebab seorang dua xkan nak banned semua pentadbir kan?
Banyak yang baik dan hebat banding yang lemah dan ego
Abaikan aje la yang mana tak berkenan di hati tu
Utamakan client kita sebagai pendidik which is our students
Sepanjang 7 tahun menjadi pendidik ni cik norro dah
Berjaya uruskan data sekolah dengan baik
Dah dapat anugerah perkhidmatan cemerlang(APC) seawal 26 bulan perkhidmatan
Dah berjaya siapkan sarjana pendidikan matematik
Dah ada banyak kemahiran ict
Dah ada kemahiran and ilmu untuk menguruskan dan mentadbir sekolah
Dah boleh drive sendiri pegi sekolah..hehe
Dah ada ramaiiiiiii sahabat sahabat yang baik baik belaka
Dah ada la sikit ilmu dan kemahiran mengajar matematik tambahan
Dah dilantik jadi pemeriksa kertas SPM Matematik Tambahan
Alhamdulillah looking forward for more success
Alhamdulillah, semoga Allah terus permudahkan urusan cik norro untuk mendidik dan menjadi kesayangan kepada anak anak pelajar and warga sekolah. Cik norro nak cari banyak lagi ilmu and kemahiran dan nak jadi sesorang yang berguna untuk dunia pendidikan ni suatu hari nanti, insyaAllah.
Korang tolong doakan ye?
Last but not least terima kasih keluarga tulang belakang yang paling hebat di setiap kejayaan yang cik norro dapat, xlupa jugak sahabat yang selalu kongsi ilmu dan maklumat, jugak anak anak murid sentiasa menghiburkan hati.
Tapi sekarang lebih istimewa, untuk awak yang bakal jadi antara orang yang paling penting dalam hidup saya nanti, semoga awak pun akan sama sama sokong kerjaya saya dan jadi tulang belakang kejayaan saya satu hari nanti..:)
Awaklah! Siape lagi..hehe
Happy 7th anniversary cik norro!
May Allah ease everything
And may 2018 be good to me!
Ameen :))