Wednesday, January 27, 2016

penghujung januari


Dah nak habis bulan januari 2016.. sekejap je kan??hari ni dah 27 jan nak masuk 28 jan dah pun..ya ya..ak tau la korang pun tau nak tgk tarikh kat kalendar tp ak nak bgtau la betapa cepatnya masa berlalu..huhu
Selama dkt sebulan ni sekolah ya ampun....penat bangat deh..bayang setiap hari pukul 6.30pg dah kena keluar rumah..then menjak dapat pengetua baru ni mesti balik lewat...penatlah..sampai rasa dah habis tenaga...huhu
Macam mana nak jd produktif mcm ni...setiap hari sampai rumah mesti dah pukul 5 lbey..x meeting mesti pejumpaan koko etc...tapi apa bleh buat..ini jalan yg aku pilih..ak cuma harap ak dapat ajar dan sampaikan ilmu yg ak ada ni dgn sebaik mungkin kepada semua anak2 didik ak..cuma bila boleh dikatakan setiap hari balik lewat..fuhh penat woo...ni tara single..kalau ada anak kecik nanti..mak aii...xbleh byg...harap2 ak dikurniakan suami yg sgt membantu dan menyenangkan hati..erkkk krik..krikk.. Pelepekk!!!!lempang muka sendiri laju2..hehe...
Azam cik norro taun ni nak kurangkan merungut and nak buat keje dgn ikhlas. Nak buat besungguh2..no complaint. Just do the best. Fokus utama nak tolong anak2 5cm dpt result addmaths yg power. Semangat okeh..
Come on cik norro. You can do this. Kipidap!! Dongibab!!! Dah tinggal suku perjalanan jgn menyerah kalah. Xdapat banyak buat sikit. Bak kata dr. Faizal, sikit2 lama2 jadi bukit. Tengok2 nanti ada bukit depan rumah..heheh...
Ok la..nak tdo dah..ak doakan semoga Allah permudahkan urusan kedua mak abah, urusan 
korang semua sahabat2ku dan jugak urusan aku.amin! :)



Oh...btw happy birthday to you...yes you..walaupun birthdaynya smalam..tp smalam xdan nak tulis kat sini..dah pengsan..hee...

Eh...kadang2 kite keliru dgn apa yg kita rasa kan?tp xpe perasaan ni Allah yg bg..jd siapalah aku nak menolaknya..if its meant to be..it will be..dont worry :)
Gunite <3

Sumber.googleimage.

Sunday, January 3, 2016

SELAMAT TAHUN BARU 2016

Baca tajuk pun dah tau betapa klisenye bunyi dia. Selamat tahun baru. Ya..selamat lah hendaknya..sedar tak sedah dah masuk tahun 2016. Dah 3 januari pun. Rasa macam baru semalam dapat pengumuman cuti sekolah dilanjutkan lagi seminggu sebab bencana banjir..eh ruparupanya dah nak habis cuti sekolah aku..pejam celik pejam celik dah setahun berlalu. Alhamdulillah tahun ni banjir tak seteruk taun lepas..syukur.


Memberi jangan sampai mengungkit...
Kalau tak ikhlas jangan mula...


Ye itula ayat yang bermain dalam fikiran aku semenjak dua tiga hari ni..aku rasa sangat serabut tapi xtau nak mula selesaikan dari mana.

Dalam kita memberi ni, kadang kadang kita akan rasa..eh apesal asyik aku je eh?apasal ko xbleh nak memberi ke?xkan ko nak terima ja..penat la macam ni..

Tapi kita lupa...yang maha pemberi tak pernah sikit pun berkira. Tuhan memberi tanpa ada meminta balasan. Subhanallah maha pemurah nya dia..cuba bayangkan kalau tuhan berkira dengan kita? Apa akan jadi? sepatutnya kita sebagai hamba bersyukur dgn apa yg kita ada dan hargai apa yang kita ada..aku redho dengan apa yg Allah dah tetapkan untuk aku dan aku akan usaha untuk hargai apa yang aku ada skarang ni. Kadang2 rezeki yang kita dapat ni bukan milik kita semuanya..kita ni hanyalah sbg perantara untuk rezeki tu disampaikan dan dikongsi dengan org lain. Semoga aku akan faham dgn konsep rezeki tu.

Dan rezeki ni bukannya duit yang banyak je, tapi dalam pelbagai bentuk Allah turunkan rezeki ni, sihat tubuh badan, Ada keluarga yang menyayangi kita, ada mak ayah yg sentiasa layan kita dengan baik, kawan kawan yang baik itupun rezeki namanya.

Aku dah cukup bahagia dengan apa yang aku ada dan apa yang aku miliki hari ini. Alhamdulillah.

Kalau tak ikhlas jangan mula....

Ye. Ikhlas ni memg susah kita nak fahami dan gambarkan. Kadang kadang kita rasa ikhlas tapi kenapa dalam hati berkata kata. Jadi ak pegang benda ni kalau tak ikhlas jangan mula. Bila dah mula jangan mengungkit. Faham betul betul ayat tu okeh.

Sama jugak dengan konsep bila kita berkawan ni. Kalau tak ikhlas jangan mula. Kadang kadang ak tak faham dengan sesetengah orang ni, nak berkawan tapi tak boleh nak terima kelemahan dan kekurangan  kawan. Apa tu? Dan untuk aku yang jenis payah nak berkawan ni aku sangatlah tak berminat dengan orang yang kawan separuh separuh ni..apa maksud kawan separuh separuh? Maksudnya kalau dah tak de kepentingan atau tak de faedah dah..atau may b apa yang dia cari xde dekat ko..ko boleh blah..erghhh...xfaham.

Kalau bercerita pasal kawan..memang aku memilih kawan...sebab apa? Sebab aku berbalik kepada kalau tak ikhlas jangan mula...bila aku dah mula aku terima siapa kawan aku dan aku pun harap dia boleh terima aku seadanya.



♡♥Selamat tahun baru 2016♥♡