Friday, December 9, 2016

Laporan Jamuan Akhir Tahun Geng Hello Kitty #shabushabu

Pada tanggal 29 November yang lalu, telah berlangsung sebuah jamuan ringkas bertemakan santai #makansampailebam oleh geng hello kitty. Jamuan yang julung2 kalinya diadakan sempena meraikan salah seorang ahli geng hello kitty yang akan berpindah mengikut suaminya ke batu pahat johor ( sedihnyaaaa) iaitu puan Norafzalinda Bani.

Jamuan telah dihadiri oleh kesemua ahli geng hello kitty termasuk ahchot yang mai dari jauh. Terharu. Dan juga tidak ketinggalan aan and the baby harraz. Mak lengkaplah jamuan kali ni dengan kehadiran yang paling ramai stakat ni. Cuma kak awin je yg xmai sbb kak awin macam silent reader ja dalam grup. Xpasti sbb apa dia x mai. Kehadiran ahli seramai 9 orang telah memeriahkan lagi suasana kat restoran shabu2 tu. Nasib pilih duduk belakang and kat luar. Kalo x mau runtuh shabu2 tu dengar kitorang gelak. Heheh.

Turut diadakan majlis bertukar2 hadiah sebagai kenangan. Masing2 telah membeli hadiah dan ada diantaranya yang dah tau pun hadiah apa yg kawan tu beli sbb p beli sama sama..hahah last2 dapat hadiah tu..padan muka hampa kak paah n achot :p

Mula makan jam 6.30 ptg, habis jamuan pukul 11 malam, tiada sesi karoke and mabuk2 hehe..balik rumah kak ila perut dah sengkak. Tq kak ila sediakan penginapan yang sangat2 selesa. Rumah kak ila power, dapur cantik..hihi


Disini saya ingin mengucapkan selamat maju jaya untuk linda di tempat baru. Mesti lepas ni aku rindu ko linda......huuu..harap dapat jumpa lagi. See u and take care.

Berikut saya lampirkan beberapa keping gambar sebagai kenangan di masa hadapan.

Sekian terima kasih

Yang benar,
♡♥♡♥
NORROHANIZA ABDUL RAHIM
(Setiausaha kelab Hello Kitty)

Makan tak bangun2..hehe

Ucapan wakil ahli hello kitty to linda yg disayangi

Kitorang belikan linda hadiah ni..tak payah lama malam tu jugak rasmi kat umah kak ila..hehe

Norfarniza & Siti Fatimah

Harmila & Nur'ainsham

Aziehan & Norrohaniza

Rina Fariza & Farahdila

Azihan & Norafzalinda

Norrohaniza & Norafzalinda

Norfarniza & Nur'ainsham

Siti Fatimah & Farahdila

Nur Harmila & Rina Fariza

Masing2 kalut nak cek dapat hadiah apa..haha

Haha..nama geng pun hello kitty..tak sah la kalo hadiah xde hello kitty kan ;p


Kereta pun ada cop hello kitty..haha xtau kereta siapa ni..kebetulan ada kat situ

Nak balik dah sebab kedai dah nak tutup..hehe

Best hadiah yg achot dapat ni. Suwittt ♥

Sehingga jumpa lagi. Semoga persahabatan ni kekal hingga ke syurga 
Terima kasih kawan kawan :)


Friday, November 25, 2016

Kabur...



......dan segalanya kabur........


Semoga Allah tunjukkan jalan & permudahkan




Thursday, August 25, 2016

home made kuih raya

baru la hari ni ada kesempatan nak update pasal raya..selamat hari raya semua..hihi ketinggalan sungguh..
so tahun ni cik norro decided xnak beli kuih raya sebab saja la nak feeling2 nak makan home made punya kuih raya
bukanlah ada banyak masa sangat tapi bila beli kuih raya ni rasa tak puas hati nak makan sebab kadang2 rasa dia memang ke laut laaa..huhu
daripada bazirkan duit beli kuih raya yang tak pasti lagi sedap ke tidak tu 
baiklah buat sendiri hehe in other words nak kata kuih raya home made tahun ni sedap lah..kihkih
proses buat kuih raya ni selalunya hari sabtu ahad and malam2 yang tak p terawih..faham2 la eh bila masa tak p terawih tu..hehe
alhamdulillah berjaya buat 10 jenis kuih raya wei..kagum dengan pencapaian ni..haha
taniah maksu, opah and of kos mak teh.. Good JOB!!! hihi :p

ada beberapa jenis kuih raya yang telah disenaraikan and hasilnya adalah seperti di bawah



1. pengaruh FB : biskut ala2 chipsmore


2. Biskut Butter ramlah ram <3


3. pengaruh FB : Popiah Coklat bersalut nestum *laku keras nih 


4. Mini Popia Serunding 
(plan asal nak buat simpul kasih, tak jadi sebab kekasih dah bercerai tak jadi bersimpul hihi)


5. Biskut Cornflakes Madu *laku keras kuih ni

6. pengaruh FB: biskut ala2 Famos Amos 
(serius sedap)


7. Tart Nenas Mak kau Hijau hehe


8. Biskut Almond London bridge is falling Down hehe


9. pengaruh FB : Popia nestum *Laku keras

 10. Tart Epal tapi inti Nenas hihi obviously nama ja lain bancuhan tetap sama macam tart nenas tu..in fact bancuhan tu bahagi dua,...haha cuma bezanya satu bentuk bulat and cucuk bunga cengkih dan satu lg picit pakai acuan tart gulung..hehe


 so sapa yang tak mai beraya kat rumah cik norro tahun ni memang rugi la sebab xdapat rasa kuih raya yang sedap ni..sebab xtau la tahun bila pulak nak buat lagi..hihi..sehingga itu, sambutlah salam sayang salam rindu salam kemaafan dari cik Norro. 



maafkanlah saya insan yang lemah ini. 
huuuu....
hei don't you miss me??! (>_<)

Thursday, July 14, 2016

sambut birthday and iftar kat restoran shabu shabu yang best :)

Masa start cuti raya hari tu, dapat text dari kawan baik kite.. Nama dia nurul-al-zahratul laila sarip. Panjang betul name die. Nama bapak die pendek je 'sarip'..kan? Nama dia siap ada sengkang kot?? Hahah lela.. Lela.. Suke nyakat lela ni sbb dia x marah gelak je. So lela adalah antara kawan yang paling rapat dgn cik norro..kawan masa zaman kat UMS dulu..ada sorang g nama yana tapi lama dah xjumpa yana sbb semua dah keje jauh jauh. Ni je la dua kerat sohabat susah senang aku. Ok so xmau flashback pasai tu hee.. Sebenarnya nak cerita lela text aku ajak kuar berbuka puasa memandangkan masa cuti skolah start tu masih dalam bulan ramadan dan aku pun dah lama x jumpa lela so keluarla aku lela and Lan. Lan ni pun kawan kitorang masa kat UMS satu kos lagi pulak tu.

Pendekkan cerita ni je la aktiviti kitorang(gambar) masa berbuka puasa tu ari. Tq lela siap buat suprise lagi sambut birthday aku 😝 Tekejut makkkkkk.. Dah la masa tu tengah syok begossip dengan Lan heheh.. Tq lela and tq jugak Lan 😊

tunggu nak berbuka 

 masih gambar yang sama cuma bezanya ak angkat like Lan angkat peace Lela..errrr xtau..haha

 pun sama...ni kena selfie sendiri sebab waiter busy malas nak layankan kitorang yang gila gambar hehe


so ni antara menu untuk lapik perut masa berbuka..pas semayang maghrib baruuu laaaa start makan btol btol hehe sampai kena halau balik la eh? :p

terharu bukan sebab dapat kek..terharu sebab suke dorang je boh lilin tanda umo 30..come on lela kita sebaya aku masih 29 tawunnnnnn okeh!hehe gurau je la Tq lela..kek sedap sangat sampai ak tak boleh tahan untuk syer dengan semua tetamu kat keliling meja kite kan nak bagitau kek birthday aku sodappp hihi.. EJA @ NORRO *eja ni family and kawan2 panggil masa skolah ren,sek men,matriks,universiti norro ni zaman2 dah keje..kalau jumpa tengah jalan ada org pekik norro!!!
so aku tau la ni mst kawan zaman keja ni :p

selfie lagi sebab waiter malas nak layan kerenah kitorang..hehe


sama tapi versi terang..bueekkk haha

 manusia nama paling panjang stakat ni aku kenal..hehe

 TQ lela and lan

 saje la amik gambar kenangan (paksa manager restoran ni amik gambar kitorang)

 gambar kat tempat yang sama cuma bezanya aku angkat peace Lan konon2 nak bgtau tu air terjun lela masihhhh errkkk ada kemajuan peace..hihih :p

 nak balik dah...driver kasi tukarrrr..aku kat blakang rileksss jadi bos ;p


**********************
SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN
**************************************************************






Thursday, June 30, 2016

Laporan cuti nuzul Quran #happybirthdayciknorro

Pada tanggal 21 Jun 2016 yang lalu (which is on my birthday) cik norro dan rakan rakan geng hello kitty telah mengadakan suatu perjumpaan majlis berbuka puasa setelah beberapa kali plan tapi korum x cukup..hehe

So kali ni punya perjumpaan iftar berpusat di rumah kak farah. Antara ahli yang berjaya menghadirkan diri ialah harmila, 'ainsham, farniza, farahdila, rina fariza, norafzalinda dan cik norro. Seramai 7 orang ahli grup daripada 10 orang telah menghadirkan diri dengan membawa menu masing2..hehe

Kak farah selaku tuan rumah telah menyediakan cucur udang mabeless, kak ila tokeh ketam sotong and udang, kak aja paling berjasa sbb kalau xde kuali dia x merasa la kitorang kuah shellout yg power, kak ain pulak tokeh air abis sume jenis jus diborongnye hehe, linda tokeh kek and buah2an, kak rina tokeh ape ehhhhh..hehe dia tokeh kuih sepit and aku buat keputusan bawak roti jala kuah durian and of course maksuhomelecious cheesetart..hehe

Ok so 21 jun tu masing2 keje lagi, lepas habis keje je semua berpusu pusu ke rumah kak paah. Menu utama malam tu nasik putih and home made shellout. Kalau nak ikut ni lah perjumpaan paling ramai yg dapat hadir. Seingat aku last kitorang dapat bekumpul ramai2 macam ni masa iftar tahun 2012..oi 4 taun yang lepas kot..lama tuuu. So Alhamdulillah taun ni ada rezeki kite bekumpul ye kawan2...

maka ini antara menu yang sempat disediakan untuk majlis iftor tahunan geng hello kitty..hehe dah la menaip bulan bulan posa ni..aishhhhhh....

the cucur udang by kak farah

the fruits by Linda

the fruits by Linda

the cheesetarts by cik Norro credit to maksuhomelecious 

the roti jala by Cik Norro credit to maksuhomelicious 

the cake buah by Linda

the juices by kak ain

the kopi kopi for kak aja (very the 'orang tua' sangat)

bahan utama shellout kita ketam udang sotong etc by kak ila 

kuah utama shellout by kak aja and kak ila

dengan tudung instant masing masing haha

dengan tudung dan aksesori kepala masing masing hehe nasib la kome ye.. :p


so lepas berbuka puasa tu kak ain cakap nak blanje aiskrim...semua pun happy mengalahkan budak2 dapat aiskrim..haha ntah ape2 ntah..so kitorang decided nak p mcD sbb tu ja tempat yang boleh makan ais krim and lepak2..tapiiiiiii tak sangka pulak dorang ni nak buat suprise sambut bday cik Norro....haha malu ai (lempang pipi laju laju). 


the cake yang jenuh nak dihabiskan walaupun sepotong. sebab masing masing perut dah sengkak makan banyak time berbuka..hehe


kak aja,kak ain, cik norro, kak farah, kak rina, kak ila, linda terima kasih <3


nah..kak aja xtau la dia nak buat pose cium kepala aku ke ape..hikkhikk

so balik dari mcD suma dah mamai2 je. kemain mengantuknye mata otw balik tu. tapi macam biasala bila sampai ja umah kak paah segar bugar mata. apa lagi la kan besembang sampai pukul brapa pagi sedor2 dah tertido je..

so esoknya lepas zohor semua kembali ke tempat asal. sekian sajalah laporan cuti nuzul Quran #iftar #genghellokitty #birthdayciknorro


tapi sebelum balik ke tempat asal tu..sempat la nyinggah soping hehe




sekian, terima kasih.
lots of love
-cik norro-
(NORROHANIZA BT ABDUL RAHIM)
Setiausaha kelab Geng Hello Kitty