Tuesday, April 19, 2011

Dato Dr. sheikh Muszaphar shukor datang skolah (^_^)//


macam biasalah
tajuk sentiasa dalam keadaan teruja
hehe

semalam dr.SMS datang sekolah kitorang
bagi talk pasal angkasa
sempena minggu sains dan matematik
memang semua orang teruja lah
bukan stakat budak skolah ja
malahan cikgu2 pun sama

macam2 perangai ada
ada cikgu ni yang dapat salam dgn dr sms
so dia cakaplah..balik ni nak balut tangan
xmo basuh seminggu..haha

memang hensem lah angkasawan ni
gila hensem
gilaaaaaaaaaaa

mula2 tengok muka dia tu
memang xdapat nak bernafas
ciwahh propa gila
hihih

dr.sms ni
bagila kata2 semangat dekat pelajar2 ni
tapi biasalah bukan ja pelajar yang bersemangat
dengan cikgu2 dia skali
antara yang sempat di catat

1. kita mestilah ada kekuatan minda yang sangat2 kuat. Dr.sms ni banyak sangat halangan dia kena tempuh ujian2 nam jadi angkasawan ni sangatlah susah...tapi dia kuatkan minda dia cakap..ini harapan rakyat Malaysia..so dia teruskan jugak..

2. mesti ada impian yang sangat tinggi. contohnya dia pesan kalau nak jadi engineer pastikan jadi jurutera kapal angkasa bukan jurutera2 biasa ni

3. apapun education comes first. yang ni memang btol la kan..tak payah ulas panjang2

4. jangan takut. kita mesti berani. yang ni kalau nak berjaya kita xboleh takut. kita hanya takut pada Allah. so lepas ni...aku berazam untuk tidak lagi takut bersemuka dengan pengetua T_T..ngee

5. try to talk a lot in english. peeewiitt nampak x ak speaking london?hehe memang btol pun..semenjak jadi cikgu ni..kena la banyak becakap dalam BI..aku pun sedang berusaha ni..tapi malu la..so lepas ni xboleh malu2..kalau nak berjaya kena lah berani dan jangan malu..bukanlah tak malu langsung..malu bertempat lah..hehe

6. motto hidup dia what minds believe, body can achieve. Yang penting kuatkan minda kita. kagum btol aku dengan dia ni..:)

dr.sms ni aku rasa
sangat sempurna
mcm xdapat nak cari kat mana kurangnya dia
Subhanallah..memang hampir sempurna
yelah sebab mana nak ada manusia
yang sempurna kan..
setiap manusia pasti ada kelemahannya dan kekurangannya..

masa dia cerita pengalaman2 dia kat angkasa sana
memang dengan aku2 skali teruja..
walaupun dah berlalu 4 tahun yang lepas
tapi rasa macam baru semalam ja dia balik ke bumi ni

dr sms ni memang pandai bagi semangat dekat orang lain
dia pandai memberi dorongan dekat org lain
kata2 semangat dia tu,dengan muka dia yang hensem gila, tinggi lagi, memang cair..
ishkk pendek kata memang pandai la dari semua segi..
pakej lengkap dia ni :)

xdapat nak begambar dgn dr.ni
sebab ramai gila student dok kerumun dia
naik takut aku tgk budak2 tu naik sheikh bila dapat jumpa angkasawan ni
heheh
so aku snap mana yang dapat je la
ni antara gambar2 yang sempat di-snap


semangat bagi ceramah

tengah ceritakan pengalaman n menjawab soalan2 pelajar


dari tepi pun dah nampak hensem ;p


dok berebut dengan pelajar mintak sain

jangan jeles..teacher dapat tanda tangan jugak..hehe
hebat x teacher mencelah??hehe


last but not least, ciwahh speaking ni..peluang datang sekali, rebut peluang yang ada, jangan sia2kan peluang yang kita dapat...ingat pesan angkasawan tu
what minds believe, body can achieve :)


Friday, April 8, 2011

majlis perkahwinan azizulhasni awang pelumba basikal negara





..hehe..
..tajuk nak type panjang2 kan..
3 April 2011
kami sesanak saudara
pergi memenuhi
jemputan

jangan jeles ye
kami dapat kad jemputan siap
maka menurut dalam agama Islam
antara hak yang perlu kita penuhi
adalah
memenuhi jemputan majlis
hehe..

azizulhasni ni serius hensem
muda lagi
baru umuq 23 tahun

memandangkan sepupu kitorang (kak eni)
berkahwin dengan abang kepada azizulhasni (abg azahar)
maka secara tak langsungnya kami turutlah dijemput kekenduri

memang meriah gila
ramai gila orang
ada khemah cendol siap
memang terbaik

..sekadar berkongsi pengalaman...
antara gambar yang sempat di-snap adalah seperti berikut (skima gila ayat!)


yang ni bersanding dalam rumah


ni kat meja makan dekat luar rumah

ni cupcake tulis jojo (nama timangan azizulhasni) & tya

yang ni beg cenderahati


dalam beg cenderahati cokolat (siap balut gambag depa lagi..syok gila) & mathurat


masuk rumah ja ada gambag ni and buku tetamu tulis ucapan..hehe


telinga apek ASTRO AWANI kot..hehe

didoakan semoga pasangan ini berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat...amin =)




Sunday, April 3, 2011

tidur berkualiti


tidur yang berkualiti adalah amat penting untuk menjamin kesihatan anda.
antara tips untuk mendapatkan tidur yang berkualiti adalah
jangan fikir banyak..tidur aja dong..jangan lupa baca doa plak ;p

hehe
sebagai contoh
4 ekor anak kucing
yang separa nak besar dah
yang dok ada kat rumah ni
kalau tidur
tak ingat dunia dah
tambah2 lagi kalau perut dia kenyang
macam2 gaya ada
tak percaya?


gambar 1 : sampai tejelir2 lidah dia


gambar 2: ganmo dan gemuk

gambar 3: si panjang dan si pendek

sangat berkualiti tidur diorang ni kan..dok kata kat kucing padahal tuan kucing pun sama ja..try bagi makan kenyang2 konpemmm...hehe :)