Mesti ramai yang tertanya tanya kan..apa cara mudah nak buat kek cheese oreo
Ok ni aku kongsikan resepi dan cara mudah untuk hasilkan sebiji kek cheese oreo
Xpayah dah susah2 nak p kedai kek kalau teringin nak makan lepas ni
Aku adalah org yg sangat tak minat memasak kecuali kalau dah terdesak sangat..walaupun ni kira pengakuan berani mati..tapi tak pela at least aku jujur kan..hehe..
Tak minat masak tak bermakna ak tak pandai masak sebab selalunya kalau aku masak mesti sedap!!kahkah..ampunkan atas kebiadaban pengakuan itu..
Ok, jadi bila dtg keadaan yg terdesak tu cnthnya kazen ak pregnant dan mintak makan oreo cheesecake yg aku buat..jadi ak pun xsampai hati la kan..org pregnant kena la ak tunaikan kang meleleh air liur anak buah dlm perut tu xsanggup rasanya
So straight to the point semua bahan kat bawah ni adalah bahan2nya. Beli semua serba satu xcept biskut oreo.kalo nak base dia tebal kena la beli more than 1 packet ye.
Whipping cream kotak kecik, tartura cream cheese yg pendek, unsalted butter, biskut oreo and gelatin. Semuanya serba satu ye.
Ok mula2 kena asingkan cream biskut oreo tu then hancurkan tepulang nak bland ke nak pecah2kan ke nak tumbuk pun boleh.
Then cairkan unsalted butter ni separuh dan gaulkan dgn biskut yg dah hancur td sampai rata.
Lepastu terus ratakan dalam loyang yg boleh cabut tapak dia tu (kalo xde loyang mcm ni pun xpa..pakaila apa bekas yg ada..cuma time nak potong kek nanti masalah sket la) dan sejuk kan dlm peti ais. hurray satu keja dah siap iaitu base untuk kek kita.
After that kita nak buat lapisan atas kek. Ok cream cheese tu masuk dlm mangkuk and pukul sket dgn gula sesudu sampai kembang dlm 10minit mcm tu. Make sure cream cheese td btol2 lembut dlm suhu bilik baru pukul eh.
Then dah kembang masukkan whipping cream sambung pukul sampai kembang dlm masa yg sama rendam gelatin sesudu dgn air then tuang dlm mangkuk sambung pukul dlm 5 minit.
Dah siap tuang dlm loyang yg dah ada base oreo tu..then ratakan dan sejuk kan dlm peti ais lbey kurang 4 jam..
Tadaaa dah siap dan selamat menjamu selera
Mudah bukan :p
nampak sedap kan??eh sorry sket..bukan nampak ja sedap tapi memang sedap pun.. :p
Ok selamat mencuba dan harap2 resepi ni berguna untuk anda dan anda pun dapat hasilkan oreo cheesecake yg sedap okeh :)
No comments:
Post a Comment