Sunday, January 3, 2016

SELAMAT TAHUN BARU 2016

Baca tajuk pun dah tau betapa klisenye bunyi dia. Selamat tahun baru. Ya..selamat lah hendaknya..sedar tak sedah dah masuk tahun 2016. Dah 3 januari pun. Rasa macam baru semalam dapat pengumuman cuti sekolah dilanjutkan lagi seminggu sebab bencana banjir..eh ruparupanya dah nak habis cuti sekolah aku..pejam celik pejam celik dah setahun berlalu. Alhamdulillah tahun ni banjir tak seteruk taun lepas..syukur.


Memberi jangan sampai mengungkit...
Kalau tak ikhlas jangan mula...


Ye itula ayat yang bermain dalam fikiran aku semenjak dua tiga hari ni..aku rasa sangat serabut tapi xtau nak mula selesaikan dari mana.

Dalam kita memberi ni, kadang kadang kita akan rasa..eh apesal asyik aku je eh?apasal ko xbleh nak memberi ke?xkan ko nak terima ja..penat la macam ni..

Tapi kita lupa...yang maha pemberi tak pernah sikit pun berkira. Tuhan memberi tanpa ada meminta balasan. Subhanallah maha pemurah nya dia..cuba bayangkan kalau tuhan berkira dengan kita? Apa akan jadi? sepatutnya kita sebagai hamba bersyukur dgn apa yg kita ada dan hargai apa yang kita ada..aku redho dengan apa yg Allah dah tetapkan untuk aku dan aku akan usaha untuk hargai apa yang aku ada skarang ni. Kadang2 rezeki yang kita dapat ni bukan milik kita semuanya..kita ni hanyalah sbg perantara untuk rezeki tu disampaikan dan dikongsi dengan org lain. Semoga aku akan faham dgn konsep rezeki tu.

Dan rezeki ni bukannya duit yang banyak je, tapi dalam pelbagai bentuk Allah turunkan rezeki ni, sihat tubuh badan, Ada keluarga yang menyayangi kita, ada mak ayah yg sentiasa layan kita dengan baik, kawan kawan yang baik itupun rezeki namanya.

Aku dah cukup bahagia dengan apa yang aku ada dan apa yang aku miliki hari ini. Alhamdulillah.

Kalau tak ikhlas jangan mula....

Ye. Ikhlas ni memg susah kita nak fahami dan gambarkan. Kadang kadang kita rasa ikhlas tapi kenapa dalam hati berkata kata. Jadi ak pegang benda ni kalau tak ikhlas jangan mula. Bila dah mula jangan mengungkit. Faham betul betul ayat tu okeh.

Sama jugak dengan konsep bila kita berkawan ni. Kalau tak ikhlas jangan mula. Kadang kadang ak tak faham dengan sesetengah orang ni, nak berkawan tapi tak boleh nak terima kelemahan dan kekurangan  kawan. Apa tu? Dan untuk aku yang jenis payah nak berkawan ni aku sangatlah tak berminat dengan orang yang kawan separuh separuh ni..apa maksud kawan separuh separuh? Maksudnya kalau dah tak de kepentingan atau tak de faedah dah..atau may b apa yang dia cari xde dekat ko..ko boleh blah..erghhh...xfaham.

Kalau bercerita pasal kawan..memang aku memilih kawan...sebab apa? Sebab aku berbalik kepada kalau tak ikhlas jangan mula...bila aku dah mula aku terima siapa kawan aku dan aku pun harap dia boleh terima aku seadanya.



♡♥Selamat tahun baru 2016♥♡


No comments: