so pada 5 Disember yang lepas..kami team gegirls PKNCKU telah menyertai satu pogram kayuhan santai yang dianjurkan oleh kolej sri manjung UITM seri iskandar. Basically kayuhan ini adalah kayuhan santai namanya ataupun lebih dikenali dengan funride. no hurries, no competetion, no stress..kayuh santai santai..cari pengalaman cari kawan cari pasal..haha..sebab apa ak kata cari pasal sebab kayuhan ni 25km jauhnya dan kayuhan ni 10km onroad lagi 15km offroad.. bagi aku, this was my 2nd time kayuh offroad dan sebenarnya kayuh offroad ni macam ko kayuh double la..sebab masuk dalam jalan yang berlopaklopak masuk hutan masuk ladang sawit cuma beza kali ni xrempuh anak sungai ja tapi untuk ahli pasukan gegirls yg lagi 3 orang tu ni la first time dorang kayuh offroad..Alhamdulillah selamat sampai tanpa sebarang kecederaan..bagi kak jue pulak ak xsure kali ke berapa sebab dia otai..may b dah banyak kali la kot..hehe
10km yang pertama korang bayang la kayuh manjat bukit je...fuhhhhhhh ko kayuh kayuh tengok depan panjat bukit..kayuh lagi panjat bukit..berapa banyak bukit walaupun onroad tapi mak aiiiii menguji mental btol...bila masuk offroad pun sama..cuma bezanya xberapa banyak bukit jalan je la tak rata..pandai2 la elak lobang..nasib redup dalam hutan..hehe
sepanjang pogram kayuhan ni berlangsung memang enjoy sangat sebab semua kayuh rileks ja..ada yang kayuh dengan team, ada yang kayuh sorang sorang, ada jugak yang kayuh dengan pasangan..krikk krikk..haha
kali ni aku agak excited sebab ak menang cabutan bertuah..hehe..walaupun hadiah dia xla grand mana tapi still ak menang sesuatu..sebab aku adalah orang yang paling payah nak kena cabutan bertuah. sebab tu kalau ada apa2 event aku akan blah awai...malas nak tunggu cabutan bertuah..dah tau mesti tak kena punya..eh tapi sapa tau rezeki tuhan nak bagi..tetiba ja number aku naik..haha..teruja gila sampai hampir2 aku usung basikal aku p pentas sebab panik number plat xbleh cabut dari basikal..hihi..nasib dari jauh kak zai jerit oiii cabuttt numberrrr tuuu..haha..
secara keseluruhan untuk event hari tersebut, alhamdulillah cuaca ok dan kayuhan kami tamat lbey kurang pukul 11 macam tu.. kami mulakan kayuhan seawal jam 8.30 pagi xsilap aku..kayuh punya kayuh punya kayuh...sampai ada satu time tu kak jue and kak zai towing yanie..sebab nampak macam dia tak larat dah ja..tu la untungnya kayuh dalam group..bukan nak berlumba pun kan.. taniah kepada semua sebab berjaya habiskan kayuhan dan terima kasih banyak banyak kepada semua yang terlibat. insyaAllah ada masa dan kesempatan mesti join lagi :)
laporan kali ni tak berapa nak format laporan sebab aku ikut tema kayuhan santai..hehe
sekian terima kasih
yang benar,
NORROHANIZA ABDUL RAHIM
(setiausaha pogram kayuhan santai uitm)
disini aku sertakan beberapa keping gambar sebagai lampiran (beberapa keping sangat kan)..hehe
the sisto and the kazen (awal pagi sebelum mula kayo)
the team..gegirl power..hehe ;)
happy masing2 selamat sampai...padahal masa kayo..hazabbbb oii
the medal cantik kan??
girlsss...biasalah..padahal begambar kat tempat yg sama kan..kami memang gila kemera..
hadiah cabutan bertuah
hehe..bersama org yg tak dapat cabutan bertuah..kak jue n kak zai :p
seriously gambar yang sama..bezanya xde org kayuh kat blakang tu je..hehe
if u read this...thank you for reading and have a nice day :)
No comments:
Post a Comment