Friday, June 2, 2017

Resipi roti puri

Salam Jumaat semua...semoga korang semua sihat sejahtera la hendaknye okeh...cuti2 skolah ni cik norro xtau apa nak buat..update blog la ek..nak kacau orang tu...die keje mencari nafkah..hee..hadehhhh...hari pun hujan dari lepas subuh tadi...cuaca sejuk macam ni...hoiii memang bantal tilam katil selimut semuaaanya macam memanggil2 je...heee...

Bulan2 puasa ni, mesti dah banyak menu yang ada dalam fikiran korang kan? Terutama menu juadah untuk berbuka puasa..tahun ni cik norro rasa nak buat kelainan sikit la..kalau tahun lepas cik norro syer biskut2 raya yang cik norro ngan adik (yanie a.k.a maksu) buat..taun ni nak syer kitorang masak ape untuk berbuka..hehe walaupun semua org tau sebenarnya dalam 100% masakan tu 70% maksu yang buat...cik norro 30% je..haha eh tapi peduli apa..still menyumbang sesuatu ok..without that 30% tak mungkin jadi masakan tu..haha (usaha untuk mencover diri sendiri ;p )

So resipi kedua yang nak dikongsi hari ni ialah resipi roti puri. Xtau la korang panggil ape..ada yg panggil roti arab, ada yang panggil kuih perak perak. Yang ini serius first time dengar..kuih perak perak.. ape pun nama kuih ni..tak kisahla ek.. roti puri ni agak plain la rasa dia dan lebih ringkas resipi dia..kalau roti arab dia macam berlemak sikit. Ikut kata mak n yanie, sebab roti arab ada guna minyak sapi atau majerin sikit. Dan selalunya roti arab atau puri ni kita makan atau cicah dengan sardin atau kari.

Kat sini cik norro kongsikan resipi roti puri dan sedikit gambar untuk rujukan korang semua...harap bermanfaat okeh.

2 cawan tepung gandum, 1 sudu besar yis, 1 sudu besar gula, 1 sudu kecil garam, 2 sudu besar minyak masak dan 3/4 cawan air panas. Senangkan bahan dia? Tepung, yis, gula, garam, minyak masak and air panas. Petua dia, guna ukuran cawan yang sama and sudu yang sama. Kalau cawan tu guna sukat tepung..cawan tu jugakla guna sukat air..hehe..

Ok campur semua bahan dalam mangkuk, gaul sampai tak melekat kat tangan and rehatkan sekejap 15 ke 30 minit. Hasil dia macam dalam gambar kak bawah ni


Ada Tepung, yg kaler kuning tu yis, yang dalam mangkuk dah siap uli 



Yang ni dah dileperkan dan dan di 'gelek' hehe dah ready untuk digoreng. Dua cawan tepung punya resipi boleh dapat dalam 15 keping. Gelek nipis nipis doh tu...barulah bila goreng nanti dia akan mengembung elok.


Hasilnya...macam biasa la..cik norro punya sumbangan 30% tu termasukla amik gambar..haha..goreng2 belum mahir lagi..ni yanie yg buat..boleh la cicah ngan kuah sardin...sedap okeh...tq maksu sebab selalu merealisasikan selera tekak mak teh ni..hehe..

So stakat tu je dulu..kepada sesiapa yang nak mencuba silakan dan semoga berjaya okeh :)

P/s: resipi masak sardin cik norro xtau..nanti cik norro dah try masak baru cik norro kongsi ok..

Selamat berpuasa semua..and thank you for reading.

Wednesday, May 31, 2017

Cara menyediakan air mojito #resipimojito


Assalamualaikum semua...selamat menjalani ibadah puasa..so macam mana puasa uolls? Berjalan dengan lancar tak? Semoga dapat banyak pahala ok untuk ramadhan kali ni..semoga ramadhan ini adalah ramadhan yang lebih baik bagi kita semua daripada yang lepas..ameen :)

Ok, jadi hari ni cik norro nak kongsi satu resipi. Air Mojito. Kalo g kedai cik norro selalu la jugak order air ni..tu pun kalo kedai tu ada juai la..hehe..bahan yang dia gunakan sangat sikit, mudah dan cara nak sediakan pun sangat la senang..pejam mata dah siap...hehe berlagak bukan?haha maafkan saya...

So untuk tidak merapu lebih lagi..kat sini cik norro bg gambar je la ek..bahan bahan yang diperlukan seperti di bawah


Simple je bahan dia kan? Air soda, lemon, daun pudina, asam masin, serai, ais batu dan sedikit kasih sayang..hihi



Campur je semua masuk jug air..ikut sesedap rasa. Cik norro xde specific ukuran, masuk ikut sedap rasa je. Serai kena ketuk dulu, of course laici kena bawak keluar dari tin dulu, daun pudina mesti la kena basuh dulu, asam masin kalau rajin carik2 sket bagi dia ada rasa bila dah tuang air soda masuk jug ( kalau terlebih asam masin nanti air jadi manis..so letak 3 ke 4 biji ok la), lemon hiris dan perah masuk dalam jug tu dan last skali boh la air batu..huuu minuman ni sangat menyegarkan dan sangat lahhh terasa rasa kat tekak skang ni...sedapnya.....heheh


Tadaaaa..dan hasilnya..nampak sedap kan? Sorry sket...bukan nampak je..tapi memang sedap okeh! Hehe..xnampak tu dah nak habis satu jug? :p semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan selamat mencuba uolsss... :)


Friday, May 19, 2017

Lalalalalalalalala... #aisyah


Lalalalalalalalala..
Mula mula ku happy
Tiba tiba dia sakitkan hatiku
Tak apalah terima kasihlah jadi kekasihkuuuu

1,2,3 kucintamu
Kau hanya satu menjadi kekasihku
Tak apalah padamu sayangku 
Ku akan setiaaaa

Aisyah jangan ragu ragu dengan cinta ini
Jangan gurau gurau ku jadi kekasihmu
Percaya padaku 
ku akan jadi yang terbaik untuk cintamu

Aisyah aku sayang kamu aku rindu kamu
Tidur malam ku sentiasaku mimpikan kamu
Kau hanya milikku untuk selamanya
Aku sayang kamu
Aku cinta kamuuuuuu
Lalalalalalalalala.. (Klik untuk tonton video)

Hmmmmmm..breathe in..breathe out...repeat...

P/s : boleh nyanyi sama sama and ubahlah nama aisyah tu ikut nama org yang hampa nak
Have a good day everyone :)

Wednesday, May 17, 2017

Selamat Hari Guru

16 mei merupakan tarikh yang begitu sinonim dengan kita semua..hari ni merupakan hari guru dan disambut bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia! Best kan jadi cikgu? Hehe..walaupun kadang2 rasa macam syok sendiri..eh peduli ape..ade aku kisah? Hehe..

Berbeza dengan tahun tahun sebelum ni, cik norro terasa sedikit kehilangan dan kekurangan tahun ni sbenarnya..huhu..persekitaran baru, kawan kawan baru, semuanya baru..kadang kadang masih rasa tak percaya and tak boleh nak terima hakikat dengan keadaan sekarang ni since cik norro pun bukanla seorang yang boleh terima dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dengan cepat. It takes time..huhu

Berada di tempat baru, kita akan rasa lebih kosong dan 'lonely'. Tapi macam mana pun cik norro bersyukur la sebab sentiasa dapat sokongan dari insan2 istimewa yang cik norro sayang. Ye awak lah insan tu! Hehe..dan paling bersyukur sebab keluarga sentiasa ada dan memberi sokongan juga bantuan. Itu je la kekuatan yang cik norro ada..tak boleh bayang kalau suatu hari nanti cik norro kena berpisah dari keluarga..mesti rasa lebih kosong...huhu..

Hari ni sambutan hari guru bermula seawal jam 7.20 pagi. Cikgu cikgu ada sesi bergambar, then bergambar and bergambar lagi..berapa banyak kali bergambar deeeer..masa ni agak rasa kesian dengan students abb diorang tercongok je tengok and tunggu cikgu cikgu bergambar. Kalau ada kesempatan dan ruang, ini adalah perkara yang perlu diperbaiki di masa hadapan.

After bergambar semua students and cikgu cikgu diberi masa untuk rehat sehingga pukul 9pg dan kemudian acara pun bermula. Dimulakan dengan perarakan cikgu2 dan kemudiannya perutusan and so on. Macam kata pepatah, lain padang lain lah belalang kan? So tahun ni rasa berbeza laa, masa pengetua bagi ucapan, tibe tibe ada gimik kononnya budak2 kidnap pengetua..cuak satu skolah tetibe budak2 samseng datang heret pengetua..siap ada polis bagai..heheh..pengetua muka paling pucat masa tu..hihi tapi power la lakonan budak budak tu. Real okeh..hehe

Sebenarnya not that bad laa sambut hari guru kat tempat baru, cuma rasa macam ada yang kurang..dan cik norro tak boleh nak ungkapkan macam mana perasaan tu..tapi kot mana pun..layan je laa..sampai tahap nak lap air mata laa bila tengah tengah sambutan kita dok fikir, kalau kat sekolah lama mesti macam ni..mesti macam tu..blaa blaa blaa...lempang nak? (Monolog dalaman) huu harapannya perasaan ni akan cepat pulih dan semoga Allah bagi keceriaan dan keseronokan untuk cik norro sambung perjuangan  dan dapat lebih banyak ilmu kat tempat baru ni. I do really hope the situation will be better for me. Sementara nak dapatkan roh dan jiwa di tempat baru ni..kena sabar and usaha lebih lagi la nampaknye. So itu je la pengalaman sambut hari guru di tempat baru. Bukanlah teruk sangat, lagipun cik norro dapat hadiah okeh..itu sangat sangat tak sangka..masih ada yang sayang hehe. Terima kasih yang bagi hadiah kat cik norro, its realy made my day :)
Kat sini ada la beberapa keping gambar yang cik norro nak syer untuk tatapan di masa hadapan.


kalau terer cari cik Norro kat mana? hehe..cik Norro xde blazer..kesian btoi..terpaksa laa 'curi curi pinjam' pengawas punya ;p 

layan je laaa..orang soh posing..hehe

dengan ustazah jamaliah..geng sama sama curik blazer pengawas..hehe muka suci g masa ni awal pagi..sebelum belemoihhh hehe
dengan cikgu cikgu petang
comel je budak budak ni..tapi cikgu comel lagi kan? :p 
semorang dapat ais krim..kreatif kan guna sarung telur ni tempat letak ais krim? harap bekas ni bersih laa..bukan yang recycle punya sarung telur...fikir tak apa yg cik norro fikir??hahah...sorry i dont eat the ice cream..cik norro sedekah je laaa kat sapa yg tak was was..hehe
fuuuhh...penuh pinggan..ini feveret..ayam goreng berempah..haruslah makan banyak2 kan..hehe #LUNCH


not that bad laa...sebenarnya xde mood sangat nak p skolah mengenangkan cemana laaa sambutan kat tempat baru ni..mesti rasa macam alien sorang2 terasing.. eh..rupanya..ok la jugak..

paling tak sangka budak paling nakal dalam kelas yang bagi cik norro hadiah..terus rasa bersalah ek sebab selalu marah dia..wuu..terima kasih...

ini paling tak boleh blahh..ada budak mai..cikgu...ni hadiah untuk cikgu..buah langsat!! haha kelakar..xsampai ati nak gelak depan budak tu....ni buah mata kucing laaaaaa...haha..sabor je la..
dah lama tak main...lepas 'gian' sat...bila rasa tak de arah, tak tentu perasaan..ini la satu benda yang boleh buat cik norro tenang dan kembali fokus.. (>_<)''...

stay focus Cik Norro..insyaAllah you can handle this!!


Selamat Menyambut Hari Guru Kali ke 7 Cik Norro!
Semoga semuanya akan lebih baik lepas ni dan semoga semuanya baik baik saje. Ameen.




Tuesday, April 18, 2017

My BFF's wedding

Hai semua..tak sangka sekejap je dah 18 April kan..dah sebulan Lela punya majlis. Dalam masa sebulan ni jugak laa hidup Cik Norro dah berubah..huuu..persekitaran yang baru, kawan kawan baru, anak-anak murid yang baru.......boyfriend je xde yang baru..eh (-_-)''...haha

ok la ni ari cik norro nak cerita pasal kenduri kawin kawan baik cik norro. nama dia Nurul Al Zahratul Laila Sarip. Lela kawin 17 Mac yang lepas. secara jujurnya memang sedih sebab bestfriend dah kawin. dah xde kawan nak lepak2 bila cuti skolah, xde jugak kawan nak kongsi cerita lepas ni..sape nak sembang ngan aku sampai tetido dah lepas ni lela??huhu..Lela and Yana dua sahabat yang tak mungkin boleh jumpa atau ganti tempat diorang..susah senang sama sama..gaduh jangan cakap laa...tetiap ari masa study dulu mesti ada je benda yang nak digaduhkan..hihi..tapi gaduh2 pastu baik balik..gaduh2 tapi last2 saling tolong menolong..alaa biaselaa pompuan banyak drama..hehe..

lela sesungguhnya ko kena tau, walaupun aku sedih ko dah kawin tapi aku happy dan besyukur sebenarnya sebab ko dah pun jumpa imam ko..doakan aku pun ada jodoh and rezeki untuk dapat imam yang terbaik dalam hidup aku ni wehhhh... :) 

so beza dengan yana, lela kawin ni kami(cik norro and yana) xsempat nak datang awal sblm majlis..masing2 sekolah..sibuk dengan hal dunia..huhu sorry lela..masa yana kawin dulu masa tu masing2 belum ada komitmen..ingat lagi masa tu cik norro ngan lela laa yg paling kalut..ikut p make up, malam berinai, layan tetamu..semua laaa..macam kitorang punya majlis..hehe tapi kenduri lela ni nikah dia pun xdapat nak datang huu so sad sebab xberada bersama sama..hari kenduri kawin dia baru la ada kesempatan nak datang..yana lagi syok esoknya lepas kenduri baru sampai..adehh apa boleh buat..yana and family jauh nun di saaaaaanaaaaaa.

so ini antara gambar yang sempat di ambil untuk diabadikan dan untuk tatapan di masa hadapan. Selamat Pengantin Baru Laila dan Pasangan. semoga bahagia and cepat2 dapat baby hehe :-*


sampai sampai haruslah makan dulu hehe..kang jadi pengapit nak makan pun xtentu

cantik kan lela <3

 arsyad sibuk nak buat peace macam mak teh ek!


kasi chance laa cik norro nak poyo sekejap..feeling2.. ;p

the day after...yana baru sampai..


nasib pelamin belum bukak ek..sempat la begambar tanpa husben masing2..hehe

nasib ada taqiuddin jadi pasangan acik norro ek..hehe



nak g umah belah laki masa ni..posing la sket..

kemain lela..xpayah ajor posing dah..

ikut dan je masa ni..payung pun sebat apa yg ada dalam kereta ja..

paling best makan..dengan pengantin, pengapit, bapak pengantin, semua makan betul2..sudu? campak tepi..hehe makan sedap gila


ni gambar masa yana kawin...ohh cepatnya masa berlalu..semoga persahabatan ni kekal untuk 1000 tahun lagi..insyaAllah hingga ke syurga :)



Tuesday, February 7, 2017

Happy sixth anniversary cik norro!

.
.
.
.
keluar rumah 6.30pagi...balik sampai rumah 7.00 malam....huhu takkan hidup untuk sekolah kot??...
Selamat tahun baru 2017
Selamat ulangtahun memgajar tahun ke 6 norrohaniza!!!may 2017 be great to me...semoga banyak perkara indah yang berlaku tahun 2017 ni untuk aku..insyaAllah..ameen! 
.
.
.
.