16 mei merupakan tarikh yang begitu sinonim dengan kita semua..hari ni merupakan hari guru dan disambut bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia! Best kan jadi cikgu? Hehe..walaupun kadang2 rasa macam syok sendiri..eh peduli ape..ade aku kisah? Hehe..
Berbeza dengan tahun tahun sebelum ni, cik norro terasa sedikit kehilangan dan kekurangan tahun ni sbenarnya..huhu..persekitaran baru, kawan kawan baru, semuanya baru..kadang kadang masih rasa tak percaya and tak boleh nak terima hakikat dengan keadaan sekarang ni since cik norro pun bukanla seorang yang boleh terima dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dengan cepat. It takes time..huhu
Berada di tempat baru, kita akan rasa lebih kosong dan 'lonely'. Tapi macam mana pun cik norro bersyukur la sebab sentiasa dapat sokongan dari insan2 istimewa yang cik norro sayang. Ye awak lah insan tu! Hehe..dan paling bersyukur sebab keluarga sentiasa ada dan memberi sokongan juga bantuan. Itu je la kekuatan yang cik norro ada..tak boleh bayang kalau suatu hari nanti cik norro kena berpisah dari keluarga..mesti rasa lebih kosong...huhu..
Hari ni sambutan hari guru bermula seawal jam 7.20 pagi. Cikgu cikgu ada sesi bergambar, then bergambar and bergambar lagi..berapa banyak kali bergambar deeeer..masa ni agak rasa kesian dengan students abb diorang tercongok je tengok and tunggu cikgu cikgu bergambar. Kalau ada kesempatan dan ruang, ini adalah perkara yang perlu diperbaiki di masa hadapan.
After bergambar semua students and cikgu cikgu diberi masa untuk rehat sehingga pukul 9pg dan kemudian acara pun bermula. Dimulakan dengan perarakan cikgu2 dan kemudiannya perutusan and so on. Macam kata pepatah, lain padang lain lah belalang kan? So tahun ni rasa berbeza laa, masa pengetua bagi ucapan, tibe tibe ada gimik kononnya budak2 kidnap pengetua..cuak satu skolah tetibe budak2 samseng datang heret pengetua..siap ada polis bagai..heheh..pengetua muka paling pucat masa tu..hihi tapi power la lakonan budak budak tu. Real okeh..hehe
Sebenarnya not that bad laa sambut hari guru kat tempat baru, cuma rasa macam ada yang kurang..dan cik norro tak boleh nak ungkapkan macam mana perasaan tu..tapi kot mana pun..layan je laa..sampai tahap nak lap air mata laa bila tengah tengah sambutan kita dok fikir, kalau kat sekolah lama mesti macam ni..mesti macam tu..blaa blaa blaa...lempang nak? (Monolog dalaman) huu harapannya perasaan ni akan cepat pulih dan semoga Allah bagi keceriaan dan keseronokan untuk cik norro sambung perjuangan dan dapat lebih banyak ilmu kat tempat baru ni. I do really hope the situation will be better for me. Sementara nak dapatkan roh dan jiwa di tempat baru ni..kena sabar and usaha lebih lagi la nampaknye. So itu je la pengalaman sambut hari guru di tempat baru. Bukanlah teruk sangat, lagipun cik norro dapat hadiah okeh..itu sangat sangat tak sangka..masih ada yang sayang hehe. Terima kasih yang bagi hadiah kat cik norro, its realy made my day :)
Kat sini ada la beberapa keping gambar yang cik norro nak syer untuk tatapan di masa hadapan.
kalau terer cari cik Norro kat mana? hehe..cik Norro xde blazer..kesian btoi..terpaksa laa 'curi curi pinjam' pengawas punya ;p |
layan je laaa..orang soh posing..hehe |
dengan ustazah jamaliah..geng sama sama curik blazer pengawas..hehe muka suci g masa ni awal pagi..sebelum belemoihhh hehe |
dengan cikgu cikgu petang |
comel je budak budak ni..tapi cikgu comel lagi kan? :p |
ini paling tak boleh blahh..ada budak mai..cikgu...ni hadiah untuk cikgu..buah langsat!! haha kelakar..xsampai ati nak gelak depan budak tu....ni buah mata kucing laaaaaa...haha..sabor je la.. |
stay focus Cik Norro..insyaAllah you can handle this!!
Selamat Menyambut Hari Guru Kali ke 7 Cik Norro!
Semoga semuanya akan lebih baik lepas ni dan semoga semuanya baik baik saje. Ameen.
No comments:
Post a Comment