Friday, June 2, 2017

Resipi roti puri

Salam Jumaat semua...semoga korang semua sihat sejahtera la hendaknye okeh...cuti2 skolah ni cik norro xtau apa nak buat..update blog la ek..nak kacau orang tu...die keje mencari nafkah..hee..hadehhhh...hari pun hujan dari lepas subuh tadi...cuaca sejuk macam ni...hoiii memang bantal tilam katil selimut semuaaanya macam memanggil2 je...heee...

Bulan2 puasa ni, mesti dah banyak menu yang ada dalam fikiran korang kan? Terutama menu juadah untuk berbuka puasa..tahun ni cik norro rasa nak buat kelainan sikit la..kalau tahun lepas cik norro syer biskut2 raya yang cik norro ngan adik (yanie a.k.a maksu) buat..taun ni nak syer kitorang masak ape untuk berbuka..hehe walaupun semua org tau sebenarnya dalam 100% masakan tu 70% maksu yang buat...cik norro 30% je..haha eh tapi peduli apa..still menyumbang sesuatu ok..without that 30% tak mungkin jadi masakan tu..haha (usaha untuk mencover diri sendiri ;p )

So resipi kedua yang nak dikongsi hari ni ialah resipi roti puri. Xtau la korang panggil ape..ada yg panggil roti arab, ada yang panggil kuih perak perak. Yang ini serius first time dengar..kuih perak perak.. ape pun nama kuih ni..tak kisahla ek.. roti puri ni agak plain la rasa dia dan lebih ringkas resipi dia..kalau roti arab dia macam berlemak sikit. Ikut kata mak n yanie, sebab roti arab ada guna minyak sapi atau majerin sikit. Dan selalunya roti arab atau puri ni kita makan atau cicah dengan sardin atau kari.

Kat sini cik norro kongsikan resipi roti puri dan sedikit gambar untuk rujukan korang semua...harap bermanfaat okeh.

2 cawan tepung gandum, 1 sudu besar yis, 1 sudu besar gula, 1 sudu kecil garam, 2 sudu besar minyak masak dan 3/4 cawan air panas. Senangkan bahan dia? Tepung, yis, gula, garam, minyak masak and air panas. Petua dia, guna ukuran cawan yang sama and sudu yang sama. Kalau cawan tu guna sukat tepung..cawan tu jugakla guna sukat air..hehe..

Ok campur semua bahan dalam mangkuk, gaul sampai tak melekat kat tangan and rehatkan sekejap 15 ke 30 minit. Hasil dia macam dalam gambar kak bawah ni


Ada Tepung, yg kaler kuning tu yis, yang dalam mangkuk dah siap uli 



Yang ni dah dileperkan dan dan di 'gelek' hehe dah ready untuk digoreng. Dua cawan tepung punya resipi boleh dapat dalam 15 keping. Gelek nipis nipis doh tu...barulah bila goreng nanti dia akan mengembung elok.


Hasilnya...macam biasa la..cik norro punya sumbangan 30% tu termasukla amik gambar..haha..goreng2 belum mahir lagi..ni yanie yg buat..boleh la cicah ngan kuah sardin...sedap okeh...tq maksu sebab selalu merealisasikan selera tekak mak teh ni..hehe..

So stakat tu je dulu..kepada sesiapa yang nak mencuba silakan dan semoga berjaya okeh :)

P/s: resipi masak sardin cik norro xtau..nanti cik norro dah try masak baru cik norro kongsi ok..

Selamat berpuasa semua..and thank you for reading.

No comments: