Monday, July 30, 2018

lelaki teristimewa




abah
gambar ni membawa maksud seribu satu makna
gambar ni masa aku akad nikah hari tu
sebak pulak rasa...
bertahun tahun abah jaga kami adik beradik dengan sebaik mungkin
mesti dengan harapan yang ambil alih tugas dia dapat pikul tanggungjawab menjaga puteri puteri dia dengan baik...malah lebih baik daripada dia...
mungkin itu lah harapan abah..

supaya puteri puterinya tak disakiti dan sentiasa di lindungi...
abah, nampak tegas tapi lembut dan cepat terusik hatinya
semoga Allah sentiasa lindungi dan panjangkan umur abah
dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur..

aku kongsikan satu artikel dipetik daripada facebook Da'i Wan
semoga bermanfaat 
.
.
.
.

Tahu pasal gambar ni?
Saya teringat, dulu Ustazah Isfadiah pernah bagitahu sesuatu yang mahal tentang ni.
Tolak tepi air mata tu.
Kerana air mata tu, yg merasa hanya si ayah itu sebenarnya.

Gambar ini, tersimpul 1 pengajaran buat 'Lelaki' sebenarnya, yg mana yg akan bersalam dgn si ayah perempuan itu. Gambar ini, sepatutnya fokus yg betul adalah pada si suami.

Jangan ingat mudah melalui bahtera rumah tangga.
Macam mana dengan kewibawaanmu, wahai lelaki.
Kematanganmu dalam memberi keputusan.
Kebijaksanaanmu dalam mendidik isteri.
Kesabaran dan kerajinanmu mencari rezeki dalam menyara hidup dengan si dia.

Hidup x selalu indah.
Cuaca x selalu cerah.

X ramai pasangan tahan hidup susah, sebab itu bila payah, bercerai x sudah, lihat sahaja dimahkamah, baru dikau tahu erti sebenar lelah.

Gambar ini patutnya menanamkan rasa gerun pada laki2.

Menjadi suami tu x sewenangnya, air mata ayah itu air mata pengalaman membesarkan anak daranya, air mata itu air mata melihat dia berjaya, air mata itu air mata memeluk erat anaknya bila gagal sementara, air mata itu air mata penat x kesudahan menyara, darilah kecil hingga dewasa.

Apakah kamu, wahai lelaki.

Apakah kamu sedia menggalas semua harapan dan bebanan ayahandanya?

Kahwin itu blh jdi indah, jika bahtera itu dikemudi, dengan seorang yg betul2 layaknya bergelar Nakhoda, merentasi lautan gelora pun dia bawa kita x terasa, itulah tempat yg sebenar-benarnya, tempat pergantungan si bunga, mengganti teduhan ayahandanya setelah sekian lama.
Ikhlas, Da'i Wan.



 jangan tanya aku, sebab aku pun masih terkial kial...nak dayung bahtera rumahtangga ni
semoga Allah bagi petunjuk dan permudahkan urusan dan kurniakan persefahaman buat aku dan suami..ameen.

No comments: