Monday, December 25, 2017

selamat pengantin baru hanim :)



assalamualaikum...apa khabar semua? hehe.. semoga sihat sejahtera la ek..buat ape tu? busy ke? terima kasih sebab walaupun busy masih sempat melawat blog cik norro ni ek..hihi..
ok lah hari ni cik norro nak kongsi beberapa keping gambar dan video masa kenduri hanim hari tu.

semua orang mesti ada kisah zaman sekolah menengah yang terlampau manis dan menyimpan banyak kenangan kan?..kenangan dengan kawan kawan, kenangan dengan cikgu cikgu, kenangan dengan acah2 boyfriend tak jadi..hihi cinta monyetlah lebih kurang kan..hihi tapi tu zaman sekolah dulu la..so sama lah jugak dengan cik norro ada kenangan manis masa zaman sekolah dulu. tambahan pulak cik norro ni sekolah asrama penuh, dari tingkatan satu, bayangkan umur 13 tahun dah tinggal jauh dari family, so kawan kawan lah pengganti keluarga. tempat mengadu, susah senang sama sama. bergurau, belajar, tido, makan, ponteng surau..opppss..hehe..pendek kata kehidupan seharian tu dikelilingi kawan kawan, dah jadi macam adik beradik...banyak lagi lah.. sampai terlampau banyak nak diceritakan tapi hari ni cik norro cerita satu je lah dulu ye.

korang dulu masa sekolah walaupun baik dengan semua orang tapi mesti ada satu geng yang korang pegi mana mana pun nak sama sama kan? pegi sekolah sama sama, riadah sama sama, study sama sama, buat nakal sama sama..kena denda sama sama..hihi..semualah sama sama..pegi mandi pun sama sama..hihi  macam tu lah jugak cik Norro..dulu dulu masa zaman remaja(sekarang pun masih remaja tau!!!) hehe..cik norro ada beberapa orang sahabat rapat lah. kami ni dulu semua satu kelas dari zaman tingkatan satu sampai lah tingkatan 3. maksudnya dari zaman belemoih orang utara cakap..sampai lah zaman perasan jelita..hihi..after PMR bila form 4 and form 5 kelas kena streaming so pecah kelas la sekejap..tapi benda benda lagho tetap buat sama sama..hehe kami terpecah ke tiga kelas..hanim and najwa satu kelas, cik norro and syarie satu kelas, amy and kiah dok satu kelas. selalunya bila nak balik dari prep petang and prep malam..najwa and hanim akan lalu setiap kelas untuk kutip geng2..menandakan ok guyss jom balik..prep dah habis..hehe GENGGROUP..tak pasti siapa yang gelarkan nama geng kami ni 'geng group'..atas apa sebab xtaulah..so lekatlah nama group kami tu geng group..

dari kiri: hanim, najwa, amy, kiah, cik norro, syarie.
masa ni ada kem motivasi tingkatan 5 dekat pulau langkawi.
ni pulak baju batch kitoang..bangga masing masing pakai baju koporat batch
padahal sebijik rasa macam baju kilang..
haha..merasa la sekejap jadi minah kilang ek! tak apelah macam baju kilang pun tetap bangga hihi:p

ini pulak time riadah petang. acah acah jogging..kemain lagi..zaman ni slim melimmm semua..
almaklumla..sekolah asrama..riadah petang ni wajib turun. pukul 5.00 sampai 6.30 ptg.
semua students wajib turun riadah. tak kisahlah nak buat apa time tu asalkan tak duduk tido kat dalam dorm..hehe

ntahla ape yg kitorang buat time ni..masa ni baru habis SPM, ada jamuan..rasanya cucuk lidi sate kat pokok ni..ke buang sisa makan kat pokok2..perangai ntah ape2..jangan tanya kenapa buat macam tu..tak matang..haha

ini lepas spm ke zaman matrikulasi rasanya. Najwa baru balik dari UK xsilap..dia cuti semester.
so kami pun decided nak buat gathering and melepak kat umah syarie. hanim xde time ni..xingat kenapa.
 masa ni kiah baru dapat lesen memandu.dia lah yang drive naik kereta mak syarie.
nyaris2 xcident time ni..sebab langgar tarfic light ke ape ntah..baru dapat lesen dah samseng ek langgar trafic light..huhu
kami punya menjerit dalam kereta masa tu..masyaAllah...kuat gila..
kiah..kiah..sampai ke sekarang bawak kereta laju kalah F1.

ini pulak zaman dah masuk U. tak pasti lah dah semester berapa. semua pakat berkumpul kat KL.
lagipun masa ni dah pandai sikit nak gunakan kemudahan awam naik train kat KL
ini rasanya kami saja saja jumpa and menghabiskan masa cuti semester
masa zaman ni syarie kat uitm buat medic, hanim kat ukm buat medic, najwa kat UK buat medic, amy kat maktab perguruan Melaka buat TESL, cik Norro kat ums buat pendidikan Maths, kiah kat uum buat kos multimedia rasanya.
macam tu lah..jarang dapat boleh berkumpul cukup 6 orang.  

kat escalator pun jadi kan..hehe masa ni kiah dah start keje
kami bertiga tak habis study lagi
so masa ni kiah nak keluar dating..alang2 dia kat KL kami semua pun kumpul la kat KL..ni kat SOGO rasanya
ini mungkin sekitar tahun 2009 ke 2010 hehe
 
after habis sekolah menengah, masing masing bawak haluan masing masing. jarang jarang dapat jumpa. kalau jumpa pun masa cuti semeste. dan bila dah masuk alam pekerjaan lagilahhhhh jarang jumpa sebab masing masing dah busy dengan komitmen kerja. ada lah jumpa sekali sekala time kenduri kawin kawan kawan tapi sekejap sangatlah dapat jumpa. dan bila dah berkeluarga lagilahhhhhhhhh jarang dapat sembang and jumpa. kalau ada pun bila ada gossip2 terkini barulah sembang dalam group whatsapp. hehe.. so bila hanim whatsapp kad jemputan kawin dia..semuaaa lah excited...masing2 nak pegi sebab dah lama gila tak jumpa and banyak cerita yang perlu di update..hihi

dan memandangkan hanim kawin masa cuti sekolah hujung2 tahun ni, ada banyak sikitlah masa nak plan perjumpaan tu kan..hehe setelah merancang dengan amy, cik norro amik ets je lah senang sikit. rumah amy pun xjauh dari stesen KTM tu. sampai arau, pusing2 skejap bandar arau, makan2 skejap ngan amy then balik umah amy untuk sambung bergossip and update cerita2 yang sepatutnya..hehe biaselah perempuan kan..banyak cerita yang pelu digossipkan..hihih

ni dalam ets. selesa naik ets ni, siap ada meja..boleh la buat keje. cik norro pun sempatlah buat jawapan matematik tambahan SPM kertas 2. sebabnya next week tu dah mula mesyuarat and menanda kertas SPM matematik tambahan kertas 2. nampak x? saya seorang yang tak suka buang masa..hihi
ni dah nak sampai Arau. tunggu siap2 lah kat pintu keluar. sebab dah lenguh bontot duduk lama lama oi. dekat tiga jam lebih jugaklah baru sampai Arau..sebelah seat pulak pelancong dari negara mana ntah..kesian dia badan panjang nak tido pun tak berapa senang..hehe so bagi chance la dia lunjur kaki sekejap kat seat cik Norro..hehe
malam tu amy and anwar bawak p makan malam kat kedai ikan bakar. ramaaaaaaaaiiiii gila orang
tapi tak rasa masa cepat berlalu. tau tau makanan dah sampai..hehe
amy dah kawin, nama suami dia anwar. jiran depan taman. haha
gambar ni anwar yang tangkap. so tak de la anwar dalam gambar. anwar pun boleh tahan gak sebab rajin melayan aku and amy bergossip..haha kadang2 xtau siapa yg lebih kuat bergossip amy atau anwar? opppss..hehe
terima kasih amy and anwar sebab susah payah melayan aku sebagai tetamu.
nanti hampa mai umah aku, aku bawak hampa p jalan jalan nah :)

so balik dari makan malam tu, anwar keluar sekejap sebab nak bagi laluan kat aku and amy sambung bersembang kat umah pulak..banyak gila cerita yang kena update..hehe tq lah anwar..agaknya sampai anwar pun pelik ape je lahhhh yg budak2 berdua ni gossipkan..heheh


ni antara kawan kawan zaman sekolah menengah dulu.
buat rumah hanim macam umah sendiri. kecoh gila.
mesti tetamu lain geleng kepala
hihi dah jadi mak mak dah semuanya masing masing kendong anak ek
tapi perangai mantain tak senonoh ;p

ni nak buat boomeang sebenarnya..tak jadi..selfie je lahh..hehe


acah acah remaja..boomerang p lahhh..hihi

masa ni syarie baru sampai. punya lama tunggu dia nak sampai. hehe
muka tetap dalam gambar aku, kiah, amy, marlini, fizoh hihi

tunggu syarie kami bergambar lah dulu
dari kiri: fizoh, marlini, cik norro, amy, kiah (anak kiah medina), zatil and najla -anak zatil- nampak rambut aje..maafkan aunty zoi najla..dia amik tak full frame..hehe
cik norro, hanim, hafiz..cantiknyaaa hanim :)
ini bagi chance lah cik norro nak feeling2 kat pelamin orang..hehe (^_^)''

selamat pengantin baru hanim dan pasangan. semoga bahagia hingga syurga :)

ni masa study group. kem akademik sebab masa ni nak dekat SPM dah. masa ni semua pulun study. kami ditempatkan kat dewan and belajar sama sama. nampak tak muka masing masing? suci murni...haha..adehhh muka tu..stress nak SPM ye kak?? hihi...senyumlah sikit...rindunyaaaa..

versi disember 2004
atas: Zakiah Razak, Syarifatul Nadiah Md Latif
bawah: Najwa Salleh, Nur Hanim Yahya, Aimi Izdihar Rusli, Norrohaniza Abdul Rahim
gambar ni masa last day SPM. ada jamuan. ni lah last gambar lengkap berenam. kenangan wei. xdapat kat tempat lain.
semoga persahabatan ni kekal hingga jannah kawan kawan :)

alhamdulillah
versi disemeber 2017
and looking for 100000000 more years to go
cik norrohaniza abdul rahim
puan aimi izdihar rusli
puan nur hanim yahya
puan zakiah razak & anaknya hanna medina 
puan syarifatul nadiah md latif & anaknya mikail 
*tiada dalam gambar cik najwa salleh..we miss you najwa..huhu

so itu je lah yang boleh cik norro update..aktiviti cuti bulan 12..kenduri kawin je yang banyak..
insyaAllah ada rezeki nanti sampai masa cik Norro update kenduri kawin cik norro pulak ek?? ehhhh..hihi 
asyik update kenduri orang je ek ^_^

thanks for reading guys :)
 walaupun tak de ape sangat, tapi itu lah, bersahabat dan menjaga hubungan persahabatan tu dengan baik pun dapat pahala..macam kami ni, gaduh macam mana pun, mesti selesaikan dengan baik..sebab kite ni kalau boleh bersahabat dan bersilaturrahim kerana Allah..dapat pahala. barulah diberkati..boleh bergaduh sebab bergaduh dan berselisih faham tu sesuatu yang normal, tapi wajib doa supaya Allah bagi petunjuk dan selamatkan hubungan persahatan tu supaya jadi baik semula and bertambah rapat ikatan tuu..sekian terima kasih..hihi

....true friends are never apart, maybe in distance but never in heart...

No comments: