Wednesday, November 11, 2020

MOTHERHOOD...



                              











Kadang kadang...susah nak diungkapkan dengan kata kata..bukan semua orang boleh faham & nak faham..

..Terima kasih ian haikal..











Wednesday, August 19, 2020

How to tackle your kids


Terbaca artikel ni, rasa nak save kat sini supaya senang bila nak rujuk nanti 😊

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

Saturday, August 15, 2020

Tips dan Perkara yang ibu & bapa perlu elakkan

Terbaca perkongsian dari Dr Erna. Tq Dr..saya akan cuba elakkan perkara ni sebab anak saya sedang membesar dan saya sedar saya memang kadang kadang hilang kesabaran. Maafkan ibu ye ian haikal kadang kadang ibu tersasar dari laluan...ibu akan cuba lagi buat yang terbaik supaya haikal tak rasa kurang kasih sayang atau perhatian. Ibu ada..haikal jangan bimbang..ibu will take care of you ❤️

Antara kesalahan kita dengan anak anak adalah:

1. Tidak memandang wajah mereka bila bercakap. Mata pandang hp ke, tengok tv tapi bercakap dengan anak.

2. Tidak menjawab soalan yang diajukan oleh anak. Bila anak panggil, diam. Bila anak tanya, diam.

3. Tidak menerangkan kenapa sesuatu perbuatan tu bahaya. Lebih suka marah marah marah tapi tak bagitahu kenapa bahaya atau kenapa tak elok.

4. Suka guna perkataan jangan. Jangan itu jangan ini. Anak anak tak faham arahan jangan/tidak. Terangkanlah dengan bahasa yang mudah mereka faham.

5. Tidak duduk setara dengan mata mereka bila bercakap. Anda berdiri, dia berdiri tapi paras ketinggian lain. Seeloknya anda berlutut dan bercakap sambil pandang mata dan wajah mereka untuk bercakap atau menerangkan sesuatu.

6. Tidak terus peluk atau tenangkan anak anak bila anak marah atau mengamuk. Peluklah,mereka terasa lebih selamat dan disayangi. Peluk, belai & selawatlah banyak banyak, doa pohon mereka dilembutkan hati.

7. Kita dan pasangan suka bergaduh atau guna perkataan kesat di hadapan anak anak. Ye lah rumahtangga mana yang tak ada masalah tapi janganlah di tunjuk depan anak anak. Jika ada salah, bawa pasangan masuk bilik lain dan cakap dengan elok.

8. Jangan guna perkataan kesat di rumah jika kita tak mahu anak kita guna perkataan sama juga. Jika mereka belajar dari sekolah atau kawan, terangkan yang kata kata itu tak baik, Allah tak suka benda jahat dan kata kesat.

9. Tidak bermain dengan mereka. Tak perlulah 24 jam main sekali. Sehari dapat setengah jam pun ok.

10. Tidak membacakan buku untuk mereka semasa kecil. Kita banyak suruh tapi kita tak ajar atau kita sendiri tak buat.

11. Berikan sahaja apa yang dipinta tanpa mahu mereka berusaha sendiri dapatkannya.

12. Jangan pukul anak anak. Anak anak bawah 7 tahun perlu dilayan seperti kanak kanak. Pukul dan penggunaan kata kata kesat akan merosakkan emosi mereka. Emosi yang terganggu akan musnahkan keseronokan masa kecil mereka, lama lama anak jadi depress.

13. Jangan bandingkan anak dengan sesiapa. Jika mahu lihat mereka berjaya, beri contoh dan terangkan kenapa seseorang itu berjaya dan bantu dia untuk berusaha.

Anak anak ini ibarat span.
Mereka serap segala yang dilihat dan didengar di sekeliling mereka.
Rumah adalah sekolah pertama mereka.
Siapa kata bayi tidak tahu dan tidak faham?

Hakikatnya sejak dari bayilah mereka belajar semuanya dari proses pemerhatian😊
Mereka lihat dan dengar sahaja cara kita.
Bercakaplah dan berceritalah dengan mereka.

Guna perkataan yang betul & tidak pelat serta pastikan nada kita terkawal.

Jika anda stress, anak juga akan stress.
Bila semua dah stress, rumah akan jadi hambar, suasana jadi muram, nak balik rumah pun malas, anak pun sentiasa mood ke laut dan mulalah masalah lain timbul.

Jika berlaku seperti ini, relax dan fikir balik mana salah kita. Ingat, fikir mana silap kita dulu. Ajak pasangan untuk sama sama duduk dan bincang. Jangan pendam seorang diri.

Ramai sekarang ( saya pernah juga) yang ada masalah di tempat kerja atau tak tahu nak bahagi masa atau tak tahu nak mula macam mana atau tak sangka dapat anak dan hidup jadi huru hara sekejap, dan anak anak jadi mangsa.

Kasihan anak anak, mereka tidak salah kerana kitalah yang mencorakkan.

Betulkan diri sendiri dulu sebelum tuduh yang lain.

Kita boleh jadikan family kita happy jika kita tak ikut orang. Do it in our own sweet way🤗

Contohnya weekend macam ni: dah boleh tenang tenang dan fikir sama sama dengan pasangan dan anak anak, nak buat apa.

Paling penting, jika kita nampak orang lain post tentang kebahagian mereka, kita ambil dari sudut positif : jika mereka boleh, mengapa tidak kita?😘

Nota kaki : Jika anda rasa anda sibuk percayalah lebih ramai yang sibuk tapi masih bijak membahagi masa🌻

Kita adalah apa yang kita fikir dan fikirlah yang baik baik💋


#copy&paste #ibuistryingsohard #ibucandothis #journeyofamother #everymomentmatters

Tuesday, August 4, 2020

Izin Allah...

20 tahun saya dalam dunia kaunseling. Saya tak pernah lagi jumpa perkahwinan yang sempurna. Tiada dan tak mungkin ada.
Dalam perkahwinan kita perlu memilih apakah keutamaan kita. Jangan jatuh dalam perangkap syaitan yang mahukan semuanya dalam perkahwinan. Jangan sesekali.

Ada suami biasa-biasa sahaja mungkin tak dapat nak dibandingkan dengan suaminya duta atau CEO syarikat antarabangsa. Suami biasa-biasa ini pandai mandikan anak. Pandai juga masak dan sentiasa ringan tulang membantu mengemas dalam huru hara mainan anak. Suami ini juga tak kisah berpanas berhujan dalam perjalanan ke tempat kerja. Suami ini tak kisah tolak motor berkilometer untuk mengisi petrol yang habis dalam perjalanan. Suami ini juga betah menjaga anak bila isterinya pulang lewat malam dari kerja yang memerlukan.

Ada suami memang tebal poketnya. Apa yang ada dalam pasaraya mampu dibelinya dengan senyum di muka. Tetapi dia tidak betah pulang awal membantu mengemas atau memasak makanan untuk memberi anaknya makan.
Dia juga kekok memandikan anak yang dia sangat sayang. Masanya banyak memikirkan perniagaan atau perusahaan yang dia dipertanggungjawabkan. Namun, dia boleh memberikan semua kesenangan dari pembantu rumah hinggalah supir memandu kenderaan. 

Ada suami tidak lagi sesuai dalam dunia perkerjaan. Tidak dapat memberikan lagi nafkah untuk keluarga tersayang. Tetapi dia pandai membawa diri sebagai suami yang mengambil alih sebahagian peranan isteri. Mengendalikan rumahtangga selagi nyawa di kandung badan.
Begitulah dunia perkahwinan. Kita perlu panjatkan kesyukuran.
Yang mahu suami kaya mungkin akan jadi sombong rupanya. Allah bagi dia suami biasa-biasa.

Yang ada suami kaya mungkin kononnya mahu suami biasa-biasa, agar ada masa bersama. Allah beri suami kaya dengan sedikit masa kerana Allah Maha Mengetahui ujian apa yang sesuai untuknya.
Ada yang mahu suami tetapi Allah belum beri. Juga kerana Allah Maha Mengetahui. 

Ada yang tidak mahukan lagi suami yang ada tetapi Allah masih belum izinkan penceraian kerana Allah Maha Mengetahui. 
Jadinya kita ini atas apa juga ujian, bersyukur pada yang ada dan teruskan doa supaya Allah berikan ujian bersama kekuatan.

by NORMALIZA MAHADI
Ingatlah Allah ini adalah Penguasa Sekalian Alam!

#copypaste #notadirisendiri

Saturday, July 25, 2020

perjalanan projek mega master :)

Assalamualaikum...hari ni ak nak share perjalanan kehidupan ak masa sambung belajar. Hehe dah lama sebenarnya post ni..cuma ak simpan dalam draf sebab tak sempat nak menaip. It takes time la nak dipublishkan. Tambah lepas je ada anak dunia aku dah berubah 360darjah..hehe kehidupan seorang ibu yang hanya seorang ibu je yang faham..struggle tapi enjoy 😁

Ok sambung pasal kisah sambung belajar ni. Secara jujurnya, sambung belajar memang tak mudah. Aku dah jangka pun sebenarnya. Tapi ak cakap dengan diri tak de ape yg mustahil kalau kita betul nak kan sesuatu. Aku sambung belajar tahun 2014. Masa ni ak buat keputusan nak sambung master sebab pertama ak belum jumpa jodoh nak kawin. Haha xla..masa tu ak dah target sebelum ak kawin ak kalau boleh nak ada master. Jangan salah faham master bukan guna untuk kawin pun cuma ak fikir masa tu sambung belajar kena ada komitmen yang tinggi..dah kawin ada rezeki ada anak risau pulak tak boleh nak uruskan semuanya serentak. So ak buat keputusan habiskan sambung belajar dulu then baru fikir kan pasal jodoh..kalau ada jodoh kawin la kalau tak teruskan la kehidupan seperti biasa.
Pernah je beberapa kali aku terpaksa putuskan hubungan di tengah jalan sebabnya ak sendiri tak boleh nak bagi sepenuh komitmen dengan pasangan(cewah) atau pasangan tu yang undur diri mungkin sebab dia ingat ak tak serius..eh padahal ak seriuslah cuma dia yang tak sabar kot 😂 haha bunyi macam ramai sangat je pasangan ek!!! Xdela...pendek cerita tak de jodoh..itu je yang sebenarnye hehe

Ak sambung belajar ni semua guna duit sendiri. Maklumla part time student ni memang banyak duit nak guna. Dari sini ak belajar banyak benda..bukan je belajar uruskan masa nak study malah ak pun kena belajar uruskan kewangan. Jadi part time student ni memang super busy. Korang bayang la weekdays keje..keje kat skolah pulak memang la maha banyak..weekend korang attend kelas..kena siapkan assignmet, kena jawab forum, kena siapkan thesis..memang kadang tu ak sampai fikir kenapa laa ak buat semua ni..haha tu tahap dah stress sangat la tu 😂 

Tapi selalunya kalau stress belajar ni masih boleh handle la. Akibatnya skarang ni kalau ak stress je ak akan cakap kat diri sendiri stress masa belajar lebih teruk dan ak boleh hadap, apa sangat la stress pasal benda remeh ni..abaikan..abaikan..hehe settle

Dan satu lagi perkara yang ak belajar 
Hidup kite ni, Allah dah atur 
Macam mana kite try pun kalau belum masanya
Memang takkan jadi milik kite
Aaaaa gituuuu
Ni bukan sebab ape..macam ak la..ak plan mesti nak habiskan master ni dalam
Masa 4 sem..pulun la buat macam macam sampaikan ak naik stress 
Rupanya Allah memang dah atur ak kena lajak satu sem lagi
So petua dia jangan stress ape ape, jalani je kehidupan macam biasa 
Bila kita boleh terima keadaan tu, insyaAllah semua jadi mudah
Macam ak la..mula mula memang rasa down awat kena tambah satu sem lagi sebab nak kena siapkan thesis..bukan maksud ak xsiap thesis sebb ak x buat, infact ak dah siapkan dari sem 3 kot..tapi tu lah rezeki ak dapat supervisor yang sangat power jadi ak kena lajak satu sem lagi..so memang power la thesis aku 😂
Masa mula mula ak rasa down tu ak xboleh nak buat ape..ak sedih sbb masa tu ak fikir kawan kawan  lain dah konvo nanti tinggal ak sorang sorang je konvo..xde geng lah..tapi ak pasrah je la..selesaikan apa yang ak dah mulakan..ak fokus dengan apa yg ak nak..alhamdulillah thesis settle..sv ak pun banyak tolong..ak fikir tambah satu sem je pun..tak la teruk mana..

Last skali alhamdulillah, boleh konvo, dah boleh proceed dengan benda lain..hehe 
Rupanya time ak konvo tu ramai je yang konvo skali..haha ramai rupanya yang xtend satu sem..haha tak de la keseorangan rupanya..ada geng 😂😂😂

Rasa macam banyak je yg ak nak taip dulu dulu, tapi dah 6 tahun lepas punya cerita..tak ingat dah wei. Xpe nanti ada masa bila ak ingat balik ak edit lah post ni ek

So ini je la gambar yg ak sempat simpan buat kenangan sepanjang ak sambung master

Kawan kawan memang best semuanya. Saling support each other walaupun kenal kejap je
Dah kat mana dah budak budak ni
Ada yang fresh graduate terus sambung master..power budak2 ni

Yang kat bawah ni gambar masa lepas habis exam. Muka lega masing masing Maklumla baru lepas pergi berperang 😂






Yang ni dalam kuliah terakhir. Tak ingat nama lecturer ni. Faizal lee ke..xingat dah. Tapi dia ni antara lecturer yang best lah. Masuk kelas dia tak de stress ape..gelak je manjang..sampai kadang tak tau ape yang ak blajor ni 😂








Ni group partner aku.naquiah n ayu. Dua dua budak fresh graduate degree. Baru habis belajar terus sambung master. Power budak berdua ni. 


Ni kuliah dr raja farah xsilap. Last class kitorang siap buat makan makan 😂 orang pegi kuliah belajor..kitorang makan makan ek..sambut birthday doctor raja farah ni sebenarnya..😁




Ni izan n kak sue. Satu group assignment jugak ni selalunya. Yang ni dalam dewan kuliah. Sambil tunggu lecturer datang..gambor le dulu hehe




Ni study group konon..memang dari zaman degree memang suka study group..lebih berkesan kekdahnye..hehe


































Ini je la gambar masa zaman sambung master. Nanti ada masa ak update la gambor konvo tahun 2017

😁😁😁😁

Jadilah yang terbaik

Isteri renunglah wajah suami ketika dia sedang tidur. Segala kesusahan dan kepayahan disimpan sendiri demi keluarga tercinta.

Ramai isteri yang tidak sedar betapa susah payah suami mencari nafkah untuk anak dan isterinya, suami menangis sendirian, berpeluh sendirian, bermonolog merenung diri sendirian. Dan ada yang ditengking oleh bos, proposalnya ditolak, dicaci maki oleh majikan dan macam-macam lagi episod kesusahan kehidupan suami dalam mencari nafkah.

Kadang-kadang duit dalam akaun tinggal RM10 je. Nak bagi anak isteri makan. Dia terpaksa tebal muka hutang dengan kawan demi untuk kebahagiaan anak dan isteri.

Dan semua keperitan itu, suami tak ceritakan pada isterinya, sebab dia tak nak isterinya masuk dalam cerita kepayahan hidupnya. 

Yang dia ingin lihat anak dan isterinya tersenyum. Biarlah dia seorang saja yang tahu kepayahan hidupnya.

Mungkin faktor ini menjadi punca kebanyakan suami umurnya lebih pendek dari isteri, senang kena serangan jantung, darah tinggi, kencing manis sebab dia simpan kesusahan dalam dirinya.

Semua itu tidak dirasai oleh si isteri. 

Menjadi seorang isteri tidak mudah, tetapi menjadi seorang suami lebih sukar. 
Banyak perkara yang perlu diberikan perhatian sehingga terlupa tentang diri sendiri. 

Seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab akan sentiasa meletakkan keluarganya di hadapan sebelum perkara yang lain.

Mereka jarang berkongsi dan bercerita, mereka lebih selesa simpan sendirian. 

Akibatnya, mungkin kerana isteri tidak memahami kepayahan suami ditambah pula dengan kerenah anak-anak yang sedang membesar memberi tekanan pada mereka dalam diam. Mungkin sebab itulah akhirnya tekanan itu memakan dirinya lalu meruntuhkan kebahagiaan dalam rumah tangganya.

Wahai isteri, mungkin kalian susah memaafkan, tapi cubalah memaafkan suami kerana Allah. Mungkin dengan cara itu boleh merawat hati. Kerana doa isteri sangat penting untuk suami.

Sayangi isteri kerana Allah

Tulisan : Hassan Adli
...nota untuk diri sendiri...