Terima kasihlah follower IG yang DM aku screenshot ni 👆.
Pagi-pagi Subuh mood aku dah blow baca 'aduan' di atas.
Tapi to be fair, sebab aku pun tak tahu cerita sebenar dua-dua pihak, tak adil pulak rasanya nak judge based on status beberapa kerat ni [walaupun mendidih juga baca].
Adakah semua suami layak ditaati isteri?
Takpe, kita bincang slow-slow dulu...
Dia senang cerita ginilah.
Perkahwinan umpama pintu masuk syurga untuk perempuan, at the same time menjadi ladang amal untuk lelaki mendapat syurga.
Allah penuh dengan sifat keadilan.
Dia takkan bagi one-way. Both ways kena bergerak smaa-smaa.
Syurga hanya boleh didapatkan kalau kedua-dua suami dan isteri buat semua yang menjadi kewajiban dan tanggungjawab.
Takde de maknanya isteri kena buat SEMUA benda yang suami suruh.
Allah bagi akal, guna.
Bukan makna kau kawen je maka akal campak tepi. Tak.
Common sense tu bawak sampai mati.
Rasulullah saw kata, "Setiap dari kamu adalah pemimpin dan masing-masing akan diminta untuk bertanggungjawab ke atas apa yang dipimpinnya. Seorang Imam adalah pemimpin dan ia akan diminta bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang lelaki adalah pemimpin dalam keluarganya dan akan diminta untuk bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya, dan dia akan diminta untuk berrtanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang khadam [pembantu] adalah pemimpin pada harta tuannya [majikannya], dan dia bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya." [Bukhari dan Muslim].
Nak sangat jadi ketua?
Ingat Allah bagi jawatan ketua tu untuk bermegah-megah semata-mata?
Alangkan khadam pun kena bersoal-jawab atas apa yang dia buat, lagikan kita yang ketua ni.
Macam-macam nak kena bersoal-jawab nanti.
Nak bersoal-jawab tentang orang bawahan, samada kita adil atau tak, samada kebajikan orang bawahan terjaga atau tak, itu belum lagi nak bersoal-jawab dengan rasa ujub dan sombong kita dengan jawatan yang kita pegang.
Hat tu satu hak lagi nak kena bersoal-jawab.
Jadi, jangan buat sesuka hati bila dapat pegang ranking tinggi. Lama hisabnya esok.
Bagi seorang isteri, salah satu yang dituntut adalah mentaati suami.
Tetapi, suami juga ada peranannya supaya isteri boleh taat kepada dirinya.
Kerana ketaatan terhadap suami bukan bersifat mutlak, tetapi BERSYARAT.
Ketaatan mutlak Hanya pada Allah dan Rasul, sedangkan terhadap manusia selalu ada syarat, termasuklah taat terhadap suami.
"Wajib bagi seseorang untuk dengar dan taat dalam apa yang dia suka dan benci, kecuali dia diperintahkan berbuat maksiat. Maka bila dia diperintahkan berbuat maksiat, dia tidak boleh taat." [Al-Bukhari, 2955 & Muslim 1839].
Maksudnya, Tuhan bagi akal tu silakan gunakan.
Jangan main taat dan patuh tak tentu hala. Itu namanya bodoh.
Dalam erti kata lain, sekiranya ada percanggahan dengan apa yang kita percaya/mahu, duduklah berbincang.
Kalau dengan majikan pun kita boleh duduk berbincang, takkanlah dengan pasangan hidup tak boleh.
Patut dengan pasangan hidup lagi senang nak berbincang.
Kadang-kadang tu, isteri yang taat tak bertempat.
Nak jadi mithali sangat kekdahnya sampai dah jadi hamba dalam rumah sendiri.
Ujung-ujung stress and depress bila suami keras hati katanya.
Dah kau yang memanjakan suami sampai dia naik lemak, lepas tu kau nak acah-acah stress.
Memang isteri yang baik adalah isteri yang menyejukkan hati suami.
Yang patuh, yang membahagiakan, yang bila memandangnya hati suami jadi tenang.
Tetapi, Rasulullah saw juga bersabda"Sebaik-baik suami adalah yang sikapnya paling baik terhadap isteri" [Tirmidzi)].
Maksudnya apa, guys?
Seorang suami yang mengharapkan memiliki isteri yang taat, selain suami perlu memenuhi kewajibannya sebagai seorang suami seperti bagi nafkah, suami juga perlu ada ketauladan yang baik untuk keluarganya [isteri dan anak-anak].
Standardlah kan, kita nak orang baik pada kita, kita kenalah jadi baik dulu pada orang.
Mana nak dapat baik kalau kita sendiri tak reti buat baik.
Sikap, perbuatan dan kata-kata tu biar isteri merasa diterima, dihormati dan dicintai.
Walaupun kita suami yang ada hak ke atas isteri, kot ye pun nak mintak isteri buatkan air secawan, perlu ke bagi arahan macamkan isteri ada hutang dengan kau? Cakap baik-baik tak boleh?
Allah tak bagi jawatan sebagai ketua keluarga tu untuk dibuat sesuka hati pada orang yang dipimpin.
Suami kena pandai create interaksi dan komunikasi yang menyenangkan, barulah isteri rasa seronok dan tenang bersama suami.
Bila isteri seronok, kau tak payah mintak tolong pun dia buat.
Kita ni kalau jadi ipar yang nak mintak tolong adik ipar jagakan anak kita, takkan pakai modal air liur je.
No, ini bukan berkira, tapi soal budi bahasa.
Nak mintak tolong orang tak reti ke hulur coklat Cadbury barang 2-3 bar atau hulur se--packet biskut Love Letter untuk anak-anak sedara?
Mintak tolong orang pandai, tapi common sense takde.
Pastu bila adik ipar buat muka, cakap adik ipar tu berkira.
Yang kita berkira nak free service jaga anak, takpe pulak?
Cubalah sambil-sambil hantar anak tu, hulur sekali apa-apa yang patut.
Tukang jaga pun tak berkira nak menjaga anak kita.
Toksah questionlah ikhlas tak ikhlas.
Bukannya dia yang offer diri nak jaga anak kita, kita yang mintak dia jagakan, so nak expect orang tu ikhlas?
Bawak keluar kita punya adab mintak tolong tu dulu baru bincang pasal ikhlas.
Aku pernah tulis dulu, kebanyakkan punca suami isteri bertengkar adalah kerana "orang ketiga", bukan kerana masalah suami dan isteri tu sendiri.
Disebabkab mak bapak, bergaduh.
Disebabkan adik-beradik, bergaduh.
Disebabkan babi sondol, yang ni lagi la boleh kiamat dunia kalau bergaduh.
Suami, please berusaha faham condition and perasaan isteri.
Aku tahulah itu adik-beradik kau, mak bapak kau, tapi jangan kerana kau kena taat pada mak and adik-beradik, maka kau hambakan isteri sendiri.
Oh pandai cakap "mak tu syurga aku".
Dah tu, apesal bukan kau je picit badan mak kau tu? Kau punya syurga kan, kau jagalah. Pandai sangat bercakap!
Tahun ni, aku jadi isteri untuk tahun yang ke 19.
Sebagai isteri, aku rasa perasaan isteri ni sangat mudah dijaga.
Jiwa perempuan ni sangat lembut, tak keras mana pun.
Kalau suami pandai berinteraksi dengan baik, isteri mudah lembut hati.
Kalau suami memahami, that is already "something" untuk isteri.
Isteri ni kalau nampak suami tolong cuci pinggan mangkuk, dia ada rasa bersalah sikit dalam hati.
Hati dia tak semena-mena jadi lembut, jadi semakin sayang suami.
Tau-tau je karang dia buatkan kopi. Dia buatkan breakfast sedap-sedap esok pagi.
Isteri yang menghentak-hentak bila suami mintak tolong picit mak mertua ni, salahnya pada suami.
Mana ada orang nak bengkek tak tentu pasal? Mesti ada sebab.
Maybe cara suami mintak tolong macam memberi arahan.
Atau isteri sedang kepenatan buat kerja sorang-sorang [sebab mak mertua sakit of cos dia tak tolong, kan?], tak dan nak berehat kau suruh picit mak kau pulak.
Suami yang bijak memahami situasi dan perasaan isteri akan buatkan isteri merasa diterima dan dihormati.
Situasi ini yang akan buat isteri mudah jadi taat pada suami sebab dia yakin suaminya sangat memahami.
Bila isteri seronok dengan suami, apa yang suami nak tak perlu diluahkan dalam bentuk perintah.
Isteri dengan senang hati buat apa yang suami mahukan.
Senang cakap, apa-apa pun akan berbalik pada adab.
Kalau bahasa kita menyenangkan, tutur kata lembut, percayalah, ayat perintah pun tak nampak macam perintah.
Credit to kak diana ishak. Betul la tu..nak orang layan kita baik..kita sendiri dulu yang kena layan orang dengan baik..pernah tak kita fikir kita dapat layanan buruk salah satu sebab dia tu la..cara kita sendiri treat orang tak kena..jangan asyik nampak salah orang lain..😁pesanan untuk diri sendiri sebenarnya..terima kasih kak D sebab sedarkan saya😍
No comments:
Post a Comment