Sunday, February 2, 2020

Buat apa nak kahwin?

Kita berkahwin kerana Allah. 
Tapi, betul kerana Allah? 
Belum! 
Sebab kita tak melalui namanya di uji. 

Kita hidup kerana Allah. 
Tapi, betul kerana Allah?
Belum!
Malah jauh lagi nak di katakan hidup sehari-hari kerana Allah ini.
Maka, 
Untuk menjadikan setiap hidup ini kerana Allah, 
kita perlu di uji. Kita wajib di uji. Kita layak di uji.

Seorang penyanyi yang memenangi satu juta ringgit, belum layak menerima duit itu jika tidak di uji dengan 20 episod setiap minggu yang menguji vokalnya, persembahannya, dan segala-galanya.

 "Abang, saya nak ke syurga dengan abang!
" Sweet! 
Memang manis.
"Abang akan tunggu sayang dalam syurga. Kita akan sama-sama terbang!" 
Sembang!
Gedegang!

Bila anak berak, masing-masing mengelak.
Bila duit habis, masing-masing mengamuk dan mengais.
Bila rumah bersepah, masing-masing salah menyalah.

Maka, Berusahalah berdua. Usahakan rumahtangga bersama. Suami pun. Isteri pun.
Nak ke syurga, jangan santai-santai di dunia. 

Penulis asal: Abu Hurairah

#muhasabahdiri

1 comment:

Unknown said...

Your Affiliate Profit Machine is waiting -

Plus, making profit with it is as simple as 1..2..3!

Follow the steps below to make money...

STEP 1. Tell the system what affiliate products the system will advertise
STEP 2. Add some PUSH button traffic (this LITERALLY takes 2 minutes)
STEP 3. See how the affiliate products system explode your list and sell your affiliate products all by itself!

Do you want to start making money???

The solution is right here