Sunday, October 22, 2017

Pesta Sukan & Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan 2017 (PSKPP)

Dah hampir sebulan berakhir PSKPP ni...punya la dah dekat 7 tahun service, tahun ni la baru diberi kesempatan dapat join PSKPP. Apa dia PSKPP ni? Sapa yg keje cikgu mesti tau punya..ni sukan orang2 dalam bidang pendidikan..staf pejabat, pembantu makmal, cikgu, pemandu dan siapa2 la yang ada dalam bidang pendidikan ni..ni la masa dia nak kongsi kemahiran, jumpa kawan kawan, sembang sembang, cari pengalaman, hilangkan tekanan, cuci mata cari jodoh...ehhh...silap taip pulak..hehe..

So taun ni cik norro di ajak oleh cikgu rizal join team memanah. Memanah ok....kate ajis..lengan besar ranting..larat ka hang nak tarik panah tu? Hampehh...helloo.. ak tarik panah elok je kena target 9, 10 okeh....hihi tapi masa training laa yg kena..masa pertandingan nerves..kelaut peginye..

Untuk first timer macam ak ni..kira not bad laa...ada tempat la jugak..and yang penting ada point la jugak ak kutip..xdela kosong je mata ak tu...berlatih 3 hari ja kat latihan pusat then terus p bertanding..what do you aspect la kan...nak target juara memang mimpi la...kakak yang menang johan tu..7 tahun wooo berlatih...aku baru 3 hari...tu pun lebam2 tangan..muka xpayah cerita la..kulit dah kaler arang dah ni..kalah arang hitam..boleh bayang x kulit ak yg lebih hitam dari arang? Bayang sorang2 je la ek..yang menghadapi ni ni sedang bertabah..google sana sini cara nak pulihkan sunburn ni haaa...adehhh..dah rasa macam bayang2 berguerak...sebab dah sama kaler ngan bayang2 ni..legam wooo...

Secara keseluruhan memanah ni sebenarnya seronok dan menarik. Cuma aktiviti memanah ni agak makan modal la sebab peralatan dia mahal. Ada satu peserta tu dia punya set memanah harga rm7000 ye...second hand...picit kepala jap dengar..tapi sebab minat punya pasal...dia layan je...minat kite kan berbeza beza..may b tu kepuasan untuk dia..btol tak? Macam korang laa..mesti ada minat masing masing..kumpul kereta ke..kumpul lego ke...kumpul kasut ke..kumpul tudung ke...ehh silap taip lagi..hihi..

So kat sini ak cerita sikit la pasal asas memanah ni. Pertama setakat pengetahuan aku ni ada tiga jenis panah. Tradisional, recurve dan jugak compound. Tradisional ni ko tembak anak panah ikut gerak hati..tarik anak panah, set target, agak2 gerak hati kata kena, then ko lepas je anakmpanah tu. Kalo firasat ko tepat, hati ko tenang, kene la anak panah tu ke sasaran..hehe. So untuk recurve ada sikit up lah. Dia ada ukuran dia, then ada pengiraan dia nak tarik berapa kuat bergantung kat tali n saiz bow yg korang guna. Banyak bergantung kat setting sight la bagi aku kalau guna set memanah recurve ni. Salah setting sight..ke laut le peginye. Kecuali kalo korang pandai adjust ikut gerak hati atau korang pandai baca haluan angin dan sebagainya. Macam aku hari tu pagi main ok cerah elok..mai petang hujan angin sepoi sepoi bahasa mai..memang mencabar la ye. Pengalaman dan pendedahan yang bagus sebenarnya untuk first timer macam aku ni..hehe..tembak saje laa..kate nak cari pengalaman kan. So satu lagi memanah compound. Set ni paling lengkap bagi aku. Siap anak panah tu ada tempat rest. Tinggal ko aim and lepaskan anak panah je. Laju peginye..menusuk ke hati..hihi.. tapi serius memang laju..sebab tu kalau nak berlatih memanah kena dok kat padang yang ada jarak jauh kebelakang. Supaya tak tembus kena siapa siapa. Bahaya woi. Syok jugak tgk org main compound ni. Lagi canggih alat ko..lagi tepat la kena sasaran. Lagi canggih maksudnya lagi apa? Of course la lagi mahai wei..kawan yang satu team dengan aku tu..second hand dia beli..teka berapa? Rm7000 ok? Boleh buat belanja kawin kot...hihih...


So kat sini aku tunjukla sikit fizikal bagi satu set memanah dan ak syer la sikit (sikit la sangat..hehe) gambar ak masa pegi PSKPP baru2 ni. Ada jugak gambar masa ak and team pegi bertanding combat archery hari tu. Memanah ni sukan sunnah..tak rugi korang cuba. Harap korang boleh la syer pengalaman korang memanah dengan aku..hehe mana tau satu hari nanti kita boleh buat team?hehe..


jangan risau..nampak macam complicated kan? yang penting ada bow, anak panah and target ja..yang lain lain tu aksesori sahaja..hehe

longbow(tradisional), recuve dan compound. Ni jenis jenis panah


ni nama dia dillas team. masa ni mula mula main memanah. alhamdulillah team kitorang johan ok..
jenis panah : tadisional.

ini sejurus kemenangan..muka pun tercungap lagi ni mintak nyawa..hehe

piala kemenangan..hebat kan??haha maafkan saya

perasan tak depan anak panah tu letak span? kena letak laa kalo x mati la kitorang kena anak panah..tajam woo

cuba teka siapa ni? hehe

dengan team rizal..diorang dapat naib johan..hehe cuba lagi okeh..

tak sangka boleh menang..hehe

abang kat blakang tu..nak panah siapa?? hehe 

ini masa latihan pusat sebelum PSKPP..muka serius je semua..first day la katekan..

nampak x anak panah cik noro..kuning ok

kuning lagi

ini pencapaian paling baik..kena X..paling hebat..syabas cik norro..hihi

ni dah hari ketiga training..semua dah bawak keluar perangai gila masing2..hehe

hari pertandingan..kena merah..dapat la 8 mata..hehe happy okay

menang begambor aje la ek..

rizal..power ni..tq rizal sabar banyak nak mengajar pelajar linus macam cik noro ni..hehe

team PSKPP daerah kitoang
dari blakang: rizal, abg jamil, ust fadzly, shakirin (baby shark..hehe), janggut, kak rina, cik Norro, azrul (abah)
duduk depan: angah, ust syukri and syed 

abg jamil ngan rizal..ni jurulatih kitorang ni..nampak x teropong tu? nak tgk anak panah tembak kena point berapa

khemah kitorang. asal hujan je kena adjust bagi rendah..satu keje pulak kan..hihi

set memanah peserta

jangan kacau..tengan bincang strategi ngan izal nih..hihi

nampak x langit gelap? nak hujan dah masa ni...ni la keadaan padang memanah masa pskpp hari tu.. 
so next time kalo koang nak masuk bertanding ni la keadaan dia. 
jarak 50 meter. satu lane ada dua orang penembak and ikut sequence
AB, CD,EF ikut jumlah ramai peserta.


secara keseluuhan aku berpuas hati la dengan prestasi sendiri
yang aku belajar memanah ni ajar kita untuk sabar, fokus dan kawal emosi
bila emosi kita tak ok, anak panah tak kan pegi elok.
kawal dan belai emosi tu penting
nak memanah kena fikir yang happy2 ja and fokus.
punca anak panah aku kelaut masa pertandingan adalah nerves
jadi setakat tu je la yang boleh cik norro kongsikan :)






1 comment:

Anonymous said...

Kehidupan adalah baik apabila anda mempunyai kasih sayang anda di sekeliling anda, saya katakan ini kerana apabila saya mempunyai masalah dengan kekasih saya saya tidak pernah melihat kehidupan sebagai perkara yang baik tetapi terima kasih kepada Dr. AGBAZARA dari TEMPLE AGBAZARA, kerana membantu saya membuang ejaan yang membawa kekasih saya kembali kepada saya dalam tempoh 48 jam. Suami saya meninggalkan saya untuk wanita lain selepas 7 tahun perkahwinan, tetapi Dr.AGBAZARA membantu saya membuang mantra yang membawa dia kembali kepada saya dalam masa 48 jam. Saya tidak akan memberitahu anda lebih banyak maklumat mengenai diri saya, tetapi saya hanya akan menasihatkan mereka yang mempunyai masalah di sana hubungan atau perkahwinan untuk menghubungi TEMPLE Dr.AGBAZARA menerusi butiran ini melalui;
( agbazara@gmail.com ) atau hubungi beliau di Whatsapp: +2348104102662