Kenapa redha? Ini bukan sesuatu yang mudah untuk kita buat dan laksanakan. Betul tak? Untuk terima apa yang jadi, untuk terima ujian yang sedang dihadapi, untuk lalui ujian yang Allah beri, ya itu bukan sesuatu yang mudah. Tapi, bukan jugak sesuatu yang mustahil.
Nak redha, bukan semudah kita sebut perkataan..ya aku redha...kalau la semudah itu...kan senang? Nak redha kena ikhlas, ikhlas pulak sesuatu yang tak boleh nak digambarkan macam mana rasa ikhlas tu. Rasa tak mengungkit ke? Atau tak payah rasa apa apa? Buat bodoh aje...itu ke ikhlas? Lupakan sesuatu keperitan tanpa ada rasa dendam di hati..itu ke ikhlas? Susah kan nak gambarkan ikhlas ni macam mana..nak relate dengan redha lagi..susah, payah, sulit, semuaaaalaaaaaaa...
Cik norro sedang belajar untuk redha dan jugak ihklas. Peritlah rasa dia. Rasa xnak ungkit, rasa tak nak fikir, rasa tak nak cerita apa apa kalau orang tanya, but then semuanya di luar kawalan...perasaan kecewa ni tak boleh dipendam sorang huhu
Sebenarnya, apa itu redha?
Redha ialah perkara yang berkait dengan keimanan yang terbahagi kepada dua iaitu redha Allah kepada hambanya dan redha hamba kepada Allah.
So macam mana maksud redha Allah tu? Redha Allah kepada hambanya berupa nikmat, pahala dan ditinggikan darjat kemuliaan.
Redha hamba kepada Allah swt pula ialah menerima dengan sepenuh hati apa yang Allah dah tetapkan. (Tolong la baca banyak kali yang ni ok cik Norro)
Redha ni ialah bila kita dah berusaha. Redha ialah suatu sikap yang diambil oleh seseorang setelah melakukan usaha.
Berbeza dengan pasrah, pasrah ni menyerah tanpa usaha dah ikhtiar.
Redha = hati tenang
Pasrah = putus asa
Allah tak suka orang yang putus asa.
K.U.A.S.A
Kuasa...jangan salah guna. Bila kita ada kuasa...ingatlah akan ada yang lebih berkuasa dari kita. Kadang kadang manusia buta dengan kuasa yang diberikan kepadanya..dengan kuasa yang ada..semua ko ingat ko boleh control..semua kena melutut, merayu, menagih simpati meminta belas kasihan daripada ko..sebab apa? Sebabb ko ada kuasa? Boleh pegi jahanam dengan kuasa ko...what ever it is..still ko jangan lupa...ada kuasa yang lebih besar dari ko...kuasa kepada segala kuasa..yang maha berkuasa hanya Allah sahaja. Tak apela, i always beleive...buat baik pasti akan dibalas baik and buat jahat pasti Allah akan balas dengan balasan yang setimpal. U wait! Bukan besar sangat kuasa ko tu...dan aku yakin satu hari nanti ko pasti akan menyesal sebab menganiaya orang yang sangat memerlukan pertolongan macam aku ni..dunia ni sekejap je..pasti kalau Allah tak balas kat dunia ni..kat akhirat mesti dapat balasan...lepas di dunia...akhirat belum tentu..kau tunggu..ko pasti akan disoal sebab salah gunakan kuasa yang ko ada tu nanti...
I may forgive, but i wont forget.
Penulisan ni memang dari coretan hati cik norro yang kecewa dengan manusia yang tak pandai nak uruskan manusia. U deal with human. Undang undang ni undang undang manusia. Atas apa alasan sekalipun pasti akan ada budi bicara yang boleh digunakan. And ingat, if niat ko memang tak baik nak kenakan aku, semoga engkau dapat balasan yang sepatutnya. Dan pasti jugak hidup ko x akan aman.
Huhu maaflah kalau entry ni sedikit keras bunyinya, tapi sebagai panduan di masa hadapan, pasti ada penyelesaian yang boleh kita fikirkan supaya semua mendapat manfaat dan keuntungan. Ko xdapat apa pun kalau ko berkeras sangat, belajar untuk tolak ansur sebab ko hidup kat dunia ni bukan lama pun. Jadi jagalah hubungan dengan Allah dan jugak hubungan dengan manusia. Kalau ko hanya jaga hubungan dengan Allah je xjaga hubungan dengan manusia..ko x akan kemana pun..
•Leaders become great not because of their power,
but because of their ability to empower others•
Lots of love
♡Cik norro♡
No comments:
Post a Comment