Entry ni khas di tulis untuk kak rina fariza johari
Untuk pengetahuan kak rina, kami semuaaaa sayang kat kak rina..hehe
So kami semua jugak sangatlah excited bila dapat tau kak rina yang garang macam singa ni buat keputusan untuk menamatkan zaman bujang dia..heee...
Garang memang la macam singa..tapi tu luaran ja...siapa yang betul2 kenal kak rina ni mesti tau sebenarnya dia ni manja dan hati tisu...
Kuat nangis sebenarnya...cepat je hati tu tersentuh..
Kalau x..xkan la dia boleh nangis masa tengok pilot cafe kat pawagam sampai bengkak2 mata tu...kahkah....memang tak boleh lupa yang tu...sedar2 dah soksek2 kat tepi aku...nangis rupanya pompuan ni....ak pun heran celah mana yang sedihnya cerita pilot cafe tu...awat aku tgk macam xde ape perasaan pun? Hihi
Ok so sebabkan xlama lagi dah kak rina nak kawin, jadi kami kawan2 buat la satu group whatsapp khas untuk bincang beberapa suprise untuk kak rina. Antaranya ni la..bachelorate party untuk dia. Tapi ni style malaysia la...no party2 liar..no buih2..hihi no mabuk2...hee..benda2 lagho ni serah katbkak paah and cik norro laaa...laju jaaa..idea datang mencurah2...hehe first skali kami p survey tempat dulu nak buat party kat mana and make sure tempat tu selesa, makan sedap and tak mahal, boleh lepak2, ada space untuk kami (sebab masing2 kepoh) need some private space la kan then make sure ada surau sbb senang nak solat kalau datang awal nak hias tempat. So tempat jamuan dah settle..kena la pilih tarikh pulak.
Nak pilih tarikh satu hal lagi..memang payah nak bagi semua ada. Last2 dapat tarikh on 28 july 2017. Ngam2 sebulan sebelum majlis kawin kak rina. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Termasuk lah plan nak bawak kak rina p restoran tanpa dia tau motif sebenar nak keluar makan tu. Tahniah semua jawatankuasa sebab masing2 pandai berlakon..sampai kak rina percaya..hehe
So tengok je la gambar kat bawah ni sebagai kenangan masa hadapan ye.
Best restoran ni. Siap boleh tulis kat board warna warni berlampu dia ni
♥Rina Bride to Be ♥
Hehe
Tq kak zai. Sebab gigih print benda alah ni and tq jugak yang mai awal tampalkan benda2 ni kat dinding. Satu restoran la tau motip party kite ni ek..buat macam restoran bapak kite ye? Haha
Cik norro pesan kat kak zai bawakkan crown...memang crown je la dia bawak..lupa bawak jarum peniti..haha ape adehal...tampal selotep je la...settle..hihi
Tq kak zai..xtau la mahkota sapa dia sebat tu..hehe
Ok ini video suprise bila kak rina tau party tu untuk raikan dia..ko sempat ek doakan kat aku kak..terima kasih la ye! Hihi dalam dok muka terkejut tu sempat gak dia beletiaq marah kitorang sebab masing2 bagi alasan mai lewat jem la..apa la...hihi tq kak jue sebab p amik kak rina kat umah :)
Atas permintaan, tema bachelorate party kita malam tu : black and white
Apa apa hal..gambar dulu...hehe
Siap Ada kek..tq kak jue..masakkan kek..sempat lagi tu masakkan kek butter..katenye senang je..kek sedap ok..siap berebut tapau bawak balik lagi..hehe
Achot sibuk nak potong kek..macam dia yg bride to be..hihi
Pompuan ni...time ni la baru kalut nak tulis and passing kad kawin dia..hehe haruslah tulis nama kakak yang paling tua dulu...kak ain..hihi
Ok makanan cik norro sampai dah..apa ntah tajuk dia..tapi dalam kata mudah dia chiken chop je pun..hehe and air mangga blend. Sedap2..boleh try lagi nanti..hehe
Masa ni kak jue bagi kak rina hadiah kawin..in advance..hehe
Semua tgh menikmati makanan masing2
Tq kak aja amikkan gambar..hehe
Dah dapat hadiah kawin siap2..frame of friendship..hehe
Ok..ada live band..best band rock 7 ni nyanyi..suara dia sedap..sound pun elok..power2..lagu pun boleh request..kesimpulan dia..best! Hehe
Dah habis makan...kasi chance la begambar..hehe
Owner kedai amikkan gambar..dia cakap nak upload kat fb kedai dia..sebab tengok kami meriah sangat..hehe mintak maaf la ye..kitorang memang kecoh..hehe
Dah alang2 dia volunteer nak amikkan gambar..soh la dia snapkan beberapa keping terus...hehe mesti dia nyesal kan offer diri nak amikkan gambar..hee
Kak aja busy masa ni sebab dok rekod band nyanyi lagu jampi..hehe gigih..tq kak aja..nasib baik kak aja rekodkan :-*
Belakang dari kiri: kak zai, kak jue, achot
Duduk dari kiri: kak aja, ka paah, kak rina, cik norro, kak ain
Tiada dalam gambar: kak ila, kak awin, linda and aan..
Terima kasih semua yang bersusah payah untuk menjayakan majlis ni. Semoga ukhwah ni kekal hingga syurga. Tahniah kak rina dah hampir nak melengkapkan separuh dari agama...hehe..semoga dipermudahkan urusan majlis kak rina and semoga pasangan kak rina sentiasa menggembirakan hidup kak rina dunia dan akhirat :)
Kepada yang tak dapat hadir majlis ni..tak ape..insyaAllah jumpa majlis kenduri kak rina nanti..hehe..
See you soon guys!
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
No comments:
Post a Comment