cakap pasal hadiah..dahhh laammaaaaaaaa sangat dah xdapat hadiah..so baru baru ni dua minggu lepas kot..kami cikgu yang mengajar matematik dapat hadiah daripada kak ketua panitia..
kakak ketua panitia ni nama dia noraini nordin..dia sanggaaaattttttt2 la baik hati..rasanya dia la makhluk tuhan dalam muka bumi ni yang aku jumpa hati dia baik sangat..huhu ni bukan bodek ka apa sebab dia ketua panitia..even kalau dia bukan ketua panitia aku pun..aku tetap akan puji dia..kak noraini nordin ni atau nama mesra dia kak ani...comel je orangnye..taun depan nak pencen dah..syoknya kak ani..dalam ramai2 org kat skolah ni..die je yg tetap pendirian nak amik pencen sampai umo 55..siap dia xsabar2 nak pencen tu..kalau dia datang kat aku nak betulkan data or maklumat dia dalam sistem..yang dia kesah hanyalah tarikh pencen dia..yang lain dia xmau tau..yg penting dia kata..dia nak make sure tarikh pencen mesti betul dan tepat..hehe tak sabar nak berehat la tu kak ani..maklumla dah berpuluh tahun mengajar..hehe..kak ani jugaklah org yang banyak bagi nasihat kat aku..masa ak kena marah dengan pengetua hari tu..kak ani la yg banyak bg support..dia bagi nasihat dan suruh bersabar..sebabnya Allah sukakan orang yang sabar..tQ kak ani..
ni la kak ani :)
ok kak ani telah menghadiahkan kami cikgu-cikgu addmaths sempena kenaikan peratusan lulus addmaths untuk SPM 2011..walaupun tak sehebat mata pelajaran lain..tapi kami bersyukur sebab ada jugak peningkatan...kami cikgu2 addmaths (4 orang je pun..hehe bunyi macam ramai.) selalu berbincang apa langkah yang perlu diambil dan macam mana nak bagi students lulus..huhu tapi macam mana pun kita sebagai cikgu mampu bagi laluan ja..yang nak melalui jalan tu students la..terpulang pada mereka la..nak pilih cara mana dorang nak berjaya..kan?
ok ni la hadiahnye
gelas
cokolat..nom..nom..hehe
dan ikan lumba2 yang comel..kak sellam pesan ikan lumba ni boleh guna bila nak cari ilham..bila rasa xdak idea tu..tolak2 ikan lumba2 ni..hehe mesti idea datang...heheh
yang ni cikgu paling pengetua sayang..hehe Fong Ee Lin..kak fong ni baikkk sangat..slalu la bagi tunjuk ajar..bgtau apa nak buat..dia selalu memudahkan kerja..xsuka meleceh2 kan keadaan..kalau aku ada masalah berkaitan peperiksaan..pegi je kat dia..sekelip mata ja dia bg solution..nak buat apa lepas tu..kak fong ni orang penting sekolah..sebabnye dia adalah setiausaha peperiksaan..dan dia adalah orang yang paling busy..SAPS la..headcount la..SPPKS la..suma serah kat dia...hehe dalam perbincangan professional pun..kak fong selalu bg pendapat..apa nak buat..soalan mana nak pakai..topic mana yang perlu ditekankan..bagus kak fong ni..
ni kak fong
yang ni cikgu Sellam..kak sellam ajar biology ngan addmaths..pengetua selalu sebut nama kak sellam dalam mesyuarat..siap puji tu..kerje die tip top..hehe..tapi memang pun..dia seorang yang easy going dan jugak kelakar..bila kitorang cikgucikgu addmtahs ada perbincangan professional..macam2 isu yang kami bincangkan..selain tentang peperiksaan dan apa yg perlu dilakukan untuk menaikkan peratus addmaths..kami jugak akan bincang pasal isu2 semasa di sekolah atau dalam erti kata lain..bergossippp hahah dan most of the time bila kak sellam bukak cerita je..kitorang dah start gelak..hehe ada satu hari dia dah pening..sebab dia la jugak ketua panitia biology..dia jugakla cikgu addmaths..ketua rumah sukan..macam2 serah kat dia..sampai dah bercampur2 apa yang dia nak cakapkan..hehe..sampai kitorang pun naik pening.
kak sellam
betolbetol 1 Malaysia kami nih..hehe..gambar dan penjelasan tentang aku xpayahla..sebab aku biasa2 ja..budak baru belajar..setahun jagung la katakan..huhu..kat skolah ni..aku banyak kawan dengan kakak2..sebabnya aku memang ada masalah kalau bergaul dengan rakan sebaya..susah nak sesuaikan diri..xtau la pasaipa..hmm tapi memang dari dulupun..ak xberapa ramai kawan2 yang sebaya..kalau ada pun dua tiga kerat ja..tu pun skarang dorang dah xkawan dengan aku....biasela..aku kan banyak songeh..mengada2..paling cepat terasa..sapa boleh tahan kan?hehe tu la pasal kawan2 lari..huhukk..ok la..skarang entry aku dah jadi wordsssss wednesday (banyak s menunjukkan ada terlampau banyak perkataan dalam entry ni)..hehe trima kasih kepada kak ani sebab bagi kami hadiah..walaupun hadiah biasa2 ja..tapi sapa tak hepy dapat hadiah kan?terasa diri begitu beharga..ciwahh.
**kadang2 dengan sedikit tindakan yang kita rasa leceh nak buat tapi kita buat jugak..boleh buat orang lain rasa happy..tapi sapa sangka kadang2 jugak dengan sedikit tindakan yang kita rasa leceh tu la bila kita TAK buat..boleh memecahkan hati dan perasaan orang lain..pening kan?..**
oklah bye.bye.
oklah bye.bye.
No comments:
Post a Comment