Sunday, October 18, 2015

Laporan kem perkhemahan maal hijrah 2015 /1436 H

Pada 14 Oktober yang lalu suatu kem perkhemahan maal hijrah tahun 1436H telah diadakan di rumah kak aja (nor farniza mustafa). Seramai 5 orang ahli kumpulan hello kitty telah melaporkan diri untuk menghadiri perkhemahan ini. Peserta perkhemahan adalah terdiri daripada norrohaniza a.k.a maya, rina fariza bt johari a.k.a minah London, nurharmila harmainy a.k.a the boss, farahdila abu seman a.k.a gubesor and last but not least tuan tanah kedaun nor farniza mustafa a.k.a sayang katenye..hihih

Idea perkhemahan ini telah lama disuarakan oleh penulis sekitar 10 bulan yang lalu. Namun dek kerana kesuntukan masa dan kekangan kerja, kem ini asyik tertangguh dan hampir tidak dapat direalisasikan. Seingat penulis, idea berkhemah di rumah kak aja ini telah disuarakan ketika mahu menyambut kehadiran tahun baru 2015 yang lalu.  Namun begitu, syukur alhamdulillah ianya berjaya juga dilaksanakan ketika sambutan tahun baru 1436H. (Big smile)

Pada awalnya farahdila abu seman selaku pencetus idea telah menyuarakn hasrat beliau untuk menikmati hidangan semangkok laksa ketika cuti umum maal hijrah yang kebetulannya jatuh pada hari rabu dan beliau tidak boleh pulang ke kampung. Maka telah diajaknya 8 orang ahli kumpulan hello kitty yang lain untuk ke rumah kak aja. Antara ahli yang tidak dapat menghadirkan diri ke kem perkhemahan ini adalah nor azihan adnan, norafzalinda bani, nur'ainsham abu bakar, siti fatimah a.k.a achott dan mazwin. Mereka mungkin akan dikenakan surat tunjuk sebab kerana tidak dapat menghadirkan diri ke kem tahunan seperti ini. Namun atas budi bicara pihak ajk kem perkhemahan..pada kali ini mereka diberikan pengecualian kerana terdapat beberapa hal peribadi yang tidak dapat mereka dielakkan.

Perjalanan kem perkhemahan bermula dari petang  13hb okt dimana kak rina selaku ajk pengangkutan telah mengambil akundan kak ila untuk kami bersama sama bergerak ke rumah kak aja. Manakala kak farah bergerak terus ke rumah kak aja kerana beliau mahu berjumpa dengan kak awin..lama tak dating katenye...jadi pada petang berkenaan pusat pengumpulan adalah di pasar malam bawah jejantas. Setibanya di pasar malam bawah jejantas, kami secara berkumpulan telah membahagikan tugas untuk membeli bahan sebagai persediaan untuk party bakarbakar pada malam tersebut (harap jgn salah faham dgn party)..hihi. setelah selesai membeli barang keperluan, makan kami segera bergegas pulang ke rumah kak aja untuk solat maghrib berjemaah dan bersedia untuk bacaan doa akhir dan awal tahun diikuti dengan bacaan yassin yang diketuai oleh kak aja.

Semasa slot solat berjemaah dan bacaan yassin..penulis berasa begitu terharu dan bersyukur. Di dalam hati penulis berdoa agar ukhuwah persahabatan ini akan sentiasa berada dalam redho ilahi dan jodoh persahabatan ini akan kekal hingga bilabila. Sahabat adalah sesuatu yang sukar dicari ganti tambahan pula sahabat ketika susah. Selain keluarga, sahabat adalah tempat kita untuk merapu kasih. Betul x?walau macam mana kita marah pun, tapi kalau betul kita ikhlas dalam berkawan pasti akan ada penyelesaian untuk memperbaiki salah faham yg ada.

Baiklah, setelah selesai solat isyak berjemaah, kami masingmasing bergegas untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan. Kak rina selaku tokeh tom yam, kak aja tokeh perap2 dan grill2 kambing dan ayam, kak ila selaku tokeh potong memotong dan air asam, kak farah selaku pembancuh air dan penggoreng sotong masak kunyit (bawang lebih) dan last but not least aku sebagai tukang rebus jagung dan tukang masak nasik..kerja berat ok (xde aku xmerasa la kome makan jagung manis)..hehe
So dalam pukul 10 slot memasak selesai, apa lagi makan la kami sampai tak larat bangun. Secara keseluruhannya masakan malam tu sedap. Tom yam sedap, bbq sedap, air sedap, sotong masak kunyit bawang lebih sedap, air asam sedap, ikan bakar sedap dan paling sedap mestilah jagung rebus..hehe Setelah selesai slot makan makan, semua peserta bersiap sedia nak tido la apa lagi..perut sudah kenyang. Untuk menghangatkan suasana kasi up satu crita hantu yang membuatkan kak farah mengamok..hahaha puas ati akuuuuu..

Seawal jam 6 pagi ada peserta yang telah bangun untuk sembahyang subuh. Dan ada jugak yang terus ke dapur membuat sarapan cucur jagung. Cucur jagung ni memang mabelessss..sedap wei kak farah masak. Yang memasak teruskan memasak yang tak memasak sambung tido and tengok movie. Antaranya ialah movie kasut ku kusut dan big hero. Ketika menonton movie disulami dengan hujan dan cucur jagung...mata pulak semakin berat...maka tido balik la jawabnye. Oleh itu separuh hari perkhemahan di hari kedua diisi dengan aktiviti makan dan tido.

Selesai makan tengah hari, peserta perkhemahan mengambil keputusan untuk meneruskan aktiviti menyanyinyanyi di pusat hiburan keluarga. Setelah menyumbang suara selama 2 jam tanpa henti kami memutuskan untuk ke masjid untuk smayang asar dan pulang ke pangkal jalan sebelum sempat  melawat tapak wayang yang sebenar. Maka tayangan pilihan pada malam penutup adalah PAN. Sebab nampak mcam best ja crita ni..hehe.

Setelah selesai wayang, maka berakhirlah episod laporan kem perkhemahan maal hijrah pada tahun ini. Sebenarnya tak berapa nak akhir la sebab keesokan harinya kak awin datang ke tapak perkhemahan dan makan tomyam n kambing bakor yg dimasak lain oleh kak aja..teringin katenye..hehe. Semua peserta selamat tiba ke tempat asal usul masing masing. Saya selaku pelapor amat gembira kerana berpeluang menghadirkan diri ke kem ini dan ini merupakan kem yang terbaik yang pernah saya hadiri. Jutaan terima kasih ingin saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Dengan ini saya akhiri laporan saya dengan dua rangkap pantun

Kalau ada jarum yang patah,
jangan disimpan di dalam peti,
kalau ada silap dan salah,
jangan disimpan di dalam hati.

Kalau ada sumur diladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih


Yang benar,
♥ Norrohaniza abdul rahim ♥
(Setiausaha kem perkhemahan 1436H)

Berikut merupakan gambar lampiran sepanjang aktitivi kem perkhemahan dijalankan

Hari pertama
















Hari kedua



Hari ketiga





Peserta terakhir : kak awin

♥♥♥ Sekian melaporkan ♥♥♥


Sunday, June 28, 2015

Happy birthday opah amani :)


Assalamualaikum to all
Alhamdulillah dah masuk 11 ramadhan hari ni :)
Dan hari ni jugak birthday mak kite
Puan rohani bt md shariff
Happy birthday mak!!semoga mak sihat selalu dan berada dalam rahmat ilahi


Masa p becoti2 kat langkawi tu ari
Mak cakap dia xpenah p langkawi..jadi kami adik beradik pun plan la a family vacation to langkawi. Masyarakatt...masa kami p tu punya ramainya umat..terus rasa serik nak p lengkawi dah..phewww..masa ni mak borong kain batik kemain banyak lagi..as usual cik norro hanya berminat beli minyak panas ja..biasala opah2 cik norro ni..perut sensitif..angin manjang..hee
Mak cik norro sgt best..pasal?
1.nama ktorang nak dkt sama norrohaniza and rohani..
2.kami lahir bulan yg sama..me 21st of june as my lovely mum 28th of june. Jadi kami ada banyak persamaan 
2.1 contohnya mak sangat jarang membebel. Dia akan cakap sekali ja..nak ikut xnak ikut up to you. 
2.2 Mak sangat jarang marah..tp kalau skali dia tinggi suara tu..paham2 la ko eh! 
2.3 rajin.
 mak tak suka paksa aku buat sesuatu. Contoh basuh kain..haha..walaupun ada washing machine mak sgt tau ak malas nak basuh and sidai baju..hehe(sila jangan contohi sikap tu) tapi dia xpenah paksa ak..yg ak tau bangun pg bakul baju kotor dalam bilik dah kosong celik mata tgk bju dah tesidai kat ampaian..tapi kat mana persamaanya?ak plak rajin lipat kain..berbakul2 ak lipat okeh..tapi lipat je la..simpan tetap mak yang simpan..hehe
2.4 Cuma satu ja yg tak sama..mak pandai masak..mak masak ape pun sedap...yg ni tak bleh challenge..dan atas dasar mak masak sedap bak kata chef amar masak with hati masak with iman sebab tu la ak xsuka masak..sbb nak makan makanan yg mak masak.

Tapi kan sbenarnya dalam dunia ni semua org akan cakap mak dia terer masak.btol x?masakan mak diala yg paling sedap and paling best! Walaupun cumalah telur goreng..xde telur goreng yg lebih sedap selain telur goreng yg digoreng oleh mak..btol x??Of course lah kan. Mak adalah anugerah Allah yang paling indah. Mak abah ni tiada ganti. Suami ko boleh cari lain tapi mak abah ni satu ja jadi hargailah mereka.
Tak tau la ak ada peluang ke tidak untuk jadi sehebat mak!

Walaupun ak tau mak tak baca entry ni tp ni adalah salah satu cara ak nak abadikan memori aku dgn mak. Happy birthday mak :) 
Dan jugak ak sempat hadiahkan mak 


Al Quran dan terjemahan ni..hehe

Terima kasih Allah :)



Sunday, June 21, 2015

Today is my Birthday :)


assalamualaikum semuaaaaaa
(bajet ok macam ramai nau 'semua' tu..hehe)
so sebelum terlambat cik norro nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat  :).. Puasa tak??mestilah puasa kan..hehe so ni ari adalah hari pertama cik norro berpuasa di bulan ramadhan untuk tahun ni..walaupun orang lain dah mula berpuasa 3 hari yang lepas...aku je yang lambat baru nak start posa ni ari..huhukk..nak buat cemana kan..(hehe bersyukur sebab itu tandanya ak wanita yang normal..alhamdulillah!!)
so it was a good start for me..celebrating my birthday this year with first day of fasting for myself during Ramadhan AlMubarak!!Alhamdulillah..it was like...errr may b once in a lifetime kan? bukan selalu dapat peluang macam ni..selama genap 28 tahun hidup ni..so ini la first time dapat merasa sekali berpuasa di hari lahir sendiri di bulan yang mulia bulan Ramadhan..semoga Allah akan memberi keberkatan dan keinsafan kepada aku dan juga kehidupan aku di dunia dan akhirat. Amin!
Ok jadi hari ni cik norro macam biasa rutin harian cek email! agak teruja sebab bila cek email dapat wish dari 


1. Alumni UMS

 2, Yahoo 

wakaka...si Alumni UMS ni ak teruja gak la..rasa macam dihargai sangat. So..thanks Alumni UMS for the birthday wish..hihihi..tak sangka wei..it was a good effort and #kipidap yaww!!hihi..dan yang kedua tu en. Yahoo..yes...peminat setia okeh..dari jaman2 skolah menengah  dulu lagi.. en.Yahoo adalah 'orang' yang setia yang kerap dok wish happy birthday kat aku setiap tahun tanpa gagal..siap hantar kad yang bervideo lagi..kumbang tu boleh gerak2 ok..siap ada music bagai..ohlalala..so suuwitttt..hihih no matter what happen,.no matter how busy u are yahoo..uve never failed to wish me happy birthday..Tq
hihih..ok jangan kata aku gila eh!!sebenarnya ada jugak yang wish kat aku kot fb..tapi thru message je la..sorry ek..sebab aku dah setting beberapa hari yang lalu siap2..nobody can write on my timeline..bukan apa..aku tak berapa ada masa nak mereply kat timeline tu satu-satu (perghhh bajet gila ramai org nak wish kat ko??!haha)..maafkan saya..tapi ya benar..aku memang selesa begini..jadi mana2 yang rasa hampa tak dapat tulis kat wall fb aku tu..jangan kecewa okeh! aku mintak maaf :p 
lagipun bila ada yang pm aku kat fb..maksudnya kau tau dia benar2 ikhlas nak wish kat aku..bukan sekadar tengok reminder then tulis sekadar tulis..u got what i mean??ok la pandai2 la nak hadam sendiri eh apa yg aku cuba nak sampaikan. kot mana pun..terima kasih atas ucapannya. :)

so Norrohaniza Abdul Rahim...happy birthday to you..semoga akan menjadi insan yang lebih matang..lebih sabar..lebih penyayang..lebih baik dari yang sebelum ni..dan lebih berjaya..cikgu yang lebih bersungguh..anak yang lebih solehah..bakal isteri yang lebih baik (ehh tiba2..haha) amin!
Sempena di bulan yang baik di bulan Ramadhan ni akan menghadirkan berjuta kebaikan dan kejayaan untuk cik Norro supaya dapat dikongsi dengan insan disekeliling. Amin 

 Terima Kasih Allah :)

Tuesday, June 16, 2015

#siTua yang yakin..


Al kisah
cik norro: Kak...ko g kenduri umah kak **** esok?
Kak aja: Pegi..dgn adik...ko?
cik norro: aku pegi insyaAllah..ak nak bwk mak n adik aku tapi ak cek msg takde pulak dia sebut bwak sekeluarga serba salah pulak nak bwk family..haha
Kak aja: haah la....dia xde sebut..cancel adik ak tak payah ikut!
Cik norro: ko ada ajak kak ila x?
Kak aja: xde..dia nak balik kg..
.
.
.
(dah balik kenduri aku msg kak ila)
Kak ko dah kt kg ke?
Kak ila: kg mane??aku ada kat umah ni haa....
Aku: haaaaahhhHHHh??????

Haha..kak aja..kak aja..kalau si tue farniza mustafha ni kan...memg gini...yakin je die!!heish
.
.
.
.








Disekitar majlis kenduri kendara
Hihi...bukan salah tuan rumah pun tak ajak sekeluarga..tuan rumah ada hak dan ada kemungkinan jugak dia terlupa or tak perasan..tiada niat lain ok...cuma nak cerita situa yg yakin tak hengat tu..haha..

P/s: tapi memang penting pun..kalo nak p kenduri pastikan yg mengajak ada sebut bwk la sekeluarga..kalau tak de sebut jgn la bwk..datang sorg je la..atau nak dtg sekeluarga bleh gak..tp xbleh la makan..hehe..nganga je la eh :p


Monday, April 27, 2015

#episodkenduripalingtragissetakatini


Farniza mustafha a.k.a kak aja....
Pergh tajuk nak mistik kan??haha...ok ni ari cik norro nak crita
Alkisah bermula
.
.
.
.
.
Aku: eh kak...ko pegi kenduri umah kak farah? Kalo pegi ramai2 mesti best kan?(aku yg sentiasa suka plan buat aktiviti beramai2..tak serik2...hehe...ak xtau...tp ak memg suka ajak kawan2 buat aktiviti sama2..)
Kak aja(superduperbusywoman): ok jugak...kak aja pun free weekend ni(biasala..layankan aje permintaan minachi(aku le tu) sorg ni...kata kak aja dalam hati..hehe)
.
.
.
Jadi ke kenduri kawin la kami weekend tu...wait..wait...itu bukan ceritanya...itu baru alkisah..heheh...jadi sesampai di rumah kenduri
.
.
.

Ok haruslah begambar sedas...kak aja..kak farah..cik norro minachi..hehe...ceria kan kami...haha...ok tunggu sat
.
.
.
Kenyang makan..kami pun mintak izin..nak balik
.
.
.

Sebelum balik pekena pulut mangga dulu
.
.
.


Cece...selfie..sempat..kami kelihatan ceria bukan??masa ni kemain bnyk gosip mosip mak jemah kitorang sembang...buat 'ketupat'..maklumla..jarang2 dpt jmp kak aja ni..sibuk btol dia..nak ajak kuor tahap kena buat appoinment..apakah..kalah menteri ko..jenuh tunggu turn!!!jadi peluang yg ada ni kami pun mula la keluarkan semua crita yang ada..hehe...
.
.

Xcukup satu...bekeping2 ko selpiaq...tengah syok2 begosip berselfie bagai...tengah rancak bercerita...po0o0mmmm!!! 
Omak kau..tokojut den!!...
.
.
.
Haa kau..tayar pecah!!!hadoi...kak aja rilek je..soh yanie jangan panic and parking tepi..haha...dgn berbaju kurung empat2 orang pompuan..oi ak mana reti tukar tayar..huhu...jadi kelihatannya disitu kak aja gigih nak tukar tayar...haha...tapi masalahnya tukar tayar jet atas rumput...hahaha...mane la maunye...jadi dengan menggunakan kelebihan yg dikurniakan tuhan sebagai perempuan...ak pun buat2 la muka sekupang kat tepgi jalan tu and buat2 tanggal kasut tinggi( bajet mcm dalam drama melayu tu) hehe...eh...xsangka...tetibe ada kete benti parking kat depan kete kitorang and offer nak tolong tukarkan tayar...dia nampak muka kami mcm cuak je..then abg2 sado ni pun perkenalkan diri...katenye jgn risau..kami ni navy....phewww lega mak....sekelip mata ja abg ni tukar tayar kete..


 Kelihatan kak aja yg berusaha nak jet and longgarkan nut tayar...dan cik norro yang..errr have no idea.. Apa tah yg ak pikir masa tu..hehe..
.
.

Hehe...abg2 navy yg aku xsempat tanya nama..mahupun bertukar hp number (skali g pengaruh drama melayu) haha...lempang kang!!!tp seriyes..navy2 ni mai geleng kepala...ape jela budak2 pmpn ni...nak jet tayar atas rumput..haha..mesti dorg gelak2 kan ktorang kan?hihi..dan mcm biasala dah kata navy brapa minit ja dah siap..alhamdulillah selesai...ak ucap trima kasih and ajak la abg2 navy ni p minum...dorg xnak pulak.. Ak nak bg duit pun dorg xnak...aduh...baiknya...xtau nak ucap mcm mana lg..tapi if u read this abg navy...tq so much..Allah je yg boleh balas budi korang sbb tlg kami. Tq...tq....so abg2 tu pun berlalu la menuju ke destinasi mereka.
Hehehe
Tapi...........
Belum cukup tragis...
Ibarat jatuh ditimpa tangga...ada pulak yg tengah2 insiden pecah tayar kena cirit birit...hui.......jauh wei menapak cari rnr...nak p toilet kete tayar pecah..haha..kite ingat dia nak p alih kon...rupanya jalan terus je...bekejar p rnr terdekat cari toilet...haha...lawak2...mcm2 hal...
Tak cukup ditimpa tangga lagi tu...
Penutup dia
.
.
.

Lengkap!!!!
Tiket tol plak hilang!!!!!!!!masyaAllah...
Tak tau nak kata apa...
Istighfar banyak2..
Hahaha..cukup lengkap...dari tayar pecah...cirit birit..tiket tol tercicir...
Astaghfirullahalazim....
hahah pengalaman ni memang tak jual kat mana2...haha..ak sampai hari ni nak tergelak bila teringat peristiwa ni...hahah...dengan kak aja ni memang ada je benda jadi..tp xpela walaupun kitorang lalui hari yg agak mencabar...alhamdulillah kitorang selamat dan ditemukan dgn org yg baik2...
Jadi moral of the story...jgn begosip2 sgt..rasa insaf wei..lepas dr tu ak sedar yg sebenarnya Allah nak bg peringatan kat aku..huhu...
Tapi kot mana pun terima kasih kat yanie sbb tak panic walaupun dia rasa ralat kad tol hilang...haha sampai temimpi2..sian...tq jugak kak aja yg mengawal keadaan dgn baik...hahah...kak aja...kak aja...ak sampai hari ni nak tegelak kalo teringat benda2 yg ko dgn ak secara tak sengaja lalui sama2..haha..
Ingat semua...jangan kuat bergosip mcm cik norro..jadikan ini sebagai pengajaran ok..insyaAllah...sekian :) 
.
.
.
Dan...tadaaa..haa kau..hasil bedah siasat...ni la benda yg tertanam dalam tayar kereta kitorang

Trima kasih ya Allah..syukur Alhamdulillah kitorang selamat!!!(>_<)
#episodkenduripalingtragis







Tuesday, March 10, 2015

Ammar Arsyad udah satu tahun deh ^_^



Tadaaa....birthday boy ammar arsyad
.
.
.
.
And


The home made birthday cake by maksu!
Cantik kan kek ni???dan sedap!hehe
Happy birthday arsyad..semoga membesar dgn sihat dan jangan dibuli oleh kakak amani ....be a man.. Lawan balik!!!!hehe

From: Mak teh :)