Monday, April 19, 2021

7 penderaan senyap bagi anak


Yes, memang kita tak pukul anak dengan kayu golf, 

kita tak rotan anak dengan paip getah, 

kita tak sebat anak dengan tali pinggang, 

kita tak ikat anak kat pokok rambutan, 

kita tak tampar anak sampai berbekas, 

kita tak maki anak depan orang, 

kita tak cekik anak bila mereka nakal, 

sebab kita tahu--

itu adalah penderaan. 

Itu kejam. 

Itu dosa. 

Dan itu semua tak membantu malah membantut perkembangan anak.

Tapi yang kita tak tahu adalah banyakkk penderaan yang kita sebenarnya lakukan terhadap anak-anak tanpa disedari. 

Kita ingat kita tak dera, 

kita ingat apa yang kita buat selama ni "takpe", 

tapi rupanya--

KITA SEDANG DERA ANAK DALAM-DALAM. 

Kenapa saya kata dalam-dalam? 

Sebab "penderaan senyap" ni mampu membunuh emotional intelligence dan self-esteem anak-anak. 

Emosi & self-esteem--

adalah dua elemen yang sangat penting, 

dan ambil masa yang sangat lama untuk dibentuk, 

tapi sangat mudah dibunuh. 

Ada beberapa "sikap" ibu bapa, 

yang sebenarnya berbentuk penderaan, 

walaupun ibu bapa tersebut tak pernah meninggikan suara atau naik tangan. 

This is what we call--

penderaan senyap. 

Dan penderaan senyap ni dikatakan memberi kesan amat buruk terhadap perkembangan mental dan emosi anak-anak, 

sama seperti penderaan fizikal atau penderaan yang nyata. 

So today, let me share 7 jenis penderaan senyap yang dilakukan oleh ramaiiiiii ibu bapa, tanpa disedari. 

1) Ignorance & expressionless reaction 

Atau dalam Bahasa Malaysia, 

mengabaikan dan tidak memberi ekspresi atau reaksi. 

Contohnya, 

bila anak tengah bercerita atau menunjukkan sesuatu, 

kita buat tak tahuuuuu je. 

Langsung tak beri sebarang reaksi. 

Ni banyak berlaku bila kita layan anak "sambil-sambil" buat benda lain. 

Nak main dengan anak, 

tapi tangan tengah layan Facebook. 

Nak buat homework dengan anak, 

tapi mata tengok fattah amin kat TV. 

Maka jadi lah anak tu seperti bercakap dengan dinding. 

Sebab "expressionless" kita sama macam dinding. ðŸ˜’

Contoh lain, bila anak menyuarakan pendapat atau keinginan, 

kita terus deny atau mengabaikan pendapat tersebut. 

Contoh, "Mama, Haikal rasa nak pakai baju warna hijau la hari ni." 

Tapi kita jawab, "Tak payah la." 

Dan terus bagi baju warna lain. 

Kalau kita di tempat anak tu, apa kita rasa? 

Menurut kajian, anak yang selalu mendapat layanan macam ni, 

takde keyakinan diri dan selalu membuat keputusan yang salah dalam hidupnya. 

Sebab? 

Keputusan mereka tak pernah didengari dan selalu kena akur dengan keputusan orang lain. 

2) Stonewalling

Ni lebih kurang macam yang saya explain kat atas tadi--

anak bercakap dengan dinding. 

Especially bila parents sengaja melambat-lambatkan menjawab soalan anak, 

atau malas nak layan soalan anak. 

Kalau jawab pun macam tak kena dengan soalan yang diberi. 

Contoh bila anak tanya, 

"Mama suka warna apa?"

Kita jawab, "Entah. Pape je laaa." 

Kalau jumpa mak bapak cemni, 

bancuh simen dan tuang kat muka diorang. 

Biar jadi dinding betul. ðŸ˜‘

Please parents. 

When you say, quality time with children, 

that means 101% of your attention goes to them. 

Bukan sambil-sambil. 

Kerana "sambil" itu sebenarnya mendera anak-anak. 

3) Mengejek atau merendah-rendahkan anak depan orang lain

Contoh bila ada orang puji anak kita, 

"Ya Allah baiknya Haikal ni. Suka betul tengok dia."

Tapi kita jawab, 

"Baik?? Puihhh! Makan bersepah, suka kencing malam, main tak reti kemas, kuat nangis, malas mandi, bla bla."

Konon-konon kita taknak riak dengan orang yang memuji tadi. 

Tapi tanpa sedar, kita terkutuk dan membuka aib anak sendiri depan orang lain. 

Anak pun terluka bila dengar. 

Terus anak tu berdendam nak balas balik bila mak dia dah tua nanti. ðŸ˜‚

So never make fun of your child in front of other people. 

Bila orang puji anak kita, say Alhamdulillah. 

Pandang muka anak dan cakap, "Thank you for being a good son. I'm proud of you." 

Lantak la orang nak cakap riak ke apa. 

We are showing a good example to our children. 

A good sense of appreciation and being thankful to have them. 

4) Gaslighting. 

Gaslighting means--

meragui atau menidakkan sesuatu yang diberitahu oleh anak. 

Contoh kalau anak cerita, kat sekolah tadi ada orang baling pemadam sampai kena mata dia.

Tapi kita jawab, "Ala takpe. Biasa la tu. Abaikan je." 

Atau bila anak cerita yang dia nampak sesuatu yang menakutkan. 

Kita cuma cakap, 

"Aaahh mengarutlah. Mana ada hantu. Awak mengelamun je tu." 

Sikap ibu bapa yang suka gaslighting macam ni akan buat anak-anak keliru dengan diri, 

dan hilang kepercayaan pada diri. 

Anak-anak akan rasa setiap apa yang dibuat atau difikirkan adalah salah dan tak penting. 

Nasihat saya untuk parents macam ni, 

stop tengok drama pukul 7. 

Dan fokus kepada anak.

Sebab yang banyak mengelamun tu sebenarnya bukan anak, tapi--

YOU. ðŸ˜’

Sepatutnya bila anak nak cerita atau beritahu sesuatu, 

mata dan telinga sepenuhnya kepada mereka. 

And never deny what they feel. 

Peluk and tell them, 

"Don't worry. I am here with you. Everything will be fine." 

5) Hypercritical

Ibu bapa yang cerewet, 

terlalu banyak complaint, 

terlalu banyak yang tak kena di matanya. 

Anak comot sikit, marah. 

Anak terlanggar sikit, marah. 

Anak buat lawak sikit, marah. 

Anak nak rehat kejap, marah. 

Anak pakai baju lain seluar lain, marah. 

Anak silap baca sikit, marah. 

Anak pelat cakap sikit, marah. 

Anak dapat no.2 dalam kelas, marah. 

Semuaaaaaaaa benda, 

kalau tak perfect--

marah. 

Ibu bapa yang hypercritical atau banyak complaint macam ni, 

sebenarnya bukan sebab nak anak perfect sangat, 

tapi diri dia sendiri tiada sifat syukur dan tak boleh terima kekurangan diri sendiri yang terrrrlalu banyak. 

So cermin diri sebelum expect perfection daripada anak-anak. 

Happy life is not about perfection. 

It's about embracing the imperfections, 

and cherish the small good things. 

6) Kurang memuji, tak ucap sayang, dan tak menzahirkan sokongan. 

Ada kan parents macam ni? 

Jarangggggg sangat cakap i love you kat anak-anak. 

Sebab ego. 

Dan bila anak capai sesuatu, 

jarangggggg ucap tahniah. 

Lagi teruk bila just respond, "Alaa biasa je tu. Abah dulu lagi hebat." 

Huk aloh ðŸ˜‘

Dan bila anak tengah nervous nak masuk competition ke apa, 

kita tak menzahirkan sokongan kepada anak,

tak datang masa competition berlangsung, 

dan tak bagi kata-kata semangat kat anak.

Sebab kita rasa tak penting. 

If you are this kind of parent, 

jangan terkejut bila anak dah berjaya capai macam-macam nanti, 

mereka tak ucap terima kasih pun kat ibu bapa mereka. 

Sebab sikap kita sendiri yang minta untuk tidak dihargai. 

7) Mendiamkan sesuatu kesilapan dan menjadikan ia kebiasaan. 

Contoh, 

bila kita dapat aduan dari pihak sekolah, 

yang anak kita ponteng sekolah, 

atauanak kita buli rakan lain, 

kita buat tak tahuuuu dan anggap aduan tersebut seperti angin lalu di ufuk timur yang lama-lama akan hilang sendiri. 

Kita lepas tangan. 

Kita tak berdepan dengan anak, 

tak heart-to-heart talk dengan anak, 

tak bantu anak untuk menjadi orang yang lebih baik. 

Perangai parents yang macam ni, 

kalau dibiarkan berlarutan, 

akan menyebabkan anak semakin "menjadi-jadi" kerana bagi anak, 

semua kesalahan yang dilakukan itu "takpe" dan bukan dosa di mata ibu bapa mereka. 

Kalau ada cikgu-cikgu yang berhadapan dengan ibu bapa yang lepas tangan camni, 

better hantar anak-anak ni kat rumah anak yatim je.

Buat apa nak ada parents kalau parents asyik lepas tangan? ðŸ˜’

Baik jadi anak yatim. 

Entah-entah perhatian yang mereka dapat dekat sana lebih bagus. 

Haa sekarang nak mengaku pulak itu anak-anak kau. ðŸ˜‚

So itu lah antara penderaan-penderaan senyap yang tak disengajakan, 

tapi banyakkkkk berlaku. 

Tak payah tengok rumah orang lain, 

kat rumah sendiri pun ada berlaku. 

Kan? 

Jangan pandang remeh tentang isu ni sebab effect dia terhadap perkembangan anak adalah sama seperti penderaan-penderaan nyata atau yang berbentuk fizikal. 

Cuma penderaan senyap ni berlaku secara dalaman dan perlahan-lahan kesan buruk dia datang. 

Dan yang paling menyedihkan, 

it's considered NORMAL in our culture. 

Masyarakat kita biasanya pandang remeh tentang isu-isu yang melibatkan emosi anak-anak macam ni. 

So how to fix this?


By changing ourselves. 

By fixing our relationship with our own children. 

By having more interaction and communication with them. 

Dan berdoa lah supaya anak-anak kita nanti dijaga dan ditemukan dengan orang-orang yang baik dan hati-hati yang memuliakan mereka sepanjang hidup mereka. 

Let's stop this "quiet" abuse. 

And may all of us be the parents who always help their kids to grow happily and successfully. 

Ameen.


By: adlil rajiah


Just sharing. Rasanya ada beberapa point yang aku sendiri buat..aduhh..kena mula cuba ubah dari sekarang..

Saturday, April 17, 2021

Beringat, sebelum terlambat

 Hari ni saya nak cerita tentang kebimbangan saya sebagai seorang ibu. Kebimbangan terhadap gadget and screen time anak-anak. Seriously saya bimbang tengok parents yang beri anak-anak gadget setiap masa.

Saya punya bimbang sampai tak boleh cover. Bila makan dengan husband, saya mesti akan cuit husband saya, "tengok tu, orang tu bagi anak dia layan iPad, sampai ke sudah budak tu tak makan b, makan berapa sudu je, mata tengok iPad. Dipimpin ke tempat basuh tangan macam orang buta, tangan sebelah masih pegang iPad". Ya Allah parents, sedarlah..taubat lah.

Okay sekarang saya nak buat pengakuan. Ini kisah saya sendiri,kisah anak sulung kesayangan kami, Farish.

Farish ni dari lepas pantang dia dh layan gadget. Gila kan mak dia? Ye..sebab kobodohan mak dia. 1st time parents. Saya kerja di shah Alam, dari rumah ambil masa kadang2 sejam lebih nak sampai office bila jem. Begitu juga dengan balik kerja. So dia ni kalau dalam kereta, hari gelap je menangis macam nak terkeluar anak tekak. Saya pula bila anak meraung macamtu, macam orang gila driving.

Akhirnya kami dapat satu solution. Pasang tablet. Betul..memang selesai masalah. Bayangkan baby umur 3bulan layan tablet dalam kereta. Ibu pun memandu dengan selesa. Tapi penangan tablet ni memang power. Farish boleh mengenal huruf pada usia 1 tahun. Kenal shape and banyak benda. Tunjuk apa saja, dia boleh jawab dan semuanya dalam bahasa inggeris. Yerr..in English..balik kampung bersorak nenek and sedara-sedara. Kagum, farish budak bijak katanya. Ibu ayah kembang sekejap.

Tapi bila tiba dekat nenek dia yg sebelah ibu, ibu kene bebel. "Apasal anak kau ni tak boleh bercakap macam orang lain? Budak lain setahun dua dah bercakap ni. Ini balik2 YouTube.. YouTube.." Saya ambil enteng apa yg mak Saya bebelkan. "Mak nak cakap dgn dia pun susah. Dh macam anak mat saleh". Dalam hati, "eleh nanti pandai lah..budak lelaki memang slow sikit". Masuk umur 3tahun kami sedar yang farish dah pandai membaca. Wah..laju gila. Ok saya masih leka lagi. Terasa happy, umur 3 tahun dah pandai membaca. Tapi pelik dia membaca, Jalan Jalan Cari Makan, bertukar menjadi 'Jalan Jalan Kari Makan'. Mmg pelik. Semua di English kan nye.

Masuk 4 tahun saya sedar something. Farish tak pandai bergaul. Ajak main kat luar, taknak. Kalau nak pun sambil tarik tangan saya. Nak berteman. Ditakdirkan saya berhenti kerja sebab katanya nak fokus dgn family and mula buat bisnes. Saya hantar pada pengasuh yg baru. Pengasuh baru tegur saya elok2. Based on pengalaman dia yg pernah menjaga anak2 autism. Cuba tengok-tengok Kan. Dia takut anak sy mile autism. Sebab behavior dia ada 1-2 perkara sama macam autism kids yg pernah dia jaga. Lebih-lebih lagi part yang English pronunciation berhabuk tu.

Baru teringat, pengasuh lama ada beritahu dia mmg taknak bergaul dengan budak2 lain. Saya ingat dia manja. Sy terus bawa ke OT and Speach Therapist di Hospital Sg Buloh. Sempat layan beberapa sesi alhamdulillah ok dia bukan autism. Cuma masalah sensory. Masalah la juga tu, perlu diperbaiki. Macam taknak pijak rumput, taknak buka selipar (Kita ingat anak Kita penggeli or pembersih, jangan nak perasan), tak boleh tolarate dengan bunyi yang kuat, menangis kerasukan bila nak hunting rambut.

Kami syak masalah communication. Sebab tu pergaulan dia terbatas. Tak mampu nak communicate dengan kawan2 sewaktu bermain sebab limitations. Alhamdulillah Masa di tadika dia dh mula bergaul, bermain, and banyak perkataan baru and ayat baru dia bawa balik. Yang penting mostly dalam bahasa melayu. Bahasa budak2.

Banyak masalah anak-anak yang kurang berkomunikasi ni. Nak ajar ke toilet pun susah. Sebab dia tak bercakap. Farish free diaper pada usia 5 tahun. Sangat lambat, diaper pun takde size dah. Dah la badan dia besar ðŸ˜…. Bila nak express his feelings, dia akan terkinja-kinja, confuse kami. Nak terkencing ke apa, rupanya happy..sampai terkinja-kinja. Kesian dia. Selalu kena marah sebab nak buat apa2 tak bagitau. Buka fridge tuang air sendiri sampai tumpah satu jug, ambil barang tempat tinggi tak bagitau sampai jatuh semua. Kena marah, sebab tak bagitahu.. seriously kadang2 kami kesian sebab termarah dia.

Sejak dari tu kami rampas hp, simpan remote (kadang2 terbabas juga). Kami had kan screen time dia. Teringat masa ambil dia di tadika, ada parents yg tegur saya tanya anak dah pandai membaca ke belum, saya balas.. alhamdulillah dah. Dalam hati saya tuhan saja yg tahu, Saya bukan hantar anak saya ke sekolah untuk dia pandai membaca semata-mata. Misi Saya hantar dia ke sekolah pd usia 4tahun ni sebab nak dia pandai berkomunikasi, develop social skills and etc yg saya tak mampu nak buat untuk dia. Alhamdulillah he is getting better, walaupun boleh nampak minat dia tak macam anak2 seusia dia. Kadang-kadang too advance sampai kami naik bimbang. Takut itu bukan yg sepatutnya.

Satu lagi obses pada gadget ni anak-anak ada masalah fokus. Menulis, mewarna, tak sampai berapa minit..dah bosan..risau sungguh. Kita cakap apa-apa dia tak fokus, kena jerkah baru menjawab.

Now dia tengah obses dengan solar system, and human anatomy. Which kadang2 sy tak faham dengan apa yg dia cuba sampaikan. Tanyalah pasal any planet and sifat2 planet tu, sampai ke dwaf planet, komet semua dia boleh jelaskan. Ye lah mak dia kacukan jawa, cakap melayu all the time. Tak terikut dgn conversation dia Tahun depan nak darjah 1, saya bimbang dia Tak mampu susun ayat, buat karangan bahasa melayu, nak hantar international School memang idok la. Belum mampu ðŸ˜…

Sebagai ibu yg dah bertaubat dari memberi anak2 gadget, ini saranan saya :-

1. Jangan berikan anak gadget pada usia yg terlalu muda. Mcm sy yang gila bg anak lepas pantang tengok phone.

2. Jangan beri alasan yang gadget boleh mendiam dan menenteramkan anak2.

3. Kawal screen time anak-anak baik gadget and TV.

4. Banyakkan bercakap dan roll play dengan anak. Bila bermain, main sama2 dengan mereka.

5. Banyakkan bercakap dan sebaiknya kurangakn bertanya soalan. Bila bercakap dan berbual, banyakkan sentuhan, memek muka and intonasi yang over. ðŸ˜œ

6. Selalu buat bedtime story. And ada sesi review and sinopsis by anak2.

InsyaAllah berhasil. Saya yakin ramai parents macam saya. Terbabas atau kurang kesedaran. Buktinya, terlalu banyak pusat terapi kanak-kanak muncul bagaikan cendawan. Terlalu ramai Occupational Therapist and Speech and Language Theraphist diperlukan. Dan jumlah permintaan terhadap ini semakin meningkat. Sebab apa? Sebab ada demand yg melambung hasil dari kebodohan ibu bapa macam saya.

#pesananemakemak

#pleasewakeup

.

Sumber : Diana Md Noor

Jangan rosakkan anak sendiri

 Janganlah rosakkan anak sendiri tanpa kita sedari

1. Kita terlampau banyak memuji hingga membuatkan anak tak boleh dikritik sama sekali

2. Kita terlampau banyak mengikut kemahuan anak hingga anak merasakan dirinya bos dan tuan

3. Kita terlampau berikan anak hiburan hingga hati anak menjadi keras dan susah nak rasa seronok dengan Al Quran

4. Kita terlampau suka menjadikan dunia sebagai matlamat utama anak hingga anak mengejar dunia sampai bila-bila

5. Kita terlampau sibuk sampai mencuaikan anak hingga anak rasa dia tak diperlukan

6. Kita terlampau tegas dan memaksa hingga anak merasa ingin memberontak dan melawan

7. Kita terlampau suka pilih kasih antara anak kita hingga anak merasa iri sesama adik beradiknya

8. Kita terlampau mudah kalah dengan pujukan hingga anak merasa kita adalah ibubapa yang mudah dimanipulasi dan tidak ada pendirian

9. Kita terlampau 'perfectionist' dan nak segalanya sempurna sehingga anak selalu merasa tertekan dan tak berguna buat ibubapanya

10. Kita terlampau emosi dan pemarah hingga anak merasakan dirinya adalah tempat kita melampiskan perasaan


Artikel ni aku dapat dari #taufiqrazif 

Bukan senang nak jadi parents ni..kena ada ilmu..

Point nombor 8 tu, terlampau mudah kalah dengan pujukan anak..susah nak buat..kadang ak sendiri tak sampai hati bila nak tolak permintaan anak..tapi tu la..kena fikirkan demi kebaikan anak..


Anak kecil, bukan tau ape lagi..kita yang bentuk dia..sebab tu aku x nak mula..nanti anak terbiasa. Susah kadang2 nak cakap..bukan semua orang nak faham dan hormat cara kita nak didik anak. 


Nak layan anak kecik ni, bukannya lama pun..sedar tak sedar nanti, anak tu dah besar dah tak nak pun main peluk cium kita..ak cuma nak hargai setiap detik masa yang ada dengan anak aku..


Tapi tu lah..cakap senang la..nak buatnya mencabar😆kadang kadang hijau jugak aku nak melayan kerenah dia..hehe semoga Allah permudahkan urusan aku nak didik & besarkan ian haikal dengan baik dan sempurna.