Saturday, July 25, 2020

perjalanan projek mega master :)

Assalamualaikum...hari ni ak nak share perjalanan kehidupan ak masa sambung belajar. Hehe dah lama sebenarnya post ni..cuma ak simpan dalam draf sebab tak sempat nak menaip. It takes time la nak dipublishkan. Tambah lepas je ada anak dunia aku dah berubah 360darjah..hehe kehidupan seorang ibu yang hanya seorang ibu je yang faham..struggle tapi enjoy 😁

Ok sambung pasal kisah sambung belajar ni. Secara jujurnya, sambung belajar memang tak mudah. Aku dah jangka pun sebenarnya. Tapi ak cakap dengan diri tak de ape yg mustahil kalau kita betul nak kan sesuatu. Aku sambung belajar tahun 2014. Masa ni ak buat keputusan nak sambung master sebab pertama ak belum jumpa jodoh nak kawin. Haha xla..masa tu ak dah target sebelum ak kawin ak kalau boleh nak ada master. Jangan salah faham master bukan guna untuk kawin pun cuma ak fikir masa tu sambung belajar kena ada komitmen yang tinggi..dah kawin ada rezeki ada anak risau pulak tak boleh nak uruskan semuanya serentak. So ak buat keputusan habiskan sambung belajar dulu then baru fikir kan pasal jodoh..kalau ada jodoh kawin la kalau tak teruskan la kehidupan seperti biasa.
Pernah je beberapa kali aku terpaksa putuskan hubungan di tengah jalan sebabnya ak sendiri tak boleh nak bagi sepenuh komitmen dengan pasangan(cewah) atau pasangan tu yang undur diri mungkin sebab dia ingat ak tak serius..eh padahal ak seriuslah cuma dia yang tak sabar kot 😂 haha bunyi macam ramai sangat je pasangan ek!!! Xdela...pendek cerita tak de jodoh..itu je yang sebenarnye hehe

Ak sambung belajar ni semua guna duit sendiri. Maklumla part time student ni memang banyak duit nak guna. Dari sini ak belajar banyak benda..bukan je belajar uruskan masa nak study malah ak pun kena belajar uruskan kewangan. Jadi part time student ni memang super busy. Korang bayang la weekdays keje..keje kat skolah pulak memang la maha banyak..weekend korang attend kelas..kena siapkan assignmet, kena jawab forum, kena siapkan thesis..memang kadang tu ak sampai fikir kenapa laa ak buat semua ni..haha tu tahap dah stress sangat la tu 😂 

Tapi selalunya kalau stress belajar ni masih boleh handle la. Akibatnya skarang ni kalau ak stress je ak akan cakap kat diri sendiri stress masa belajar lebih teruk dan ak boleh hadap, apa sangat la stress pasal benda remeh ni..abaikan..abaikan..hehe settle

Dan satu lagi perkara yang ak belajar 
Hidup kite ni, Allah dah atur 
Macam mana kite try pun kalau belum masanya
Memang takkan jadi milik kite
Aaaaa gituuuu
Ni bukan sebab ape..macam ak la..ak plan mesti nak habiskan master ni dalam
Masa 4 sem..pulun la buat macam macam sampaikan ak naik stress 
Rupanya Allah memang dah atur ak kena lajak satu sem lagi
So petua dia jangan stress ape ape, jalani je kehidupan macam biasa 
Bila kita boleh terima keadaan tu, insyaAllah semua jadi mudah
Macam ak la..mula mula memang rasa down awat kena tambah satu sem lagi sebab nak kena siapkan thesis..bukan maksud ak xsiap thesis sebb ak x buat, infact ak dah siapkan dari sem 3 kot..tapi tu lah rezeki ak dapat supervisor yang sangat power jadi ak kena lajak satu sem lagi..so memang power la thesis aku 😂
Masa mula mula ak rasa down tu ak xboleh nak buat ape..ak sedih sbb masa tu ak fikir kawan kawan  lain dah konvo nanti tinggal ak sorang sorang je konvo..xde geng lah..tapi ak pasrah je la..selesaikan apa yang ak dah mulakan..ak fokus dengan apa yg ak nak..alhamdulillah thesis settle..sv ak pun banyak tolong..ak fikir tambah satu sem je pun..tak la teruk mana..

Last skali alhamdulillah, boleh konvo, dah boleh proceed dengan benda lain..hehe 
Rupanya time ak konvo tu ramai je yang konvo skali..haha ramai rupanya yang xtend satu sem..haha tak de la keseorangan rupanya..ada geng 😂😂😂

Rasa macam banyak je yg ak nak taip dulu dulu, tapi dah 6 tahun lepas punya cerita..tak ingat dah wei. Xpe nanti ada masa bila ak ingat balik ak edit lah post ni ek

So ini je la gambar yg ak sempat simpan buat kenangan sepanjang ak sambung master

Kawan kawan memang best semuanya. Saling support each other walaupun kenal kejap je
Dah kat mana dah budak budak ni
Ada yang fresh graduate terus sambung master..power budak2 ni

Yang kat bawah ni gambar masa lepas habis exam. Muka lega masing masing Maklumla baru lepas pergi berperang 😂






Yang ni dalam kuliah terakhir. Tak ingat nama lecturer ni. Faizal lee ke..xingat dah. Tapi dia ni antara lecturer yang best lah. Masuk kelas dia tak de stress ape..gelak je manjang..sampai kadang tak tau ape yang ak blajor ni 😂








Ni group partner aku.naquiah n ayu. Dua dua budak fresh graduate degree. Baru habis belajar terus sambung master. Power budak berdua ni. 


Ni kuliah dr raja farah xsilap. Last class kitorang siap buat makan makan 😂 orang pegi kuliah belajor..kitorang makan makan ek..sambut birthday doctor raja farah ni sebenarnya..😁




Ni izan n kak sue. Satu group assignment jugak ni selalunya. Yang ni dalam dewan kuliah. Sambil tunggu lecturer datang..gambor le dulu hehe




Ni study group konon..memang dari zaman degree memang suka study group..lebih berkesan kekdahnye..hehe


































Ini je la gambar masa zaman sambung master. Nanti ada masa ak update la gambor konvo tahun 2017

😁😁😁😁

Jadilah yang terbaik

Isteri renunglah wajah suami ketika dia sedang tidur. Segala kesusahan dan kepayahan disimpan sendiri demi keluarga tercinta.

Ramai isteri yang tidak sedar betapa susah payah suami mencari nafkah untuk anak dan isterinya, suami menangis sendirian, berpeluh sendirian, bermonolog merenung diri sendirian. Dan ada yang ditengking oleh bos, proposalnya ditolak, dicaci maki oleh majikan dan macam-macam lagi episod kesusahan kehidupan suami dalam mencari nafkah.

Kadang-kadang duit dalam akaun tinggal RM10 je. Nak bagi anak isteri makan. Dia terpaksa tebal muka hutang dengan kawan demi untuk kebahagiaan anak dan isteri.

Dan semua keperitan itu, suami tak ceritakan pada isterinya, sebab dia tak nak isterinya masuk dalam cerita kepayahan hidupnya. 

Yang dia ingin lihat anak dan isterinya tersenyum. Biarlah dia seorang saja yang tahu kepayahan hidupnya.

Mungkin faktor ini menjadi punca kebanyakan suami umurnya lebih pendek dari isteri, senang kena serangan jantung, darah tinggi, kencing manis sebab dia simpan kesusahan dalam dirinya.

Semua itu tidak dirasai oleh si isteri. 

Menjadi seorang isteri tidak mudah, tetapi menjadi seorang suami lebih sukar. 
Banyak perkara yang perlu diberikan perhatian sehingga terlupa tentang diri sendiri. 

Seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab akan sentiasa meletakkan keluarganya di hadapan sebelum perkara yang lain.

Mereka jarang berkongsi dan bercerita, mereka lebih selesa simpan sendirian. 

Akibatnya, mungkin kerana isteri tidak memahami kepayahan suami ditambah pula dengan kerenah anak-anak yang sedang membesar memberi tekanan pada mereka dalam diam. Mungkin sebab itulah akhirnya tekanan itu memakan dirinya lalu meruntuhkan kebahagiaan dalam rumah tangganya.

Wahai isteri, mungkin kalian susah memaafkan, tapi cubalah memaafkan suami kerana Allah. Mungkin dengan cara itu boleh merawat hati. Kerana doa isteri sangat penting untuk suami.

Sayangi isteri kerana Allah

Tulisan : Hassan Adli
...nota untuk diri sendiri...

Tuesday, July 14, 2020

Menantu & mertua

• Suami, jika engkau telah menikah, jangan pernah satukan isterimu dengan keluargamu kerana jika engkau tidak boleh adil terhadap keduanya, maka tanpa di sedari engkau boleh jadi anak derhaka dan suami yang zalim.

• Wahai lelaki, ketika engkau memutuskan menikah maka harus kamu sedari bahawa kamu mulai menciptakan keluarga baru iaitu kamu dan isterimu, bukan dengan orang tuamu atau orang tuanya kerana mereka hanyalah bahagian dari kehidupan baru yang kamu mulai kerana hanya kamu dan isterimu yang akan menjalaninya serta menciptakan sebuah keluarga.

• Wahai mertua, engkau pun harus menyedari ketika anak lelakimu menikah ertinya dia akan menjadi pemimpin dan imam dalam sebuah keluarga baru maka janganlah engkau turut campur kecuali dalam hal kebaikan. Engkau memang ibu dari anakmu tapi bukan bererti engkau harus turut adil dalam urusan keluarga mereka.

• Mertua..
Mertua jangan pernah engkau mengkritik segala kekurangan menantumu kerana pastinya anak lelakimu juga punya kekurangan di mata isteri dan mertuanya. 

• Jangan engkau katakan, engkau tahu segalanya tentang anak lelakimu, engkau hanya tahu dia sebatas anak, bukan suami dan anakmu pun memperlakukan engkau hanya sebatas ibu bukan isteri.

• Maka ketika anakmu menikah, isteri yang lebih tahu segala kekurangan anakmu, jangan engkau membicarakan kekurangan menantumu kepada orang lain kerana menantumu pun boleh membuka segala kekurangan anakmu, ingat engkau hanya sebatas ibu bukan isteri.

Mertua engkau pun pernah menjadi menantu maka engkau pun tahu bagaimana jika kehidupan rumah tanggamu ada campur tangan mertua.

• Mungkin engkau merasa berbuat baik kepada mereka tapi tidak bagi mereka, tugasmu hanya menasihati bukan mencampuri.

• Hampir rata-rata mertua lelaki lebih banyak adil dalam rumah tangga menantunya, kenapa?
Kerana hampir rata-rata ketika sang anak menikah maka sang menantu akan di bawa ke rumah mertua, kerana sang anak lelaki lebih menafkahi di banding menantunya.

• Ibu mertua kaya sering membantu anaknya jadi merasa lebih berhak atas rumah tangga anaknya, ingatlah mertua jika engkau membantu rumah tangga anak bukan bererti engkau boleh seenaknya terhadap menantumu dan jangan jadikan menantumu menanggung hutang budi kepadamu kerana menantumu itu adalah isteri dari anakmu dan sudah kewajiban anak lelakimulah yang menafkahi tapi hampir rata-rata jika mertua membantu nafkah rumah tangga anak pasti menantulah yang di bebani kerana menantu itu orang lain jadi di anggap sebagai penumpang bukan keluarga.

• Jika menantu perempuanmu kaya dan dia lebih mampu menafkahi serta engkau ikut bersamanya, apakah engkau sudi di perlakukan seenaknya hanya di keranakan engkau menumpang kepadanya atau anak lelakimu tidak di hormati kerana nafkahnya tidak sebanding?
Pasti engkau sebagai mertua juga ingin di hormati maka itu hargailah menantumu.

• Wahai mertua, jangan engkau bandingkan menantumu dengan menantu yang lain, apa kamu sudi di bandingkan dengan mertua yg lain, boleh jadi menantu orang lain baik kerana mertuanya lebih menghargai sang menantu, maka jika kamu ingin menantumu baik dan menghormatimu maka hargailah menantumu.
Ingatlah, mertua memang tidak ada mertua derhaka tapi engkau mungkin termasuk mertua zalim jika terjadi perpecahan dalam rumah tangga anakmu, apa lagi sampai terjadi perceraian maka engkau turut berkongsi dalam dosa yang telah engkau perbuat.

Jika sang menantu menjadi derhaka terhadap anakmu maka engkau juga menanggung dosa atas perbuatanmu, boleh jadi engkaulah yang menyebabkan menantumu menjadi derhaka terhadap anakmu.

• Hati-hati para mertua, jika engkau tidak redha pada anakmu dan anakmu tidak redha pada isterinya dan menantumu tidak redha pada anak-anaknya, apa yg kamu harapkan lagi kecuali saling menzalimi.

• Wahai mertua, jika engkau mempunyai anak perempuan maka ingatlah bahawa suatu saat anak perempuanmu akan menjadi menantu orang lain, apa engkau ikhlas anak perempuan mu di perlakukan sama seperti engkau memperlakukan menantumu, apa engkau ikhlas melihat anak perempuanmu yang ingin pindah dari rumah mertua tapi suaminya tidak di redhai ibunya untuk keluar dari rumahnya?

Berlaku baiklah kepada menantumu agar anak-anakmu pun di perlakukan baik oleh mertuanya.
TIDAK SEMUA MERTUA SAMA 👌🏻
#copypaste #notaperibadi