Thursday, October 29, 2015

LAPORAN CUTI JEREBU #rafting #sungaiitik

Pada tanggal 24 Oktober yang lalu, seramai 5 orang ahli pasukan peCinta Arus Deras telah bersama sama menjalankan aktiviti rafting. Aktiviti ini telah dijalankan di Sg Kampar ( Sg Itik ) Gopeng Perak.

Antara ahli yang mengambil bahagian adalah abg.mazli, kak ikha nadia, zuridah ahmad, cik Norro dan Mohd Samsul Mokti a.k.a sam. Sam merupakan individu yang menguruskan kami sepanjang kami membuat aktiviti di sana. Hal ini adalah kerana sam adalah pemilik kepada salah satu bisness rafting di sana. Selain rafting mereka juga menyediakan aktiviti abseiling di air terjun ulu geruntum.

Aktiviti kami bermula seawal jam 8.30 pg. Kami berkumpul di pekan Gopeng dan pekena roti canai, bihun sup, nasik lemak dan teh tarik dulu di gerai pak wan. Gerai yang paling sedap nak breakfast kat gopeng. Gerai ini terletak di roundabout pekan gopeng. siapa yang tak try memang rugi...heheh...

Setelah selesai sarapan kami semua memulakan perjalanan ke sg kampar. Bersama sama kami yang turut melakukan aktiviti pada hari itu ialah anak abg mazli adik n acik sado dan 4 org pelancong jepun.

Perjalanan mengambil masa selama setengah jam untuk sampai ke sungai tempat kami memulakan rafting. Sebelum memulakan aktiviti kami telah diberi taklimat tentang peralatan rafting dan bagaimana untuk menyelamatkan diri
ketika dalam keadaan kecemasan atau ketika raft kami capsice (xsure ejaan).

Raft kami dikendalikan oleh abg mazli dan kami diuji seawal 50meter perjalan raft kami dah pun terbalik di lubuk razila. Maka tercampaklah aku, kak ikha and acik ke dalam sungai kampar. Kembung la perut hari tu minum air sg kampar. Dan dapatlah aku merasa pengalaman hampir2 lemas..nasib pakai life jacket woi.

Secara keseluruhan aktiviti pada hari tersebut sangat menarik dan memberi banyak pengalaman kepada penulis. Antaranya hp terendam dalam air, cara nak tenangkan diri kalau terjatuh dalam air, mendengar arahan dengan baik, kerjasama dan juga bersangka baik. Ingin penulis katakan disini, kita sebagai manusia tiada hak untuk menghakimi manusia lain atas apa pun dosa dan perkara yang manusia lain lakukan. Sebagai hamba yang hina, kita hanya ditugaskan untuk melakukan yang terbaik untuk tuhannya dan yg selebihnya biarlah Allah yang tentukan.

Kalau pun orang tu x betul dari satu sudut...tak semestinya kita ni pulak yang betul..kadang kadang kita ni lebih teruk dari tu..betol x? So people...stop judge people kalau u know nothing..kan? Kesimpulannya aku memang belajar banyak perkara.

Di sini aku nak ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kat team raft kitorang hari tu sebab menjaga aku dengan baik. Walaupun tak mungkin ada yang baca tapi ak tetap nak ucap terima kasih. Aku belajar untuk tidak menilai orang dari apa yang aku nampak dengan mata kasar. Tapi nilailah dari mata hati..Trima kasih banyak2.

Sekian, terima kasih


Yang benar,

♡♥♡Norrohaniza Abdul Rahim♡♥♡
Setiausaha program rafting sungai itik



the roti canai

the bihun sup











































Untuk maklumat lanjut boleh hubungi sam  0198336447 dan dapatkan harga yang istimewa..heheh :)


Tuesday, October 20, 2015

Laporan Hari Sukan Negara 2015 #penangbridgechallenge

Pada tanggal 10 Oktober yang lalu,pasukan group whatapps kami telah menghantar seramai 11 orang wakil ke sambutan hari sukan negara 2015 dalam acara berbasikal sejauh 30km.

Memulakan perjalanan seawal pukul 4.30 pagi, kami tiba di exit bukit tambun pada jam 6 pg dan segera ke masjid untuk solat subuh. Setelah selesai menunaikan solat fardhu subuh, kami bergegas ke stadium batu kawan dan bersiap sedia untuk memulakan kayuhan 30km penang bridge challenge.

Dengan keadaan jalan yang agak sesak kami mengambil keputusan untuk meletakkan kenderaan di balai bomba berhadapan dengan stadium batu kawan. Di sana kami mula memasang basikal dan menyiapkan keperluan sebelum memulakan kayuhan.

Jam 7.30 pg kayuhan bermula dan kami berjaya menamatkan kayuhan pada jam 9.15pg. Kelihatan cuaca sangat baik dan tidak panas walaupun dalam keadaan sedikit berjerebu, semua peserta kelihatan sangat teruja dan bersemangat untuk menghabiskan kayuhan.

Diharapkan acara seperti ini akan diteruskan untuk masa akan datang demi memastikan rakyat malaysia akan kekal sihat.

Sekian, terima kasih

NORROHANIZA ABDUL RAHIM
SETIAUSAHA PROGRAM KAYUHAN
#penangbridgechallenge

Berikut dilampirkan beberapa keping gambar sebagai rujukan pihak tuan.










































atas: yanie, sayuti, kak aja, kak ila, kak julia, kak zai, wan
bawah: abg kamal, aku, izwan, sauri 

sekian melaporkan :)

Sunday, October 18, 2015

Laporan kem perkhemahan maal hijrah 2015 /1436 H

Pada 14 Oktober yang lalu suatu kem perkhemahan maal hijrah tahun 1436H telah diadakan di rumah kak aja (nor farniza mustafa). Seramai 5 orang ahli kumpulan hello kitty telah melaporkan diri untuk menghadiri perkhemahan ini. Peserta perkhemahan adalah terdiri daripada norrohaniza a.k.a maya, rina fariza bt johari a.k.a minah London, nurharmila harmainy a.k.a the boss, farahdila abu seman a.k.a gubesor and last but not least tuan tanah kedaun nor farniza mustafa a.k.a sayang katenye..hihih

Idea perkhemahan ini telah lama disuarakan oleh penulis sekitar 10 bulan yang lalu. Namun dek kerana kesuntukan masa dan kekangan kerja, kem ini asyik tertangguh dan hampir tidak dapat direalisasikan. Seingat penulis, idea berkhemah di rumah kak aja ini telah disuarakan ketika mahu menyambut kehadiran tahun baru 2015 yang lalu.  Namun begitu, syukur alhamdulillah ianya berjaya juga dilaksanakan ketika sambutan tahun baru 1436H. (Big smile)

Pada awalnya farahdila abu seman selaku pencetus idea telah menyuarakn hasrat beliau untuk menikmati hidangan semangkok laksa ketika cuti umum maal hijrah yang kebetulannya jatuh pada hari rabu dan beliau tidak boleh pulang ke kampung. Maka telah diajaknya 8 orang ahli kumpulan hello kitty yang lain untuk ke rumah kak aja. Antara ahli yang tidak dapat menghadirkan diri ke kem perkhemahan ini adalah nor azihan adnan, norafzalinda bani, nur'ainsham abu bakar, siti fatimah a.k.a achott dan mazwin. Mereka mungkin akan dikenakan surat tunjuk sebab kerana tidak dapat menghadirkan diri ke kem tahunan seperti ini. Namun atas budi bicara pihak ajk kem perkhemahan..pada kali ini mereka diberikan pengecualian kerana terdapat beberapa hal peribadi yang tidak dapat mereka dielakkan.

Perjalanan kem perkhemahan bermula dari petang  13hb okt dimana kak rina selaku ajk pengangkutan telah mengambil akundan kak ila untuk kami bersama sama bergerak ke rumah kak aja. Manakala kak farah bergerak terus ke rumah kak aja kerana beliau mahu berjumpa dengan kak awin..lama tak dating katenye...jadi pada petang berkenaan pusat pengumpulan adalah di pasar malam bawah jejantas. Setibanya di pasar malam bawah jejantas, kami secara berkumpulan telah membahagikan tugas untuk membeli bahan sebagai persediaan untuk party bakarbakar pada malam tersebut (harap jgn salah faham dgn party)..hihi. setelah selesai membeli barang keperluan, makan kami segera bergegas pulang ke rumah kak aja untuk solat maghrib berjemaah dan bersedia untuk bacaan doa akhir dan awal tahun diikuti dengan bacaan yassin yang diketuai oleh kak aja.

Semasa slot solat berjemaah dan bacaan yassin..penulis berasa begitu terharu dan bersyukur. Di dalam hati penulis berdoa agar ukhuwah persahabatan ini akan sentiasa berada dalam redho ilahi dan jodoh persahabatan ini akan kekal hingga bilabila. Sahabat adalah sesuatu yang sukar dicari ganti tambahan pula sahabat ketika susah. Selain keluarga, sahabat adalah tempat kita untuk merapu kasih. Betul x?walau macam mana kita marah pun, tapi kalau betul kita ikhlas dalam berkawan pasti akan ada penyelesaian untuk memperbaiki salah faham yg ada.

Baiklah, setelah selesai solat isyak berjemaah, kami masingmasing bergegas untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan. Kak rina selaku tokeh tom yam, kak aja tokeh perap2 dan grill2 kambing dan ayam, kak ila selaku tokeh potong memotong dan air asam, kak farah selaku pembancuh air dan penggoreng sotong masak kunyit (bawang lebih) dan last but not least aku sebagai tukang rebus jagung dan tukang masak nasik..kerja berat ok (xde aku xmerasa la kome makan jagung manis)..hehe
So dalam pukul 10 slot memasak selesai, apa lagi makan la kami sampai tak larat bangun. Secara keseluruhannya masakan malam tu sedap. Tom yam sedap, bbq sedap, air sedap, sotong masak kunyit bawang lebih sedap, air asam sedap, ikan bakar sedap dan paling sedap mestilah jagung rebus..hehe Setelah selesai slot makan makan, semua peserta bersiap sedia nak tido la apa lagi..perut sudah kenyang. Untuk menghangatkan suasana kasi up satu crita hantu yang membuatkan kak farah mengamok..hahaha puas ati akuuuuu..

Seawal jam 6 pagi ada peserta yang telah bangun untuk sembahyang subuh. Dan ada jugak yang terus ke dapur membuat sarapan cucur jagung. Cucur jagung ni memang mabelessss..sedap wei kak farah masak. Yang memasak teruskan memasak yang tak memasak sambung tido and tengok movie. Antaranya ialah movie kasut ku kusut dan big hero. Ketika menonton movie disulami dengan hujan dan cucur jagung...mata pulak semakin berat...maka tido balik la jawabnye. Oleh itu separuh hari perkhemahan di hari kedua diisi dengan aktiviti makan dan tido.

Selesai makan tengah hari, peserta perkhemahan mengambil keputusan untuk meneruskan aktiviti menyanyinyanyi di pusat hiburan keluarga. Setelah menyumbang suara selama 2 jam tanpa henti kami memutuskan untuk ke masjid untuk smayang asar dan pulang ke pangkal jalan sebelum sempat  melawat tapak wayang yang sebenar. Maka tayangan pilihan pada malam penutup adalah PAN. Sebab nampak mcam best ja crita ni..hehe.

Setelah selesai wayang, maka berakhirlah episod laporan kem perkhemahan maal hijrah pada tahun ini. Sebenarnya tak berapa nak akhir la sebab keesokan harinya kak awin datang ke tapak perkhemahan dan makan tomyam n kambing bakor yg dimasak lain oleh kak aja..teringin katenye..hehe. Semua peserta selamat tiba ke tempat asal usul masing masing. Saya selaku pelapor amat gembira kerana berpeluang menghadirkan diri ke kem ini dan ini merupakan kem yang terbaik yang pernah saya hadiri. Jutaan terima kasih ingin saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Dengan ini saya akhiri laporan saya dengan dua rangkap pantun

Kalau ada jarum yang patah,
jangan disimpan di dalam peti,
kalau ada silap dan salah,
jangan disimpan di dalam hati.

Kalau ada sumur diladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih


Yang benar,
♥ Norrohaniza abdul rahim ♥
(Setiausaha kem perkhemahan 1436H)

Berikut merupakan gambar lampiran sepanjang aktitivi kem perkhemahan dijalankan

Hari pertama
















Hari kedua



Hari ketiga





Peserta terakhir : kak awin

♥♥♥ Sekian melaporkan ♥♥♥