Wednesday, May 29, 2024

Iman haura wean off day 1

Anak ibu iman haura dah 2 tahun 4 bulan. Alhamdulillah..haura dah sampai masa kite wean off ye sayang..tak sampai hati tengok haura nak tido tadi mintak menyusu menyondol2 ibu..huhu..semoga haura & ibu kuat okeh. Ibu sayang haura..haura dah besar sayang☺️



Alolo..tido dah dia



Tido sebelah abang..ibu sapu lemon..sorry haura 🙈


Wean off day 1

Semoga Allah permudahkan untuk hari seterusnya..ameen



Wednesday, February 7, 2024

Happy 13th anniversary cikgu norro❤️

Setahun tak update blog 🤣 busy sungguh kan dengan dunia tipu tipu ni..tahun ni buat come back mengajar addmaths selepas 7 tahun terpaksa lepaskan. Terus semangat cikgu norro 💕


Hero & heroin ibu ❤️



Happy anniversary to me 
Tua dah nampaknye ni 😆






Wednesday, February 8, 2023

Happy 12th anniversary cikgu norro 😇


Bismillahirrahmanirrahim
 

Di tahun ke 12, semoga semuanya baik baik saje😊
Lebih produktif dan lebih banyak pengalaman yang manis manus dalam dunia pendidikan
Semoga lebih berjaya dan lebih murah rezekinya cikgu norro 
Ameen 🥰

Tuesday, January 31, 2023

Haikal & Haura


Anak anak ibu, ibu tak selamanya ada dengan kamu berdua, tapi doa ibu akan selalu ada..selagi ibu bernyawa, insyaAllah ibu jaga sebaik mungkin. Haikal & Haura jangan bimbang…kasih dan sayang ibu..untuk haikal & haura..ini tanggungjawab dan amanah yang Allah dah aturkan untuk ibu. Biar sendiri, ibu mesti kena kuat untuk anak anak ibu. Jangan takut anak anak ibu..ibu ada..takkan ibu biarkan anak anak ibu sendiri. Walau susah macam mana pun..semoga Allah permudahkan urusan kite ye..anak anak ibu jangan takut..ibu ada..Allah ada..semoga Allah pelihara 😊

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak


Tuesday, September 6, 2022

Ilmu parenting

 

Ayah kena buat 5 perkara ni pada anak supaya tidak menyesal di kemudian hari


1. Involvement


Ayah kena libatkan diri menjaga anak walau sesibuk mana pun mencari nafkah. Tak susah libatkan diri menjaga anak ni. Boleh mulai dengan aktiviti :


- tidurkan anak

- buatkan susu anak

- cebok anak

- pakaikan pampers anak

- bermain dengan anak

- hantar anak ke sekolah

- cakna pendidikan anak

- belajar ilmu mendidik anak


2. Demonstrative


Ayah juga kena belajar untuk 'set example' terbaik pada anak dengan menunjukkan cara yang betul pada anak.


Caranya mudah sahaja, sesekali cuba buat perkara ini :


- cuci pinggan di depan anak

- cuci dapur di depan anak

- kemas rumah di depan anak

- bantu pasangan di depan anak

- hormati pasangan di depan anak

- bercakap lemah lembut pada pasangan di

depan anak anak


3. Visionary 


Anak jadi hilang arah tuju bila ayah tak jadi Visionary. Itulah kenapa sesekali si ayah kena buat perkara ini :


- cerita tentang masa depan

- cerita tentang tujuan hidup

- cerita tentang erti kejayaan

- cerita tentang erti kebahagiaan

- cerita tentang hari akhirat

- cerita tentang strategi untuk berjaya di dunia dan selamat di akhirat


4. Coaching & Mentoring


Ayah bukan semata mata idola bagi seorang anak tetapi ayah juga berfungsi sebagai Coach & Mentor bagi anak.


Itulah kenapa seorang ayah kena :


- coaching ilmu agama anak anak

- coaching kawalan emosi anak

- coaching mindset kejayaan anak

- mentoring akademik anak anak

- mentoring soft skills anak anak



5. Emphatic


Setegas mana pun seorang ayah dalam mendidik, anak anak tetap perlukan seorang ayah yang Emphatic iaitu seorang ayah yang :


- pandai mendengar luahan hati anak

- tak gelojoh menghukum anak

- pandai baca ekspresi wajah anak

- cuba memahami isi hati anak

- pandai menghiburkan hati seorang anak


The quality of a father can be seen in the goals, dreams and aspiration he sets not only for himself but for his family


p/s : Beruntunglah jika para ayah semua ditag oleh isteri masing masing di post ini kerana ianya bermakna anda mempunyai seorang isteri yang sangat sayangkan anda dan sangat cintakan keluarganya

#copypastetaufiqrazif





❤️❤️Semoga cepat sembuh anak anak ibu ❤️❤️